Anda di halaman 1dari 3

Kajian Literatur

a) Budaya Hedonisme

Penulis ada mengatakan bahawa budaya hedonism merupakan salah satu cabaran
yang perlu kita atasi dan perkara penting bagi menjaga keamanan dalam kalangan rakyat di
negara kita. Penulis sangat menegaskan bahawa budaya hedonisme semakin menular dan
sangat perlu dititikberatkan oleh kita sesama umat Islam bagi mengelakkan berlakunya
kerosakan yang lebih parah kepada masyarakat kita. (Mohd Roslan Mohd Nor, 2011)

Selain itu, berdasarkan artikel daripada Mohd Roslan Mohd Nor (2011), budaya
hedonisme juga ada hubung-kait dengan sikap suka akan hiburan, yang dapat mengalihkan
perhatian seseorang dari tujuan utamanya umat manusia yang Allah wujudkan ke bumi.
Itulah sebabnya Islam sangat mementingkan usaha kita sesame umat Islam untuk saling
membimbing kenalan rapat atau masyarakat dari mengganggu pemikiran umat Islam.

Seterusnya, menurut Safitri Ani (2012), dalam kesan hedonisme terhadap aktiviti
vandalisme adalah dikaji dalam dua faktor. Faktor dalaman meliputi masalah psikologi,
biografi dan genetik, dan faktor luaran pula merangkumi pergaulan yang baik pendekatan
oleh ahli keluarga, pergaulan di sekolah dan pergaulan dalam masyarakat. Dalam kajian ini
faktor dalaman ditetapkan pengaruhnya kepada siswa. Factor luaran yang diteliti dibatasi
pada pengaruh keluarga sebagai pengaruh primer dan pengaruh di sekolah sebagai
pengaruh sekunder, manakala pengaruh daripada masyarakat pula sebagai pengaruh
tertier. Walaupun pengaruh dari masyarakat setempat diakui sebagai berpengaruh, tetapi
tidak dilakukan kajian ke atasnya kerana ia tidak dapat dikawal. Budaya vandalisme juga
dapat dikaji dengan mudah oleh pakar psikologis, sosiologis dan pendekatan oleh orang
awam atau golongan yang hendak dikaji. Objektif kajian ini ditujukan kepada remaja karena
difahamkan mereka cenderung untuk memiliki nafsu dalam perbuatan vandalisme.
Pengaruh keluarga sebagai pengaruh primer dalam kehidupan remaja memberi kesan
psikologi, sosiologi dan sewaktu dengannya. Kesimpulannya sekolah adalah golongan
sekunder dalam kajian kesan hedonisme terhadap sikap vandalisme.

Di samping itu, konsep budaya hedonisme adalah cara berfikir atau cara berkelakuan. Ia
juga merupakan jenis corak pemikiran yang mana berkiblatkan keseronokan merupakan
perkara yang perlu diamalkan dan dianggap boleh diterima oleh semua golongan manusia.
Walhal, agama Islam telah menggaris-panduankan agar manusia tidak terpesong dan lagha
dengan kehidupan dan keseronokan dunia. Menurut pandangan ahli falsafah barat, budaya
hedonisme terbahagi kepada dua iaitu, sejenis pemikiran bahawa manusia sentiasa
melakukan sesuatu tindakan untuk mendapatkan keseronokan terbesar dalam hidup
mereka. Dalam kata lain, ia merupakan Hedonisme Psikologi iaitu bertanggapan bahawa
fitrah manusia sentiasa memilih jalan yang memberikan keseronokan kepada kehidupan
mereka. Budaya hedonisme juga difahamkan oleh ahli falsafah adalah manusia cenderung
dan sebolehnya setiap tindakannya adalah untuk mendapatkan keseronokan. Dalam kata
lain ia merupakan hedonisme etika. Hedonisme etika ialah pemikiran bahawa manusia
seharusnya setiap tindakannya adalah untuk menggapai kebahagiaan dan keseronokan di
samping mengelakkan keperitan hidup. Melalui pemikiran ini mereka berpendapat bahawa
ia adalah kehidupan terbaik untuk manusia [ CITATION Hal16 \l 1033 ]

Dalam pada itu, menurut [ CITATION Suc18 \l 1033 ], hedonisme adalah berpunca daripada
usaha globalisasi yang mana, usaha globalisasi mampu memberikan kesan positif dan juga
kesan negatif. Usaha globalisasi dalam kesan positifnya adalah munculnya kemajuan ilmu
dalam pelbagai bidang. Namun dalam skop perspektif pada sisi negatifnya pula, melahirkan
pemikiran hedonisme yang mana sedang berlaku pada zaman sekarang. Menurut Salam
(2002:81) pula, mereka yang taksub akan pemikiran ini akan mencari kesenangan sahaja
dan menganggap bahawa itulah tujuan utamanya untuk hidup. Menurutnya lagi, hedonisme
merupakan suatu cara hidup yang mana penganutnya berkecenderungan untuk mencari
kesenangan hidup sahaja. Sebagai contoh, mereka berfikiran bahawa mereka patut
meluangkan banyak masa dengan berada di luar rumah, mencari hiburan walaupun
hiburannya salah, bernafsu akan barang mahal walaupun sukar untuk dimiliki dan juga
berfikiran yang suka berbuat sesuatu untuk mencuri perhatian orang. Kerana bagi mereka,
perhatian yang diperoleh juga merupakan sesuatu kesukaan pada mereka dan ianya
bertentangan dengan Islam iaitu, agama Islam menitik-beratkan sifat malu.

Kesimpulannya, budaya hedonisme adalah pemikiran dan ideologi yang sedang tersebar
dengan meluas pada masyarakat kita. Pemikiran ini perlu dibendung bagi mengelakkan dari
berlaku kerosakan yang lebih dahsyat kepada pemikiran masyarakat kita. Ia juga penting
dicegah kerana ia mampu menjangkiti generasi yang akan datang. Keadaan masyarakat kita
pada hari ini adalah cerminan kepada generasi yang akan datang. Oleh itu, jika tidak mahu
pemikiran ini merosakkan generasi akan datang, maka kita perlu membanteras pemikiran ini
dari tersebar kepada masyarakat kita pada hari ini. Hal ini kerana, oleh sebab pemikiran
hedonisme ini lebih mendatangkan keburukan kepada penganut, mahupun masyarakat dan
ia tidak memberi apa-apa manfaat kepada masyarakat kerana keseronokan yang dipegang
oleh penganut adalah berlebihan yang mana, ia amat jauh terpesong dari landasan dan
panduan agama Islam yang sebenar.
References

1. Mohd Roslan Mohd Nor. “Menangani Cabaran Umat Islam Era Moden.” Journal of

Al-Tamaddun, vol. 6, no. 1, 31 Dec. 2011, pp. 107–121, 10.22452/jat.vol6no1.6.

2. Safitri, Ani. “PENGARUH BUDAYA HEDONISME TERHADAP TIMBULNYA

VANDALISME SISWA SMK TRI DHARMA 3 DAN SMK YKTB 2 KOTA

BOGOR.” Jurnal Teknologi Pendidikan, vol. 1, no. 2, 12 July 2012,

10.32832/tek.pend.v1i2.427. Accessed 4 July 2021.

3. Hamzah, Halipah, et al. KONSEP BUDAYA HEDONISME DAN LATAR

BELAKANGNYA DARI PERSPEKTIF AHLI FALSAFAH YUNANI DAN BARAT

MODEN (Concept of the Culture of Hedonism Topics and Its Background from the

Perspective of the Greek Philosophers and Modern Western). , 2016.

4. Suciptaningsih, Oktaviani Adhi. “HEDONISME DAN KONSUMERISME DALAM

PERSPEKTIF DRAMATURGI ERVING GOFFMAN.” EQUILIBRIA

PENDIDIKAN : Jurnal Ilmiah Pendidikan Ekonomi, vol. 2, no. 1, 4 Jan. 2018, p. 25,

10.26877/ep.v2i1.2191. Accessed 4 July 2021.

Anda mungkin juga menyukai