Anda di halaman 1dari 10

Human Sustainability Procedia Vol. 1 No.

1 (2022) 000-000
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Publisher’s Office

HSP
Homepage: http://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp
e-ISSN : 2710-5962

CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN


DALAM KALANGAN PELAJAR UTHM.
Siti Zulalina Kamsan1, Nur Iman Sofia Norsaidi2,
Nur Afizah Nazatul Ambo3, Muhammad Arif Roslan4,
Muhammad Arsyad Aiman Farid5, NurHakimi Samsudin6 ,
Muhammad Syahmi Izzat Mohd Zain7, Muhammad Akma
Mohd Rashidan8, Mohd Hamizan Mohd Ahseri9, Muhammad
Hisyammuddin Ibrahim10, Mohd Nizam Bin Attan11.
1
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional ,2Fakulti Sains Komputer Teknologi
Maklumat, 3 Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina, Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor. MALAYSIA.

DOI: https://doi.org/10.30880/ahcs.0000.00.00.000
Received 00 Month 2021; Accepted 01 Month 2021; Available online 02 Month 2021

Abstrak:

Kelestarian ini adalah situasi pemikiran menuju yang dapat dipanjangkan untuk
memastikan keseimbangan ekonomi dan sosial supaya kualiti hidup rakyat dapat
dipertingkatkan. Kelestarian etika dan peradaban pula membawa maksud pemikiran
ke hadapan dengan mengikuti prinsip – prinsip moral dan agama serta perlakuan
seseorang atau sekumpulan dalam perancangan peningkatan kualiti hidup
masyaraakat. MASALAH KAJIAN, ini ialah tentang cabaran kelestarian etika dan
peradaban di dalam kalangan pelajar UTHM. OBJEKTIF KAJIAN ini adalah untuk
mengenalpasti cabaran etika dan peradaban dalam kalangan pelajar UTHM dan cara
mengatasi cabaran kelestarian etika dan peradaban dalam menganalisis matlamat
pembangunan lestari dan kesejahteraan Bersama di dalam kalangan pelajar UTHM.
KESIMPULAN, Dewasa ini, kelestarian dan peradaban amat penting dan wajar
dipertahankan. Pelbagai aspek perlu dihadapi dalam cabaran bagi mengekalkan
kelestarian etika dan peradaban. Selain itu, soal selidik juga telah dijalani dalam
kajian ini untuk mendapat pandangan para pelajar UTHM bagi mengatasi cabaran
kelestarian etika dan peradaban dalam kalangan pelajar UTHM.Hal ini juga, dapat
membina pemikiran yang positif dan sikap yang betul terhadap etika dan peradaban
dalam kalangan pelajar UTHM.

Kata Kunci: Cabaran Kelestarian Etika Dan Peradaban


Author 1 et al., Human Sustainability Procedia Vol. 1 No. 1 (2022) p. 1-5

1. Pengenalan
1.1 Latar Belakang Kajian
Etika didefinisikan secara berlainan mengikut peradaban di negara atau tempat berbeza. Daripada
konteks peradaban Barat, asal usul etika adalah daripada perkataan Greek iaitu ‘ethos’ yang memberi
maksud adat dan sikap yang menentukan tingkahlaku sesebuah masyarakat. Hal ini berbeza dengan
peradaban daripada Arab terutamanya selepas datangnya agama Islam yang disebarkan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. Konsep etika dalam peradaban arab ini dikaitkan dengan pengertian akhlak atau
dalam Bahasa Arab ialah ‘khuluqun’ yang membawa maksud tabiat, budi pekerti atau tingkah laku.

*Corresponding author: author@organization.edu.co


2021 UTHM Publisher. All rights reserved.
publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp

Akhlak ataupun etika ini adalah tingkah laku atau perbuatan manusia yang memberi gambaran budi
pekerti mereka dalam melakukan sesuatu perkara dan sentiasa menjadi ajaran Islam berlandaskan Al-
Quran dan hadith sebagai asas. [2] Etika seseorang dapat mencerminkan kelakuan atau sifat individu
apabila berhadapan dengan masyarakat lain. Etika dedifinisikan dalam konteks bahasa melayu oleh
Kamus Dewan Edisi Keempat sebagai akhlak atau moral seseorang dalam kelakuan atau pergaulan
mereka. Etika juga merupakan antara cabang dalam falsafah moral. Etika akan dikaitkan dengan
kelakuann atau reaksi seseorang sama ada baik atau buruk dalam mengendalikan dan menghadapi
situasi atau keadaan yang dihapadi. Sifat dan perilaku yang dikaitkan dengan etika merangkumi setiap
individu di dalam pelbagai lapisan agama, etnik, negara dan umur. [1]
Adab dapat dedifinisikan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat sebagai budi pekerti yang
halus, tingkah laku yang baik dan budi bahasa yang luhur. Salah satu sikap atau tindakan yang
menunjukkan seseorang individu tidak mempunyai dan mengamalkan adab yang baik dalam
kehidupannya adalah tidak berbudi bahasa dan sentiasa bercakap kasar. Hal ini dapat dilihat apabila
masyarakat memandang individu-individu yang meninggikan suara kepada orang yang lebih tua seperti
ibu-bapa dianggap sebagai seseorang yang tiada adab atau dengan kata lain tidak beradab. Adab yang
baik haruslah dimulakan daripada rumah terlebih dahulu dimana seseorang individu akan beradab
mengikut apa yang diajar oleh keluarga individu tersebut. Peradaban baik yang dibentuk daripada rumah
akan kemudian dikembangkan kepada kelompuk yang lebih besar seperti masyarakat apabila individu
yang mempunyai adab yang bagus mula bercampur dengan masyarakat. Dihormati dan disenangi oleh
masyarakat merupakan bukti bahawa seseorang individu beradab dengan baik dalam setiap aktiviti dan
tindakan yang dilakukannya. [1]
1.2 Pernyataan Masalah
Pada masa kini, terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh negara bagi menjaga kelestarian
etika dan peradaban di kalangan masyarakat di Malaysia. Daripada sebuah temubual antara Sinar Harian
bersama Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor
Datuk Dr Teo Kok Seong pada 2020, prinsip bertentangan dari konteks perkauman dan politik
berlebihan mampu menggugat keharmonian pelbagai kaum dan etnik di Malaysia sekiranya perkara ini
tidak dibendung dengan serta merta. Beliau turut menegaskan bahawa hubungan antara etnik di negara
kita berada di tahap yang sangat membimbangkan dan bakal menjadi lebih parah apabila ketengangan
kekal dijadikan isu yang sering dimainkan dan dipergunakan oleh masyarakat di media sosial. Hal ini
turut menjadi lebih parah apabila terdapat seglintir ahli politik yang memecah-belahkan masyarakat di
negara ini dengan memainkan sentiment perkauman dan agama seperti mengeluarkan kenyataan-
kenyataan berunsur provokatif bagi kepentingan mereka sendiri. [3] Hal ini mampu menjadi cabaran
kepada kelestarian etika dan peradaban di Malaysia dari segi politik apabila ahli-ahli politik sendiri
tidak mengamalkan konsep politik matang. [1]
Masalah ketegangan kaum dan etnik turut dapat dilihat selepas Pilihan Raya Umum ke-15
apabila tular video-video di media sosial seperti Tiktok berunsurkan provokasi dan menyentuh isu-isu
sensetif kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969. Lebih sedih lagi apabila video-video yang berunsurkan
provokasi ini dihasilkan oleh golongan-golongan masyarakat negara ini sendiri terutamanya golongan-
2
Author 1 et al., Human Sustainability Procedia Vol. 1 No. 1 (2022) p. 1-5

golongan muda. Isu-isu ini sangat merbahaya sehingga berlaku campur tangan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). [4]

1.3 Tujuan Kajian


Kajian ini dijalankan bagi tujuan melestarikan atau mengekalkan etika dan peradaban rakyat Malaysia
yang seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dimana akan berlakunya keyboard warrior dan
sebagainya. Tujuan melestarikan etika dan peradaban di Malaysia adalah bertujuan untuk melahirkan
seseorang individu yang beretika dan beradab pada masa akan datang. Dengan perkara ini,
berkemungkinan pada tahun 2025 rakyat di Malaysia akan terdiri dengan akhlak yang mulia disebabkan
golongan golongan muda yang telah dididik dengan etika yang baik. Selain itu, ianya untuk
mengharumkan nama negara yang terkenal dengan rakyat yang berbudi pekerti tidak kira kaum, bangsa
dan agama yang berlainan. Hal ini dapat menjadikan perbualan topik pada orang asing yang telah datang
ke negara Malaysia. Tambahan pula di Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM) terdapat pelajar dan
pensyarah daripada berbilang kaum. Perkara ini menunjukan Malaysia adalah sebuah negara yang aman
damai dan bebas daripada perbandingan di antara satu sama lain.
1.4 Signifikan Kajian
Kepentingan melestarikan etika dan peradaban di Malaysia ialah untuk memastikan rakyat Malaysia
terdiri daripada akhlak atau adab yang kukuh. Hal ini dapat memberikan impak positif yang besar
terhadap negara dengan memberikan contoh yang baik terhadap negara lain. Selain itu, negara Malaysia
akan terdiri dengan suasana negara yang aman dan tiada peperangan di antara satu sama lain
terutamanya isu – isu berkaitan dengan perbezaan perkauman. Perkara ini juga dapat memberikan kesan
yang baik terhadap seseorang individu dalam pergaulan seharian mereka sama ada semasa waktu
bekerja ataupun masa lapang antara contohnya kedai makan yang terdiri daripada berbilang bangsa dan
agama. Seterusnya, kepentingan menetapkan perkara ini adalah perkara yang perlu ditetapkan atau
dikekalkan sepanjang hayat demi melahirkan individu yang berkualiti tinggi dengan mendidik golongan
golongan muda pada era ini. Perkara ini dapat menghasilkan kanak kanak di peringkat sekolah kaya
dengan budi pekerti dan tiada kes kes pergaduhan di antara satu sama lain.
1.5 Sorotan Literatur
Bagi menjaga kelangsungan kelesetarian etika dan peradaban Malaysia, negara kita mengambil kira
pembinaaan negara bangsa yang turut fokus dalam merangka bangsa Malaysia yang menjadikan
Pelembagaan Persekutuan sebagai asas kepada urusan pentadbiran dan pembangunan secara adil dan
dibentuk bagi mengurangkan defisit sosial. Pembentukan negara bangsa tersebut akan melahirkan
kestabilan dan keharmonian. Selanjutnya, urusan pentadbiran yang baik serta pembangunan mampu
mengukuhkan kesepaduan nasional dan kualiti hidup rakyat. Kegagalan dalam menguruskan kedua-dua
aspek tersebut akan menyebabkan kehidupan rakyat terabai dan menganggu kelestarian etika dan
peradaban negara. Antara perancangan masa hadapan yang diikuti oleh negara adalah Rancangan
Malaysia Ke 12 dan Matlamat Pembangunan Lestari. [1].
Matlamat Pembangunan Lestari atau Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) merupakan sebuah
matlamat yang diperkenalkan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atau United Nation (UN)
di Sidang Perhimpunan Persatuan Bangsa-Bangsa bersatu pada 2015. [5] Agenda ini merupakan sebuah
usaha sama global yang diwujudkan atas matlamat memastikan pembangunan yang dilaksanakan setiap
negara-negara ahli PBB dapat mengambil kira serta memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejas
keperluan pada masa hadapan. Pembangunan yang akan diutamakan adalah dalam aspek serta bidang
Pendidikan (Education), Sains (Sosial), Budaya dan Komunikasi (Communication) dengan usaha sama
global anggota PBB. Terdapat 17 matlamat kelestarian mampan yang digariskan perlu direlisasikan
oleh anggota-anggota PBB menjelang tahun 2030. Antara matlamat-matlamat tersebut adalah
menamatkan kemiskinan dalam setiap lapisan masyarakat, mengakhiri kelaparan, memastikan
kehidupan yang sihat serta menggalakkan kesejahteraan untuk semua pada semua peringkat umur dan
menggalakkan masyarakat aman dan inklusif untuk pembangunan mampan. [6][7][2] Sebagai salah satu
3
Author 1 et al., Human Sustainability Procedia Vol. 1 No. 1 (2022) p. 1-5

anggota PBB, Malaysia turut berusaha bagi merialisasikan matlamat-matlamat ini menjelang tahun
2030. [5] Matlamat-matlamat seperti sifar kemiskinan mampu mengelakkan defesit sosial yang menjadi
cabaran kepada kelestarian etika dan peradaban. [1]
Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) merupakan sebuah landasan atau perancangan
pembangunan Malaysia bagi tahun 2021-2025 dengan tujuan mencapai negara yang makmur dan
mampan dalam tempoh 5 tahun. Antara perkara yang difokuskan oleh RMKe-12 adalah untuk
meningkat taraf hidup rakyat and mengurangkan kimiskinan di kalangan masyarakat tanpa mengira
jantina, etnik dan agama. [8]. Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) telah dibentangkan di Dewan
Rakyat pada 27 September 2022 oleh Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Rancangan ini telah menggariskan 9 faktor yang akan difokuskan iaitu memperkuatkan pertumbuhan
ekonomi, usaha memukuhkan pemangkin pertumbuhan, kesejahteraan keluarga Malaysia
dipertingkatkan, meningkatkan ketenteraman awam, merapatkan jurang pendapatan serta membasmi
kemiskinan, memperkuatkan agenda bumiputera serta keluarga Malaysia, merancakkan pembangunan
negeri-negeri kurang membangun, meningkatkan pertumbuhan hijau dan menaiktaraf penyampaian
perkidmatan awam. [9] Faktor-faktor yang difokuskan berada di landasan yang sama dengan 17
matlamat yang diletakkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Matlamat Pembangunan Lestari.
[10]. Perkara ini dapat menamatkan masalah masalah konflik pada masa yang akan datang dengan
membentukkan sebuah generasi yang baru. Selain itu, rakyat juga hendaklah mengamalkan sikap satu
hati satu jiwa terhadap semua lapisan masyarakat. Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama,
adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlaat perpaduan negara. Negara kita
sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang diamalkan oleh
masyarakat pelbagai kaum. Walaupun terdapat pelbagai adat resam budaya dan nilai kehidupan semua
rakyat perlu menerima dan mengiktiraf kelainan ini sebagai suatu kekayaan kepada negara. Rakyat perlu
bersikap toleransi dan menerima apa jua perlakuan orang lain kerana kebebasan menjadi keutamaan
untuk semua rakyat terhadap kebudayaan dan cara hidup mereka [11].
Konsep yang seterusnya adalah konsep yang menghormati hak dan orang lain. Rasa hormat itu lahir
dari perasaan kagum akan kebolehan dan pencapaian seseorang. Perasaan itu boleh dizahirkan dalam
bentuk perbuatan, lisan dan tulisan. Bahasa Inggeris menyebut istilah hormat ini sebagai ‘respect’.
Hormat menghormati amat penting untuk memastikan masyarakat hidup dalam keadaan aman dan
damai. Tidak mustahil jika hilang rasa hormat dalam diri kita, masyarakat kita akan dipandang rendah
dan ia boleh mengheret ke arah hura-hara akibat pergaduhan yang tidak berkesudahan. Ini
menunjukkan betapa pentingnya amalan hormat menghormati dalam kehidupan seharian kita [12].
Seterusnya, dalam mengekalkan etika dan peradaban ini, kerajaan juga hendaklah mengetatkan undang
undang keadilan dan ketaksamaan sesama manusia. Menurut Hazman Bahrom (2019) keadilan
merupakan prinsip yang sangat penting untuk kehidupan bermasyarakat dalam mewujudkan
keseimbangan, keharmonian dan keselarasan dalam kehidupan umat manusia yang berbilang kaum.
Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk pelbagai bangsa dan agama seperti
Malaysia, kedamaian dan keharmonian semestinya menjadi elemen utama kepada negara. Namun
begitu, pelbagai persoalan yang timbul melibatkan isu-isu keadilan sosial seperti hubungan antara
kaum, isu budaya dan bahasa, isu ekonomi dan sebagainya seolah-olah menggambarkan bahawa asas
yang didambakan telah menemui kegagalan. Justeru, mencari jawapan kepada masalah ini adalah
sesuatu yang perlu dilaksanakan supaya kemaslahatan tercapai dan kemudaratan dapat dihilangkan [13].
Daripada peradaban majmuk ini, Malaysia mampu membina etika dan peradaban beracuan sendiri
dengan menyulam kepelbagaian etika dan peradaban dalam melahirkan sebuah negara yang damai,
stabil, maju dan sejahtera [14]. Obama, mantan Presiden Amerika Syarikat mempotretkan Malaysia
sebagai sebuah negara masyarakat Islam yang moderat dan maju (Obama puji Malaysia, 2014). Dalam
negara ingin mencapai pembangunkan dalam aspek bangsa Malaysia, Malaysia haruslah menjadikan
Perlembagaan Persekutuan sebagai teras asas serta tadbir urus dalam memastikan pembangunan negara
dapat dilakukan secara adil dan saksama bagi mengurang defisit sosial. Hal ini lantas mampu
menyebabkan pembinaan bangsa dapat ditakluk serta disatukan bagi melahirkan kelestarian etika dan
peradaban bagi negara Malaysia. Pengamatan yang mendalam bagi aspek berkenaan mampu
mengukuhkan kelestarian merantas etnik dan peradaban merentas setiap negeri di Malaysia sehingga
terbina sebuah kesepaduan nasional. Tambahan pula, dalam mengukuhkan kualiti hidup masyarakat

4
Author 1 et al., Human Sustainability Procedia Vol. 1 No. 1 (2022) p. 1-5

dan kesepakantan serta kesepaduan nasional negara, ia haruslah bermula daripada pembangunan dan
tabir urus yang baik. Terdapat beberapa langkah yang boleh diaplikasian bagi mengatasi cabaran
kelestarian etika dan peradaban ini antaranya ialah wawasan kemakmuran bersama, dan pembangunan
lestari, kesepaduan nasional dan perpaduan negara serta pengkongsian pengalaman etika dan peradaban
Malaysia demi keharmonian, kestabilan dan kemajuan ketamadunan sejagat.

2. Tujuan Kajian
a) Untuk mengenalpasti tujuan kajian keterlestarian etika dan peradaban dalam kalangan UTHM.
Kelestarian etika dan peradaban sentiasa dicabar dan terjejas oleh Masyarakat dan kalangan
pelajar. Ini adalah kerana, sama ada dalam aspek sosial, ekonomi, politik, persekitaran, perubahan
sosial berlaku dengan cepat dan sukar dikawal dalan kalangan Universiti. Seterusnya, Kepesatan
pembangunan ekonomi mempunyai banyak implikasi positif untuk meningkatkan pendapatan,
kesejahteraan negara dan masyarakat . Walau bagaimanapun, pembangunan negara memberi kesan
negatif terhadap alam sekitar dan perbelanjaan dalam kalangan pelajar. Terdapat kemiskinan biasa
dalam dekad pertama kemerdekaan, tetapi selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB),
Malaysia telah mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik dan telah menjadi pemangkin kepada
pertumbuhan ekonomi, kemakmuran bersama termasuk perpaduan negara. Pembangunan langsung
masyarakat dan ekonomi telah membawa cabaran baharu kepada pengekalan moral dan
ketamadunan masyarakat.Oleh itu, perkara yang lebih penting ialah cara memperkukuhkan akhlak
dalam kalangan pelajar dan tamadun Malaysia dalam konteks meluaskan ruang sivik dan
mengukuhkan pembinaan negara melalui hubungan antarabangsa yang pelbagai rupa. Selain itu, a
proses pengenalpastian defisit social telah dilakukan bagi meningkatkan tahap kesepaduan agar
penyatupaduan yang berterusan dapat dilangsungkan dalam aspek sosial oleh IPNas. Jurang
perbezaan pendapat dalam setiap lapisan masyarakat bermula dengan individu dan keluarga
merupakan kekurangan tersebut. Oleh itu, pengurusan defisit sosial adalah asas kepada
penyatupaduan dalam kalangan pelajar UTHM [1].

b) Untuk memahami cabaran keterlestarian etika dan peradaban dalam kalangan Pelajar UTHM.
Negara Malaysia merupakan sesebuah negara yang menerima pelbagai peradaban yang luas serta
masyarakatnya telah mampu memperoleh status warganegaranya sendiri. Budaya meminjam budaya,
pemakanan, bahasa dan budaya kerja di antara rakyat Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, pada
zaman dahulu telah menyebabkan Malaysia mempunyai peradaban yang amat luas. Hal ini terjadi,
adalah disebabkan interaksi, pergaulan serta detik pertemuan yang telah menjadikan peradaban
dalam kalangan Pelajar UTHM. Sehinggalah tibanya era globalisasi, negara Malaysia mampu
menunjukkan pembangunan setinggi kadar pertumbuhan ekonominya. Akan tetapi, sekiranya
pengagihan dan kesejahteraan rakyat tidak dipelihara, negara yang sejahtera dan kehidupan rakyat
yang berkualiti tinggi tidak boleh dijamin. Hal ini menyebabkan, kedamaian, perpaduan dan negara
yang stabil tidak mampu dikecapi dalam kadar masa yang panjang. Maka hasil
pembangunandinikmat oleh kumpulan kecil yang bersuara dan berkuasa sahaja perlu dijauhi.
Keadilan dalam pengagihan kekayaan negara perlu ditegakkan serta dilakukan secara adil dan
dinikmati bersama. Malaysia kini bergerak seiringan dalam mengikuti arus pemodenan, pastinya
tidak ketinggalan dalam mengikuti trend pembangunan teknologi maklumat. Teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) pastinya memberi banyak impak positif dalam kalangan pelajar UTHM seperti
revolusi yang mengubah cara pelajar berkomunikasi daripada segi masa dan ruang. Di samping itu,
alam menguruskan hubungan etnik, tidak dapat disangkal bahawa media sosial menjadi sesuatu yang
amat berguna, di mana ia boleh dijadikan sebagai sebuah medium dalam menyebarkan maklumat
tentang inisiatif kerajaan untuk menyatupadukan masyarakat [2].

c) Untuk mengaplikasikan cabaran keterlestarian etika dan peradaban dalam kalangan Pelajar
UTHM.
5
Author 1 et al., Human Sustainability Procedia Vol. 1 No. 1 (2022) p. 1-5

PENGENALAN Masa dan negara adalah dinamik, disatukan, dan etika dan tamadun yang berubah
dan ia tidak kekal. Fahami dan terangkan bentuk etika dan peradaban ini secara kritis, analitikal, dan
dalam kerangka saintifik adalah tugas biasa pelajar dan sarjana. Etika dan tamadun Malaysia
berkembang daripada runtuhan tamadun Melayu, dengan teras kewarganegaraan Melayu dan
peribumi. Kerusi tamadun peribumi ini bersepadu dengan pelbagai tamadun melalui Selat Melaka
yang merupakan perhimpunan dunia yang dibina oleh China, India, Timur Tengah dan negara-negara
Barat dan acuan tamadun di Malaysia hari ini. Malaysia telah membentuk akhlak dan
ketamadunannya yang tersendiri dengan menyulam kepelbagaian akhlak dan peradaban dalam
proses pembinaan negara dan bangsa daripada kepelbagaian tamadunnya. Tamadun keamanan,
kestabilan dan kemakmuran. Obama, bekas Presiden Amerika Syarikat itu menggambarkan Malaysia
sebagai sebuah negara sosial Muslim yang sederhana dan Imran Khan, Perdana Menteri Pakistan
juga berkata bahawa Malaysia merupakan masyarakat bertamadun[3].

3. Isu Semasa Dan Cabaran


3.1 Isu Semasa
Isu semasa (Politik)

 Isu semangat cintakan negara dan kurangnya penghayatan dalam aspek kenegaraan.

 Kurang perhatian dalam pelajaran kerana belajar secara dalam talian.

 Generasi yang tidak bersemangat cintakan negara dan kurangnya penghayatan dalam aspek
kenegaraan.

 Semangat cintakan negara dan penghayatan dalam aspek kenegaraan perlu dipupuk sejak
bangku sekolah melalui subjek sivik dan sejarah untuk melahirkan insan yang cintakan negara.
Isu semasa (Ekonomi)

 Isu keperluan yang memenuhi keperluan (needs) dan kehendak (wants) yang masih belum
dipenuhi.

 Keadaan negara disebabkan oleh virus Covid-19, pendapatan negara mealului aktiviti
pembalakan dan lain – lain turut terjejas.

 Dalam isu ini akan timbul ketidak puas hati rakyat Malaysia kerana alam semula jadi
diperlakukan sedemikian yang boleh menyumbang kepada bencana alam seperti banjir kilat
dan tanah runtuh.

 Hal ini berlarutan sehingga berlaku perbalahan di media sosial dan secara tidak langsung telah
menyumbang kepada isu semasa kelestarian dan peradaban di Malaysia.
Isu semasa (Media sosial)

 Serata dunia semakin canggih dengan alatan elektronik.

 Masyarakat sekarang menggunakan telefon bimbit untuk mencari maklumat ataupun isu
semasa dan menyebabkan kesukaran dalam membentuk etika dan peradaban di Malaysia.

 Pelbagai formula telah diketengahkan agar Malaysia tetap berada pada landasan peradaban
islam sekalipun telah mencapai kemodenan dan kemajuan fizikal.

6
Author 1 et al., Human Sustainability Procedia Vol. 1 No. 1 (2022) p. 1-5

3.2 Cabaran
Cabaran Politik
Pilihan Raya Kampus (PRK) di Malaysia sangat penting untuk penganalisis politik kerana ia merupakan
petunjuk arah kepada keadaan politik sesbuah negara pada masa akan datang. Keadaan politik kampus
terutama apabila menjelang PRK sangat diperhatikan oleh masyarakat Malaysia terutamanya di
Universiti Malaya (UM) sehinggakan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berkenaan digelar sebagai Little
Malaysia (Amirul Azam Zulkafli, 2012). PRK merupakan aktiviti wajib yang telah diwartakan di dalam
Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU), objektif PRK ialah untuk memilih satu organisasi
mahasiswa yang digelar sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk menjadi wakil kepada
mahasiswa di sesebuah IPT[14]. Terdapat sedikit perbezaan dalam proses Pilihan raya Umum (PRU)
dengan PRK diperingkat IPT, PRU tidak dipaksa ke atas masyarakat Malaysia, hak untuk mengundi
atau tidak mengundi terletak ke atas individu tetapi di sesetengah IPT proses pengundian seakan-akan
dipaksa terhadap mahasiswa dengan perlaksanaan pelbagai peraturan dan ‘gula-gula’ yang mewajibkan
mahasiswa untuk terlibat dengan PRK (Saifuddin Abdullah, 2014).
Cabaran Sosial
Masalah gejala sosial di Malaysia tidak boleh dipandang sepi. Hari demi hari, gejala ini semakin serius
merebak, melarat, malah sudah menjadi lumrah dalam dunia pendidikan (Baharom Mohamad et al.,
2008; Khalim Zainal & Wan Zulkifli Wan Hassan, 2009). Gejala sosial merupakan satu sifat negatif
dan dipandang serong oleh masyarakat, samada dari sudut pandangan agama atau corak kehidupan
mereka (Hamzah, 2003)[15]. Perkembangan pesat teknologi (IT) pada masa sekarang juga
mempengaruhi nilai etika dan moral masyarakat serta gaya dan corak kehidupan mereka (Mohd Janib
Johari, 2009). Penggunaan dan pengaruh IT dalam kehidupan seharian masyarakat ada kebaikan dan
keburukannya sekiranya disalah gunakan, contohnya seperti penyalahgunaan internet, pergaulan bebas
serta interaksi sosial dan perbuatan tidak bermoral yang diluar batasan akal fikiran (H. Hamzah Ya’
qub, 1983).
Cabaran Ekonomi
Dalam dunia yang semakin moden ini, kita tidak lari dari pelbagai cabaran hidup yang semakin
kompleks. Lantas, wujud persoalan sama ada golongan pelajar mampu berhadapan dengan konflik
kewangan, iaitu konflik dari segi peruntukan pendapatan dan perbelanjaan di sepanjang tempoh
pengajian mereka berikutan daripada kemorosotan ekonomi yang berlaku[15]. Hal ini semakin kritikal
apabila pelajar seringkali merasakan keperluan mereka semakin meningkat walaupun pada masa itu,
elaun, biasiswa ataupun pinjaman tidak bertambah setiap tahun yang mendorong kepada berlakunya
peningkatan dalam perbelanjaan mereka (Hallman & Rosenbloom, 1993). Namun, apabila golongan
pelajar ini berhadapan dengan masalah ketakcukupan kewangan dalam situasi kos hidup yang tinggi,
maka di sini muncullah isu sama ada pelajar tersebut mampu menangani tekanan dalam menguruskan
kehidupan seharian.
Cabaran Psikologi
Sejak kebelakangan ini, isu tekanan yang dialami oleh pelajar universiti amat membimbangkan dan ia
bukanlah sesuatu perkara yang baru. Tekanan adalah fenomena yang sering ditafsir sebagai ancaman
besar terhadap kesihatan mental (Awang 2016). Isu kesihatan mental kebiasaannya meningkat dalam
kalangan pelajar universiti yang memberi impak besar terhadap peringkat kehidupan mereka (Wenjuan
et al. 2020; Bruffaerts et al. 2018). Pelajar prasiswazah dan pascasiswazah di universiti berada dalam
keadaan yang mana gangguan berkaitan dengan tekanan adalah suatu kebiasaan (Ribeiro et al. 2018).
Menurut Johari dan Ahmad (2019), faktor akademik merupakan pendorong utama wujudnya tekanan
7
Author 1 et al., Human Sustainability Procedia Vol. 1 No. 1 (2022) p. 1-5

dalam kalangan pelajar universiti dan diikuti dengan faktor fizikal, sosial serta emosi[16]. Fairbrother
dan Warn (2003) menyatakan bahawa tekanan dalam kalangan pelajar disebabkan oleh persaingan
dengan pelajar lain, kegagalan dan kekurangan wang[17]. Mahfar et al. (2007) mendapati bahawa faktor
tertinggi yang menyebabkan tekanan dalam kalangan pelajar ialah kerjaya. Bagi faktor kerjaya,
kebanyakan pelajar mengalami tekanan kerana kekurangan pengetahuan tentang persediaan kerjaya,
cara menulis resume, penguasaan bahasa Inggeris, cabaran kerjaya, dan peluang-peluang kerjaya pada
masa hadapan. Justeru, pelajar akan berasa tertekan sekiranya tidak mempunyai persediaan kerjaya
yang bersifat komprehensif. Tambahan pula, persaingan kerjaya yang sengit serta kriteria pengambilan
pekerja yang ditetapkan oleh syarikat pekerjaan secara tidak langsung menyebabkan tekanan kepada
pelajar[18].

4. Kesimpulan
Keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat setempat hanya akan dapat diperolehi sekiranya
wujud penerimaan dan sikap saling hormat menghormati terhadap perbezaan budaya diiringi dengan
nilai murni yang luhur dalam diri dalam kalangan para pelajar. Kelestarian etika dan peradaban
merupakan elemen yang sangat penting dalam kehidupan seharian masyarakat dan kerana itu jugalah
kewujudannya mestilah dikekalkan dan dipertahankan sepanjang masa. Kesan buruk boleh berlaku
apabila perkara tersebut tidak dititikberatkan dalam diri para pelajar yang boleh mengundang kerosakan
sesuatu bangsa. Hal ini boleh berlaku kerana kurang sikap bertanggungjawab sama ada terhadap diri
sendiri dan orang lain mahupun tanggungjawab terhadap harta benda. Oleh itu, pelajar yang tidak
bertanggungjawab akan terus terjerumus ke dalam kancah masalah sosial sekiranya mereka tidak
dipantau dengan teliti. Justeru, bagi membangunkan sesebuah negara, seorang pemimpin yang
berwibawa harus dipilih agar nescaya masalah perebutan kuasa politik dan ekonomi dapat dielakkan
dan dikawal dengan sebaiknya. Nilai etika dan moral semakin lama semakin melenyap seiring
peredaran masa di mana semakin maju sebuah negara, semakin berkurang nilai etika dan moral yang
diterapkan di dalam diri para pelajar. Sehubungan dengan perkara tersebut, setiap pelajar yang prihatin
perlulah menanamkan nilai etika dan moral dalam diri mereka agar negara akan menjadi aman, damai,
dan sejahtera. Seterusnya kemajuan sesebuah negara akan terus maju kehadapan selaras dengan sikap
para pelajar yang beretika dan bermoral tinggi. Keberkesanan sesebuah institusi pengajian tinggi di
kalangan pelajar terletak kepada diri mereka sendiri. Oleh yang demikian, pelajar haruslah sedar akan
peranan dalam melestarikan etika dan peradaban dalam pelbagai kaum mahupun agama. Dapatan kajian
menunjukkan cabaran kelestarian etika dan peradaban dalam kalangan pelajar amat penting demi
menjaga kesejahteraan dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Sebagai kesimpulan, berharap agar
kajian ini dapat membantu serba sedikit meningkatkan pengetahuan tentang kelestarian etika dan
peradaban.

8
Author 1 et al., Human Sustainability Procedia Vol. 1 No. 1 (2022) p. 1-5

RUJUKAN:
[1] Ateeha Abdul Razak, Nur Azuki Yusuf, Zaleha Embong (2021), Penghayatan & Peradaban
Etika, Penerbit UMK Universiti Malaysia Kelantan
[2] Mohd Azhar Abdul Hamid, Faizah Mohd Fakhruddin, Rozeyta Omar, Fadilah Zaini, Mohd
Koharuddin Mohd Balwi, (2020) Buku Etika Dan Peradaban, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan,
Universiti Teknologi Malaysia
[3] Henti main isu polarisasi perkauman, politik berlebihan, (2020, January 11) Sinar Harian,
https://www.sinarharian.com.my/article/65453/berita/nasional/henti-main-isu-polarisasi-perkauman-
politik-berlebihan
[4] MCMC, PDRM panggil pengurusan TikTok, video provokasi berbayar, (2022, November 30),
Berita Harian, https://origin.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1033613/mcmc-pdrm-panggil-
pengurusan-tiktok-video-provokasi-berbayar.
[5] Jabatan Perangkaan Malaysia (2020), INDIKATOR MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN
MALAYSIA, Jabatan Perangkaan Malaysia
[6] Azman Ab. Rahman (2019) Pengurusan Institusi Zakat Berdasarkan Maqasid Syariah Dan Matlamat
Pembangunan Lestari (SDG) VOL. 17| NO.2 | 2019 (Special Edition) ISSN: 2232-1047 eISSN: 0127-
8886
[7] Ratna Roshida Ab Razak, Nur Ayuni Mohd Isa, Muhammad Hafeez Zakaria, (2022), Pemeribumian
Agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Melalui Paradigma Sejahtera, Jabatan Kenegaraan dan
Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
[8] Jabatan Perdana Menteri (2021) Rancangan Malaysia Kedua Belas, Pencetakan Malaysia Negara
berhad
[9] Saiful Haizan Hasam (2021, September 27) RMKe-12 tumpu 9 fokus utama pacu ekonomi negara
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/869218/rmke-12-tumpu-9-fokus-utama-pacu-
ekonomi-negara
[10] David Pencheon, (2017) Sustainable Development Goals (SDGs), and their implementation: A
national global framework for health, development and equity needs a systems approach at every level,
British Medical Bulletin DOI: 10.1093/bmb/ldx031.
[11] Ahmad Nidzamuddin Sulaiman. 2002. Budaya Politikdalam Masyarakat Majmuk di Malaysia.
Dlm. Abdul Monir Yaacob & Suzalie Mohamad (Pnyt). Etika dan Budaya Berpolitik dari Perspektif
Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
[12] Amirul Azam Zulkafli. 2012. Pilihan Raya Kampus 2012: Pro M Lawan Aspirasi. Kuala Lumpur:
Free Malaysia Today.
[13] Muhammad Lukman Al Hakim Bin Muhammad. 2010. Belia Dan Politik. Artikel ini diperolehi
daripada Blog Rasmi PEMBINA.
[14] Misra, R., & McKean, M. (2000). College Students’ academic stress and its relation to their
anxiety, time management, and leisure satisfaction. American Journal of Health Studies, 16, 41-51.
9
Author 1 et al., Human Sustainability Procedia Vol. 1 No. 1 (2022) p. 1-5

[15] Redhwan, A.A.N et al. (2009). Stress and coping strategies among Management and Science
University students: A qualitative study. International Medical Journal. 8(2), 11–15.
[16] Awang, H. (2016). Stres dalam kalangan pelajar PISMP semasa praktikum. Jurnal Penyelidikan
Dedikasi, 11, 146-160.
[17] Bruffaerts, R., Mortier, P., Kiekens, G., Auerback, R. P., Cuijpers, P., Demyttenaere, K., Green, J.
G., Nock, M. K., & Kessler, R. C. (2018). Mental health problems in college freshmen: Prevalence and
academic functioning. Journal of Affective Disorders, 224, 97-103.
[18] Ali Bin Suradin dan Eni Eryanti Yusoff. (2005). Penghayatan Nilai-Nilai Murni Ke Arah
Pembentukan Disiplin Pelajar. Prosiding Seminar Pendidikan JPPG 2005.

10

Anda mungkin juga menyukai