Anda di halaman 1dari 29

u

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


UiTM (PERAK)`

CTU554

ASSIGNMENT 1

COURSE : VALUES AND CIVILIZATION II


COURSE CODE : CTU554
DATE OF ISSUE : WEEK 2
DATE OF SUBMISSION : WEEK 7
CLASS : AP224 4A
PREPARED FOR : DR. AHMAD FIRDAUS BIN MOHD NOOR

(PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP): IKTIBAR DALAM


KONTEKS PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN DARI
PERSPEKTIF POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL)

PREPARED BY:

NAME MATRIC NO

SYAKIRAH ATHIRAH BINTI SHAMSULBADRI 2020969291

NURIN SABRINA BT ABDUL HALIM 2020982969

ABDUL RAZIS BIN NADZRI 2020975419

MUHAMMAD HARIRI BIN AB AZIZ 2020986215

AMIRUL SYAZWAN BIN SUZAINI 2020975199

[Type here]
ISI KANDUNGAN

1) PENGHARGAAN..................................................................................................m/s 2

2) LAPORAN GERAK KERJA.................................................................................m/s 3

3) PENGENALAN.....................................................................................................m/s 4

4) OBJEKTIF KAJIAN..............................................................................................m/s 6

5) KAJIAN LITERATUR...........................................................................................m/s 7

6) FAKTA DAN PERBINCANGAN.........................................................................m/s 15

7) KESIMPULAN....................................................................................................m/s 26

8) LAMPIRAN.........................................................................................................m/s 28

9) RUJUKAN...........................................................................................................m/s 29

1
1) PENGHARGAAN

‫بـــسم هلال الرمحــــن الرحيــــم‬

Alhamdulillahi Rabb al-‘Alamin, segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, selawat
dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarga dan sahabat baginda r.a.
serta orang-orang yang mengikuti jejak langkahnya hingga hari kiamat.

            Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat


masa,nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami dengan izin kurnianya dapat
kami menyempurnakan tugasan bagi kod subjek CTU 554 ini dengan jayanya.

           Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan
jutaan terima kasih kepada Dr. Ahmad Firdaus Bin Mohd Noor selaku pensyarah subjek
CTU 554 kami kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang
untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

            Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
dan keluarga kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini
walaupun di rumah masing-masing akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(PKPB) yang diarahkan oleh kerajaan Malaysia. Mereka telah memberikan kami segala
kemudahan seperti kemudahan internet dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai
kami berjaya menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna dan tepat pada waktu.

            Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan sekelas kami yang
banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka membantu
kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami uterakan kepada mereka.

            Akhir madah, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat
dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala
bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan
sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Kami
juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau
sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih dan salam hormat daripada
kami.

2
2) LAPORAN GERAK KERJA

Syakirah Athirah Nurin Sabrina Bt Abdul Razis Bin Muhd Hariri Bin Amirul Syazwan
Bt Shamsulbadri Abdul Halim Nadzri Ab Aziz Bin Suzaini
( 2020969291 ) ( 2020982969 ) ( 2020975419 ) ( 2020986215 ) ( 2020975199 )
Muka hadapan

kertas kerja

Satukan dan
laraskan kertas

kerja dan video
pembentangan

Isi kandungan √

Penghargaan √

Pengenalan √

Objektif kajian √

Fakta dan
√ √
perbincangan

Kajian literatur √ √

Kesimpulan √

Lampiran √

Rujukan √ √ √ √ √

3
3) PENGENALAN

Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat
penjuru dunia ini tentang isu virus yang membunuh jutaan manusia iaitu Korona virus
(Kovid-19). Korona virus ialah virus yang merebak dengan pantas dan menyebabkan
berlakunya kematian kepada pesakit yang positif. Virus ini berasal daripada negara China
iaitu di Wuhan, China. Oleh kerana itu, seantero dunia terkena wabak berbahaya ini. Di
Malaysia, virus ini tersebar pada bulan mac 2020. Malaysia diisytihar perintah kawalan
pergerakan (pkp) pada 18 mac 2020 kerana virus ini mula merebak dengan pantas ke
seluruh negeri negeri di Malaysia.

Kovid-19 merupakan pandemik global dan merupakan krisis yang mempengaruhi


kesihatan awam di seluruh pelosok dunia. Kejadian ini juga telah mempengaruhi ekonomi
global dan pasaran kewangan, hal ini termasuk dengan pengurangan pendapatan yang
ketara, kenaikkan kadar pengangguran, gangguan dalam industri pengangkutan,
perkhidmatan dan pembuatan adalah antara kesan-kesan yang terjadi disebabkan oleh
pandemik ini.

Kovid-19 membawa musibah yang lebih teruk kepada ekonomi negara berbanding
dengan krisis-krisis dalam tempoh dua dekad lalu, dimana pada tahun 1997 Malaysia
menghadapi masalah kewangan Asia, kelembapan ekonomi dunia selepas terjadinya
peristiwa 9 november pada tahun 2001, dan juga masalah kewangan pada tahun 2008.
Pihak kerajaan di negara masing-masing sedang giat berusaha menangani pandemik ini
dengan pelbagai langkah-langkah proaktif bagi menyekat rantaian Kovid-19. Oleh kerana
wabak penyakit seperti Kovid-19 tidak mungkin pulih pada masa yang terdekat, tindakan
yang proaktif haruslah dilaksanakan dan diperlukan untuk menyelamatkan nyawa rakyat.

Akhir sekali, kita mestilah menggabungjalinkan elemen elemen yang terbaik untuk
mengharungi detik dan waktu untuk berhadapan dengan masalah yang telah melanda dunia
ketika ini. Etika dan peradaban yang baik mestilah diterapkan kedalam jiwa manusia untuk
menjalani perintah kawalan pergerakan (pkp) ini. Justeru itu, maksud etika ialah berasal
dari perkataan Yunani iaitu ‘ethos’ dan ‘etikos’. Ethos membawa maksud sifat, watak,
kebiasaan, tempat yang biasa, cara hidup atau budaya manakal etikos pula bermaksud

4
tatasusila, adab, kelakuan atau perbuatan yang baik. Manakala, Peradaban pula berasal
daripada kata dasar 'adaba' yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji
yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat.

4) OBJEKTIF KAJIAN

Kami menjalankan kerja khursus untuk subjek CTU554 ini adalah untuk
meluaskan horizon pemikiran kami tentang etika dan peradaban di Malaysia sewaktu
tempoh perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi
memerangi wabak kovid-19.

Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenalpasti tentang kaedah
yang dilakukan oleh pemimpin dan rakyat di Malaysia ini untuk mengatasi masalah
yang berlaku akibat daripada virus berjangkit ini. Hal ini akan membantu kami
membuat satu kajian ilmu dengan cara yang betul, jelas dan tepat.

Seterusnya, kajian ini dapat meningkatkan lagi alpukah kami untuk memajukan
ekonomi Malaysia dalam keadaan pendemik ini. Sebagai contoh, membeli dan
menyokong barangan buatan Malaysia. Terdapat banyak jenama-jenama buatan
Malaysia yang gah seperti Gardenia, Ogawa, Bonia, British India, Jimmy Choo,
Padini, Beryl’s, Life, Petronas, Perodua, Proton dan banyak lagi. Selain itu,
menggunakan media social seperti Instagram, Tiktok dan Twitter untuk
mempromosikan barangan jenama Malaysia untuk meningkatkan dan membaik pulih
masalah ekonomi Malaysia akibat daripada masalah ini.

Kajian ini juga akan memupuk perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia
kerana negara ini dapat mengawal penularan wabak kovid-19 ini dengan jayanya
berbanding negara lain seperti di China yang berlakunya banyak kematian. Hal ini
dapat dijelaskan lagi kerana ketua pengarah kesihatan iaitu Tan Sri Dato Dr Noor
Hisham bin Abdullah merupakan ketua pengarah kesihatan yang terbaik didunia
kerana beliau bertindak pantas untuk menghentikan penularan wabak kovid-19 ini.

5
5) KAJIAN LITERATUR

Pada akhir tahun 2019, ahasa i penyakit berjangkit yang telah banyak mengancam
nyawa manusia dikenali sebagai COVID-19, sejenis virus yang mudah dijangkiti, mampu
merosakkan ahasa respiratori tubuh manusia seterusnya menyebabkan kematian dalam
jangka masa yang pendek. Kes pertama telah dilaporkan berlaku di Wuhan, China. Virus ini
telah merebak dengan pantas ke ratusan buah negara dengan ahasa 160 juta kes positif
COVID-19 beserta 1,394,833 kematian telah direkodkan sehingga November 2020.
Malaysia juga mencatatkan rekod tinggi wabak COVID-19 merekodkan peningkatan kes
positif dengan lebih 50 kematian setakat  hari ini. Pelbagai ahasa -langkah dan kaedah
kawalan ahasa telah diambil oleh badan berautoriti di Malaysia untuk mengawal penularan
wabak COVID-19 dan memutuskan rantaian wabak tersebut dari terus merebak.

Pelbagai kaedah dalam memastikan ia relevan serta pengaplikasiannya dalam


masalah ini juga sangat penting untuk dipertimbangkan bagi memahami setiap proses
keputusan yang dibuat oleh badan berautoriti perlu mematuhi dan menepati konsep
maqasid dan prinsip utama ahasa . Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh
pihak kerajaan seiring dengan konsep maqasid yang perlu melindungi nyawa rakyat dalam
memastikan penyebaran penyakit berjangkit dapat dikurangkan.

 Ekonomi

Tanggungjawab yang besar digalas oleh pemimpin-pemimpin kerajaan adalah


mencabar dalam menghadapi secara ahasa kehidupan masayarakat yang bersifat
dinamik. Kerajaan juga menerima cabaran dari sudut ekonomi negara yang terus
menjunam. Banyak pekerja swasta terpaksa diberhentikan kerja ekoran syarikat-
syarikat mengalami kerugian akibat daripada pendemik ini. Sebagai contohnya
ahasa i ahasa i s tinggi yang bernilai RM35 bilion kepada rangsangan ekonomi
negara juga bakal menerima cabaran akibat masalah dalam menarik pelajar
antarabangsa untuk menyambung pelajaran di Malaysia, manakala peniaga kecil

6
yang tidak mempunyai punca pendapatan yang tetap seperti penjual kuih, peniaga
pasar malam dan penjaja.

Selain itu juga,  ahasa i ini juga telah memberikan impak yang ahasa i terhadap
kemajuan ekonomi negara jika lumpuhnya ahasa pembinaan. Terdapat kebergantungan
antara ahasa pembinaan dan perkembangan ekonomi di Malaysia menjadi keutamaan
dalam menjana pendapatan negara, pembentukan modal dan penawaran pekerjaan. Sektor
ini menyokong kesemua penghasilan produk ahasa i dan perkembangan sosioekonomi
negara secara menyeluruh. Secara tidak langsungnya, penutupan ekonomi semasa perintah
kawalan pergerakan memberikan pelbagai masalah kepada rakyat dalam meneruskan
kelangsungan hidup.

Penutupan perniagaan atas arahan pihak kerajaan dalam menbendung wabak ini
semasa PKP telah mengakibatkan kerugian banyak kepada syarikat-syarikat besar
sehingga tidak lagi mampu dapat menampung pembayaran termasuklah gaji pekerja
sehingga menyebabkan syarikat membuat satu keputusan untuk memberhentikan pekerja
dalam mengelakkan syarikat terus jatuh muflis (Aziz, A. R. A. ,2020). Ramai pekerja telah
diarahkan untuk mengambil cuti wajib tanpa gaji selama beberapa bulan, dipotong gaji
pekerja antara 20 hingga 50 peratus, malahan ada juga pekerja yang berhadapan
dengan masalah ketidakpastian dalam pekerjaan apabila syarikat menghentikan operasi
mereka. Ini juga menyebabkan ramai tenaga kerja mengalami masalah besar dalam
pemberhentian kerja dan sebagai akibatnya kadar pengangguran meningkat (Sinar
Harian, 2020). Data menunjukkan berlakunya kenaikan kadar pengangguran pada suku
tahun pertama iaitu 3.9 peratus berbanding 3.3 peratus pada tahun 2019 (laporan Statistik
Tenaga Buruh, 2020). Ini juga ditambah dengan sekatan pergerakan semasa PKP yang
mana menyukarkan pekerja untuk mencari kerja baru atau menjalankan perniagaan kecil-
kecilan berikutan banyak SOP yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan yang perlu dipatuhi
dalam usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19.

Oleh itu, penularan wabak COVID-19 bukan sahaja melumpuhkan ekonomi di


Malaysia, malah seluruh dunia juga terkesan akibat aktiviti dagangan tidak dapat dijalankan
seperti biasa . ramai pekerja telah diarahkan mengambil cuti tanpa gaji selama
beberapa bulan, dipotong gaji antara 20 hingga 50 peratus, malahan ada pekerja
yang berhadapan dengan masalah ketidakpastian dalam pekerjaan apabila syarikat
menghentikan operasi mereka.

Iktibar yang kita dapat ambil dalam sudut ekonomi ialah, kita hendaklah sentiasa
bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak dijangka. Oleh itu, kita mestilah

7
belajar cara menguruskan perbenjaan supaya dapat menampung kehidupan seharian.
Setiap kejadian pasti ada hikmah. Pendemik ini juga memberi impak yang baik jikakita
berfikiran terbuka. Contohnya mengajar kita supaya tidak terlalu boros dalam perbelanjaan
kerana mungkin di masa akan ahasa kita akan kehilangan kerja jika pendemik ini
berterusan. Selain itu juga, kiata sentiasa bersabar dan berdoa kepada Allah s.w.t supaya
wabak ini berakhir secepat mungkin.

 Politik

 Isytihar atau Parlimen digantung

Sebenarnya dalam Perlembagaan, ada ruang untuk isytihar darurat atas punca
ekonomi.Antara yang paling terjejas bukan sahaja ekonomi negara, tetapi juga ekonomi
rakyat dan ekonomi rumahtangga. Rakyat terjejas teruk. Puncanya adalah wabak COVID-19
dan kita perlu ingat bahawa cabaran wabak COVID-19 ini adalah satu situasi yang luar
biasa. Kita memerlukan ahasa agak sistematik.Jadi, ahasa untuk mengisytihar darurat
memang sesuai.. Rakyat perlu kekal tenang, terus patuh “prosedur operasi standard”
(SOP).Darurat berlaku kerana kerajaan perlu kuasa yang jelas. Bukan mudah untuk
memastikan rakyat tidak keluar rumah, hak bagi menggerakkan jentera polis dan tentera
serta mengambil ahasa i ke atas mereka yang melanggar arahan dan larangan. Kita
mengejar masa, di antara kecekapan kita bertindak dan kecepatan virus merebak. Negara,
M. K. (2020).

Keadaan sekarang terhad kepada beberapa sekatan dan halangan birokrasi. Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam resolusi Perhimpunan Agung pada 11 September
baru-baru ini, menekankan konsep “a whole-of-government response” bagi mengatasi
COVID-19. Maksudnya keseluruhan jentera kerajaan perlu ahas kepada isu ini, bukan
Kementerian Kesihatan (KKM) sahaja. Ini juga pendekatan dalam majoriti negara yang
terlibat dengan wabak COVID-19. Satu badan antarabangsa, iaitu “The Centre for Civil and
Political Right” (CCPR-Centre) sudah mengumpul segala data untuk membasmi wabak
tersebut. Dalam laman web mereka disebut ada 79 negara isytihar darurat sebagai tindak
balas menangani ahasa i COVID-19. Ini termasuk Australia, Indonesia, Finland, Brazil, Itali,
Sepanyol, Afrika Selatan, Libya, Filipina, Thailand, Argentina dan Jordan. Malaysia masih
belum mengisytihar darurat kerana kita menggunakan Akta 342, iaitu Akta Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Shafie, B. H. M. (2020).

 Parlimen atau Dewan Rakyat akan digantung

8
Rakyat di Malaysia tahu bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah antara faktor
menyumbang kepada lonjakan kes COVID-19 di Sabah. Keadaan di Sabah amat
menyedihkan. Jadi, kerajaan perlu bertindak segera. Jika ditetapkan , selepas ini perlu ada
pula Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi. Selepas itu, Sarawak pula perlu adakan PRN.
Memang masih ada beberapa tempoh untuk mengundi , tapi pembubaran politik boleh
dibuat pada bila-bila masa sahaja. Selepas itu, berlaku pula pergolakan politik. Ada
pemimpin politik mendakwa bahawa cukup sokongan untuk membentuk kerajaan baharu,
tapi buat masa ini belum ada bukti yang kukuh untuk membuktikan hal tersebut.. Maksudnya
Ia berlaku contohnya bila Perdana Menteri kini hilang sokongan dan hanya tinggal sebanyak
108 sokongan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mendapat 93 sokongan, manakala baki
21 orang (Ahli Parlimen) memilih untuk berkecuali atau menyokong tokoh lain. Bin Othman,
M. A. (2020).

Jika hal sedemikian berlaku, Pilihan Raya Umum (PRU) perlu dilaksanakan. Ini yang
menyebabkan kerisauan terhadap rakyat. Jadi apa jaminan PRU dapat dielakkan dalam
tempoh wabak COVID-19? Tidak ada jaminan. Atas pertimbangan pertimbangan ini, maka
darurat dianggap sebagai jalan keluar.Dalam konteks ini, darurat bukannya membawa
kecelaruan politik, akan tetapi dapat mengekalkan kestabilan politik supaya tidak akan
tergugat selama mana kita belum menang dalam menangani wabak COVID-19. Cuma
dalam hal ini, pihak kerajaan mencadangkan supaya penentuan, sama ada perlu
menggantungan Parlimen untuk menangguhkan pilihan raya, tidak diberikan kepada orang
politik.Kerajaan mencadangkan satu majlis penilai di bawah Yang di-Pertuan Agong yang
diwujudkan melalui Ordinan Darurat, dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara dan disertai
Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya,
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara akan
menentukan bahawa sama ada Parlimen dan pilihan raya perlu digantung atau tidak. Bin
Othman, M. A. (2020).

 Kesan darurat atau prorog Parlimen kepada negara dan rakyat

Dari sudut pengurusan mengendalikan wabak COVID-19, darurat ini adalah satu
mekanisme pentadbiran yang lebih tepat dari sudut undang-undang Perlembagaan, ia
bukanlah satu bentuk pendekatan baharu yang mengubah strategi kerajaan menghadapi
wabak.Darurat menjadikan ahasa i kerajaan dapat dilaksanakan dengan menggunakan
saluran perundangan yang lebih kukuh dan skop kuasa lebih luas secara teliti berbanding
mekanisme sedia ada, iaitu Akta 342. Apabila ahasa i yang diambil oleh pihak kerajaan
semakin cekap, maka proses pengawalan penyakit dan ahasa -langkah sokongan akan

9
berjalan lebih baik agar penularan wabak tersebut dapat dikawal.Namun, pada masa sama,
rakyat tetap perlu bebas untuk memberi sebarang pendapat dan kritikan membina.
Pembangkang perlu diberi ruang untuk memberi pandangan berbeza. Ruang yang wajar
perlu diberikan kepada rakyat selagi tidak menjejaskan usaha menangani wabak COVID-19.
Bin Abdullah, M. N. (2020).

Rakyat perlu sentiasa peka supaya darurat tidak disalah guna untuk parti politik peribadi.
Bekas Presiden Senat Parlimen Malaysia, Tan Sri Adam Kadir berharap agar ahli politik
mengutamakan kesejahteraan rakyat berbanding kepentingan politik. Tidak mengira pihak
kerajaan atau pembangkang, semua perlu mengenepikan sementara persaingan politik dan
ahas kepada usaha mengatasi wabak COVID-19.

Mungkin juga juga ramai tidak sedar, tanpa pengisytiharan darurat di bawah Perkara 150
pun, kita sebenarnya terpaksa berkurung. Jika tiada PKP sekali pun, ramai pilih untuk
berkurung di rumah, keluar jika perlu. Sebenarnya, tidak ada apa perlu untuk ditakutkan.
Jika diisytiharkan darurat, arahan dan peraturan seperti PKP dapat diselaraskan melalui
kuasa darurat. Ia jauh berbeza dengan peristiwa 13 Mei yang membabitkan rusuhan kaum.
Ancaman kita adalah wabak COVID-19.

Musuh kita tidak dapat dilihat dengan mata kasar Pasukan barisan hadapan adalah petugas
kesihatan,akan tetapi rakyat berperanan besar untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak
ini. Jadi tidak perlulah dibayangkan jikalau darurat berlaku, tentera dan polis akan meronda
sana sini dan sekatan jalan di seluruh ahasa . Penguatkuasaan pergerakan akan dibuat
mengikut keperluan, seperti sekarang. Hin, K. K. (2020 2(3), 202-211.

10
 Sosial

Kerajaan

Atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab kerajaan Malaysia selaku pemimpin


negara, pelbagai bantuan telah diberikan kepada rakyat termasuk komuniti perniagaan yang
terjejas pendapatan akibat wabak COVID-19 dan PKP. Bantuan telah disalurkan menerusi
pakej-pakej rangsangan ekonomi seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat
(PRIHATIN) dan PRIHATIN Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Tambahan yang
berjumlah RM 260 bilion. Antara bantuan yang dinyatakan di bawah PRIHATIN adalah
menambah peralatan dan kakitangan untuk pihak perubatan bagi membendung penularan
wabak COVID-19, menyediakan bantuan wang tunai dan kelengkapan kepada golongan
rakyat yang terjejas, serta melindungi dan menyediakan dana dan sokongan kepada
peniaga kecil, khususnya PKS. Berdasarkan laporan yang telah dikeluarkan oleh pihak
Kementerian Kewangan Malaysia (2020), Jumlah keseluruhan pakej tersebut adalah bernilai
RM250 bilion. Daripada jumlah tersebut, RM128 bilion disalurkan untuk melindungi segala
kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk PKS dan RM2 bilion
diberikan untuk memperkukuhkan ekonomi negara. Manakala RM20 bilion lagi merupakan
peruntukan kerajaan dalam pakej rangsangan yang telah diumumkan awal PKP diwujudkan.
Di bawah bantuan untuk melindungi kebajikan rakyat ialah seperti Bantuan Prihatin Nasional
(BPN), bantuan kepada Pelajar, Skim Persaraan Swasta (PRS), diskaun bil elektrik,
program pengekalan pekerja, dan bantuan tunai kepada pemandu e-hailing. Bagi KKM,
kerajaan telah memperuntukkan bantuan sebanyak RM1.5 bilion. Daripada jumlah tersebut,
RM500 juta diperuntukkan untuk membiayai pembelian peralatan perubatan seperti
ventilator, katil, peralatan ICU, peralatan perlindungan diri (PPE) bagi kakitangan
perkhidmatan perubatan, dan keperluan makmal untuk saringan COVID-19. Manakala RM 1
bilion lagi diperuntukkan bagi menyemarakkan keupayaan KKM dalam membendung
COVID-19 yang dapat digunakan untuk pembelian peralatan dan perkhidmatan, termasuk
mendapatkan khidmat pakar perubatan daripada perkhidmatan kesihatan swasta
(Kementerian Kewangan Malaysia, 2020).

Bagi rakyat Malaysia itu sendiri, di bawah matlamat pertama untuk melindungi rakyat
sahaja dalam PRIHATIN, pelbagai bantuan yang disediakan oleh kerajaan sepertimana
yang telah disenaraikan di atas. Bagi BPN, sebanyak RM10 bilion telah diperuntukkan untuk
pemberian tunai secara one-off kepada kumpulan M40 (berpendapatan RM4,361-RM9,619)
dan ke bawah bagi membantu mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam
tempoh PKP ini. Bagi para pelajar institusi pengajian tinggi (termasuk di tingkatan enam,

11
matrikulasi, kolej komuniti, politeknik, institusi pengajian tinggi awam dan swasta),
pemberian tunai secara “one-off” diberikan kepada mereka iaitu sebanyak RM200 seorang
yang mana jumlah yang bernilai RM270 juta. Selain itu, pihak kerajaan turut memberikan
kebenaran untuk mengeluarkan simpanan pra-persaraan daripada Akaun B PRS bagi
membantu golongan rakyat menampung perbelanjaan harian mereka. Pengeluaran boleh
dilakukan maksima sehingga RM1500 sahaja bagi setiap ahli (Kementerian Kewangan
Malaysia 2020). Tambahan lagi, terdapat juga bantuan kerajaan ahasa Tenaga Nasional
Berhad (TNB) dalam bentuk diskaun bil elektrik kerana dalam keadaan rakyat yang
kesusahan. Dalam PRIHATIN, RM530 juta diperuntukkan dalam pemberian diskaun
tersebut sebagai tambahan kepada pemberian diskaun bil elektrik. Bagi membantu majikan
untuk mengekalkan pekerja mereka dalam situasi yang getir ini, kerajaan turut
memperkenalkan Program Subsidi Upah yang dikhususkan kepada pekerja yang
berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan. Bantuan ini merupakan upah kepada setiap
pekerja sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh tiga bulan sejak PKP berlaku. Bagi majikan
yang mengalami penurunan pendapatan lebih daripada 50 peratus sejak 1 Januari 2020,
program ini dapat membantu mereka untuk tidak membuang atau memberi cuti tanpa gaji
kepada para pekerja. Program ini dijangka dapat dimanfaatkan oleh seramai 3.3 juta pekerja
dengan peruntukan sebanyak RM5.9 bilion. Kerajaan turut memberi bantuan tunai kepada
pemandu e-hailing sepenuh masa yang merupakan antara salah satu kumpulan yang
terjejas pendapatan harian mereka disebabkan oleh pelaksanaan PKP ini. Bantuan tunai
tersebut diberikan secara “one-off” iaitu sebanyak RM500 seorang. Antara bantuan kerajaan
yang disalurkan melalui PRIHATIN yang dibincangkan telah dibincangkan. Hasbullah, N. A.,
& Ab Rahman, A. (2020).

Individu

Individu juga berperanan dalam membantu rakyat yang terjejas juga tidak disisihkan.
Sumbangan daripada mereka amat diperlukan bagi beberapa tabung yang telah diwujudkan
secara sukarela. Terdapat juga segolongan individu yang berpendapat tinggi dalam
kalangan masyarakat yang tampil menggerakkan sendiri aktiviti kutipan dan agihan
sumbangan kepada golongon yang terjejas akibat pelaksanaa PKP. Antara nama-nama
besar individu yang sangat proaktif dalam aktiviti kemanusiaan dan kebajikan ini ialah Ebit
Lew, Firdaus Wong dan Raja Shamri. Individu-individu ini sudah lama bergiat aktif dalam
aktiviti sebegini, bukan hanya ahasa wabak COVID-19 melanda. Ebit Irawan bin Ibrahim
Lew @ Lew Yun Pau atau nama komersialnya Ebit Lew yang disegani ramai adalah nama
yang tidak asing lagi dalam aktiviti kemanusiaan dan kebajikan di Malaysia. Walaupun
beliau adalah seorang mualaf, namun sumbangannya kepada masyarakat amatlah besar

12
dan berpaksikan dakwah Keislaman.Hasil sumbangan tabung tersebut boleh dilihat melalui
pendedahan di akaun media sosial (i.e., Facebook) milik beliau. Selain itu, Firdaus Wong
Wai Hung juga merupakan antara nama yang penting dalam aktiviti amal. Beliau yang
merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa mewujudkan
aktiviti mengumpul dan menyalurkan sumbangan orang ramai melalui medium media social
dan sebagainya . Sejak PKP dilaksanakan, sebanyak RM100,000 disumbangkan dalam
bentuk makanan kepada petugas barisan hadapan dan juga golongan rakyat yang
memerlukan (Firdaus Wong Wai Hung, 2020). Raja Shamri bin Raja Husin merupakan
individu yang banyak berbakti kepada masyarakat walaupun beliau merupakan Orang
Kelainan Upaya (OKU). Hal sedemikian tidak menjadi penghalangnya untuk menyumbang
kepada masyarakat melalui ahasa yang diasaskan oleh beliau sendiri iaitu Yayasan Raja
Shamri. Bantuan kemanusian tersebut digerakkan melalui satu organisasi khas yang telah
ditubuhkan iaitu The 3rd Force. Antara sumbangan yang disalurkan adalah makanan dan
peralatan pencegahan COVID-19 kepada para petugas barisan hadapan dan jugak
golongan yang memerlukan. Selain itu, organisasi beliau juga turut berusaha untuk
membantu orang awam yang terjejas dan dibuktikan didalam akaun Facebook milik beliau.
Hasbullah, N. A., & Ab Rahman, A. (2020).

13
6) FAKTA DAN PERBINCANGAN

i. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP): Perspektif Politik

Rakyat Malaysia khususnya ahli politik dinasihatkan agar tidak mengambil kesempatan
dalam mempolitikkan isu penularan wabak COVID-19, daripada itu akan menyebabkan
gangguan dalam usaha kerajaan untuk mengekang penularan wabak berkenaan. Ketua
Kluster Tadbir Urus dan Integriti, Pusat Pengajian Kerajaan, Universiti Utara Malaysia, Prof
Dr Ahmad Martadha Mohamed menyeru setiap pihak untuk bekerjasama dalam membantu
bagi memudahkan segala usaha yang dilakukan kerajaan mengawal masalah penularan
wabak itu membuahkan hasil. Dalam keadaan sekarang ini apa-apa agenda yang berkaitan
dengan aktiviti politik seperti untuk membangkitkan kepentingan individu atau mana mana
parti politik, hendaklah diketepikan agar pihak-pihak yang terlibat dapat menumpukan
perhatian terhadap usaha menangani penularan wabak ini. Sebagai contoh, Menteri
Kesihatan telah diberikan kuasa mengikut Akta342, namun perkara ini seperti
menampakkan pengawalan penularan wabak COVID-19 ini hanya dilakukan oleh Menteri
Kesihatan sahaja. Semua agensi lain, termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis
Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga telah diberikan kuasa
oleh Menteri Kesihatan makanya dapat membantu Menteri Kesihatan bagi mengawal
penularan terus berlaku di negara ini.

Pemimpin dan ahli politik perlulah membantu secara tidak langsung atau langsung
dengan menyebarkan maklumat melalui laman media sosial sendiri untuk kesejahteraan
masyarakat seperti dapat mengajak rakyat mematuhi segala arahan dari Kementerian
Kesihatan, arahan serta saranan pihak berkuasa. Pada keadaan sebegini, ahli politik tidak
kira dari mana-mana parti hendaklah membuktikan kematangan sebagai wakil rakyat
dengan menolak tepi segala aspek ideologi berkaitan politik demi kesejahteraan rakyat dan
negara. Sebagai contoh, seperti yang diketahu bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah
telah menggemparkan rakyat Malaysia kerana menjadikan lonjakan kes COVID-19 di Sabah
antara yang tertinggi. Situasi di Sabah memberikan kejutan pada penularan wabak yang
amat dahsyat dan menyedihkan.

Selain itu, berlaku pula beberapa pergolakan dalam dunia politik. Beberapa pemimpin
politik mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mendapat sokongan untuk membentuk

14
kerajaan baru tapi masih belum mempunyai bukti yang kukuh. Rakyat juga berasa cemas
kerana dengan perkara yang berlaku ini, ada kemungkinan akan berlaku Parlimen
tergantung atau dalam kata lainnya hung Parliament. Apakah maksud hung Parliament?
Keadaan ini berlaku sebagai contoh apabila Perdana Menteri sekarang telah hilang
sokongan dan hanya tinggal sebanyak 108 sokongan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya
mendapat 93 sokongan, manakala baki 21 orang (Ahli Parlimen) telah memilih untuk
berkecuali atau memilih tokoh lain. Jika perkara sebegini berlaku, Malaysia perlu
mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU). Perkara ini yang membuat kebimbangan pada
masyarakat Malaysia. Sekiranya PRU diadakan apakah jaminan pihak politik yang kesan
PRU dapat mengelakkan penularan wabak sepanjang tempoh wabak COVID-19 ini?
Pastinya tiada sebarang jaminan sama sekali. Oleh itu, para pemimpin negara kita
hendaklah melihat bagaimana sifat matang pemimpin politik di luar negara, seperti yang
berlaku di China, Amerika Syarikat, United Kingdom, Eropah dan Iran menampakkan
bahawa pemimpin politik di negara itu berganding bahu dalam membanteras penularan
wabak COVID-19.

Bersifat tegas dan berhemah

Selanjutnya, pendekatan yang dilakukan kerajaan bagi mengawal perkara yang


pertama kali berlaku dalam sejarah negara kita ini, boleh dianggap cukup tertib namun tetap
tegas tak kira pangkat. Perkara begini boleh dilihat dari segi jumlah kes di negara kita
berbanding negara-negara jiran yang terpaksa isytiharkan darurat akibat penularan wabak
yang tidak terkawal sehingga ada beberapa negara pemimpinnya turut mengundurkan diri
kerana tak berdaya untuk mengawal penularan sehingga menyebabkan beribu ribu
kematian. Dengan berita sebegini dapat membantu rakyat sedar setiap peranan mereka
sebagai warganegara yang bertanggungjawab dapat membantu mengawal penularan
wabak ini dengan mengikuti arahan dan saranan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Seperti
yang diketahui, beberapa siri pengumuman yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin sendiri terutamanya berkaitan kenyataan tempoh 14 hari Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP, 18 Mac hingga 31 Mac) perkara ini dapat membuktikan bahawa
kerajaan bijak menasihati rakyat demi kebaikan negara bersama.

Di laman media sosial ramai yang berkongsi dan mengakui bahawa perutusan khas
kali kedua yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung menerusi
stesen televisyen pada 18 Mac lepas, saling tak tumpah seperti seorang ayah yang sedang
merayu dan menegur anaknya agar duduk di rumah demi menjaga kesihatan, keselamatan
diri dan seisi keluarga masing masing. Hargailah sifat kelembutan, berjiwa rakyat dan sikap

15
penuh bertanggungjawab pemimpin kita dalam menangani isu yang sudah menjadi masalah
di serata dunia buat masa ini. Janganlah kita sengaja mengundang perkara yang dapat
mengeruhkan keadaan menjadi lebih besar hanya kerana sifat yang mementingkan diri dan
sentiasa mahu berpolitik. Kita sebagai rakyat Malaysia sangat beruntung kerana memiliki
pemimpin berpengalaman untuk mengawal situasi penuh mencabar dan memastikan negara
akan kembali pulih sekarang ini. Pengalaman dari seorang pemimpin negara itu pastinya
akan membantu dalam membentuk pelbagai strategi yang efektif terutama sekali berdepan
dengan sikap degil segelintir masyarakat yang sengaja mengingkari peraturan dan arahan
yang ditetapkan.

Ujian besar

Pensyarah Kanan Jabatan Kenegaraan dan Pengajian Ketamadunan Kolej Universiti


Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Dr Hairol Anuar Mak Din juga turut keluarkan
kenyataan ahli politik wajar menjadikan pengaruh sebagai seorang wakil rakyat mereka
kearah yang mendatangkan perkara positif terutama sekali ketika negara sedang
berhadapan dengan ujian besar. Beliau turut berkata, tindakan yang dilakukan beberapa
orang ahli politk yang memberi kenyataan negatif dan seolah olah cuba membangkitkan isu
isu yang negatif, dikhuatiri akan menjejaskan perpaduan antara rakyat serta menimbulkan
kemarahan kepada orang awam. Antara perkara-perkara yang dipersoalkan adalah
keputusan kerajaan melaksanakan PKP, penggunaan khidmat Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) bermula Ahad (22 Mac) bagi membantu polis memantau pematuhan PKP dan
pengumuman pengeluaran caruman dari Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) berkuatkuasa 1 April nanti.

Mengawal wabak COVID-19 bukanlah perkara mudah dan dapat diselesaikan dalam
tempoh singkat. Wabak COVID-19 merupakan satu krisis yang melanda seluruh dunia dan
perkara baharu ini bukan sahaja terkesan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia, bahkan
negara lain juga lebih terjejas teruk seperti China dan Itali sehingga mengisyitiharkan darurat
dan perintah berkurung. Pada masa ini, kerajaan pastinya telah merancang dan akan
melaksanakan pelbagai langkah sebaik mungkin yang mampu memberi kesan positif bagi
menangani krisis ini dengan teratur di samping dalam membantu rakyat yang telah terjejas
teruk akibat wabak ini dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif baharu. Oleh itu, minta
semua rakyat dan para pemimpin janganlah ada cubaan yang ‘menangguk di air keruh’,
dengan mengambil kesempatan daripada masalah ini demi kepentingan diri sendiri

16
ii. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP): Perspektif Ekonomi

World Health Organization (WHO) telah mengumumkan pada 11 Mac 2020, bahawa
Kovid-19 sebagai wabak penyakit, dan telah mencatatkan lebih 3 juta kes dan
207,973 kematian di 213 buah negara telah terkesan dengan wabak tersebut. Wabak
penyakit ini bukan sahaja menjadi krisis kesihatan awam malah telah mempengaruhi
ekonomi global secara menyeluruh. Kesan ekonomi yang ketara telah berlaku
diseluruh dunia disebabkan oleh penurunan produktiviti, kehilangan nyawa,
penutupan perniagaan, gangguan perdagangan dan penurunan pelancongan.

Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi mengawal


penularan wabak tersebut daripada terus merebak dengan laju. Seperti sedia maklum,
wabak tersebut mudah dijangkiti dengan hanya sentuhan, jadi demi mengelakkan kontak
antara satu sama lain, penjarakkan dilakukan dengan mengadakan PKP. Rakyat Malaysia
akur dengan perintah ini, dan majoriti rakyat lebih gemar menetap di perkarangan kediaman
sendiri demi keselamatan diri dan keluarga. Hal ini secara langsung telah mempengaruhi
perniagaan, bisnes-bisnes di Malaysia kerana tiada pengunjung atau pembeli. Perkara ini
dapat dilihat dalam artikel MyMetro, di mana Pasar Payang lengang selepas diumumkan
PKP. Tinjauan mendapati bahawa lokasi yang sering menjadi tumpuan ramai lengang
kerana kebanyakan aktiviti perniagaan hanya tertumpu kepada jualan barangan makanan
kering dan basah. Kebanyakkan peniaga di tempat pelancongan bergantung kepada
pelancong luar sebagai sumber pendapatan. Pada suku pertama 2020, kadar
penggangguran meningkat menjadi 3.5 peratus, mencerminkan kesan yang disebabkan oleh
Kovid-19 ketika kerajaan menguatkuasakan PKP dan penutupan perniagaan. Dengan
adanya PKP yang dilaksanakan, sumber pendapatan peniaga menjadi terhad, namun ia
dapat membendung pembentukan kluster pada masa yang terdekat daripada terus
meningkat.

Pandemik Kovid-19 telah menyebabkan kesan secara langsung terhadap


pendapatan individu akibat ketidakhadiran di tempat kerja, pengurangan produktiviti dan
telah menimbulkan kejutan bekalan yang disebabkan oleh aktiviti produk pembuatan
menjadi perlahan akibat gangguan rantaian bekalan global dan penutupan kilang.
Tambahan pula, pengguna di Malaysia mula mengubah gaya perbelanjaan dengan lebih
berjimat cermat, disebabkan oleh penurunan pendapatan yang mungkin terhad bagi isi
keluarga, serta rasa takut dan panik kerana wabak ini. Sektor pembuatan lebih terjejas
akibat ini disebabkan oleh hubungkait antara rakan dagang utama Malaysia seperti China,
USA, Jepun, dan Korea yang memperlahankan aktiviti eksport dan import. Jelas dapat

17
dilihat pada bulan Mac 2020, kesan ke atas pembuatan dijangka berkurang daripada -7.1
peratus hingga -11.5 peratus. Langkah kerajaan yang menghadkan operasi perniagaan
atau perindustrian dan hanya membenarkan servis yang tertentu sahaja untuk beroperasi
sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada nilai jualan walaupun tujuan ini adalah untuk
mengekang wabak Kovid-19. Oleh kerana pertumbuhan eksport Malaysia sangat berkait
rapat dengan pembuatan kerana 80% barangan pembuatan adalah untuk dieksport, Kovid-
19 di seluruh dunia akan menjejaskan proses eksport, mengurangkan eksport dan juga
mengurangkan nilai jualan Malaysia kerana berlakunya penutupan kilang. Pengeluaran
sektor pembuatan automobil dan penutup muka juga terkesan kerana pengeluaran bahan
mentah dari negara-negara luar juga telah mengakibatkan penurunan produktiviti produk.

Sebelum Kovid-19 menyelubungi dunia pada akhir Disember 2019, pelancongan


merupakan yang pesat membangun dari tahun ke tahun. Masyarakat Malaysia mengambil
inisiatif untuk bercuti pada cuti perayaan, cuti kerja dan seumpamanya. Namun begitu,
segalanya berubah apabila Kovid-19 melanda negara dan seluruh dunia pada masa kini
telah memberi impak yang tidak baik kepada sektor pelancongan negara. Keputusan yang
diambil oleh pemilik premis pelancongan sama ada dalam negara ataupun luar negara
terpaksa ditutup. Sektor pelancongan merupakan yang paling terkesan dengan ini kerana
tiada lagi pengunjung atau pelancong untuk mengunjungi tempat pelancongan secara
ramai, pada masa yang tertentu. Hal ini kerana, PKP menghadkan bilangan orang ramai di
tempat yang sama. Tidak dilupakan dengan syarikat penerbangan dan perhotelan yang
menyumbang kepada ini, terpaksa meletakkan had operasi atau pemberhentian operasi
secara sementara iaitu segmen ke luar negara. Hal ini jelas menyaksikan sempadan negara
tidak lagi dibuka dalam jangka masa yang panjang dan menyesuaikan diri dengan norma
baharu sempena PKP kini. PKP telah menggakibatkan sektor ini untuk menghadadapi
kejejasan aliran tunai masuk, pembayaran sewa bei kapaal terbang tergendala,
penyelenggaraan, terjejasnya pembayaran gaji kepada kakitangan atau pekerja dan kos
operasi lain.Industri pelancongan merupakan penyediaan peluang pekerjaan dan
perniagaan kepada lebih 3.7 juta rakyat Malaysia dan merupakan penyumbang utama
kepada pendapatan Malaysia iaitu 15.3% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Secara jelas ia memberi kesan kepada ekonomi negara kera kira-kira satu juta pekerja
sektor pelancongan di Malaysia dijangka hilang pekerjaan pada tahun ini susulan dengan
wabak yang melanda. Kajian oyang dilakukan oleh Persatuan Hotel Malaysia (MAH)
mendapati bahawa 50 peratus pengendali hotel mempertimbangkan untuk menutup operasi
mereka dan mendapati 20 peratus pekerja dipotong gaji, 26 peratus diberikan cuti tanpa gaji
dan 6 peratus terpaksa diberhentikan kerja. Tidak asing lagi bahawa pandemik ini telah
membuahkan kerugian yang besar kepada Malaysia dan rakyatnya kerana pembatalan

18
pakej-pakej pelancongan sebanyak RM3.37 billion semua kerana atas faktor keselamatan
rakyat. Segala aktiviti perniagaan berhubungkait bersama pelancongan kini merudum
secara mendadak, sebagai contoh dimanan acara-acara mega yang dianjurkan tidak lagi
menjadi tumpuan kepada masyarakat, malah sektor yang berkenaan makanan dan
minuman di tempat pelancongan juga tidak terkecuali terkesan, kerana norma baharu
sempena PKP menyaksikan masyarakat lebih mengambil berat perihal kesihatan,
keselamatan, dan kebersihan.

PKP jelas memberi cabaran dan risiko yang besar terhadap ekonomi negara, melalui
industri pembinaan yang turut juga terjejas. Semua pihak yang terlibat akan meninggalkan
kesan kepada pemain-pemain industri pembinaan daripada pemaju, kontraktor, pembekal,
hingga kepada buruh pembinaan, yang sukar untuk melakukan kerja dan komitmen sendiri
melalui keadaan yang tidak menentu susulan dengan wabak ini. Kesan awal yang dapat
dilihat dengan jelas yang memberi impak negatif kepada industri pembinaan sebaik sahaja
PKP dilaksanakan, adalah segala kerja pembinaan yang dijalankan perlu diberhentikan
sementara dan berhubungkait dengan projek berkenaan juga terpaksa diberhentikan dan
ditutup. Segala hal-hal yang berkaitan dengan kerja pembinaan seperti tapak pembinaan di
tutup, segala urusan yang perlu dilakukan di pejabat perundingan dan juga pejabat kerajaan
yang berkaitan akan mula beroperasi semula selepas PKP berakhir. Pelbagai implikasi akan
berlaku apabila kerja-perja pembinaan tergendala antaranya adalah tuntutan ke atas kerja
yang dilakukan oleh kontraktor tidak dapat dituntut, pihak perunding juga tidak dapat
menyambung kerja-kerja di peringkat reka bentuk akan mengakibatkan tuntutan yuran
perunding tertangguh, kerja yang perlu dikemukan kepada pihak berkuasa juga terjejas.
Oleh kerana industri ini saling berkait jelas menunjukkan bahawa besarnya impak negatif ke
atasnya. Sebanyak 101 projek bernilai RM16.828 bilion yang beroperasi semasa PKP telah
dikenal pasti oleh Kerajaan Sarawak di mana 42 daripadanya bernilai RM16.6 bilion
diperuntukkan oleh kerajaan negeri, persekutuan, projek rakyat dan dana alternatif. Enam
bulan merupakan tempoh pemulihan ekonomi yang diperlukan sekurang-kurangnya untuk
kembali pulih seperti sedia kala dan sepanjang tempoh ini, projek-projek pembinaan yang
terkesan dan perlu meguruskan penyewaan peralatan pmbinaan dan perolehan bahan
binaan, dimana untuk membangunkan kembali projek tergendala merupakan proses yang
perlahan atas sebab berurusan dengan pihak dari luar negara. Pekerja-pekerja asing dalam
keadaan ini mungkin berasa takut akan keselamatan diri, dan lari daripada tanggungjawab
masing-masing bagi mengelakkan risiko. Hal ini merugikan para kontraktor dari pelbagai
aspek dalam projek pembinaan. Cabaran bagi pemain industri pembinaan adalah bagi
menyesuaikan tatacara kerja dengan norma baharu sempena PKP.

19
Usaha Menangani Pandemik demi ekonomi

Tujuan PKP dilaksanakan adalah untuk mengekang penularan Kovid-19 daripada


terus merebak dan sedaya upaya membendung daripada kenaikan kes positif di seluruh
Malaysia. PKP telah dijalankan secara berperingkat demi menyuaikan rakyat Malaysia
dengan norma baharu agar rakyat Malaysia tidak mengambil ringan dengan wabak penyakit
yang mampu mengundang kematian. PKP telah menyebabkan banyak sektor yang
menyumbang kepada ekonomi negara, seperti sektor perniagaan, pelancongan,
pembuatan, pembinaan terpaksa dihentikan dan ditutup demi menjaga penjarakan sosial
antara satu sama lain.

Walaubagaimanapun, menjelang 4 Mei 2020, hampir kesemua sektor ekonomi


dibenarkan untuk beroperasi semula, demi mengharapkan agar impak positif dapat
kembalikan peningkatan kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat. Pembukaan
semula sektor-sektor ekonomi yang krusial akan meningkatkan status atau graf Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK), pelaburan secara langsung sama ada pelaburan asing
ataupun pelaburan tempatan, menjana prospek eksport serta Perusahaan Kecil dan
Sederhana(PKS) dijalankan. Segala keputusan yang diambil oleh YAB Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan telah diteliti secara menyeluruh berdasarkan kepada
data dan kajian yang berkaitan dengan situasi pandemik ini serta kedudukan ekonomi yang
terkini malah termasuk dengna status kewangan negara. Selaras bersama data yang
diperolehi demi menjanan semula ekonomi, pembukaan ekonomi secara berperingkat telah
dilaksanakan oleh Kerajaan mulai 18 Mac hingga 28 April di dalam yang terbahagi kepada
PKP tahap 1 dan tahap 3 adalah dengan adanya pematuhan kepada Prosidur Operasi
Standard (SOP)yang lengkap dengan syarat pematuan kesihatan, dimana setiap tindakan
yang teliti dan berhati-hati dapat memebendung penularan Kovid-19.

Berdasarkan tanda aras WHO yang menggariskan beberapa kriteria utama yang perlu diikut
oleh kerajaan untuk dipatuhi oleh rakyat Malaysia merupakan kawalan keselamatan,
pergerakan terkawal, kemampuan sistem kesihatan, kemampuan melindungi golongan
berisiko tinggi, mengamalkan norma baharu dan mampu melaksanakan langkah
pencegahan dalam semua komuniti. Sekiranya inisiatif seperti ini tidak diimplementasikan,
sumber pendapatan negara akan terus menyusut dan merosot, ekonomi akan terbantut dan
kebanyakan pendapatan setiap individu akan juga terjejas. Inisiatif ini diambil kerana
kerugian sebanyak RM35 bilion akan tercatat jika sektor ekonomi masih tidak beroperasi
seblan dari tarikh sepatutnya.

20
Kerajaan mengharapkan dengan pengembalian pembukaan atas sektor-sektor krusial
ekonomi ini, komuniti perniagaan daripada sektor yang terkesan dapat memulihkan semula
operasi perniagaan mereka, penyembuhan aliran tunai dapat dilakukan,rantaian bekalan
dapat beroperasi semula dan kehilangan eksport dapat dibina semula. Syarikat-syarikat
pembinaan yang dahulu banyak bergantung kepada tenaga kerja buruh luar kini perlu
mengurangkan kebergantungan mereka dan fokus kepada peningkatan penggunaan
teknologi dan automasi. Pengurangan kontak antara masyarakat mampu megurangkan
penularan tersebut. Pendigitalan bukan lagi satu pilihan malah perlu digunakan untuk
meneruskan perniagaan agar is berjalan seperti biasa bagi memastikan kelangsungan
mencari sumber rezeki bagi sektor peniagaan. Penggunaan teknologi atas dasar komunikasi
bukan sahaja menghubung antara individu malah memperluaskan peluang perniagaan.

Walaupun sektor ekonomi berjalan seperti biasa, SOP haruslah dipatuhi bagi industri
masing-masing. Penguatkuasaan secaara menyeluruh perlu dilaksanakan oleh kerajaan
bagi menghindarkan Malaysia daripada mengalami PKP sekali lagi yang mampu
merisikokan ekonomi negara yang kini sedang sesak bertahan.

21
iii. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP): Perspektif Sosial

Pandemik Kovid-19 yang mula melanda dunia termasuk dengan penularan ke dalam
Malaysia bermula pada Disember 2019 sehingga kini bukan peristiwa yang mudah
dilupakan. Pelbagai lapisan masyarakat seluruh Malaysia telah terkesan dengan pandemik
ini terutamanya dari segi sosial. Pandemik ini bukan sahaja telah mendedahkan rakyat
Malaysia dengan amalan penjarakan sosial antara rakyat, pengasingan dan kuarantin di
kediaman masin-masing dan patuh kepada SOP, malah membangkitkan tekanan terhadap
psikologi individu seperti perasaan atau emosi negatif. (sedih, marah, takut, kecewa dan
sebagainya) Tekanan psikologi yang boleh berlaku merupakan satu perasaan atau emosi
yang tidak senang kepaada diri sendiri. Hal ini boleh memberi kesan kepada tingkahlaku
dan aktiviti harian dalam hidup seseorang. Sejak PKP dilaksanakan, pelbagai platform telah
ditubuhkan untuk memberi sokongan spiritual kepada masyarakat yang mengalami tekanan
psikologi. Sepanjang ahasa i yang berlaku ini, pelbagai kejadian boleh mendorong ahasa
tekanan psikologi terhadap individu:

1) Sempena perlaksanaan PKP yang dikuatkuasakan oleh kerajaan, penutupan


beberapa sektor seperti perniagaan, pelancongan, perhotelan dan sebagainya telah
mengakibatkan kehilangan pekerjaan segelintir masyarakat yang terkesan. Inisiatif
ini diambil demi memutuskan rantaian wabak tersebut daripada terus menular dan
merebak ke seluruk pelosok Malaysia. Pada Jun yang lepas, sebanyak 600 ribu
rakyat Malaysia mula hilang sumber pencarian rezeki sempena daripada pandemik
ini. 79 peratus secra kasar telah kehilangan pekerjaan yang ratanya dari negeri
Pulau Pinang Selangor, Johor, Kuala Lumpur, dan Kedah. Hal ini boleh
mengakibatkan tekanan perasaan kerana buntu dan sedih kerana kehilangan
sumber pendapatan untuk menghadapi situasi yang sukar.
1) Sebanyak 44 hingga 57% aduan telah dibuat kepada Talian kasih Kementerian
Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakatdan telah menunjukkan peningkatan
kes keganasan rumah tangga telah menjadi isu yang kritikal. Oleh kerana masa yang
banyak berada dirumah boleh menimbulkan komplikasi antara pasangan. Isolasi
antara dua individu pada jangka waktu yang lama boleh mengakibatkan depressi
terutamanya terpaksa akur dengan PKP.
2) Pesakit Kovid-19 pula mungkin rasa tertekan kerana merasakan diri adalah punca
penyakit tersebut tersebar kepada orang lain. Isolasi dan kuaantin yang dikenakan
oleh pesakit akan mengakibatkan pesakit itu berasa sedih kerana perlu bersendirian
tanpa rela. Tekanan perasaan juga boleh berlaku di kalangan ahli keluarga kerana
risau dan gusar dengan kesihatan pesakit Kovid-19, ataupun kematian yang
melanda antara ahli keluarga mereka.

22
3) Pesakit yang menghidap obsessive compulsive disorder (OCD) akan menimbulkan
ahasa yang sangat ketara waktu sebegini. Perkara ini terjadi kerana mereka
mudah untuk merasa ketakutan terhadap sebarang jangkitan, mudah menjadi gusar
dan was-was dengan kesempurnaan mereka membersihkan diri, seperti membasuh
tangan sehingga berulang kali kerana merasakan dengan tahap kebersihan basuhan
terdahulu tidak mencukupi. Mereka juga akan mula berfikir bahawa adakah
kebarangkalian merekalah yang menjadi pembawa wabak COVID-19 dan
menjangkiti orang lain. Kekeliruan menyebabkan ketakutan mereka mengatasi
wabak COVID-19 dan kecelaruan akibat OCD mungkin boleh menimbulkan tekanan
yang sangat besar dalam jiwa mereka.
4) Petugas-petugas barisan hadapan di hospital mahupun perkhidmatan di tempat-
tempat lain seperti askar dan polis juga sangat bertungkus lumus dalam memerangi
wabak COVID-19 bagi kesejahteraan negara. Dalam masa membantu orang awam
mereka sendiri juga merasakan ketakutan, kegusaran, ada juga yang mengalami
insomnia dan ada yang rasa bersalah terhadap keluarga kerana terpaksa menolak
tepi urusan mereka terhadap keluarga seketika akibat sibuk dengan tugas yang
diamanahkan.
5) Setiap insan pasti mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa yang tua, uzur,
anak-anak yang baru lahir, anak-anak yang kurang upaya yang memerlukan
persekitaran yang sangat bersih. Sesetengah keluarga juga ada yang tinggal
Bersama ahli keluarga yang mempunyai sakit kronik dan memerlukan bantuan
khusus untuk kesihatan, akan sentiasa berasa risau dan curiga tentang tahap
kebersihan diri sendiri dan orang sekeliling yang boleh menjangkiti orang lain.

Bagi membendung tekanan dari psikologikal dan mengelakkan ianya dari terus
berpanjangan sehingga cenderung mendapat kecelaruan mental, terdapat beberapa
ahasa yang ahasa i s dapati dari perkongsian pakar-pakar kesihatan dan sekiranya
perkara ini berlaku hendaklah mengawal dengan segera. Teruskan amalan menjaga
kebersihan diri, sentiasa mematuhi prosedur piawai (SOP) sepanjang masa sekiranya
berada diluar rumah, tunjukkan sokongan positif kepada mangsa wabak COVID-19 dan bagi
mereka yang merasakan sedang mengalami tekanan emosi dan perasaan, segera dapatkan
informasi-informasi yang tepat, teruskan jalinkan hubungan kekeluargaan dan menjaga
persahabatan yang baik, sentiasa amalkan gaya hidup sihat dan prihatin terhadap orang
disekeliling. Bagi mereka yang mudah merasa kegusaran yang melampau, kurangkan
menonton, membaca atau mendengar sesuatu berkenaan COVID-19 yang tidak sahih

23
kerana ianya boleh menjadi punca meningkatkan lagi kebimbangan dan ketakutan dalam
diri.

Jika semua perkara sudah dipatuhi maka selebihnya kita serahkan kepada tuhan. Bagi
yang muslim, inilah masa untuk kita merapatkan hidup kita kepada Allah melalui konsep
tawakkal. Imam al-Ghazali pernah berkata bahawa seseorang yang bertawakkal adalah
menyandarkan diri kepada Allah tatkala menghadapi suatu kepentingan, bersandar kepada-
Nya dalam kesukaran, teguh hati tatkala ditimpa bencana disertai jiwa dan hati yang
tenang. Muslim telah diajar untuk berdoa sepanjang masa kerana ianya merupakan senjata
terkuat bagi muslim dan bertawakkal kepada Allah setelah bersungguh-sungguh berusaha
kerana Rasulullah SAW juga melakukannya. Pada zaman peperangan, Rasulullah SAW
berperang dengan tombaknya dan memakai dua lapis baju besi dalam pelbagai
peperangannya. Baginda Nabi SAW juga memakai topi besi pada kepalanya sebagai usaha
baginda bagi mempertahankan diri. Berdoalah disetiap saat, supaya kita sentiasa ingat
bahawa tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah agar kita sekeluarga
dan seluruh rakyat Malaysia dan dunia terus dilindungi dan dijauhi dari wabak COVID-19 ini.

24
6) KESIMPULAN

Pada kesimpulannya, kami dapat menganalisis dan memahami konsep etika dan
peradaban dari segi politik, ekonomi dan social di Malaysia semasa dilaksanakan perintah
kawalan pergerakan (PKP). Etika dan peradaban penting untuk sesebuah masyarakat dan
negara untuk melangsungkan kehidupan yang baik, berkeperibadian yang baik, hormat
menghormati sesama kita, membina negara dan bangsa dan lain-lain lagi.

Perintah kawalan pergerakan (pkp) banyak memberi iktibar dan pengajaran kepada
kita dalam bentuk etika dan peradaban dari segi social, ekonomi dan politik. Antaranya, kita
mestilah melakukan kebaikan kepada masyarakat di sekitar kita yang memerlukan
pertolongan dan bantuan daripada kita. Kita sedia maklum bahawa sejak dilaksanakan
perintah kawalan pergerakan ini, banyak syarikat-syarikat yang mengurangkan pekerja dan
memberhentikan pekerjanya. Oleh kerana itu, ramai masyarakat kita kehilangan sumber
pendapatan disebabkan diberhentikan kerja. Kita mestilah menolong mereka yang
kehilangan sumber pendapatan dengan cara mengagihkan bantuan kewangan. Kalau tidak
mampu cukup la sekadar memberi semangat kepada mereka agar mengelakkan perkara
tidak diingini berlaku seperti membunuh diri kerana tekanan yang dihadapi oleh mereka. Hal
ini kerana terdapat hampir 2.3 peratus rakyat Malaysia mengalami kemurungan akibat
pandemik kovid-19. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata "Rata-rata
masyarakat terkesan emosi seperti kebimbangan, ketakutan, pengasingan (isolasi),
ketidakpastian serta tekanan perasaan akibat perubahan dalam norma kehidupan. Ini
termasuk mereka yang bekerja menghadapi risiko akibat kehilangan pekerjaan, kehilangan
mata pencarian dan kekangan kewangan.”- Harian Metro Sabtu, 10 Oktober 2020 @ 3:43
PM. Oleh itu, sama-samalah kita mengambil berat antara satu sama lain agar perkara
seperti ini boleh dielakkan.

Tambahan pula, kita mestilah menjaga tingkah laku dan menjaga nama baik agama
kita. Kehidupan manusia hari ini adalah dikatakan berdasarkan kepada peredaran zaman.
Faktor peredaran zaman ini telah menjadi cabaran kepada manusia untuk memenuhi
keperluan hidup masing-masing. Kehidupan zaman moden ini telah menjadi lebih kompleks
di mana selain daripada keperluan asas, kepentingan wang ringgit dan kebendaan telah
menjadi pertaruhan hidup. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya maka
mereka sanggup mempertaruhkan etika semata-mata utuk mengejar impian dan mengecapi
kehidupan materialistik yang menjadi keutamaan hidup zaman ini. Sebagai contoh,
pengasas-pengasas produk kecantikan sanggup mendedahkan aurat mereka dan
melakukan perkara tidak senonoh untuk melariskan jualan mereka. Hal ini kerana manusia

25
pada zaman sekarang lebih berpaksikan media sosial seperti Instagram, Tiktok, Twitter dan
lain-lain lagi, semata-mata untuk dikenali umum dan mendapat perhatian ramai walaupun
dengan cara yang salah. Etika dan peradaban telah hilang dari diri masyarat sekarang.

Lazimnya, dalam keadaan kepesatan pembangunan teknologi sedikit sebanyak telah


mengikis nilai-nilai murni rakyat Malaysia. Demi melahirkan masyarakat yang sopan dan
berbudi bahasa, semua pihak perlulah bersama-sama menggembleng tenaga mengekalkan
dan memperbaiki nilai-nilai yang semakin lama semakin hilang ditelan arus kemodenan.
Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik
dilakukan segera untuk mengatasi masalah etika dan peradaban di negara kita ini. Hal ini
agar Malaysia dapat terus kekal dikenali dengan masyarakatnya yang sopan dan berpekerti
mulia serta berbudi bahasa.

26
7) LAMPIRAN
AHLI KUMPULAN

NAMA: MUHAMMAD HARIRI BIN AB AZIZ


NO. PELAJAR: 2020986215
UMUR: 22 TAHUN
ASAL: PASIR MAS, KELANTAN

NAMA: ABDUL RAZIS BIN NADZRI


NO. PELAJAR: 2020975419
UMUR: 22 TAHUN
ASAL: SERI ISKANDAR, PERAK

NAMA: AMIRUL SYAZWAN BIN SUZAIN


NO. PELAJAR: 2020975199
UMUR: 23 TAHUN
ASAL: PERAI, PULAU PINANG

NAMA: SYAKIRAH ATHIRAH BINTI SHAMSULBADRI


NO. PELAJAR: 2020969291
UMUR: 22 TAHUN
ASAL: KOTA BHARU, KELANTAN

NAMA: NURIN SABRINA BT ABDUL HALIM


NO. PELAJAR: 2020982969
UMUR: 22 TAHUN
ASAL: TAIPING, PERAK

27
8) RUJUKAN

a) Shafie, B. H. M. (2020). Pelaksanaan PdPc Dalam Talian (OLL) Semasa Perintah


Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 Dan 2 Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(2),
213-221.
b) Negara, M. K. (2020). Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk tempoh
dua minggu.
c) bin Othman, M. A. (2020). Sidang media Perintah Kawalan Pergerakan (13 April
2020) Operasi Penguatkuasaan.
d) bin Abdullah, M. N. (2020). Semasa Perintah Kawalan Pergerakan duduk di rumah
jangan keluar.
e) Hin, K. K. (2020). Interaksi Tidak Bersemuka Dan Perintah Kawalan Pergerakan
Wabak Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(3), 202-211.
f) Hasbullah, N. A., & Ab Rahman, A. (2020). Peranan Pemegang Taruh dalam
Menjaga Kebajikan Ekonomi Rakyat Semasa Pandemik COVID-19 dari Perspektif
Ekonomi Islam: The Role of Stakeholders in Safeguarding People’s Economic
Welfare During the COVID-19 Pandemic from the Perspective of Islamic Economy.
The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research, 17(Special Issues), 71-89.
g) Aziz, A. R. A. (2020). Pengangguran dalam kalangan Tenaga Kerja Semasa Wabak
COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 1-
9.
h) Pengarang (2020, 5 Mei). Bendung pengangguran akibat wabak COVID-19. Sinar
Harian.Dicapai pada 1 November 2020 daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/82004/SUARA-SINAR/Lidah-
Pengarang/Bendung-pengangguran-akibat-wabak-COVID-19

28

Anda mungkin juga menyukai