Anda di halaman 1dari 25

Peranan Remaja membangunkan Negara

Lebih separuh abad kita menghela nafas kemerdekaan, namun remaja yang
merupakan bakal tunjangnegara masih terbelenggu oleh pelbagai kemelut sosial.
Ternyata mentaliti remaja di negara kita belum lagi mengalami anjakan
paradigma selaras dengan arus pembangunan negara kita. Menurut kata
mutiara sarjana, Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara,
lihatlah remajanya pada hari ini. Presiden Soekarno pernah
mengungkap, Berikan saya 10 orang belia waja, nescaya akan saya
gegarkan dunia. Ternyatalah di sini bahawa remaja yang berkualiti dapat
memperkasakan kegemilangan nusa dan bangsa. Oleh itu, setiap remaja perlu
memainkan peranan mereka dengan penuh tanggungjawab untuk merencanakan
pembangunan negara.
Peranan signifikan remaja ialah mereka perlu belajar bersungguh-sungguh
untuk mencapai kecemerlangan dari aspek akademik. Kecemerlangan akademik
merupakan salah satu elemen yang maslahatuntuk melahirkan remaja yang
berkualiti demi kepentingan negara. Intelek merupakan faktor perdana untuk
menjana kecemerlangan tamadun bangsa. Sehubungan dengan itu, remaja kita perlu
proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala
pengetahuan, terutamanya ilmu Sains dan Matematik melalui pelbagai wahana,
seperti membaca buku, melayari lebuh raya maklumat di dunia maya dan
sebagainya. Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai
kecemerlangan akademik dan akan menjauhi gelaran katak di bawah
tempurung. Remaja juga tidak harus terbuai dalam dunia yangmengalpakan,
iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Ingatlah
peribahasa,ikut hati mati, ikut rasa binasa. Tegasnya, tanpa remaja yang bijak
pandai maka pembangunan negara akan terbantut.
Walau bagaimanapun, kecemerlangan akademik semata-mata tidak dapat
menjamin pembangunan negara jika remaja kita tidak memiliki kesihatan fizikal dan
mental. Remaja yang ingin membangunkan negaea perlu memiliki kekuatan fizikal
dan mental untuk menempuhi segala kekangan. Pada alaf baharu yang penuh
dengankompetitif, remaja kita perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat
waja diri tanpa mengenal istilah putus asa supaya dapat berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah dengan remaja di negara maju. Untuk mencapai kesihatan
fizikal dan mental, remaja kita patut mengamalkan pemakanan seimbang, menjaga
kebersihan diri dan persekitaran, bersenam, bersukan, beriadah dan tidak terlibat
dalam pelbagai angkara sosial seperti minum arak, merokok, kegiatan maksiat, najis
dadah dan lain-lain lagi kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku
buruk
padahnya.
Remaja
kita
harus
sedar
bahawa
kesihatan
merupakan aset yang tidak ternilai. Tanpa kesihatan, segala-galanya tidak lagi
membawa makna. Hal ini sangat bertepatan dengan slogan rakyat sihat, negara
maju. Jadi, remaja yang sihat dan mempunyai jati diri yang mapan baru dapat
melaksanakan pembangunan negara.
Selain itu, remaja juga mestilah memiliki etika atau personaliti yang
luhur. Remaja kita harus disuntikkan ajaran agama dan nilai moral sejak kecil lagi
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lantaran itu, ibu bapa dan
pihak sekolah memainkan peranan yang penting untuk mendidik remaja menjadi
modal insan kelas pertama yang berakhlak mulia dan berjati diri unggul. Selain
menitikberatkan ajaran agama dan pendidikan moral, remaja kita harus dibimbing

supaya melakukan kerja amal dan memberikan khidmat sosial, misalnya bergotongroyong, menziarahi rumah kebajikan orang-orang tua dan kanak-kanak yatim,
mengutip derma untuk membantu mangsa bencana alam serta terlibat dalam
pelbagai aktiviti sukarela. Remaja yang dangkal imannya sudah pasti akan
terjerumus ke dalam kebejatan sosial. Dengan kata lain, remaja berkepemimpinan
harus bersahsiah mulia, berinsaniah, berbudi bahasa dan berkasih sayang agar dapat
melahirkan negara yang maju sama ada secara luarannya dan dalamannya pada
suatu hari nanti.
Seperkara lagi, remaja juga perlu kreatif dan inovatif untuk memacu
pembangunan negara yang gemilang. Hal ini terjadi demikian kerana hanya
mereka yang sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baharu
dapat mengecapi kejayaan yang terbilang. Dalam industri teknologi komunikasi
dan maklumat (ICT), umat yang gigih dan berani mencuba sesuatu yang baharu akan
menikmati buah kejayaan yang manis. Rentetan daripada itu, remaja kita harus
dilatih supaya berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi
yang teratur. Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang
tidak terhingga jika anak mereka melontarkan impian mereka. Namun demikian,
impian itu bukan rekaan Mat Jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong
dengan praktikalnya. Dalam konteks ini, penglibatan remaja dalam pelbagai bidang
sama ada kebudayaan, sukan, kepimpinan atau keusahawanan berupaya
menjanakan kreativiti dan inovasi remaja. Pendek kata, pembangunan negara akan
tercapai jika negara kita mempunyai barisan pelapis negara yang kreatif dan inovatif.
Akhir sekali, remaja juga dapat memainkan peranan mereka untuk
membangunkan negara dengan memiliki sikap keterbukaan. Hal ini kerana apabila
golongan ini mempunyai sifat sedemikian, mereka lazimnya dapat menerima
teguran dan pandangan orang lain. Dalam nada yang serupa, remaja seumpama ini
dapat memberi kesan kepada negara kita. Mereka dapat menjamin kestabilan politik,
ekonomi dan sosial negara. Mereka akan menjadi pendukung untuk mencapai
perpaduan negara atau integrasi nasional demi mewujudkan kesejahteraan sosial.
Mereka sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur untuk mencapai
misi dan visi negara iaitu semua rakyat perlu bersatu padu di bawah satu bumbung
yakni, satu bangsa satu bahasa dan satu negara. Maka, sifat keterbukaan remaja
sudah pasti dapat memudahkan mereka menjadi pemimpin yang mampu
membangunkan negaranya dengan penuh komited dengan dipayungi perpaduan
antara rakyatnya.
Intihanya, semua remaja mempunyai tanggungjawab dan obligasi masingmasing untuk menjana pembangunan negara kerana pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara. Remaja sebagai tunjang yang bakal menerajui kepimpinan
negara kita haruslah merdeka daripada belenggu angkara sosial. Hanya remaja
yang berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan negara. Jika remaja kita tidak
diasuh, dibimbing dan dididik dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi
negara hanya sekadar imaginasi semata-mata dan tidak dapat menjadi realiti. Oleh
itu, remaja kita perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri
dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat menempatkan diri sebagai modal
insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga negara kita dapat berdiri
dengan gah di pentas antarabangsa bergandingan dengan negara maju yang lain dan
terkenal di seantero dunia.

PERANAN REMAJA SEBAGAI MODAL


INSAN NEGARA
(I) Memang tidak dapat dinafikan bahawa golongan remaja seperti saya merupakan modal
insan ataupun aset berharga kepada nusa dan bangsa. Demi pembangunan negara, negara
berhasrat untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, yakni berpendidikan, berwawasan,
berdedikasi, berkaliber dan berdisiplin. Oleh hal yang demikian, dalam RMK-9, sebanyak
20.6 peratus diperuntukkan untuk meningkatkan kualiti modal insan dengan meningkatkan
keupayaan dan penguasaan ilmu. (T) Dalam konteks ini, sasaran modal insan ialah remaja
atau tenaga muda kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Golongan mudalah
yang dapat menyumbangkan idea dan tenaga demi pembangunan negara dalam segala
bidang, khususnya dari aspek iktisad. (A) Jadi, apakah peranan remaja dalam usaha untuk
merealisasikan visi kudsi kerajaan, yakni melahirkan modal insan yang berkualiti?
(I) Sebagai bakal modal insan yang berkualiti, remaja haruslah mempunyai pendidikan
formal yang sempurna. (M) Kejayaan dalam pendidikan akademik merupakan satu platform
yang amat penting untuk memastikan saya dapat menjadi modal insan yang berkualiti lagi
syumul. Tanpa pendidikan akademik yang sempurna sudah pasti impian remaja untuk
cemerlang dalam bidang yang diimpikan akan menjadi angan-angan Mat Jenin. (BA) Oleh
itu, remaja haruslah memerah otak sehingga mencapai ijazah kelas pertama, sarjana muda,
dan jika diizinkan Allah sehingga falsafah kedoktoran. Remaja dapat mencapai kejayaan
dalam bidang pendidikan dengan berbekalkan semangat yang kental dan usaha yang gigih.
Demi mencapai kejayaan yang cemerlang, ruyung perlulah dipecahkan untuk menikmati
sagunya. (K) Dengan berbekalkan kejayaan akademik remaja dapat bersaing dengan
masyarakat global dengan penuh keyakinan dan sekali gus dapat mengharumkan nama
negara di pentas dunia. (P) Tegasnya, demi menjadi modal insan yang berguna kepada tanah
air, remaja perlulah bertungkus lumus untuk memperoleh pendidikan yang setinggi mungkin.
Bukankah genggam bara api biar sampai jadi arang?
(I) Selain melengkapkan diri dengan pendidikan, remaja haruslah mengamalkan gaya
hidup sihat . (M) Hal ini dikatakan demikian kerana kesihatan yang baik dapat menjamin
kecergasan dan kecerdasan seseorang individu sejajar dengan kata hikmat badan cergas,
otak cerdas. Bukan itu sahaja, kesihatan yang baik juga merupakan aset yang paling berharga
dalam kehidupan manusia. (BA) Jadi sebagai generasi muda yang berpendidikan, remaja
haruslah mengambil inisiatif untuk melakukan senaman secara konsisten, seperti bersenam di
gim ataupun beriadah di taman rekreasi. Selain itu, remaja perlu menjaga pemakanan setiap
masa untuk meneruskan kehidupan di muka bumi dengan kesihatan yang terjamin. Remaja
haruslah mengamalkan falsafah Barat iaitu kita perlu makan untuk hidup, bukan hidup untuk
makan. Seperkara lagi, rokok, najis dadah dan arak juga perlu dihindari oleh remaja kerana
mengundang pelbagai komplikasi. (K) Sekiranya remaja membudayakan amalan gaya hidup
yang sihat sudah pasti sayagolongan yang separa matang ini dapat menjalankan kewajipan
mereka sebagai modal insan negara yang berkualiti untuk memacu pembangunan negara ke
tahap yang lebih membanggakan. (P) Tegasnya, gaya hidup sihat hendaklah menjadi antara
agenda perdana dalam kamus hidup kita jika hendak menjadi modal insan yang berkualiti.
(I) Di samping gaya hidup sihat, remaja haruslah mempunyai jati diri yang unggul demi
menjadi modal insan yang dapat menyumbang kepada nusa dan bangsa. Antara keperibadian
unggul termasuklah tingkah laku yang sopan dan mempunyai darjah kesusilaan yang tinggi
berpaksikan prinsip kelima Rukun Negara, yakni kesopanan dan kesusilaan. (M) Hal ini
dapat memandu dan memimpin remaja agar tidak terbabas dari landasan yang benar lalu

terjerumus ke dalam lembah laknatullah, seperti berjinak-jinak dengan najis dadah, yang
menghancurkan wawasan negara, iaitu Wawasan 2020. (BA) Menurut pakar motivasi yang
tersohor dan disegani masyarakat Melayu, Datuk Haji Dr. Fadzilah Kamsah, banyak anak
muda yang terperosok ke dalam kancah maksiat, seperti sumur di tepi jalan, siapa haus
boleh minum, ekoran terhakisnya nilai-nilai moral. (K) Sehubungan dengan ini,
remaja haruslah menyemaikan nilai-nilai kemanusiaan dan kerohaniaan, seperti amanah,
tulus ikhlas, toleransi dan bertimbang rasa, dalam lubuk kalbu mereka agar menjadi modal
insan yang bersahsiah mulia serta menjaga imej tanah air yang tercinta ini. (P) Pendek kata,
modal insan yang berkeperibadian mulia bukan sekadar dapat menyumbang ke arah
pembangunan negara malahan dapat mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
(I) Tidak ketinggalan juga, remaja juga haruslah menghayati ajaran agama. Hal ini
dikatakan demikian kerana remaja yang mematuhi ajaran agama, bangsa Malaysia yang
budiman dan disegani dapat dilahirkan. (M) Dalam konteks ini, remaja dapat
membezakan yang mana intan, yang mana kaca. Remaja yang beriman dan berpaksikan
akidah tidak akan menjadi hamba kepada hawa nafsu. (BA) Anak gadis yang soleh, misalnya,
akan menjaga gerak-geri apabila berinteraksi dengan kaum lelaki. Tutur kata dan tingkah laku
akan dijaga agar tidak mencemari imej keluarga. Kata orang, biar buruk kain dipakai, asal
pandai mengambil hati. Ajaran agama juga mencelikkan mata remaja bahawa dari telaga
yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh dan dari telaga yang keruh, tak akan mengalir
air yang jernih. Benarlah kata Albert Einstein, Agama tanpa ilmu akan buta tetapi ilmu
tanpa agama akan lumpuh. (K) Dengan adanya kesedaran ini, tumbuk rusuk ataupun rasuah
yang dapat menghancurkan negara dapat dihindarkan. (P) Ringkasnya, nilai-nilai keagamaan
haruslah disemaikan dan disuburkan dalam lubuk diri remaja untuk menjadi modal insan
yang berkualiti.
(K) Akhirulkalam, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa modal insan yang
menjadi harapan negara ialah generasi muda yang berpendidikan formal, berjati diri mulia,
sihat walafiat dan beriman. (C) Demi mendukung cita-cita dan hasrat negara ini, remaja
hendaklah melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat membentuk jati diri yang unggul,
bukannya membilang buah kerayung seperti melepak di kompeks beli-belah, berlumba
haram dan berjudi. Sebagai warganegara yang berjiwa patriotik, remaja haruslah
mengetepikan aliran politik yang sempit yang berorientasikan komunalisme demi
kepentingan nusa dan bangsa. Seperkara lagi, nilai-nilai negatif hendaklah dikikis sama sekali
kerana memang susah untuk mengikis tabiat buruk. Remaja juga sewajarnya berfikir dengan
semasak-masaknya sebelum bertindak dalam apa-apa juga aspek kehidupan kerana ingat
sebelum kena, jimat sebelum habis. (H) Tiada gunanya kita menyesali sesuatu tindakan yang
sudah menimpa diri kerana sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Dengan
kesedaran ini, remaja bukan sahaja akan menjadi modal insan kelas pertama bahkan dapat
memperkasakan bangsa Malaysia sebagai bangsa yang maju yang dapat duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.

Perananibubapamembentukamalanberjimatcermat

Dalamerapascakemerdekaanini,imejnegaratercintakitasemakinharaisemakindisanjungtinggidi
persadadunia.Pembangunansecaraglobalyangdialamiolehnegarakitamenyebabkankitaberasa
gahdanmembolehkankitamenikmatikemajuantersebut.Namunbegitu,masyakatkitaacapkali
tersentakapabilapihakmediamassaseringmemaparkankenaikanhargapadadadadadaakhbardan
disiarkanmelaluimediaelektronik.Olehhalyangdemikian,amalanberjimatcermatsemasa
berbelanjaamatpentingditerapkandalamkalangangenerasimudamemandangkangolonganini
seringdikaitkandengansikapborosketikamembelibelah.Dalamhalini,ibubapaharusturun
padanngbagimengambilusahausahabagimeningkatkankesedaranberbelanjasecaraberhemat
dalamkalangananakanak.
Antarausahadominanyangpragmatikuntukmenyemaiamalanberjimatcermatdalamdiri
seseorangtermasuklahibubapaharusmenerapkandidikanagamadalamkalangananakanak.Halini
demikiankerana,setiapagamamenuntutumatnyasupayamempunyainilainilaiyangbaik
termasuklahamalanberjimatcermat.Selainitu,didikanagamaturutmembolehkanseseorang
menaakulbaikburuktindakannya,terutamanyadalamaspekperbelanjaan.Maka,anakanakakan
sentiasabersikapselarasdenganperibahasa,'beringatsebelumkena,berjimatsebelumhabis'.
Sehubungandenganitu,ibubapaharusmemberididikanagamayangsempurnabaiksecaraformal
mahupunsecaratidakformal.Denganpendidikanagama,anakanakakanlebihdidedahkandengan
caracaramembuatperancangansebelummembelibelahkerana'sesaldahulupendapatan,sesal
kemudiantidakberguna'.Malahnan,anakanakakanberbelanjamengikutkemampuandantidak
bersikapborosyangdianggapsebagaiamalansyaitandalamsesetengahagama.Deduksinya,didikan
agamaharusditerapkandalamsanubarianakanakbagimeningkatkankesedaranberbelanjasecara
berhemat.
Bertitiktolakdaripadaitu,ibubapaharusmenyemaiamalanberjimatcermatdalamkalangananak
anakdenganmenjadikandirinyasebagaisuriteladanyangterbaikketikaberbelanja.Halinidemikian
kerana,apaapaperkarayangdilakukanolehibubapaakanmenjadiikutanataujejaklangkahank
anak.Situasiinibertepatandenganperibahasa'bagaimanaacuan,begitulahkuihnya'dan'bapaborek,
anakrintih'.Sejajardenganitu,anakanakselalumembuatpemerhatianterhadapcaraibubapa
berbelanja.Maka,ibubapaharuslahmencerminkansikapberjimatcermatketikaberbelanjadengan
meungutamakanbarangandanperkhidmatanyangmenjadikeperluanhariansertatidakmembeli
baranganmengikutperasaankerana'ikutrasabinasa,ikuthatimati'.Malahan,ibubapaharus
memberikeutamaankepadaproduktempatanyanglebihmurahdanbermututinggidaripadaproduk
import.dengandemikian,ibubapadapatmempamerkansikapberjimatcermatdisampinmemberi
sambutankepadaproduktempatan.Haliniseumpamaperibahasa'serampangduamata'.Tuntasnya,
ibubapaharusmenjadiinspirasiyangterbaikkepadaanakanakbagimemupukamalanberjimat
cermat.
Bukanitusahaja,ibubapaturutperlumemberibimbingandannasihatkepadaanakanakketika
berbelanjasebagaiusahamenyemaiamalnberjimatcermat.Malahan,haliniperludilakukanapabila
anakanakmasihkecillagibakkatapepatah'melenturbuluh,biarlahdarirebungnya'.Sehubungan

denganitu,ibubapaharusmendedahkananakanakkepadacaramembelibelahsecarabijak.sebagai
analoginya,caracara.membandingkanhargabarangansebelummembeli.halinidemikiankerana,
hargasesuatubarangberbezabezamengikutlokalititempat.Contohnya,hargabarangandikedai
keciljauhlebihmurahberbandingdengankompleksbelibelahbertaraflimabintang.Selainitu,ibu
bapaharusmembimbinganakanaksupayamembeliprodukyangbermutudanharganyaberpatutan.
Dengandemikian,anakanakyangsetampukdarah,setahunjagungdapatmengadaptasiamalan
berjimatcermatsemasaberbelanjadisampingdapatmengelakdiridaripadadiselewengolehpara
peniaga.
Sudahteranglagibersuluh,ibubapaperlumemupukamalanberjimatcermatsemasaberbelanja
denganmemberikesedarankepadaanakanak.Halinidemikiankeran,menurutpakarpsikologi,
anakanakyangmasihmudatidakbolehdipaksabagimengamalkansesuatuamaln.Sebaliknya,anak
anakperludiberikesedaranbahawabetapapentingnyaamalanberjimatcermatdalamdiriseseorang.
Malahan,anakanakperludidedahkankepadakesankesanburukjikaseseorangitubersikapboros
ketikaberbelanja.Secaralangsung,anakanakdapatmengetahuicaracaramembelibarangansecara
berhematkerana'hanyajauhariyangmengenalmanikam'.Disampingitu,anakanakdapat
memastikankehidupanyangbahagiadantidakakanberhutangkelilingpinggan.Tegasnya,ibubapa
harusmemberimesejyangjelaskepadaanakanakmelaluikesedaranberbelanjasecaraberhemat.
Sebelummenyentuhkonklusi,ibubapaharusmembimbinganakanaksupayatidakterpengaruh
dengangayahiduprakansebaya.Halinidemikiankerana,anakanaklebihmudahdipengaruhi
dengansegalatindakanrakansebayayangmempunyaiprinsip,identitidanpersepsiyangsama.
Namunbegitu,statusekonomisetiapindividuberbeza.Walaubagaimanapun,anakanakyangmasih
tidakdapatmembezakanantarakacadanpermataakanmudahterpengaruhdanterikutikutdengan
kawanyangkayadansukaberbelanjamewah.Olehhalyangdemikian,ibubapaperlumenanam
sikap'mengukurbajudibadansendiri'sebagaiprinsiphidupdanmenerangkanstatusekonomi
keluargasupayaanakanakdapatmengetahuicaracaraberbelanjamengikutkemampuan.Malahan,
anakanakdapathidupdengansejahterapadamasahadapantanpasebarangmasalahekonomi
keluarga.Jelaslahbahawa,ibubapaharusmengawasipengaruhrakansebayaterhadapanakanakbagi
meningkatkankesedaranberbelanjasecarahemah.
Kesimpulannya,ibubapasebagaiindividuyangterdekatdengananakanakperlumemikul
tanggungjawabbagimenyemaiamalanberjimatcermatdalamsanubarianak.Halinidemikian
kerana,anakanakyangdiibaratkansebagaiinsankerdilciptaanTuhanmerupakantunjangnegara
yangharusmengenggamamalanberjimatcermat.Jikatidak.anakanakakandibelengguoleh
pelbagaimasalahkewanganpadamasahadapan.Maka,sebelumnasimemjadibuburibubapaharus
pekadalamusahamenerapkanamalanberjimatcermatdalamkalanganakanak.

Penulisan 9 : Dimensi Keluarga : Peranan ibu bapa memupuk


amalan menabung
Menabung amat penting untuk menjamin kehidupan
pada masa hadapan.
Huraikan peranan ibu bapa dalam memastikan amalan
menabung menjadi budaya masyarakat kita.
Hidup ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah,
begitulah lumrah manusia dalam kehidupan. Menjelang era
milieu yang sarat dengan informasi dan teknologi, momentum
arus terus bergerak ke depan dengan tidak berlengah-lengah.
Oleh itu, generasi muda perlu berjimat cermat dan sifat
menabung perlu disemai sejak anak-anak masih kecil lagi.
Amalan menabung ini diharapkan terbawa-bawa sehingga
dewasa. Menabung merupakan tabiat menyimpan wang.
Tanggungjawab untuk memupuk amalan ini dalam sanubari
anak-anak jatuh pada bahu ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa
perlu memainkan peranan mereka dengan bijaksana ibarat
menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung
tidak berselerak. Persoalannya, apakah peranan yang perlu
dimainkan oleh ibu bapa dalam memastikan amalan ini menjadi
budaya masyarakat kita?
Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi
menerapkan amalan berjimat-cermat dalam diri anak-anak
adalah dengan menjadikan amalan ini sebagai budaya
keluarga. Hal ini kerana suasana keluarga merupakan cara
yang paling cepat dan efektif bagi membentuk keperibadian
anak-anak. Anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapa yang bakal
mencorakkannya menjadi putih atau hitam. Ibu bapa
merupakan orang yang pertama berpeluang untuk berinteraksi
dengan anak-anak. Anak-anak telah dibawa ke dunia ini oleh
ibu bapa. Anak-anak datang ke dunia yang berwarna-warni ini
dengan otak yang kosong. Oleh itu, ibu bapa perlulah
mengisikan tempat kosong yang ada dalam minda anak-anak.

Dengan kesempatan ini, ibu bapa boleh menyemai amalan


menabung dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa boleh mengajar
anak-anak menabung dengan menyimpan sebahagian daripada
wang perbelanjaan harian sekolah anak-anak. Ajarlah anakanak berjimat-cermat dan tidak membelanjakan semua wang
perbelanjaan harian yang diberi agar anak-anak tahu akan
kepentingan menabung. Jelasnya, ibu bapa perlu memupuk
tabiat ini dalam kalangan kanak-kanak sebelum kudis menjadi
tokak.
Selain itu, ibu bapa wajar menerapkan amalan menabung
dalam jiwa anak-anak sejak bangku prasekolah lagi, bak kata
pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sewaktu anakanak masih kecil, mereka sangat mematuhi kata-kata dan
nasihat ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa mudah memberitahu dan
mendidik mereka amalan yang berunsur positif seperti amalan
menabung. Anak-anak mudah dipengaruhi ketika mereka masih
kecil. Mereka tidak akan mengingkari nasihat ibu bapa dan
mengikut segala ajaran ibu bapa mereka. Dengan cara ini,
amalan menabung, secara tidak langsung, mudah berakar umbi
dalam hati anak-anak. Sekiranya didikan dan ajaran seperti ini
diberikan sewaktu belia, anak-anak yang berdarah muda tidak
akan mempedulikan ibu bapa lagi dan nasihat ini bagai
mencurahkan air ke daun keladi. Ibu bapa yang melahirkan
anak-anak dan membawa mereka ke alam fana ini, sekiranya
mengajar kanak-kanak bukan tanggungjawab mereka, siapakah
yang mampu bertanggungjawab dalam hal ini lagi? Oleh itu,
ibu bapa perlu menerapkan amalan sedikit demi sedikit dalam
jiwa anak-anak sejak kecil kerana
sedikit-sedikit, lama-lama
jadi bukit.
Selain itu, ibu bapa mengamalkan gaya hidup
sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk. Anak-anak perlu
diterapkan dengan gaya hidup yang sederhana dan tidak
membazir. Sebagai contohnya, jenis rumah dan perkakas di
dalamnya menjadi penanda aras paling senang bagi menilai
taraf hidup sesebuah keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah
bersederhana dalam pembelian peralatan di rumah dan setiap
pembelian perlu dibayar tunai tanpa berhutang. Kadangkala,
terdapat keluarga yang sanggup berhutang bagi membeli
perabot dan perkakas rumah yang bergaya supaya mendapat
"pengiktirafan" orang berada oleh orang-orang di sekeliling
walaupun hakikat sebenarnya mereka tidak berkemampuan.

Mereka inilah yang berpegang pada prinsip biar papa asal


bergaya. Jika ada ibu bapa yang menjadikan hal ini sebagai
budaya keluarga, diharapkan mereka dapat menukar perspektif
tersebut bagi memudahkan proses penerapan amalan berjimatcermat
dalam
diri
anak-anak.
Adat usang pusaka lama, amalan menabung merupakan
tabiat yang bijak dan harus diwariskan secara turun-temurun.
Ibu bapa perlu mengajar anak-anak menguruskan wang dengan
cekap. Mereka harus memberitahu anak-anak cara penggunaan
wang dan cara penyimpanannya. Mereka perlu kerap
menggalakkan
anak-anak
mengamalkan
tabiat
menabung. Membuka
akaun
bank
untuk
anakanak merupakan perkara pertama yang boleh diambil bagi
menyiapkan anak-anak ke arah berjimat-cermat. Malah,
langkah ini boleh diambil sejak usia mereka masih bayi. Ibu
bapa dapat menaikkan semangat anak-anak untuk menabung
dengan meminta mereka membayangkan wang simpanan yang
bakal digunakan untuk masa depan mereka kelak. Kata orang
tua, semua orang memerlukan pujian. Dengan hal tersebut,
ibu bapa boleh memuji anak-anak sekiranya mereka melakukan
sesuatu yang baik. Pujian dengan batasan tertentu boleh
mewujudkan keyakinan anak-anak. Oleh itu, mereka akan
menerima nasihat dan ajaran ibu bapa dengan hati terbuka.
Mereka akan belajar pengurusan wang dengan cekap. Amalan
menabung mudah ditanamkan. Dengan itu, ibu bapa harus
memuji anak-anak dan cara ini dapat memudahkan penerapan
amalan menabung sudah terang seperti murai berkicau hari
siang.
Pada hakikatnya,
ibu bapa
berperanan
untuk
menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak.
Ibu bapa sendiri harus mengamalkan sikap menabung.
Mereka harus menabung wang bersama dengan anak-anak. Ibu
bapa perlu menunjukkan kepada anak-anak bahawa pada
setiap bulan, mereka menyimpan sejumlah kecil wang di bank
atau pejabat pos. Perbuatan ibu bapa menyimpan wang akan
dicontohi oleh anak-anak. Anak-anak mudah terikut-ikut
oleh tingkah laku ibu bapa dan mereka akan mengikut jejak
langkah ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa perlu menujukkan contoh
yang baik. Mereka harus mengamalkan tabiat menabung juga.
Cuba anda bayangkan, macam mana anak-anak akan rela hati

untuk menabung sekiranya ibu bapa mereka sendiri seorang


yang boros dan tidak pandai menguruskan wang? Hal ini
jelas menunjukkan betapa pentingnya imej yang diberikan
oleh ibu bapa di depan anak-anak. Pepatah Melayu juga
mengatakan bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
Jika berkawan dengan tukang besi, baju kita akan tercarik
terkena percikan api; jika berkawan dengan penjual pewangi
harum, tubuh kita akan berbau harum, Kawan merupakan
magnet sakti yang boleh mempengaruhi anak-anak yang
berusia seumur jagung. Ibu bapa harus menapis kawan anakanak dan mengelakkan mereka berkawan dengan mereka yang
kurang berakhlak. Benteng iman yang lemah anak-anak mudah
runtuh sekiranya kegembiraan dan kemewahan mengaburi
mata, bak kata pepatah, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Oleh
itu, ibu bapa harus mengurangkan peluang anak-anak untuk
bercampur dengan golongan tidak bermoral. Anak-anak mudah
terjerumus ke dalam lembah maksiat. Anak-anak hanya tahu
menghabiskan wang dan tidak tahu betapa susah dan
payahnya ibu bapa memperoleh wang untuk perbelanjaan
anak-anak. Dengan itu, amalan menabung akan dialpakan dan
diketepikan oleh anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlu
mengelakkan anak-anak berkawan dengan mereka yang
kurang bersahsiah.
Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa memang memainkan
peranan dominan dalam memastikan amalan menabung
menjadi budaya masyarakat kita. Pepatah cina mengatakan
Jikalau tiada wang semua kerja tak terjadi. Peribahasa Melayu
pula menunjukkan ada padi semua jadi, ada beras semua
deras. Gambaran ini menunjukkan betapa pentingnya wang
dalam zaman globalisasi yang mengutamakan kebendaan dan
material. Kita harus menyemai sifat menabung dan menjadikan
amalan ini sebagai satu tabiat hidup. Pembentukan generasi
muda berakhlak yang merupakan tonggak aspirasi untuk
menerajui negara pada masa depan amat diperlukan untuk
merealisasikan kelahiran masyarakat madani. Air bersih,
ikannya jernih

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan


remaja pada masa ini.
Jelaskan peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat
patriotik dalam jiwa anak-anak.
Setiap negara mempunyai sejarah yang tersendiri. Di
Malaysia, sejarah yang ada telah membentuk identiti negara
kita. Negara kita terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum
iaitu Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan sebagainya.
Perpaduan kaum yang terbentuk pada masa dahulu sehingga
kini merupakan satu pencapaian negara yang amat
membanggakan. Rakyat yang berbilang kaum ini dapat hidup
bersama secara aman damai kerana mereka mempunyai
semangat patriotik yang kukuh dan kental dalam diri mereka.
Walau bagaimanapun, masyarakat pada zaman moden ini,
asyik dengan perkembangan dunia sehingga mengabaikan
kepentingan semangat patriotik dalam diri mereka. Amat jelas
dapat dilihat bahawa masyarakat kini kurang berpengetahuan
tentang sejarah pembentukan negara hasil perjuangan oleh
tokoh pejuang bangsa seperti Dato Maharajalela, Dato
Bahaman, Tok Janggut dan sebagainya. Masyarakat kini kurang
bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang terdapat
di negara kita. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh
pelbagai pihak bagi menyuburkan semangat patriotik dalam
jiwa masyarakat. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa
dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak?
Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa
memainkan peranan yang utama dalam menerapkan dan
menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Ibu
bapa seharusnya sentiasa membawa anak-anak melawat ke
tempat-tempat yang bersejarah. Contohnya, ibu bapa
hendaklah membawa anak-anak ke Bandar Bersejarah, Melaka.
Di situ, terdapat pelbagai barang dan bangunan tinggalan
sejarah. Amalan ini dapat menimbulkan dan melahirkan minat
anak-anak untuk mengetahui latar belakang dan asal-usul
pembentukan negara dan seterusnya akan wujud semangat
patriotik dalam jiwa anak-anak. Tempat-tempat bersejarah
seperti Lembah Bujang, Seri Menanti, Kota Belanda di Perak
dan sebagainya boleh dijadikan sebagai destinasi lawatan.
Aktiviti lawatan ke tempat yang bersejarah merupakan langkah
bagai serampang dua mata kerana anak-anak bukan sahaja
dapat menimba ilmu pengetahuan, tetapi juga dapat

mengekalkan hubungan silaturahim yang erat antara keluarga.


Jelasnya, lawatan ke tempat yang bersejarah boleh dijadikan
amalan setiap kali cuti persekolahan oleh ibu bapa sebagai cara
menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.
Selain itu, ibu bapa juga hendaklah membeli buku-buku
yang berkaitan dengan sejarah atau buku-buku novel
bertemakan semangat patriotik dan semangat cinta akan
negara kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana melalui
proses pembacaan, anak-anak dapat mengetahui lebih banyak
perkara berkaitan dengan sejarah. Buku-buku sejarah dan novel
dapat membantu menerapkan semangat patriotik dalam jiwa
anak-anak kerana buku-buku tersebut mempunyai isi
kandungan yang berunsur patriotisme. Hal ini amat jelas
menunjukkan bahawa usaha ibu bapa dalam memilih bukubuku yang sesuai untuk anak-anak adalah amat penting. Oleh
itu, ibu bapa haruslah memilih buku-buku yang tinggi nilai
ilmunya dan bukannya buku-buku komik yang tidak
bermanfaat. Dengan membaca buku-buku berunsurkan
patriotisme, pasti semangat patriotik dapat diterapkan dalam
jiwa anak-anak. Amalan membaca buku-buku tersebut
hendaklah dipupuk sejak dari kecil lagi kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Apabila anak-anak membesar nanti,
mereka akan sentiasa bersemangat patriotik dan suka
membaca kerana kalau asal benih yang baik jatuh ke laut
menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan dicampak
ke bumi menjadi penawar.
Di samping itu, ibu bapa juga haruslah menjadi role
model atau suri teladan kepada anak-anak. Ibu bapa perlu
sedar bahawa segala perbuatan, perlakuan, amalan, pertuturan
dan pemikiran mereka akan diikuti oleh anak-anak. Oleh hal
yang demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa menunjukkan
sikap yang positif kepada anak-anak. Sebagai contohnya, ibu
bapa boleh mengibarkan bendera di rumah atau melakukan
aktiviti yang boleh menunjukkan sokongan terhadap negara.
Ibu bapa janganlah menyertai apa-apa protes terhadap negara
kerana perbuatan sedemikian hanya akan menjadi seperti
ketam mengajar anak berjalan betul, tetapi diri sendiri tidak
betul.. Oleh itu, ibu bapa harus sentiasa menunjukkan contoh
yang terbaik kepada anak-anak kerana ke mana tumpahnya
kuah kalau tidak ke nasi. Ibu bapa boleh membawa anak-anak
menyertai program larian 1Malaysia, ceramah tentang Sejarah
Negara, atau lawatan ke Muzium Negara. Ibu bapa haruslah

melakukan usaha dengan sepenuh hati agar anak-anak yang


dibesarkan dapat menjadi insan yang cinta akan negara dan
bersemangat patriotik. Tegasnya, ibu bapa perlu menjadi suri
teladan kepada anak-anak bagi melahirkan generasi muda
yang berwawasan.
Seterusnya, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk
bercerita mengenai peristiwa-peristiwa atau kisah yang
berkaitan dengan sejarah kepada anak-anak bagi melahirkan
generasi muda yang bersemangat patriotik. Bak kata pepatah,
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Sebagai
contohnya, sebelum anak-anak masuk tidur, ibu bapa boleh
membacakan cerita mengenai pejuang-pejuang bangsa kepada
anak-anak seperti kisah perjuangan Datuk Bahaman, Datuk
Maharajalela, Mat Kilau, Kapten Hasan dan lain-lain ketika
menentang Inggeris. Ibu bapa boleh juga menceritakan sendiri
pengalaman nenek moyang terdahulu, betapa
mereka
menderita dizalimi dan didera semasa zaman penjajahan di
negara kita. Anak-anak yang bijak sudah pastinya dapat
membandingkan kehidupan mereka sekarang berbanding
dahulu. Hal ini boleh menerapkan semangat patriotik dalam
jiwa anak-anak. Ibu bapa juga boleh melayari internet untuk
mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk
bercerita kepada anak-anak. Dengan mempunyai maklumat
yang tepat, anak-anak akan mendapat informasi yang betul
dan setelah itu, anak-anak akan sentiasa teringat-ingat tentang
kisah sejarah. Mereka akan belajar sesuatu melalui sejarah lalu
timbullah semangat patriotik dalam jiwa mereka. Oleh itu, ibu
bapa perlulah sentiasa mencari peluang atau kesempatan
untuk menceritakan pengalaman diri atau berbincang dengan
anak-anak mengenai topik-topik berunsurkan negara bagi
menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Amalanamalan ini haruslah dilaksanakan dengan berterusan kerana
alah bisa tegal dek biasa. Anak-anak akan cuba mengingati
setiap cerita yang pernah didengarnya terutama tentang
sejarah negara. Tegasnya, ibu bapa perlu melaksanakan
tanggungjawab dengan baik bagi membentuk jiwa anak-anak
yang bersemangat patriotik.
Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah membawa anak-anak
menyertai
sambutan-sambutan
negara
seperti
Hari
Kebangsaan pada 31 Ogos, Hari Malaysia pada 16 September
dan sebagainya. kita Dengan menyertai sambutan hari
kemerdekaan ini, semangat patriotik dapat disemai dalam diri

mereka. Sebagai contohnya,


apabila anak-anak dapat
bersama-sama mengibarkan jalur gemilang, mendengar
deklamasi sajak serta mendengar
cerita-cerita tentang
kesengsaraan para pejuang tanah air untuk memerdekakan
negara. Anak-anak dapat melihat sendiri kemeriahan sambutan
kemerdekaan sekali gus memahami objektif sebab-sebab
sambutan sebegini diadakan. Kisah di sebalik kemewahan dan
kedamaian negara akan dapat dirungkaikan dan seharusnya
dapat menghadirkan keinsafan dalam diri mereka bahawa
banyak harta benda dan nyawa yang harus dikorbankan demi
melihat Malaysia gagah seperti sekarang. Dengan menyertai
aktiviti sambutan ini juga, kita akan mendapat peluang untuk
melihat persembahan daripada kaum lain dan berkenal-kenalan
antara satu sama lain. Secara tidak langsung, perpaduan
antara kaum akan tercapai dan wujudlah masyarakat yang
harmoni yang bersemangat patriotik. Jelaslah bahawa, jika ibu
bapa
dapat
membawa
anak-anak
menyambut
hari
Kemerdekaan setiap tahun sejak mereka kecil lagi sudah pasti
semangat patriotik dapat dipupuk dengan mudah kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan
bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam
menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Hadis
Riwayat At-Tarmizi ada menyatakan bahawa tiada anugerah
yang dapat diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya selain
tunjuk ajar dan budi pekerti yang mulia. Hal ini amat jelas
membuktikan betapa besarnya tanggungjawab seorang ibu
atau bapa kepada pembinaan personaliti anak-anak. Oleh itu,
ibu bapa haruslah melaksanakan tanggungjawab dan peranan
bagi melahirkan individu yang bersemangat patriotik, cinta
akan negara dan berwawasan.

Novel yang saya pelajari ialah novel Konserto Terakhir karyaan Abdullah Hussain.Terdapat
beberapa kritikan sosial yang cuba diketengahkan oleh pengarang dalam novel tersebut.
Antara kritikan sosial termasuklah sikap masyarakat yang memandang rendah
atas keupayaan orang lain atas sebab-sebab tertentu. Sikap ini dapat ditunjukkan melalui
watak Datuk Johari. Contohnya, Datuk Johari tidak mahu menghargai kebolehan Hilmi yang

sudah berjaya menjadi seniman agung. Walaupun dia diberi tiket untuk menonton
Pertunjukan Orkes Perdana tetapi dia memulangkan tiket itu kepada orang yang memberinya
kerana dia menganggap kebolehan dan bakat Hilmi tidak ke mana-mana. Hal ini disebabkan
oleh Hilmi hanya lulus setakat darjah empat sekolah Melayu. Malah, dia tidak mahu
menyebut nama Hilmi apabila Datin Salmah mengajaknya untuk menonton pertunjukan itu.
Kritikan sosial yang seterusnya yang ingin diterangkan oleh Abdullah Hussain
ialah sikap masyarakat yang mementingkan status dan kedudukan sosial. Sikap ini telah
jelas dipaparkan oleh watak Datin Salmah. Datin Salmah yang dilahirkan dan dibesarkan
dalam keluarga kaya berasa amat bangga, sombong, dan mementingkan kedudukan.
Misalnya, Datin Salmah mahu orang menghormatinya, malah dia suka orang menyebutnya
Datin ketika menyapa dan berbual dengannya. Oleh itu, apabila Hilmi memanggilnya
dengan panggilan Mak Cik Salmah, dia rasa tersinggung. Di samping itu, apabila Mak Cik
Minah melayani Hilmi dengan baik dan menyapanya dengan menggunakan perkataan
Encik, Datin Salmah memarahi Mak Minah sehingga Mak Minah melongo apabila
mendengar kata-kata Datin Salmah. Oleh itu, didapati Datin Salmah bukan sahaja tidak mahu
melayani Hilmi dengan baik, malah juga melarang pembantu rumahnya memberi layanan
yang baik dan berencik-encik kepada Hilmi. Datin Salmah melayani orang yang berdarjat dan
berpangkat dengan baik dan memandang hina terhadap orang biasa dan orang miskin.
Buktinya , dia memarahi Hayati kerana rapat dengan Hilmi walaupun Hilmi juga sepupu
Hayati sama seperti Mohsin. Dia memberi layanan yang istimewa kepada Mohsin kerana
Mohsin berpangkat dan kaya.
KRITIKAN SOSIAL NOVEL PAPA
1. Mengingkari perintah Tuhan dan melakukan dosa Encik Muaz al-Khalibi telah menodai
pengemas biliknya sehingga mengandung, namun enggan bertanggungjawab. Sebagai
akibatnya, pengemas rumah warga Indonesia itu meninggalkan Rasylan yang baru dilahirkan
di tepi sebuah longkang besar.
2. Iri hati dan mempengaruhi orang untuk membenci seseorang Murni menghasut rakan
sekelas yang lain agar memusuhi Intan Julia.
3. Dendam yang berpanjangan - Datuk Mustakim melanggar ibu bapa Jeffri ketika pulang
dari
solat tarawih. Bapanya meninggal dunia manakala ibunya lumpuh. Jeffri berasa
marah kerana Datuk Mustakim tidak berhenti selepas kemalangan itu walaupun dia
menanggung kos rawatan ibunya hinggalah ibunya meninggal dunia. Rasylan mencadangkan
agar papa Julia, Jeffri bertemu dengan Datuk Mustakim tetapi papa Julia enggan.

(ii) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelakari, bincangkan tiga kritikan penulis terhadap
kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.

Novel yang teleh saya kaji ialah Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain.
Pengarang telah mengkritik beberapa kepincangan yang berlaku dalam masyarakat yang
terdapat dalam novel tersebut.

Antara kritikan penulis ialah penulis mengkritik masyarakat yang tidak


bertanggungjawab. Contohnya, Datuk Johari telah meninggalkan kampungnya bersama surat
perceraian untuk isterinya pada malam pengantin dan terus berhijrah ke Kuala Lumpur.
Kesan kepada peristiwa ini ialah bapa Datuk Johari telah bergaduh besar dengan bapa bekas
isteri yang ditinggalkan oleh Datuk Johari. Hubungan antara dua keluarga tersebut hampir
pincang. Peristiwa ini selesai apabila sepupu Datuk Johari, Karim menawarkan diri untuk
mengahwini bekas isteri Datuk Johari. Peristiwa ini menunjukkan sikap segelintir masyarakat
yang tidak bertanggungjawab yang boleh membawa menjejaskan hubungan kekeluargaan.
Selain itu, penulis mengkritik masyarakat yang mementingkan status diri. Tamsilnya,
Datin Salmah sering mengejek Hilmi kerana dia hanya mempunyai pendidikan setakat darjah
empat sekolah Melayu. Dia tidak menyenangi kehadiran Hilmi yang datang dari kampung di
rumahnya walaupun Hilmi merupakan anak saudara suaminya. Datin Salmah tergamam
apabila Hilmi tidak membahasakan dirinya sebagai datin sebaliknya memanggilnya mak
cik. Datin Salmah juga sentiasa mencari peluang untuk mengusir Hilmi dari rumahnya
selepas termakan dengan hasutan kakaknya, Datin Laila demi menjaga maruahnya. Hal ini
menunjukkan sikap sesetengah masyarakat yang lebih mementingkan status daripada
hubungan persaudaraan.
Di samping itu, penulis juga mengkritik masyarakat yang menghasut. Misalnya,
apabila Mohsin yang sedang mengisi minyak motokar ternampak Hilmi yang sedang bekerja
di stesen minyak, dia memberitahu tauke stesen minyak itu bahawa Hilmi pernah menjadi
tukang kebun di rumah Datuk Johari, tetapi lari dari situ. Dia meminta tauke stesen minyak
itu supaya memecat Hilmi dan jika tidak, dia tidak akan pergi mengisi minyak di situ lagi.
Peristiwa ini memaparkan bahawa masih terdapat lagi sikap masyarakat yang suka
menghasut dan menabur fitnah kepada orang lain demi kepentingan diri yang akan
menjejaskan kehidupan orang lain.
Rangka Novel Papa
1. Masyarakat yang percaya akan perkara yang karut
- Mak Cik Noraini kurang senang dengan tindakan papa menyediakan kelengkapan kelahiran
bayi lebih awal, iaitu ketika kandungan mama baru berusia lima bulan kerana menurut kata
orang tua-tua, perkara itu tidak baik.
2. Masyarakat yang bersikap cemburu
- Rasylan berasa cemburu apabila melihat Julia ditegur oleh pelajar yang lebih senior
3. Masyarakat yang mudah memandang serong terhadap seseorang
- Papa tidak suka Julia berkawan rapat dengan Rasylan setelah mendapat tahu latar belakang
ibu bapa Rasylan yang tidak diketahui asal usulnya.

i) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu teknik plot yang
digunakan berserta contoh dalam setiap novel.
Dua buah novel yang telah saya kaji ialah Papa, karya Deana Yusof dan Konserto
Terakhir, karya Abdullah Hussain. Beberapa teknik plot telah digunakan oleh pengarang
masing-masing untuk menghasilkan novel yang lebih menarik.
Dalam novel Papa, teknik plot saspens telah digunakan oleh pengarang. Saspens
bermaksud seseorang pembaca itu berada dalam keadaan tertanya-tanya atau ingin tahu akan
lanjutan peristiwa berkenaan. Contohnya, pembaca tertanya-tanya dalam novel Papa akan
nasib yang akan menimpa Intan Maliana setelah doktor memaklumkan bahawa dia perlu
menjalani satu pembedahan kerana ada komplikasi terhadap kandungannya.
Dalam novel Konserto Terakhir pula terdapat teknik plot imbas kembali. Imbas sekali
ialah lintasan-lintasan dan bayangan atau ingatan watak-watak terhadap sesuatu yang telah
terjadi atau yang telah dialami. Contohnya, semasa Datuk Johari menemui Hilmi di bilik
yang diberikan kepadanya, Datuk Johari telah bertanya tentang masa Hilmi bertolak dari
kampung. Hilmi menceritakannya dan pada masa yang sama Datuk Johari teringat kisahnya
dahulu yang pernah berlaku di kampung tersebut iaitu melarikan diri selepas perkahwinannya
dengan seorang gadis kampung.
Teknik Plot Novel Papa
1.
Dialog pertuturan / perbualan antara watak dalam novel. Contoh: perbualan Jeffri
dengan Rasylan tentang latar belakang Rasylan. Rasylan memberitahu Jeffri bahawa dia
merupakan anak angkat Datuk Mustakim yang diambil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
2.
Monolog tutur kata atau pengucapan oleh watak secara sendirian. Contoh: Jeffri
berkata kepada isterinya, Intan Maliana yang sedang koma bahawa Intan Julia telah mendapat
keputusan SPM yang baik dan dia hendak memohon kemasukan ke matrikulasi Universiti
Islam Antarabangsa.
ii) Unsur saspens digunakan dalam novel untuk menarik perhatian pembaca. Jelaskan unsur
saspens yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
Novel yang saya kaji ialah novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain. Saspens
bermaksud seseorang pembaca itu berada dalam keadaan tertanya-tanya atau ingin tahu akan
lanjutan peristiwa berkenaan. Penulis, iaitu Encik Abdullah Hussain telah berjaya
memasukkan beberapa unsur saspens ke dalam cerita Konserto Terakhir dan menjadikan jalan
cerita lebih menarik.
Antara peristiwa yang mengandungi unsur saspens termasuklah rancangan Hilmi
setelah meninggalkan rumah Datuk Johari. Apabila Hilmi sudah tidak tahan dengan kerenah
Datin Salmah, maka Hilmi menaiki bas untuk pulang ke kampung. Dalam konteks tersebut,
pembaca teringin-ingin tahu apakah pekerjaan yang akan dilakukan Hilmi apabila tiba di
kampung. Sebaliknya, semasa di Tanjung Malim, Hilmi menaiki teksi ke Kuala Lumpur.
Pembaca teringin-ingin sekali lagi mengenai liku-liku hidup yang akan dilalui oleh Hilmi
apabila dia tiba di Kuala Lumpur.

Selain itu, unsur saspens juga boleh didapati ketika Encik Bakar dipanggil oleh
Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar telah melanggar arahan Persatuan
Pemain-pemain Muzik Nasional kerana menggunakan khidmat Hilmi untuk mengadakan
persembahan di Hotel Titiwangsa. Pembaca tertanya-tanya sama ada Encik Bakar akan
dikenakan hukuman yang berat oleh tatatertib apabila dia dipanggil oleh jawatankuasa
persatuan itu kerana melanggar arahan mereka.
Di samping itu, perjumpaan antara Hayati dengan Hilmi telah menyebabkan pembaca
ingin mengetahui perkembangan lanjut tentang cerita Konserto Terakhir. Sebelum Hayati
berangkat ke London dengan Mohsin yang sudah menjadi suaminya, Mamat telah mengatur
perjumpaan Hayati dengan Hilmi di kebun bunga. Perkara utama yang pembaca ingin tahu
ialah sebab-sebab Hayati ingin menemui Hilmi dan perkara yang hendak disampaikan oleh
Hayati kepada Hilmi.
SASPENS DALAM NOVEL PAPA
1. Pembaca tertanya-tanya tentang keadaan Maliana yang mengandung itu. Maliana masih
meneruskan kebajikan itu walaupun menyedari bahawa risikonya amat tinggi terutama
selepas mengalami masalah ketika melahirkan Julia dulu.
2. Saspens ketika Intan Maliana berada di dalam bilik pembedahan di HUKM untuk melahirkan
anak keduanya pembaca tertanya-tanya tentang keselamatan Intan Maliana dan bayi yang
bakal dilahirkannya pembaca ingin tahu sama ada Intan Maliana akan menghadapi
komplikasi yang sama ketika melahirkan Intan Julia atau sebaliknya
3. Pembaca tertanya-tanya tentang kesudahan hubungan papa dan Aisyah. Julia menentang
hubungan itu dan melihat hubungan mereka itu sebagai tidak elok atau curang kerana mama
masih hidup.
4. Pembaca tertanya-tanya nasib Marliana yang dalam keadaan koma itu. Sebaik sahaja
melahirkan anak kembarnya, Marliana tidak sedar diri lalu pembaca ingin tahu sama ada
Marliana akan pulih atau tidak

(iii) Penulis sesebuah novel mengembangkan sesuatu peristiwa dengan pelbagai teknik plot
seperti pemerian. Jelaskan kepentingan teknik pemerian berdasarkan sebuah novel yang
telah anda kaji.
Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Konserto Terakhir hasil nukilan Abdullah
Hussain, teknik pemerian banyak digunakan dalam novel ini. Teknik pemerian memberikan
penjelasan tentang seseorang watak secara langsung oleh pengarang dalam sesebuah novel.

Teknik pemerian dapat menggambarkan keadaan fizikal watak kepada para pembaca.
Teknik ini memberikan gambaran jelas keadaan Hilmi ketika mula sampai di rumah Datuk
Johari. Buktinya ialah Hilmi mempunyai rambut sedikit ikal, anak matanya agak liar dan
ketinggiannya ialah lima kaki lima inci. Pakaiannya agak miskin terbuat daripada bahan kain
yang murah, seluarnya berkeredut dan bajunya sudah hilang warna asalnya.
Selain itu, teknik pemerian juga dapat memberitahu pembaca tentang perasan yang
dialami oleh seseorang watak. Misalnya, teknik ini menggambarkan kesedihan Datuk Johari
apabila Pak Long Karim memberitahunya bahawa Hilmi merupakan anak Datuk Johari dan
bukan anaknya. Hal ini dapat dibuktikan ketika Datuk Johari memikirkan kekejamannya yang
telah menyeksa isteri pertamanya dan Hilmi serta hal ini telah menyedihkannya. Air mata
Datuk Johari kemudiannya berlinang di matanya.
Di samping itu, teknik pemerian dapat memberikan penjelasan tentang reaksi watak
terhadap sesuatu peristiwa kepada pembaca. Contohnya adalah apabila Datuk Johari
menerima panggilan daripada pihak hospital yang memberitahunya bahawa Hilmi telah
meninggal dunia. Hanya sepatah perkataan yang dapat keluar daripada mulut Datuk Johari
dan beliau jatuh terjatuh dengan gagang telefon tergenggam erat di dalam tangannya. Datin
Salmah yang terpekik dan menerpa kepada suaminya cuba untuk mengangkat Datuk Johari
dengan pertolongan Mak Minah tetapi Datuk Johari telah pun meninggal dunia.
Sumbangan Blog Cikgu Anelyza
05. Jelaskan dua peristiwa yang berkaitan
dalamsebuah novel yang telah anda kaji.

dengan

konflik

yang

terdapat

Novel yang telah saya kaji ialah novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain.
Dalam novel Konserto Terakhir, terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan
konflik.
Antara peristiwa yang berkaitan dengan konflik ialah peristiwa Hilmi menjaga
rumah Datuk Johari semasa Datuk Johari dan keluarganya tiada di rumah. Hilmi
cuba bermain dengan piano Hayati tetapi telah merosakkannya apabila dikejutkan
oleh Mak Minah. Semasa Hayati ingin memainkan lagu Blue Danube, bunyi
pianonya telah sumbang dan merajuk. Datin Salmah marah dan Mak Minah
memberitahu Datin Salmah bahawa Hilmi yang bermain piano itu. Sebagai
akibatnya, Hilmi telah dimarahi oleh Datin Salmah. Datuk Johari memaafkan Hilmi
tetapi gaji Hilmi ditolak untuk membiayai kos pembaikian piano Hayati.
Selain itu, peristiwa Hilmi balik lewat ke rumah juga merupakan peristiwa yang
menimbulkan konflik. Hilmi pulang lewat kerana dia terlalu asyik belajar bermain
piano di rumah Encik Bakar. Tanpa disedarinya hari sudah malam. Hilmi dimarahi
oleh Datin Salmah kerana ayam Hilmi berkeliaran di dalam rumah dan
memalukannya di hadapan tetamunya. Sebagai hukumannya, Datin Salmah
melarang Mak Minah daripada memberi Hilmi makanan.
06. Konflik Novel Papa

1.

2.

Intan Julia dengan Jeffri ( Rasylan)


Jeffri~ menghalang Julia berjumpa dengan Rasylan~dendam
terhadap ayah Rasylan~kemalangan ibu bapanya~melarikan
diri~Julia marah
Julia dengan Jeffri dan Aisyah

Jeffri~berjumpa dengan Aisyah~dilihat oleh Julia~menganggap curang~ibunya yang


koma~ditampar~menangis

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu peristiwayang
menggambarkan latar masyarakat yang prihatin terhadap masalah yang dihadapi
oleh pihak lain.
Novel yang telah saya kaji ialah novel Konserto Terakhir, karya Abdullah
Hussain dan novel Papa, karya Deana Yusof. Beberapa watak dalam novel tersebut
telah menunjukkan keprihatinan terhadap masalah watak lain. Terdapat beberapa
peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat yang prihatin terhadap masalah
yang dihadapi oleh pihak lain.
Antara peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat yang prihatin dalam
novel Konserto Terakhir termasuklah peristiwa Dr. Nathan memberikan tanah
kepada Hilmi apabila Hilmi bertanya tentang tanah hitam yang berlonggok di
halaman rumahnya. Dr. Nathan bukan sahaja enggan menerima wang Datuk Johari,
malah dia sendiri datang ke rumah Datuk Johari untuk memuji kerajinan Hilmi dan
mencadangkan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah supaya memberikan gaji
yang tinggi kepada Hilmi atas kerajinannya. Hal ini telah menunjukkan keprihatinan
Dr.Nathan terhadap Hilmi.
Manakala dalam novel Papa pula, peristiwa Cikgu Suzie berbual dengan Intan
Maliana juga menunjukkan masyarakat yang prihatin. Cikgu Suzie menunjukkan
keprihatinannya terhadap Intan Maliana apabila dia menasihati Intan Maliana supaya
tidak mengandung lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana Cikgu Suzie mengetahui
peristiwa komplikasi semasa Intan Maliana melahirkan Julia dan tidak menginginkan
rakannya itu mengalami masalah yang sama.

Novel yang saya kaji dalam tingkatan 4 ialah novel Papa, karya Deana Yusof
dan novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain iaitu novel tingkatan 5..
Kedua-dua buah novel ini mengandungi peleraian dalam plot masing-masing.
Dalam peleraian novel Papa, Intan Julia mendapat tahu bahawa papanya, iaitu
Encik Jeffri berhasrat berkahwin lagi. Pada peringkat awal, Intan Julia tidak dapat
menerima kehadiran Mak Cik Aisyah, iaitu bekas pelajar papanya semasa di

universiti. Sikap penyayang, baik hati dan bertolak ansur Mak Cik Aisyah
meruntuhkan semua prasangka Intan Julia. Sebaik-baik sahaja Intan Julia dapat
menyesuaikan diri dengan ibu tirinya, tanpa diduga pada suatu hari mamanya
tersedar daripada koma tetapi hanya seketika. Semasa mamanya sedar, papa terus
bercakap dengannya dan memberitahu bahawa wanita yang ada di sisinya ialah
isteri mudanya. Mama Intan Julia seolah-olah tidak merestui. Namun begitu, umur
mama Intan Julia tidak panjang, saat itu juga dia menghembuskan nafas terakhirnya.
Jeffri yang selama ini keras hati akhirnya menangis atas pemergian isteri
tersayangnya.
Dalam peleraian novel Konserto Terakhir, Hayati telah mengambil alih tempat Hilmi
untuk memimpin Pertunjukan Orkes Perdana yang dikenali sebagai Hilmi Potpuri.
Hal ini disebabkan Hilmi terjatuh ketika hendak keluar dari rumahnya dan
dimasukkan ke hospital. Persembahan Hayati berjaya mendapat sambutan yang
hangat daripada penonton di dewan. Ketua pengarah RTM kemudian membawa
Hayati ke hospital untuk melawati Hilmi. Di hospital, Pak Long Karim, iaitu abang
sepupu Datuk Johari menerangkan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah bahawa
Hilmi terhutang budi kepada mereka berdua kerana membiayai perbelanjaan Hilmi
belajar muzik dan menguruskan perkahwinannya dengan Azizah. Dia juga membuka
rahsia bahawa Hilmi ialah anak kandung Datuk Johari. Datuk Johari dan Datin
Salmah menjadi sebak apabila mendengar berita itu. Selepas itu, Datuk Johari
sekeluarga mendapat berita bahawa Hilmi meninggal dunia sebaik sahaja mereka
meninggalkan hospital. Datuk Johari terjatuh dan dia juga meninggal dunia di
pekarangan rumahnya.

6. Setiap watak utama dalam mana-mana novel pasti akan berhadapan


dengan pelbagai dugaan kehidupan. Berdasarkan dua buah novel
yang anda pelajari, huraikan cara watak utama menangani
satu konflik yang dihadapi dalam setiap novel.
Novel yang telah saya kaji ialah novel Papa, karya Muhammad Yusof dalam
Tingkatan Empat dan novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain dalam
Tingkatan Lima. Pengarang kedua-dua buah novel ini telah menarik perhatian para
pembaca dengan menimbulkan konflik yang terpaksa dihadapi oleh watak utama
bagi kedua buah novel ini .
Dalam novel Papa, watak utamanya ialah Intan Julia. Intan Julia telah
menangani konflik dengan bapanya, Encik Jeffri dengan rasional, iaitumendekatkan
diri kepada Tuhan yakni dengan bersolat. Konflik itu timbul apabila Encik Jeffri
tidak membenarkan Intan Julia berkawan rapat dengan Rasylan kerana asal
keturunan Rasylan tidak diketahui. Intan Julia tidak bersetuju dengan arahan
bapanya itu, lalu Encik Jeffri menampar muka Intan Julia. Walau bagaimanapun,
Intan Julia tetap tabah menghadapi cabaran ini dengan sering bersembahyang.
Intan Julia juga cuba untuk tidak berkawan terlalu rapat dengan Rasylan pada ketika
itu.
Dalam novel Konserto Terakhir pula, watak utamanya ialah Hilmi. Hilmi
menyelesaikan konfliknya dengan membuat keputusan untuk keluar dari rumah
dan berhenti bekerja sebagai tukang kebun di rumah Datuk Johari.

Sebenarnya, Hilmi menghadapi konflik dengan Datin Salmah apabila Hilmi tinggal di
rumah Datuk Johari. Datin Salmah sering mengkritiknya dan cuba mencari
kesalahan Hilmi. Datin Salmah juga bersikap agak kasar dengan Hilmi. Contohnya,
pada suatu malam yang Hilmi balik lambat ke rumah, Datin Salmah tidak
memberikan makanan kepadanya dan memarahinya. Hilmi menghadapi konflik ini
dengan meminta bantuan Mamat untuk menulis surat kepada Datuk Johari agar
membenarkan Hilmi pulang ke kampungnya dan berhenti bekerja di rumah Datuk
Johari.

17.Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu nilai
keberanianyang terdapat dalam novel.
Dua buah novel yang telah saya pelajari ialah novel Papa karya Deana Yusof
dan Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain. Dalam kedua-dua novel ini,
pengarang dengan bijaknya telah menyelitkan pelbagai nilai murni bagi dijadikan
teladan pembaca. Antara nilai yang terdapat dalam kedua-dua novel ini ialah nilai
keberanian.
Dalam novel Papa, nilai keberanian jelas dipaparkan oleh watak Intan
Maliana. Intan Maliana merupakan isteri Jeffri dan juga ibu kepada Intan Julia.
Walaupun dia pernah mengalami komplikasi apabila melahirkan Intan Julia, Intan
Maliana tetap ingin meneruskan kandungan kembarnya demi kebahagiaan
suaminya, Jeffri. Dia memaparkan nilai keberanian apabila masih tegas dengan
keputusannya untuk mengambil risiko yang besar bagi melahirkan anak kembar
tersebut walaupun telah ditegur dan dinasihati. Akhirnya, kedua-dua anaknya
meninggal dunia dan dia pula jatuh koma.
Dalam novel Konserto Terakhir pula, watak Hilmi memaparkan nilai
keberanian. Hilmi datang dari kawasan kampung. Dia juga hanya berpendidikan
hingga darjah empat sekolah Melayu. Walau bagaimanapun, Hilmi menunjukkan
nilai keberanian apabila dia membuat keputusan hendak ke bandar untuk mencari
pekerjaan atas permintaan bapanya, Pak Karim. Hilmi tetap berani mengembara ke
bandar dengan kemampuan dan kemahirannya yang rendah dan akhirnya, dia
berjaya manjadi pemuzik yang terkenal atas keberaniannya.

Pilih dua buah novel yang anda pelajari. Bandingkan satu watak
sampingan daripada kedua-dua buah novel tersebut.
Novel yang telah saya kaji ialah novel Konserto Terakhir, karya Abdullah
Hussain dan novel Papa... (akhirnya kau tewas jua!), karya Deana Yusof. Kedua-dua
novel ini mengandungi beberapa watak sampingan yang meyumbang kepada
perkembangan plot novel masing-masing. Salah satu watak sampingan daripada
novel Konserto Terakhir ialah Datuk Johari manakala satu watak sampingan

daripada novel Papa ialah Encik Jeffri. Kedua-dua watak ini mempunyai persamaan
dan perbezaan antara satu sama lain.
Datuk Johari dan Encik Jeffri, yang dikenali sebagai Papa mempunyai ciri yang
sama iaitu mereka merupakan penyayang. Dalam novel Konserto Terakhir, Datuk
Johari merupakan seorang penyayang kepada keluarganya. Contohnya, Datuk
Johari sanggup rajin bekerja supaya isterinya, Datin Salmah dan anaknya, Hayati
dapat hidup dengan mewah. Encik Jeffri dalam novel Papa juga merupakan seorang
penyayang. Buktinya, Encik Jeffri amat menyayangi isterinya walaupun terpaksa
berkorban masa dan tenaga untuk menjaga isterinya, Intan Maliana yang berada
dalam koma.
Manakala, perbezaan perwatakan Papa dan Datuk Johari ialah Datuk Johari
ialah seorang yang lebih mementingkan status daripada tali kekeluargaan manakala
Papa ialah seorang yang mementingkan hubungan kekeluargaan. Contohnya, Datuk
Johari berasa malu untuk menerangkan kepada orang lain bahawa Hilmi merupakan
anak saudaranya dan bekerja sebagai tukang kebun di rumahnya. Hal ini
disebabkan Hilmi merupakan seorang pemuda kampung dan bersekolah setakat
darjah empat sekolah Melayu. Manakala, Papa pula seorang yang mementingkan
ikatan kekeluargaan. Buktinya ialah Papa membawa Mak Cik Noraini yakni
sepupunya tinggal dengannya selepas kematian suami dan anak-anaknya yang
terlibat dalam kemalangan jalan raya pada malam raya suatu ketika dahulu.
Walaupun Mak Cik Noraini berkhidmat di rumah keluarga Jeffri sebagai pembantu
rumah namun Papa menganggapnya sebagai ahli keluarganya.
Perbezaan yang lain antara dua watak ini ialah pegangan agama mereka.
Papa merupakan seorang yang mengamalkan ajaran agamanya dan tidak
meninggalkan solatnya. Buktinya, dia dan Intan Julia, anaknya pergi menjenguk
Intan Maliana di biliknya selepas menunaikan solat Maghrib. Situasi ini berbeza
dengan Datuk Johari dalam novel Konserto Terakhir. Datuk Johari pula seorang
yang mengabaikan tanggungjawabnya sebagai penganut agama Islam. Dia tidak
bersolat dan mempunyai sebuah bar mini di rumahnya.

PERINGKAT PLOT/ JALAN CERITA:

Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat


peringkat garapan plot iaitu:

(i) Permulaan
Pada suatu petang, ketika Intan Julia berada di dapur dengan Mak cik Noraini, dia
memerhatikan kemesraan yang ditunjukkan oleh mama dan papanya yang
ketika itu berada di kebun kecil berhampiran dengan rumah mereka. Dia berasa
kagum akan kemesraan antara mama dengan papanya yang tetap kekal
walaupun mereka telah lama berumahtangga. Walau bagaimanapun, apabila
melihat keterbukaan mama dan papanya dalam menunjukkan kemesraan
mereka, dia berasa kurang senang .
(ii) Perkembangan
Ibu Julia telah mengandung anak kedua. Hal ini membimbangkan orang-orang yang rapat dengan
ibunya kerana ibunya pernah mengalami komplikasi sewaktu melahirkan anak pertama. Namun
begitu, mamanya tetap berhasrat untuk meneruskan kandungannya bagi menunjukkan kasihnya
kepada papa. Akhirnya, mama melahirkan anak kembar siam. Anak mereka diberi nama Ahmad dan
Muhammad. Walau bagaimanapun, anak kembar ini meninggal dunia dan mama koma. Julia mula
rapat dengan Rasylan, iaitu teman sekolahnya. Walau bagaimanapun, hubungan mereka tidak
disenangi papa. Selepas SPM, Julia dan Rasylan berjaya mendapat tempat di matrikulasi UIA. Di
samping itu, papa Julia pula mula rapat dengan pelajarnya yang bernama Aisyah. Aisyah cuba
mendekati Julia dengan sering bertanyakan khabar dan mengajaknya bermain tenis. Akhirnya, papa
menyatakan hasrat mahu memperisterikan Aisyah. Julia menentang hasrat papanya. Konflik berlaku
hingga papa menamparnya. Tetapi selepas papanya berbincang dari hati ke hati dengan Julia,
akhirnya Julia bersetuju.

(iii) Konflik
a. Intan Maliana pernah mengalami kesulitan ketika melahirkan Intan Julia namun
begitu dia sanggup berkorban untuk mengandung semula dan melahirkan anak
kedua setelah anak pertamanya berusia 16 tahun.
b. Julia dilarang daripada berkawan dengan Rasylan kerana papa Julia tidak
mengetahui latar belakang keturunan Rasylan.
c. Julia khuatir kasih sayang papanya akan berkurangan jika papanya berkahwin
dengan Aisyah.
d. Jeffri pula ingin berkahwin lagi tetapi sanggup membatalkan niatnya jika Julia
membantah hasratnya.
(iv) Klimaks
Klimaks novel ini bermula pada suatu malam selepas Julia bersembahyang
jemaah dengan papanya. Mama yang sudah lama koma akhirnya sedar dan mula
membuka matanya serta mencuba untuk bercakap. Pada ketika itu, semua ahli
keluarganya ada di sisi. Walau bagaimanapun, setelah melihat Aisyah, raut
wajahnya berubah. Papa menjelaskan perkara yang sebenar, mama berasa
kecewa dan menangis. Sejurus selepas itu, mama menghembuskan nafasnya
yang terakhir.
(v) Peleraian
Kematian mama amat menyedihkan Julia dan buat pertama kalinya, papanya menangis.

Secara umumnya plot novel Konserto Terakhir merupakan plot yang mudah kerana
ia mengikut kronologi. Setiap peristiwa bergerk mengikut urutan masa dari bab ke bab.
Perkembangan perintiwa itu memudahkan pembaca mengesan perkembangan plot bermula
dari peringkat permulaan hinggalah peringkat peleraian.Peringkat permulaan plot novel ini
bermula pada bab pertama. Pengarang memperkenalkan watak utama dalam novel iaitu
Hilmi yang telah datang ke rumah Datuk Johari untuk menari kerja diKuala Lumpur. Datin
Salmah dan Hayati tidak senang hati dengan kedatangan Hilmi ke rumah mereka. Namun
Datuk Johari terpaksa menerimanya kerana Hilmi anak saudaranya. Datuk Johari sukar
mendapatkan pekerjaan untuk Hilmi. Akhirnya Datuk Johari menjadikan Hilmi sebagai
tukang kebun di rumah mereka.
Plot bergerak ke peringkat perumitan dan perkembangan apabila terdapat konflik antara
Hilmi dengan Datin Salmah. Hilmi telah menyentuh dan bermain piano itu menyebabkan
piano itu rosak secara tidak sengaja. Hilmi dimarahi oleh Datin Salmah. Kemudian, Hilmi
telah belajar muzik daripada Encik Bakar. Datin Salmah memarahi Hilmi kerana
meninggalkan rumah dan dilarang makan. Hayati pula semakin rapat dengan Hilmi
menyebabkan Datin Salmah menuduh Hilmi menggunakan ubat guna-guna. Datin Salmah
mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari rumahnya. Akhirnya, Hilmi meninggalkan rumah itu
dan mendapat pekerjaan di sebuah kios menjual minyak.
Hilmi terus belajar muzik daripada encik Bakar sehingga menjadi pemuzik terkenal. Hilmi
telah berkahwin dengan Azizah. Rumah tangga mereka goyah kerana tidak sehaluan dan
Hilmi tinggal bersendirian. Azizah pula balik ke rumah ibu bapanya bersama-sama anak
sulung mereka. Hilmi semakin kecewa dan tertekan. Namun dia tetap mengarang lagu.
Peringkat kemuncak atau klimaks plot pada novel ini bermula apabila Hilmi telah diberi
peluang un tuk memimpin pertunjukan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Hilmi
terpaksa bekerja keras untuk menjayakan persembahan itu. Malangnya, Hilmi telah jatuh
sakit dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Keadaan Hilmi kritikal. Hayati yang baru
pulang dari London untuk menyaksikan pertunjukan itu telah mengambil alih peranan Hilmi
untuk memimpin Orkes Perdana. Setelah selesai persembahan, Hayati, Datuk Johari, Datin
Salmah dan Ketua Pengarah RTM telah berkejar ke hospital untuk melihat Hilmi. Mereka
bertemu dengan abang sepupu Datuk Johari, yang mendedahkan rahsia bahawa Hilmi ialah
anak kandung Datuk Johari.
Peringkat penyelesaian atau anti klimaks novel ini agak pendek. Ia dapat dikesan apabila
Datuk Johari tiba di rumah. Dia dan Datin Salmah berjanji untuk menebus kesilapannya
melayan Hilmi dengan buruk. Namun Datuk Johari telah menerima panggilan telefon yang
mengatakan bahawa Hilmi meninggal dunia. Setelah menerima berita itu, Datuk Johari
terjatuh lalu meninggal dunia.

Anda mungkin juga menyukai