Anda di halaman 1dari 8

HEDONISME

PENGENALAN HEDONISME

Hedonisme menurut pergertian Kamus Dewan ialah pegangan atau pandangan hidup yang
mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Menyoroti sejarah,fahaman hedonisme didukung
oleh Aristipus salah seorang murid falsafah Yunani yang terkenal iaitu Socrates.Hal ini merujuk kepada
pertayaan Socrates kepada beliau tentang tujuan terakhir bagi kehidupan manusia atau apa yang
terbaik untuk manusia. Aristipus kemudian mengatakan bahawa yang terbaik untuk manusia adalah
kesenagan. Hal ini terbukti kerana sudah lumrah manusia ketika kecik akan tertarik kepada kesenagan
dan apabila telah menikmatinya,dia tidak mencari sesuatu yang lain dan menjauhkan diri daripada
ketidaksenagan.

Idea ini kemudian dikembangkan oleh Epicurus dengan mengatakan tujuaan hidup untuk kesenangan
dan kedalaman. Dalam fahaman ini, Epicurus menekankan bahawa kebaikan tidak mungkin akan
difahami seandainya kita menolak unsur kelazatan dalam hidup seperti nikmat dapat dilihat dan
didengar oleh penglihatan dan pendengaran.

Oleh sebab itu, hedonism dilihat mengariskan keseronokan sebagai tunjang utama
kehidupan.Keseronokan ini diputuskan sendiri oleh akal manusia. Hal ini sedikit sebanyak bertepatan
dengan matlamat sekularisme yang mahu memastikan manusia bebas daripada segala unsur ketuhanan.

MAKSUD1.

1 MAKSUD HEDONISME MENURUT ISLAM

Islam sangat memandang berat pemikiran-pemikiran yang cuba menganggu umat islam. Hal ini kerana
sekiranya pemikiran-pemikiran ini tidak dikawal, ia mampu merosakkan akidah umat islam. Sedangkan
akidah berfungsi sebagai tonggak seluruh perancangan hidup manusia khususnya yang menyentuh
aspek perancangan ummah.

Lazimnya, perbincangan mengenai akidah akan turut melibatkan persoalan Iman.Konsep keimanan
adalah mengenai individu yang mempunyai akidah yang benar dan mempunyai tiga elemen penting
merangkumi pengangan kuat berasaskan keyakinan, wujudnya unsur ketundukan yang tulus dalam
sanubari manusia terhadap apa yang diimaninya yang terakhir adanya unsur cetusan atau ransangan
dalaman dalam diri individu tersebut untuk menterjemahkan seluruh prinsip keimannya di dalam diri
individu tersebut untuk meterjemahkan seluruh prinsip keimannya di aalam kenyataan dengan berusaha
untuk menyelaraskan seluruh aktiviti hidup harianya berasaskan nilai-nilai keimanan tersebut.

Ini kerana individu tersebut tidak boleh bersabar melihat segala aktiviti hidup dilangsungkan berasaskan
bentuk dan kaedah yang bertentangan dengan asas-asas keimanan yang terpendam jauh dan kental
dalam hati sanubarinya.

1.2 MAKSUD HEDONISME UMUM

Hendonisme adalah pandangan hidup yang menganggap bahwa orang akan menjadi bahagia dengan
mencari kebahagiaan sebanyak mungkin dan sedapat mungkin menghindari perasaan-perasaan yang
menyakitkan.Hendonisme merupakan ajaran atau pandangan bahawa kesenangan atau kenikmatan
merupakan tujuan hidup dan tindakan manusia.Orang yang seperti ini hanya memandang bahawa
kesenagan kenikmatan dan kebahagiaan baik lahir atau batin menjadi tujuan utama dalam hidup
manusia di dunia ini.Sehigga pahaman Hendonsme merupakan satu cara pandagan tertentu dalam
memahami hidup manusia.

ISU DAN PERBINCANGAN HEDONISME

2.1 KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

2.1.1. MAKSUD

Keluarga merupakan satu komponen penting dalam pembentukan sesebuah masyarakat dan seterusnya
membentuk sebuah Negara. Tanpa institusi kekeluargaan, pembentukan sesebuah Negara tidak akan
sempurna. Islam memandang sebuah institusi yang akan menjadi pencorak kepada masyarakat yang
bakal dibina. Dalam agama islam, tanggungjawab sebagai ketua keluarga pada asasnya terletak di bahu
kaum lelaki bagi memastikan kejayaan dan kelancaran sesebuah institusi kekeluargaan. Selain itu, ibu
bapa juga memainkan peranan yang sama pentingnya.

2.1.2. KESAN DAN PUNCA


Perceraian, poligami dan sebagainya juga adalah punca dan memberi tekanan kepada jiwa remaja.
Sekaligus menyebabkan mereka bertindak mencari ketenangan di luar rumah dengan menghabiskan
masa bergaul dengan raakan-rakan yang memahami perasaan dan masalah mereka. Dengan cara itu,
mereka dapat melupakan masalah yang mereka hadapi seterusnya lena dibuai keseronokan bersama
rakan-rakan. Sikap ibu bapa yang kurang memberikan pengawasan kepada anak-anak juga memberi
peluang kepada remaja-remaja ini untuk keluar berpeleseran dan menghabiskaan masa terluang dengan
aktiviti yang tidak bermanfaat. Kebanyakkan ibu bapa pada hari ini lebih mengejar kemewahan duniawi
dan kepentingan materialistik semata-mata sehingga mengabaikan kebajikan anak-anak. Ekoran
daripada sikap ibu bapa tersebut, anak-anak pastinya terbiar tidak dapat perhatian dan kasih sayang.
Malah lebih teruk lagi terdapat juga anak-anak merasakan bahawa diri mereka tidak diperlukan lagi.
Sehubungan dengan itu, mereka mencari ketenangan serta keseronokkan di luar dan bercampur dengan
rakan-rakan yang mengalami nasib yang sama.

2.1.3 CARA PENYELESAIAN MASALAH

MENERAPKAN NILAI-NILAI ISLAM

Penanaman dan pengukuhan nilai-nilai islam di dalam jati diri anak-anak remaja. Hal ini adalah amat
penting kerana didalam masyarakat islam pada masa kini, kurang diterapkan. Jati diri dan pegangan
umat islam terhadap syariat islam perlulah dilaksanakan tatkala anak-anak masih lagi kecil. Hal ini
disebabkan merekalah pewaris agama yang suci dan perlu bagi mereka memahami dan mencintai islam
semenjak masih lagi kecil

2.2 PENGARUH SOSIAL DAN HIBURAN

2.2.1. MAKSUD

Generasi muda yang diharapakan menjadi barisan pelapis untuk menerajui dan mencorak pembangunan
ummah dan negara, disibukkan dengan hiburan yang melampau-lampau. Mereka lebih bersemangat
untuk berbicara tentang gossip sensasi para artis, filem-filem terbaru di pawagam, lagu-lagu yang
sedang popular dan pelbagai topic lain yang berkaitan dengan hiburan. penyakit ini bukan sahaja
menimpa golongan muda mudi kurang berpendidikan, malah dukacita apabila ianya turut berjangkit
kepada golongan mahasiswa mahasisiwi di institusi pengajian tinggi. Fenomena ini dapat dibuktikan
melalui pengaruh penampilan fizikal, tutur kata, tindakan dan amalan majority para remaja zaman ini.
Oleh itu, gangsterisme juga mula menularkan, kelakuan yang bermaksud perlakuan ganas
memusnahkan secara berkumpulan.
2.2.2. KESAN DAN PUNCA

Kelemahan didikan agama dan moral diri remaja. Factor diri remaja sendiri merupakan sebab
berlakunya gejala social. Kebanyakkan remaja yang terlibat dalam gejala social tidak mempunyai didikan
agama dan moral yang mendalam. Mereka tidak takut pada dosa atau pembalasan tuhan di atas
perbuatan mereka. Remaja terbabit juga biasanya tidak solat dan mengingkari perintah agama yang lain.
Mereka berpendapat bahwa kehidupan masa remaja perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan
semata-mata. Kesannya mereka mula terlibat dengan gejala sosial dan jenayah seperti seks rambang,
merompak, meminum minuman keras dan segala aktiviti tidak bermoral yang lain.

2.2.3. CARA PENYELESAIAN MASALAH

DAKWAH AGAMA

Gerakan dakwah perlulah dipertingkatkan lagi. Para pendakwah perlulah meluaskan skop dakwah
mereka supaya lebih ramai pihak dan para remaja akan menerima dakwah yang disampaikan. Mereka
juga perlu mengubah cara mereka menyampaikan dakwah. Skop yang perlu dikaji.

‘’Mengapa agaknya belia muslim sekarang agak luntur pegangan agamanya dan menganggap agama
islam itu terpisah dari kehidupan seharian’’. ‘’Mengapakah agama islam itudilihat sebagai
membebankan dan hanya menyusahkan mereka?’’. Sebaliknya mereka lebih gemar meniru budaya luar
terutama budaya barat yang mereka anggap moden dan terkini.

2.3 OBSES DAN TAKSUB DENGAN KEBENDAAN DAN DUNIAWI

2.3.1. MAKSUD

Maksud obses ialah kita terlalu meminati sesuatu sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi
kebendaan dan duniawi. Kecenderungan masyarakat mengamalkan cara hidup mewah, bergaya dan
berhibur secara berlebih lebihan. Obses ini sama seperti menghambakan diri pada sesuatu perkara yang
melibatkan hati, pemikiran, fizikal dan kehendak. Ia seolah olah satu virus yang dapat mengawal
mentaliti dan kewarasan seseorang individu yang boleh menyebabkan mereka melakukan sesuatu
perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri mahupun orang sekeliling.

2.3.2. KESAN DAN PUNCA


Sikap boros dan suka bermewah. Sikap ini seolah olah menjadi amalan, jika tidak bermewah mewah
seseorang dipandang rendah oleh masyarakat sekeliling, lebih-lebih lagi dalam suasana masyarakat
sekarang yang lebih bersifat kebendaan. Kemewahan menyebabkan kita menjadi makhluk yang
mengikut hawa nafsu dan sehinggakan sanggup mengambil skim cepat kaya, pinjaman mudah (Ah long)
yang boleh memudaratkan diri sendiri kerana, dibebani oleh hutung yang tidak tertanggung.

2.3.3. CARA PENYELESAIAN MASALAH

MENGAMALKAN GAYA HIDUP BERSEDERRHANA

Jangan biasakan anak-anak hidup bergelumang dalam kemewahaan. Bukan perkara mudah untuk
membiasakan hidup bersederhana. Perlu latihan sejak kecil agar dapat menjadkaan kesederhanaan
sebahagian daripada hidupnya. Seterusnya kita harus mengawal pergaulannya daripada orang yang
hidup mewah dan bercampur dengan orang sederhana sebab jiwa manusia sering kali mencuri akhlak
daripada temanya tanpa disedari. Tidak perlu membiasakan diri dengan membelanjakan wang kecuali
untuk sesuatu yang penting. Nilai-nilai murni ini dapat mengubah mentaliti anak-anak sehingga dewasa.

3. PUNCA PENULARAN BUDAYA HENDONISME

Budaya hedonisme dan ancamanya semakin menular dalam kalangan masyarakat. Antara faktor-faktor
penyebaran dan perkembangan budaya hedonisme dalam kalangan masyarakat khususnya umat islam
ialah:

3.1.1 GLOBALISASI

Globalisasi atau dunia tanpa sempadan adalah satu manifestasi yang muncul akibat berlakunya
pertembungan budaya antara Islam dengan Barat.Dunia tanpa sempadan yang diperkenalkan oleh Barat
bermatlamat untuk menguasai dunia-dunia termaksudlah Islam dalam pelbagai aspek.Globalisasi juga
merupakan satu proses pengabugan pelbagai bangsa,ekonomi,politik dan social budayayang dikuasai
syarikat-syarikat multinasional untuk mewujudkan dunia tanpa sempadan,pasaran ekonomi bebas dan
terbuka.Globalisasi distilahkan sebagai pascamdenisme dan neo-kolonialisme.Ia merupakan gerakan
materialisme dan kesejagatan.

3.1.2 MEDIA MASSA

Pada masa kini,media massa dianggap sebagai saluran terkuat yang boleh merosakan masyarakat
kerana ia dapat berkomonikasi dengan berjuta-juta manusia di dunia ini dengan pelbagai bentuk
program dan rancagan yang dianjurkan.Media Massa yang yang merangkumi media pencetakan,media
penyiraan, dan media elektronik banyak menghidangkan rancagan-rancagan berbentuk hiburan.Majalah
hiburan dan ruang hiburan di media masssa sering menjadi tumpuan pembaca dan totonan masyrakat
pada masa kini.Sesetengah pihak menperalatkan media massa terutamanya internet sebagai penyalur
gambar dan adegan lucah.Gerakan Zionisme cotohnya, menggunakan saluran media massa seperti
media akhbar,radio,televsyen, dan filem untuk meracuni pemikiran manusia

3.1.3 HIBURAN

Banyak unsur budaya Barat telah meresak masuk ke dalam budaya Asia dan Islam.Pengaruhnya
menyerap pelbagai budaya teerutamany hiburan. Muzik,nyanyian,filem,kartun dan komik daipada Barat
Berjaya menembusi pasaran dunia pada hari ini.Aspek-aspek budaya Barat disebarkan menerusi saluran-
saluran hiburan ini.Irama muzik yang bising seperti rock n roll dan heavy metal, cara dan gaya hidup
penghiburan Barat yang negetif seperti penglibatan dengan dadah,vandalisme,hubugan seks
rambang,dan seumpamanya menjadikan ikutan generasi ikutan generasi muda.

3.2. BENTUK BUDAYA HEDONISME DAN IMPLIKASINYA TERHADAP KESEJAHTERAAN PEMIKIRAN

Majoriti anggota lapisan masyrakat tanpa mengira usia dan status dipengaruhi oleh budaya hedonism
ini.Terdapat pelbagai bentuk atau corak budaya hedonism dalam kehidupan masyrakat yang dapat
menggugat kesejahteraan pemikiran manusia,antaranya berkaitan dengan perkara-perkara berikut:

3.2.1 HIBURAN MELAMPAU

Islam tidak melarang umatnya berhibur.Pada hari ini ramai yang melampaui konsep hiburan hanya
sekadar untuk memenuhi fitrah manusia.Sambutan dan perayaan seoleh-oleh tidak lengkap tanpa acara
hiburan yang melampau.Hiburan menjadi satu cara hidup masyrakat apabila penganjur-penganjur
mendapatkan kebebasan dalam menganjurkan pesta, festival, konsert dan program-program hiburan
yang lain.Rancagan, program dan majalah berbentuk hiburan menigkat dari masa ke semasa kerana
mendapat sambutan daripada orang ramai berbanding dengan rancangan dan program yang bercorakan
ilmiah,keagamaan dan maklumat semasa.

3.2.2 PENYALAHGUNAAN DADAH DAN BAHAN

Penyalahgunaan dadah adalah menyalahkangunakan dadah berdasarkan kaedah


perubatan.Penyalahgunaan bahan adalah menyalahkangunakan bahan-bahan selain darupda dadah
seperti alkoho, ganjar, pil khayal dan lain-lain.Penyalahgunaan dadah dan bahan merupakan masalah
utama Negara.Setiap tahun berlaku pertambahan bilagan penagih dadah dan penyalahguanaan
bahan.Kesannya,merebak banyak geejala social seperti mencuri , meragut, membunuh disampin
menyebabkan penularan pelbagai penyakit merbahaya.Penyalahgunaan pil ekstasi juga semakin
meningkat.Ia banyak ditagih semasa perayaan pesta besar-besaran seperti di pusat-pusat hiburan,parti-
parti,kelab-kelab malam san seumpamanya.

2.2.3 MINUM ARAK ATAU MINUMAN MEMABUKKAN

Arak adalah sejenis alcohol dalam bentuk ethyl alcohol, merupakan sejenis dadah yang mampu
bertindak ke atsa otak manusia dan kerap kali menyebabkan ketagihan.Terdapat tiga jenis arak terkenal
iaitu bir, wain dan liquor. Arak punca segala kejahatan dan pertingkahan manusia. Meminum arak atau
minuman selain daripda arak yang memabukkan seperti tuak,samsu,air duan ketum,air tapai, dan
seumpanya dilarang Islam.Namun di zaman moden ini, terdapat segelintir umat Islam yang menjadikan
minuman keras ini sebagai minuman kebiasaan mereka.

Arak boleh merosakan akal sedangkan ajaran Islam mengutamankan akal dan pemeliharaan akal
merupakan salah satu tujuan syariah Allah s.w.t dalam memelihara kemasalahan manusia.

KESIMPULAN

Hedonisme tidak hanya sebuah gaya hidup yang serba bebas, melainkan sebagai pemikiran dan
kepercayaan yang tentunya berakhir pada kehancuran nilai-nilai agama. Kesenangan yang ditawarkan
dalam budaya hedonism tidak lain bersifat fana dan menipu. Apa yang kini dianggap moden belum tentu
berbuah baik bagi kehidupan manusia. Dadah, seks bebas, muzik, rasuha dan sebagainya adalah
sebahagian dari beberapa tindaak tanduk yang dilakukan kerana hanya ingin mencari kenikmatan dan
kesenangan. Hedonisme selalu mengakibatan keburukan bagi kehidupan manusia. Aspek aqidah,
perilaku, system ekonomi, politik, social dan kesihatan akan menjadi hancur dan kacau akibat buruk dari
gaya hidup yang ego ini.
Budaya Hedonisme tidak boleh disesuaikan sama sekali dengan islam lantaran akarnya tumbuh dari
sekularisme, Islam melihat hiburan dan keseronokan sebagai alat untuk meneangkan jiwa, bukan
sebagai matlamat yang dipenuhi setiap masa. Justeru, akar hedonisme ini mesti dileburkan sehancur-
hancurnya dalam jiwa masyarakat islam. Semestinya wajib bermula daripada diri-diri pelajar-pelajar
agama yang bertanggungjawab mendidik generasi ummah ini. Setiap perlakuan, tindakan dan
perancangan mesti berpaksikan kepada nilai-nilai islam.

Perkara ini wajib ditanamkan dalam jiwa setiap anak-anak remaja. Hanya dengan menyuburkan islam
dan segala nilai-nilainya dalam jiwa. Bangkai hendonisme bakal tercampak jauh

PRINSIP HEDONISME

Individu yang berpegang kepada falsafah hedonisme adalah bersifat materialistik atau kebendaan.
Golongan ini beranggapan bahawa kesenangan atau kenikmatan adalah merupakan tujuan akhir hidup.
Oleh itu, mereka memilih kebahagiaan sebagai langkah untuk mencapai kesenangan. Mereka juga
berpendapat bahawa tindakan yang baik adalah untuk kenikmatan dan kepuasan diri.

John David Garcia dalam bukunya “The Moral Society” menjelaskan bahawa dalam budaya hedonisme
pleasure dan happiness atau dalam erti kata lain iaitu kesenangan dan keseronokkan diberi nilai yang
paling tinggi. Oleh demikian, golongan hedosnime akan berusaha sedaya upaya mereka untuk
memaksimakan prinsip kesenangan dan keseronokkan itu bagi mengatasi segala yang lain.

Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap
keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan sama ada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu,
tugas mereka yang utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan
mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.

Anda mungkin juga menyukai