Anda di halaman 1dari 7

Kepentingan Elemen Pendidikan dalam Pembinaan Negara Bangsa

Untuk memartabatkan generasi muda dan masyarakat yang optimis

Pendidikan adalah kunci utama ‘pengeluaran’ atau ‘hasil’ kehidupan. Kebanyakan


pemimpin di negara ini juga lahir dari kejayaan sistem pendidikan negara ini yang dibentuk
dengan baik. Dalam konteks ini, sasaran modal insan ialah remaja atau tenaga muda kerana
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Golongan mudalah yang dapat menyumbangkan
idea dan tenaga demi pembangunan negara dalam segala bidang, khususnya dari aspek iktisad.

Justeru, ajaran agama Islam juga menyedarkan fikiran remaja bahawa lubuk akal tepian
ilmu. Dengan adanya kesedaran ini, prilaku buruk yang dapat menghancurkan negara dapat
dihindarkan. Tuntasnya, nilai-nilai keagamaan hendaklah disematkan dan disuburkan dalam
setiap jiwa seseorang selaras dengan ilmu pengetahuan dunia untuk menjadi modal insan yang
berkualiti.

Sumber Pendidikan yang baik akan membawa kejayaan yang berpaksikan kepada
keseimbangan ilmu dari segenap aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepecayaan serta kepatuhan kepada Tuhan. Tidak ketinggalan juga, generasi muda haruslah
menghayati ajaran al-Quran yang berkaitan seluruh aspek akidah, tauhid, ibadah dan lain-lain
lagi bagi membina modal insan yang jitu. Oleh hal yang demikian kerana remaja yang mematuhi
ajaran al-Quran, bangsa Malaysia yang budiman dan disegani dapat dilahirkan.

Dalam konteks ini, remaja dapat membezakan yang mana intan, yang mana kaca.
Masyarakat yang beriman dan berpaksikan akidah sangat penting untuk menjayakan sebuah ilmu
pengetahuan yang berkualiti kerana tidak akan menjadi hamba kepada hawa nafsu mereka. Bagi
orang muslim, dengan berbekalkan usuluddin ataupun ilmu tauhid, yakni ilmu yang
membicarakan akidah agama Islam yang berhubung dengan ketuhanan, kenabian, dan perkara-
perkara yang ghaib seperti qadak dan qadar, hari akhirat. Maka dengan itu, setiap bangsa
mempunyai kepercayaan masing-masing dan ia berkait rapat dengan pentingnya untuk
melahirkan seseorang yang mempunyai keseimbangan dalam dunia pendidikan serta berani
untuk menghadapi cabaran hidup sebagai seorang manusia yang bermatlamat.

1
2
Kepentingan untuk mampu berdaya saing di peringkat Antarabangsa.

Seterusnya, bangsa dan negara perlu melonjakkan kedudukan para ilmuan untuk menjana
transformasi pendidikan serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Oleh itu, usaha
menambah baik posisi daya saing di peringkat global, terutamanya dalam pendidikan dan rendah
menengah, Malaysia sentiasa membuka peluang dan ruang kepada setiap lapisan masyarakat
untuk membantu memperkenalkan pelbagai sumber alternatif pendidikan. Ini adalah sesuatu
yang amat penting kerana bidang Pendidikan sentiasa berkembang dan amat bergantung kepada
perubahan semasa ke semasa.

Dengan komitmen setiap warga pendidik, professional, pemimpin masyarakat dan ibu
bapa mampu menyumbang idea bagi membentuk sebuah corak pendidikan yang sistematik dan
melonjak paradigma bagi sesbuah ilmu bagi mencorakkan hala tuju sistem pendidikan yang
berjaya pada masa hadapan. Kemajuan sesebuah negara tidak dapat dicapai tanpa adanya para
cerdik pandai yang berpengalaman luas serta berpengetahuan tinggi dari setiap aspek. Dengan
pendidikan maka lahirlah para cerdik pandai untuk mengahrumkan nama negara kita. Hal ini
secara langsung telah memperlihatkan perkaitan antara pendidikan dengan pembangunan
sesebuah negara dapat menjalinkan komunikasi dua hala. Segala pentadbiran dan pengurusan
negara dapat di uruskan dengan baik dan tersusun untuk menaikkan nama negara Malaysia di
persada dunia.

Pendidikan juga merupakan satu jambatan kepada kemajuan sesebuah negara demi
menjalinkan hubungan yang baik dengan antara satu sama lain. Semakin tinggi ilmu seseorang
itu maka seseorang itu lebih berpeluang untuk mendapat peluang emas seperti pekerjaan yang
lebih baik dan dapat mengubah nasib keluarga mereka. Melalui pendidikan corak hidup dapat di
ubah daripada miskin ke lebih senang daya fikiran menjadi tinggi dalam diri seseorang. Orang
yang berlatarkan pendidikan yang tinggi, mereka mempunyai peluang untuk menjawat jawatan
tinggi dan secara langsung dapat meningkatkan pendapatan mereka serta dapat menolong orang
lain dengan sempurna. Peningkatan pendapatan yang diperolehi oleh mereka secara tidak
langsung memberi manfaat kepada negara Malaysia iaitu meningkatkan pendapatan negara
Malaysia untuk berlumba dalam setiap perkara yang telah dinobatkan dalam carta dunia.
Berdasarkan huraian-huraian tersebut, jelaslah bahawapendidikan memainkan peranan yang

3
penting dalam pembangunan negara Malaysia. Tanpa pendidikan seseorang itu dianggap jauh
ketinggalan daripada arus pemodenan.

Kepentingan untuk tidak mudah dimanipulasi oleh pihak yang tidak


bertanggungjawab.

Pendidikan berkualiti sangat efektif bagi menentang kemiskinan, membina demokrasi,


dan membentuk masyarakat yang sejahtera harmoni. Ia juga memberi kuasa kepada individu
untuk menyuarakan pendapat dan mendedahkan potensi mereka serta menunjukkan jalan ke arah
penyempurnaan diri bagi meluaskan pandangan dan pemikiran individu kepada dunia tanpa
sempadan. Melalui pendidikan, individu berupaya membina keyakinan diri untuk berhadapan
dengan dunia yang penuh mencabar dari segi prilaku yang tidak baik, tidak amanah dan
sebagainya. Hal yang demikian menikmati kemudahan yang ada dipersekitaran mampu memberi
sumber ilmu pengetahuan untuk sentiasa berjaga-jaga dengan sikap negatif oleh sesetengah
individu yang mahu merosakkan kehidupan kita.

Dalam hal ini, pendidikan bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara
memimpin individu ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri, dan
kestabilan hubungan sosial. Pendidikan yang berkualiti ini adalah satu konsep yang dinamik,
berubah, dan berkembang mengikut masa serta berubah dalam konteks sosial, ekonomi, dan
persekitaran setempat.

Perkembangan ilmu tidak pernah terlepas dari permasalahan yang dibawa oleh sikap
sesetengah individu dengan berbagai masalah moral. Baik atau buruknya ilmu, sangat
dipengaruhi oleh kebaikan atau keburukan dari kendiri dan persekitaran yang positif atau negatif.
Justeru itu, penyediaan individu sebagai tenaga kerja merupakan agenda utama pendidikan bagi
mencapai tahap kualiti ilmu yang tinggi agar kehidupan kita menjadi semakin baik serta tidak
terpengaruh dengan manipulasi dusta.

Hal ini kerana, pendidikan boleh menjelaskan keupayaan seseorang individu dalam
mengurus hidup yang berkualiti bagi mengelak penipuan dalam semasa berurusan dengan
pelbagai pihak. Oleh kerana faktor ekonomi dan sosial bergantung kepada pendidikan yang
diterima, maka pendidikan sangat penting dalam konteks kesejahteraan hidup bagi seorang
manusia. Petikan dari beberapan sumber artikel lain mengatakan bahawa seseorang individu

4
dikatakan akan mempunyai kesejahteraan dan kualiti hidup yang baik jika mereka hanya melalui
beberapa pengalaman tekanan yang kecil atau rendah darjahnya.

Menguasai aspek kemahiran dalam meningkatkan mutu pendidikan negara

Ironisnya, ilmu pengetahuan hanya dipandang sebelah mata malah diabaikan oleh
sesetengah masyarakat yang tidak menyedari kemaslahatan yang akan diperoleh melalui ilmu
pengetahuan. Menurut ahli falsafah yang terkemuka, Plato, ilmu pengetahuan adalah makanan
bagi jiwa. Dengan adanya pendekatan kemahiran-hidup dalam pendidikan, setiap golongan
masyarakat lebih peka kepada perkembangan ilmu supaya dapat menggunakan atau
menyebarkan serta mempraktikkan pelbagai jenis kemahiran sesuai dengan tuntutan persekitaran
dalam negara kita ini.

Selain itu, memiliki dan mempraktikkan kemahiran dengan betul sangat penting untuk
menyesuaikan diri dengan persekitaran semasa serta pembangunan teknologi yang pesat. Justeru
itu, individu memerlukan kemahiran dalam setiap empat ruang pendidikan iaitu belajar untuk
mengetahui, belajar untuk melakukan bagi menimba sesuatu pengalaman yang hebat dan
meningkatkan mutu negara kita.

Suatu hakikat yang tidak dapat diketepikan ialah ilmu pengetahuan merupakan wahana
untuk murid menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang yang dipelajari.
Daripada realiti ini, dapat kita katakan bahawa ilmu pengetahuan diibaratkan sebagai jurang
yang sememangnya tiada batasan dan sempadan lebih-lebih lagi pada era globalisasi ini kerana
ilmu pengetahuan meliputi semua aspek di dunia termasuklah bidang teknologi, keagamaan,
fakta sejarah dan banyak lagi. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang dapat saya
ketengahkan ialah terdapat pelbagai bidang ilmu yang kian hari kian berkembaang pesat ibarat
cendawan tumbuh selepas hujan seperti penguasaan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan
dan matematik. Kemahiran ini perlu selaras dengan peredaran masa agar memupuk semangat
membina dalam kalangan masyarakat.

Dengan perkataan lain, ilmu pengetahuan amat penting kerana mampu melengkapi
kesempurnaan bangsa dan masyarakat dari saling membaiki untuk menguasai pelbagai bidang
yang dipelajari. Perkara ini amat penting untuk generasi akan dating demi mengorak langkah
membina masa hadapan yang cerah. Memetik bait-bait bernas Nelson Mandela, ilmu

5
pengetahuan ibarat senjata terbaik di dunia kerana dengan ilmu pengetahuan, kita dapat
mengubah dunia lagi dalam pelabagai aspek misalnya perubatan moden.

6
Rujukan

Modal Insan Berkualiti. (2020). Blogspot.com. https://ohkarangan.blogspot.com/2019/05/modal-

insan-berkualiti.html

Kepentingan Ilmu. (2023, January 6). KEPENTINGAN ILMU. Blogspot.com.

https://kepentinganilmu1998.blogspot.com/#:~:text=TIPS%20KEPENTINGAN%20ILMU
%20MASA%20HADAPAN%201%201.%20Ilmu,6%206.%20Dapat%20memajukan

%20diri%20dan%20negaranya%20sendiri

Kepentingan Ilmu Pengetahuan Dalam Kehidupan. (2020, December 15). Blogspot.com.

https://bahasamelayusmktamanmegahria.blogspot.com/2020/12/kepentingan-ilmu-

pengetahuan-dalam.html

KEPENTINGAN PENDIDIKAN - Doa Belajar. (2021, December 6). Doa Belajar.

https://doabelajar.com/kepentingan-pendidikan/#:~:text=Kepentingan%20Pendidikan

%20Kepada%20Individu%201%201.Memberikan%20Keyakinan

%20Pendidikan,sempadan.%20.%202%202.Kepentingan%20Pendidikan

%20%E2%80%93%20Meningkatkan%20Kemahiran

Karangan Kepentingan Menguasai Ilmu | Jackler.my. (2020, January 20). Jackler.My.

https://jackler.my/karangan-kepentingan-menguasai-ilmu.html

Anda mungkin juga menyukai