Anda di halaman 1dari 3

TAJUK ESEI: MENGAPA MALAYSIA MEMERLUKAN ILMU

FALSAFAH

Dalam menongkah arus dan mengejar arus modenisasi ini yang menerjah
dunia khususnya di negara ini, Malaysia mempunyai pembangunan yang semakin
rancak seperti cendawan tumbuh selepas hujan tidak kira dari segi politik, ekonomi
dan juga sosial. Dek pembangunan yang semakin rancak, masyarakat Malaysia
seringkali alpa akan isu ini yang semakin hangat diperkatakan di dada-dada akhbar
atau di kaca televisyen. Apakah isu yang dibangkitkan? Isunya adalah “Mengapa
Malaysia Memerlukan Ilmu Falsafah”. Sebelum kita memperhalusi topik ini, Profesor
Dr. Osman Bakar dari International Islamic University Malaysia (IIUM), beliau
mentakrifkan ilmu falsafah adalah sesuatu kebenaran abadi tetapi ada beberapa
darjat keabadian. Selain itu, ilmu falsafah ini juga dapat didefinisikan sebagai
kebenaran universal. Kebenaran universal ini juga turut dikenali sebagai inklusif.

Salah satu kepentingan mengapa negara Malaysia memerlukan ilmu falsafah


adalah ilmu ini berperanan besar kepada pembentukan budaya ilmu yang sihat
negara ini terutamanya dalam kalangan pelajar ataupun para mahasiswa dan
mahasiswi. Tidak dinafikan bahawa ilmu ini sangat bermanfaat kepada masyarakat
pada era pemodenan ini dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi. Misalnya, ilmu
Falsafah berpotensi untuk memajukan ilmu Matematik. Ini kerana kedua-dua ilmu
tersebut amat berkait rapat dan bergantung antara satu sama lain. Profesor Dr.
Osman Bakar juga turut memberi kenyataan bahawa pemikiran manusia boleh
dipengaruhi oleh ilmu falsafah. Oleh itu, pihak sekolah, pihak universiti atau mana-
mana badan yang berkenaan amatlah wajar sekiranya mereka memperluaskan lagi
ilmu ini kepada segenap lapisan masyarakat dengan mengadakan program dan
pertandingan yang menarik. Ini sedikit sebanyak mampu manarik minat mereka
seterusnya dapat melahirkan generasi yang berfikiran gramatis dan kreativiti pada
masa akan datang.
Selain itu, mengapa negara Malaysia memerlukan ilmu falsafah adalah kerana
ilmunya dapat mengajar nilai-nilai murni. Memang tidak disangkalkan lagi, ianya
adalah salah satu penyumbang besar untuk menyatukan pemikiran masyarakat di
negara Malaysia ini. Seperti kita sedia maklum, Malaysia merupakan negara yang
terkenal dengan kepelbagaian budaya, bangsa dan agama. Menurut carian saya di
laman Internet, tiga kaum yang terbesar pada era ini adalah Melayu, Cina dan India.
Dengan adanya ilmu falsafah ini, saya berpendapat bahawa pemikiran masyarakat
yang majmuk di Malaysia ini boleh disatukan tanpa pertumpahan darah. Sekiranya
sesetengah pihak yang tidak menitikberatkan atau menghiraukan betapa pentingnya
ilmu falsafah, pergolakan, pergaduhan dan persengketaan sesama kaum akan
tercetus. Maka, jelaslah bahawa subjek ilmu falsafah di sekolah atau insititusi
pengajian tinggi ini perlu membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa dengan
harapan ianya mampu menyatukan pemikiran masyarakat yang berbilang kaum.

Di samping itu, masyarakat Malaysia memerlukan ilmu Falsafah dalam


kehidupan seharian mereka adalah kerana ianya mampu menjadi pencetus dialog
antara agama dan kaum demi mewujudkan persefahaman yang baik dalam kalangan
rakyat. Seperti kita sedia maklum, falsafah agama Islam adalah tradisi falsafah
termuda yang mampu mencipta ilmu falsafah baru pada zaman moden ini. Jikalau
masyarakat Melayu Islam di negara ini mempunyai pemahaman yang baik terhadap
ilmu falsafah agama ini, kita mampu mengilhamkan atau mencetuskan ilmu tersebut
ke dalam agama yang lain. Selain itu, kita juga turut dapat membantu dan mengenal
pasti masalah mereka dengan memikirkan cara penyelesaian yang terbaik.
Natijahnya, sikap bekerjasama dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum berjaya
dipupuk. Bak kata peribahasa Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Konklusinya, sudah terang lagi bersuluh terdapat banyak kegunaan ilmu


falsafah kepada masyarakat, negara mahupun di persada antarabangsa. Malah,
kepentingan ilmu falsafah dalam bidang pengurusan sumber manusia juga adalah
para mahasiswa dan mahasiswi mampu menyelesaikan sesuatu masalah yang
mereka hadapi dan seterusnya dapat membuat keputusan yang terbaik
bersandarkan logikal, nilai dan pengalaman pada masa lampau.

SUMBER RUJUKAN

1. Diambil dari
https://www.facebook.com/akademiprofesormalaysia/videos/
3785509714832142/
2. Abdullah, M. R. T. (2010). Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia:
Perspektif Sejarah, Keluarga Dan Pendidikan (The Challenges of Multi-Racial
Integration in Malaysia: Historical, Family and Education Perspective). Jurnal
Hadhari: An International Journal, 2(1), 61-84.
3. Rashid, A. R. A. (2006). Hala Tuju Pengurusan-Sumber Manusia & Kerjaya .
Utusan Publications.
4. Basir, S. A. (2004). Pembangunan Sumber Manusia Menurut Perspektif
Islam. Jurnal Usuluddin, 19, 211-228.

Anda mungkin juga menyukai