Anda di halaman 1dari 30

RUKUN NEGARA DALAM MEMBENTUK SEBUAH

MASYARAKAT YANG HARMONI


PENGENALAN

Asas kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan dan perpaduan yang


melambangkan wujudnya kesatuan hati. Perpecahan dan persengketaan pula menyebabkan
anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan yang berbeza arah. Ini
bermakna konflik yang tidak berkesudahan akan menghantui kehidupan masyarakat.
Justeru, bagi membentuk sebuah negara yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan
yang dapat membina kecintaan (patriotisme), kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan
rakyatnya.

Di negara kita, kerajaan telah menggubal Rukun Negara sebagai falsafah, etika dan
ideologi (doktrin) negara. Sewajarnyalah setiap rakyat memahami latar belakang, objektif dan
prinsip Rukun Negara itu. Dari segi latar belakangnya, Rukun Negara digubal setelah
berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mendorong
pemimpin negara dari pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan
kaum yang lebih utuh dan kental.

Rukun Negara digubal sebagai satu bentuk garis panduan dalam membina masyarakat
yang bersatu padu, adil dan harmoni. Rukun Negara telah menjadi dasar kesatuan dan
perpaduan bangsa serta pedoman bagi kegiatan hidup masyarakat pelbagai kaum dan budaya
di negara ini.

Rukun Negara mempunyai lima objektif, iaitu: untuk mencapai perpaduan yang lebih erat
di kalangan seluruh masyarakat; memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu
masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama; membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan
berbagai-bagai corak; dan, untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan
menggunakan sains dan teknologi moden.
Posted by mani at 00:00:00 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

TUESDAY, 23 FEBRUARY 2016

Sejarah Pembentukan Rukun Negara


Kedatangan Inggeris dan dasar-dasar imigrasi liberal yang diperkenalkan telah menukar corak
dan bentuk kehidupan masyarakat negara ini. Kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukan
buruh-buruh dari negara China dan India untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah dan
ladang-ladang getah milik mereka serta menggalakkan berniaga di pekan-pekan.

Di bawah dasar pecah perintah kerajaan Inggeris telah memisahkan penempatan dan bidang
pekerjaan ketiga-tiga kaum secara berasingan. Kebanyakan orang Melayu dibiarkan terus
tinggal di kampung-kampung tradisional dan meneruskan pekerjaan sebagai petani dan nelayan.
Orang-orang Cina pula ditempatkan di sektor perlombongan dan berniaga. Inggeris
menempatkan orang-orang India di ladang-ladang getah milik mereka sebagai pekerja ladang.
Hanya sebilangan kecil orang-orang India yang mengusahakan pekerjaan lain di pekan-pekan.

Dasar pecah perintah Inggeris juga telah memisahkan ketiga-tiga kaum yang terdapat di negara
ini daripada bidang pendidikan. Orang-orang Melayu digalakkan bersekolah dalam aliran Melayu
sekadar dapat membaca dan mengira. Kaum Cina dibiarkan meneruskan sistem pendidikan
aliran Cina yang dibawa terus daripada negara asal mereka. Kaum India juga mengadakan
pendidikan dalam aliran Tamil. Bahasa pengantar dan kurikulum juga berpandukan daripada
negara asal mereka. Ketiga-tiga kaum ini tidak berpeluang untuk berinteraksi dan mengenali
antara satu sama lain kerana dipisahkan melalui jurang pendidikan dan penempatan. Hanya
anak-anak golongan elit sahaja yang berpeluang bersekolah di sekolah-sekolah aliran Inggeris
yang ditubuhkan oleh penjajah. Keadaan ini berterusan sehingga negara mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Tahun 1956, iaitu setahun sebelum kemerdekaan, kekacauan telah berlaku di Pulau Pinang
semasa majlis pemberian taraf Bandaraya kepada Pulau Pinang. Perbalahan yang sama turut
berlaku di Pangkor 1960, Bukit Mertajam 1966 dan sekali lagi di Pualau Pinang 1967. Peristiwa
kekacauan ini hanya berlaku secara kecil-kecilan sahaja. Langkah dan usaha yang serius bagi
membendung rusuhan kaum hanya dimulakan pihak kerajaan setelah kejadian rusuhan kaum
yang serius berlaku pada peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Akibat daripada peristiwa ini, kerajaan
telah mengambil langkah tegas serta jangka panjang untuk mencari satu formula bagi mengatasi
masalah tersebut supaya tidak berulang.

Berikutan itu, Majlis Perundangan Negara telah ditubuhkan oleh Pengarah MAGERAN di bawah
Undang-undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970. Anggota-anggota Majlis
Perundangan Negara terdiri daripada seorang Pengerusi ( Allahyarham Tun Abdul Razak bin
Hussein merangkap Pengarah MAGERAN ), tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr. Ismail bin
Dato' Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Sin dan Tun V.T Sambanthan ), wakil-wakil
kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada parti politik. Majlis ini juga mempunyai wakil-wakil
daripada tokoh agama, badan-badan profesional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja,
wartawan, persatuan guru-guru dan wakil kumpulan-kumpulan kecil.

Mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 27 Januari 1970, dipengerusikan Pengarah


MAGERAN, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussein. Setelah berbincang serta mengkaji
sedalam-dalamnya selama beberapa bulan, Majlis Perundingan Negara telah merumus bahawa
satu ideologi yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perlu diwujudkan di negara ini.
Berdasarkan keputusan tersebut, maka lahirlah Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh
Yang di-Pertuan Agong Ke-Empat pada 31 Ogos 1970, iaitu sempena ulang tahun ke-13
kemerdekaan Malaysia.
Setiap warganegara Malaysia hendaklah menjadikan Rukun Negara sebagai ters dan landasan
hidup bermasyarakat di negara ini. Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni
seperti nilai keagamaan, kesetiaan kepada raja dan negara, kepatuhan kepada perlembagaan,
kedaulatan undang-undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai kesopanan
dan kesusilaan.

Ruku Negara juga menjadi pendoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum ke
arah pembentukan perpaduan nasional dan menjamin kesejahteraan masyarakat. Seterusnya
melahirkan sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan
saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan.

Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara adalah jelas merupakan kunci kepada
masyarakat majmuk negara ini untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan
perpaduan kaum demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Perpaduan dan
penyatuan rakyat amat penting dalam usaha kerajaan membangunkan negara dan rakyat.
Melalui Rukun Negara, semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan agama dapat berpegang
kepada satu ideologi yang dapat dijadikan sebagai amalan dan etika kehidupan seharian
mereka. Rukun Negara amalan hidup rakyat Malaysia.
Posted by mani at 00:23:00 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

MONDAY, 22 FEBRUARY 2016

Konsep Rukun Negara


Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia adalah satu susunan cara
ataupun prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan
norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara. Rukun Negara
juga adalah satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan
kemakmuran negara Malaysia.

Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat
dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh
rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Rukun Negara yang menjadi
pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia jelas merupakan kunci kepada masyarakat
pelbagai kaum di Negara ini untuk membentuk warga berintegriti.

Posted by mani at 00:30:00 No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

SUNDAY, 21 FEBRUARY 2016

Prinsip Rukun Negara

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan


yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat
progesif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan


Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan

Sejarah Pembentukan Rukun Negara

Rukun Negara diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 iaitu
semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-13. Doktrin Rukun Negara
diperkenalkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ketika itu memikul
tanggungjawab menjalankan pemerintahan negara apabila sistem kerajaan berparlimen
digantung pada 16 Mei 1969 ekoran rusuhan kaum yang lebih dikenali sebagai
Peristiwa 13 Mei 1969. MAGERAN yang diketuai oleh seorang Pengarah, ditubuhkan
bagi memulihkan perpaduan yang semakin goyah pada masa itu iaitu perbalahan antara
etnik yang pernah berlaku pada 1946, 1956 (di Pulau Pinang), 1960 (di Pangkor), 1966
(di Bukit Mertajam), 1967 (di Pulau Pinang) dan 13 Mei 1969 (di Kuala Lumpur).

Rukun Negara adalah hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh


Majlis Perundingan Negara (MPN). Bagi melicinkan pemerintahan negara di bawah
MAGERAN yang dipimpin oleh Y.A.B Tun Abdul Razak, MAGERAN telah menubuhkan
tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis
Perundingan Negara.

Posted by mani at 00:29:00 No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

SATURDAY, 20 FEBRUARY 2016

PENJELASAN PRINSIP RUKUN NEGARA

(a) Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada
Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara
ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan
kepercayaan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di
mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan
terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan


kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.
Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap
ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam
Rukun Negara.
(b) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan


dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan
kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga
diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negerinegeri yang tidak beraja.
Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang
perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara
hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia
kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat
setia kepada Yang di- Pertuan Agong.

(c) Keluhuran Perlembagaan


Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran
atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan
yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan
hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami
maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.

Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di
negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh
dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak.
Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi di negara ini.
Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan,
perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat.

(d) Kedaulatan Undang-Undang


Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di
sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia.
Unang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan.

Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup
bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin
pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-
undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur.
Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak
dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan
merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak
melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh
Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah
termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara
yang tidak menurut Perlembagaan.

(e) Kesopanan dan Kesusilaan


Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat.
Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras
dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang
bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks
perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan
masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau
perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan.
Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua
kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya
perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa
dan nilai-nilai murni.

Kepentingan Rukun Negara untuk menghasilkan individu dan masyarakat yang dihasratkan
oleh objektif dan matlamat ideologi itu dalam konteks hubungan etnik di Malaysia Malaysia
merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta
mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu perpaduan negara adalah merupakan
matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam bidang
ekonomi, sosial dan politik. Tanpa perpaduan, negara akan terdedah kepada pelbagai
ancaman dan kelemahan. Ancaman dan kelemahan ini boleh mengakibatkan kedaulatan
negara terjejas dan berlaku huru-hara rusuhan,pergaduhan kaun dan sebagainya.

Perpaduan negara adalah perkara yang dititikberatkan dalam penyusunan setiap strategi
pembangunan dan pentadbiran supaya ia mampu mengekal dan mempertahankan
kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Menerusi perpaduan yang
kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat
akan bertambah maju di samping mewujudkan suasanan politik yang stabil. Kecemerlangan
dalam bidang pendidikan, keharmonian masyarakat Malaysia yang sejahtera, bersatu padu,
bermaruah dan berwawasan akan terhasil dan seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia
sebagai masyarakat yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Rukun Negara harus dihayati oleh semua lapisan masyarakat: warganegara Malaysia. Rukun
Negara adalah satu nilai yang perlu dicapai. Rukun Negara adalah amalan yang perlu
dilakukan. Rukun Negara adalah satu visi bagi merealisasikan kontrak sosial yang
dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaya atau Malaysia semasa penggubalan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Rukun Negara tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu tidak
mempunyai semangat patriotik kepada Malaysia. Rukun Negara juga tidak memberi sebarang
kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu tidak mengetahui asal usul dan sejarah
Malaysia, iaitu negaranya sendiri. Rukun Negara tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa
seseorang jika seseorang itu tidak dapat berfikir dengan rasional dan secara ilmiah.

Kita sebagai warganegara Malaysia harus menyokong dan melibatkan diri dalam setiap
program, dasar dan rancangan kerajaan yang bertujuan untuk membina sebuah negara yang
aman, makmur dan sejahtera.

Negara yang aman haruslah dipelihara. Pemeliharaan keamanan adalah tugas dan
tanggungjawab semua warganegara. Kita harus hidup secara aman dan harmoni. Kita jangan
melakukan kegiatan yang boleh mencetus salah faham antara kaum. Kita perlu patuhi
undang-undang sepanjang masa.

Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang kita kecapi sekarang adalah hasil daripada
komitmen, kerjasama dan perpaduan yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak termasuk
individu, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO).
Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang kita nikmati ini tidak mampu bertahan
sekiranya rakyat tidak bersatu dan tidak memberi kerjasama kepada kerajaan.

Kita harus menyokong dan melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh memupuk perpaduan.
Kita jangan menyentuh kegiatan yang boleh menyinggung perasaan kaum lain. Tindakan ini
boleh mengancam keamanan negara. Perpaduan kaum yang erat membolehkan negara kita
menghadapi dan menangani sebarang cabaran masa depan. Rakyat yang bersatu padu dan
negara yang aman akan dihormati dan dikagumi oleh negara luar. Semangat kerjasama semua
pihak penting sebagai benteng untuk menghadapi segala bentuk cabaran yang boleh
mengancam kemakmuran, keamanan, kesejahteraan masyarakat dan negara kita.
Posted by mani at 01:39:00 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Objektif dan Matlamat Rukun Negara


Penggubalan Rukun Negara sudah tentu mempunyai objektifnya tersendiri. Objektif
Rukun Negara adalah seperti berikut;

(a) Untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran Negara dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama Semua anggota masyarakat mempunyai
peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan
wujud di negara ini jika kekayaan negara dibahagikan dengan adil dan saksama. Bagi
mencapai tujuan ini pihak pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai
peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak lain yang lebih maju.
Masyarakat adil yang kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorang
terhadap yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.

(b) Untuk memelihara cara hidup demokratik


Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan
kegiatankegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang
negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalahgunakan
atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau bagi memusnahkan
demokrasi.

Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan
negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih
daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu pihak, jika tidak, kestabilan dan
keselamatan negara akan terancam.

(c) Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat
Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan
negara di mana ahli-ahli masyarakatnya mengangap diri mereka sebagai rakyat
Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-masing.

Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai persoalan yang
wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidak seimbangan ekonomi
antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara
akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu di mana semua rakyat tanpa
mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.

(d) Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya
dan berbagai-bagai corak Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama, adat
resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara.
Negara kita sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam
yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum. Walaupun ada perbezaan, semua
anggota masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat di mana
keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan
kepada Bangsa dan Negara Malaysia.

(e) Untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan
teknologi moden Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif
yang mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi selaras dengan
perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia
kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu
pengetahuan, sains dan teknologi.

Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarakat yang


bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan
menjadikan Malaysia sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020.
Tetapi kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada
batas-batas agama dan nilai-nilai ketuhanan.
Posted by mani at 00:29:00 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

FRIDAY, 19 FEBRUARY 2016

Faktor Penggubalan Prinsip Rukun Negara


Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan
masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem
pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang
terdiri daripada 3 rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini
orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja
sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan
perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala
orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai
buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu
sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.

Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi
sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari
segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti
orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan
dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan
mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas
timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka
telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina
dan India pula, mereka bimbang tentang syaratsyarat hak kerakyatan walaupun
sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada
Tanah Melayu.

Semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan
dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka
orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum
ketibaan Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga
(Parti Komunis Malaya) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turut
memburukkan keadaan adalah kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti
Komunis Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan
keselamatan ketika zaman darurat pada 19481960.

Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untuk
orang Malaysia" yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak
istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew menyemarakkan
perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan
berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa
dan harta-benda adalah manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu yang
sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja
keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.

Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah
memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan
serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei
1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung.

Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin
Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa
pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-
Pertuan Agong.

Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan


MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang
dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah
masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang
dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati masyarakat
Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang
hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati
penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu Majlis
Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang
kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip utama.

Posted by mani at 00:28:00 No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

THURSDAY, 18 FEBRUARY 2016

HUBUNGAN ETNIK
Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu
kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti ialah rasa
kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-
budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan
tingkahlaku yang sama.

Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian,
pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di
Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap
sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya
sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan
dianggap ganjil, berada ditahap rendah atau tidak bermoral.
Ciri-ciri utama dalam setiap peringkat ke arah penggubalan prinsip Rukun Negara dan
kepentingan lima prinsip tersebut bagi menghasilkan individu dan masyarakat yang
dihasratkan oleh objektif dan matlamat ideologi itu dalam konteks perpaduan hubungan etnik
di Malaysia.

Saya menyeru warga Malaysia berusaha bersama saya memperkukuhkan perpaduan


nasional. Kita harus mempertahankan dan meningkatkan hubungan harmoni yang terjalin
dalam kalangan warga yang berlatarbelakangkan pelbagai agama, kaum, budaya dan bahasa.
Kita harus terus istiqamah dalam membina satu kesamaan identiti yang kukuh berakar dalam
persekitaran Negara Malaysia, berlandaskan segala keistimewaan yang terkandung dari
pelbagai budaya. Kita hendaklah terus menghargai semangat toleransi dan saling
menghormati yang menjadi penentu kepada kedamaian dan perdaduan yang kita capai.

Kata-kata ini diungkapkan adalah untuk merealisasikan sebuah ideologi yang bergelar Rukun
Negara. Ideologi bermaksud ajaran atau satu bentuk fahaman yang boleh dijadikan pegangan
hidup atau cita-cita yang hendak dicapai secara bersungguhsungguh dalam pemerintahan
demokrasi yang diagung-agungkan oleh orang-orang yang bertamadun. Dalam konteks
Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan, ia merujuk kepada lunas-lunas dalam dasar
pemerintahan demokrasi untuk dijadikan panduan am tindakan rakyat di Malaysia.

Rukun Negara adalah satu nilai yang perlu dicapai. Rukun Negara adalah amalan yang perlu
dilakukan dan satu visi bagi merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum
utama di Malaya atau Malaysia semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu mahupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Konsep Rukun Negara

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia adalah satu susunan cara ataupun
prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma
sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara. Rukun Negara juga adalah satu
doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara
Malaysia.
Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan
negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat
Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Rukun Negara yang menjadi pedoman kepada
seluruh rakyat Malaysia jelas merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di Negara
ini untuk membentuk warga berintegriti.
Prinsip Rukun Negara

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang
lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya
yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progesif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan


Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan

Posted by mani at 00:27:00 No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

WEDNESDAY, 17 FEBRUARY 2016

GAMBAR DAN VIDEO TENTANG RUKUN


NEGARA
Posted by mani at 00:25:00 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

TUESDAY, 16 FEBRUARY 2016

PENGAJARAN

Secara keseluruhannya terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita jadikan sebagai
panduan untuk menaikkan semangat mencintai rukun Negara. Antara pengajaran yang diperolehi
, rakyat Malaysia seharusnya ,mengambil iktibar daripada kejadian rusuhan kaum yang berlaku
pada 13 Mei 1969. Selain itu, rakyat Malaysia juga perlu mengamalkan cara hidup demokratik
supaya dapat mencipta masyarakat yang adil demi menjaga kemakmuran Negara. Akhir sekali,
rakyat Malaysia haruslah menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang
dikuatkuasakan sebagai amalan hidup di Malaysia .
Posted by mani at 00:24:00 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

MONDAY, 15 FEBRUARY 2016

SARANAN

Saranannya, setiap rakyat Malaysia perlulah berusaha ke arah menjadikan Negara maju
mengikut acuan kita sendiri. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu mempunyai pengetahuan tentang
rukun Negara. Semangat patriotik yang membara dalam diri setiap rakyat Malaysia dapat
membentuk rakyat bersatu padu dan harmoni. Akhir sekali, untuk mengekalkan perpaduan
yang utuh rakyat Malaysia haruslah mempunyai pengetahuan tentang rukun Negara yang
ditubuhkan.
Posted by mani at 00:24:00 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

SUNDAY, 14 FEBRUARY 2016

SUMBER RUJUKAN
INTERNET - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
www.jpnin.gov.my-rukun-negara

INTERNET - Abdul Rahman Abdul Aziz


http://repo.uum.edu.my/3186/1/S22.pdf

INTERNET - Irfan Khalil


http://irfankalil.blogspot.com/

INTERNET Zailani Zakaria


http://zailanizakaria.blogspot.com/2008/12/rukun-negara-malaysia.html

INTERNET Anizyn
http://anizyn.blogspot.com/2010/10/rukun-negara-sebagai-etika-falsafah-dan.html

BUKU Pengajian Malaysia

Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin (2014), Pengajian Malaysia Edisi Kelima, Kuala
Lumpur : Impression One Sdn Bhd
Posted by mani at 00:24:00 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

SATURDAY, 13 FEBRUARY 2016

LAMPIRAN
Posted by mani at 00:24:00 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

FRIDAY, 12 FEBRUARY 2016

Kesimpulan
Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969.
Tragedi ni telah menyebabkan semua rakyat Malaysia mengetahui betapa pentingnya bersatu-
padu dan hidup dengan aman dan damai serta dapat menghindari sifat curigamencurigai
antara satu sama lain. Perpaduan kaum pula adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh
semua negara di dunia termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah
negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh
kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.

Oleh itu kewujudan rukun negara ini menjadi satu titik permulaan ke arah pencapaian
perpaduan dalam kalangan semua etnik di Malaysia. Apabila rakyat Malaysia menghayati
maksud Rukun Negara dengan sepenuhnya, maka ia akan memudahkan proses pentadbiran
negara kerana rakyat mula sedar tentang konsep hormat-menghormati antara satu sama lain
tanpa mengira warna kulit, latar belakang dan budaya sesuatu masyarakat. Sehubungan
dengan itu matlamat Rukun Negara dapat dicapai dengan mudah tanpa prejudis.

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia
termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi
lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam
negara itu sendiri.

Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu,bermuhibah


tanpa mengira kaum sertaa bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain.
Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempergiatkan
lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara
yang bersifat liberal dan demokratik.
Rentetan beberapa peristiwa kebelakangan ini memberikan gambaran bahawa prinsip Rukun
Negara seolah-olah sudah dilupakan serta tidak lagi relevan dalam konteks kehidupan hari
ini. Tindakan seperti mempertikaikan kuasa Raja-Raja Melayu; kedudukan agama Islam
sebagai agama rasmi; kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta protes dan
demonstrasi jalanan memberi gambaran jelas bahawa prinsip seperti Kesetiaan kepada Raja
dan Negara, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang sudah tidak lagi
diambil kira apabila pihak yang terbabit membuat percaturan.

Tidak ada pihak yang mampu menafikan bahawa Malaysia adalah antara negara
yang paling aman, makmur lagi sejahtera di dunia. Berdekad lamanya rakyat dari satu
generasi ke satu generasi, dari kaum yang berbilang bangsa, hidup bersama tanpa timbul
masalah besar.

Janganlah kita menggadai keamanan yang dikecapi hanya kerana perasaan iri
hati dan ketidakpuasan yang tidak dikongsi majoriti rakyat. Jangan kita lupa bahawa iklim
kemakmuran dan keamanan negara yang selama ini dikecapi hanyalah mainan mimpi bagi
sesetengah rakyat negara asing.

Negara kita juga tidak sunyi dengan isu disiplin pelajar sekolah atau remaja yang semakin
merosot, sanjungan yang semakin longgar terhadap guru dan warga emas serta pengabaian
terhadap kanak-kanak. Suasana ini memberi isyarat bahawa tahap kesopanan dan kesusilaan
segelintir masyarakat semakin rapuh.
.

setelah peristiwa tragedi 13 Mei 1969, MAGERAN ataupun


Majlis Gerakan Rakyat telah duduk berbincang dan sepakat
membentuk Rukun Negara Malaysia yang menjadi asas
tonggak ideologi negara kita. Ia nya telah di bentuk hampir
setahun selepas tragedi 13 Mei itu, iaitu 31 Ogos 1970.
Intipati Rukun Negara
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Kepercayaan kepada Tuhan di tempat yang pertama?

Ya, menjadi tanda tanya pula, kenapa KEPERCAYAAN KEPADA


TUHAN diletakkan di tempat yang pertama didalam susunan
Rukun Negara kita?
Para ahli MAGERAN telah mengkaji dengan teliti betapa rakyat di
Negara kita ini terdiri daripada pelbagai kaum mahupun anutan
agama yang berbeza. Mereka sedar akan kepelbagaian ini dan itu
mungkin telah mendorong mereka untuk meletakkan
kepercayaan kepada Tuhan menjadi asas kepada keharmonian
rakyat di negara kita ini.
Kita sedia maklum bahwa perlembagaan persekutuan telah
memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi negara kita,
tetapi dalam masa yang sama agama dan kepercayaan-
kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram.

Kenapa Percaya kepada Tuhan?

Ahli-ahli MAGERAN menyedari betapa pentingnya prinsip


kepercayaan kepada Tuhan ini. Ini telah mendorong mereka
meletakkannya sebagai prinsip yang pertama yang harus ada
pada mana-mana rakyat Malaysia.
Setiap agama mahupun kepercayaan-kepercayaan yang ada di
negara kita boleh mempengaruhi dan membentuk keperibadian
seseorang itu. Ketiadaan pegangan agama yang kuat boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang itu dan secara langsung
boleh menggugat bangsa dan mahupun negara. Setiap agama yang
diamalkan di negara kita ini mengajar penganutnya memberi
sepenuh kepercayaan kepada Tuhan yang mereka sembah itu.
Kepercayaan kepada Tuhan yang tidak berbelah bahagi itu akan
menjadikan sesorang itu mempunyai rasa Hormat baik kepada
orang lain mahupun dirinya sendiri. Ini menjadikan masyarakat
kita hidup di dalam aman dan damai. Sebagai bukti, sehingga
sekarang kita hidup dengan aman dan saling menghormat-
hormati terhadap satu sama lain walaupun dengan perbezaan
yang ada.

Letakkan Tuhan ditempat yang pertama...

Dalam hidup seharian kita juga, seharusnya kepercayaan kepada


Tuhan diletakkan di tempat yang pertama. Kerana terbukti,
apabila negara kita meletakkan prinsip Kepercayaan Kepada
Tuhan di tempat yang pertama di dalam rukun Negara kita, rakyat
Malaysia telah menerima kesannya. Kesan yang baik di mana
rakyat di negara kita "diberkati" dengan hidup yang aman dan
damai.
Apatah lagi kalau masing-masing peribadi kita percaya kepada
Tuhan yang kita sembah dengan segenap hati, sudah pasti hidup
kita sendiri dan orang lain yang ada disekitar kita akan hidup
dalam harmoni.

Apa akan berlaku kalau Tidak percaya kepada Tuhan?

Persoalan ini "sesamamu" tinggalkan kepada kita untuk kita


sama-sama renungkan. Apa yang bakal berlaku kepada peribadi
mahupun negara kita kalau "kepercayaan kepada Tuhan" tidak
diletakkan di tempat yang pertama di dalam hidup seseorang itu?
Sebagai contoh...Isu pembuangan bayi, Pembunuhan kejam,
Penderaan kanak-kanak, Penderaan amah, Ragut, Rasuah,
penindasan yang lemah, pemandu yang cuai di jalan raya, dan
banyak lagi. Ini adalah sebilangan kecil perkara yang berlaku di
negara kita oleh mereka yang MUNGKIN meletakkan kepercayaan
kepada Tuhan di tempat yang salah dalam hidup mereka...

Percayalah kepada TUHAN, dengan segenap hati mu, dan


janganlah bersandar kepada pengertian mu
sendiri...proverb 3:5
Sistem Kepercayaan dan Agama

Pengenalan
Setiap manusia di dunia ini boleh dikatakan mempunyai kepercayaan kepada agama.
Menurut kamus, agama bermaksud segenap kepercayaan kepada tuhan atau dewa-
dewi serta dengan kewajipan-kewajipan yang bertalian dengan kepercayaan itu.
Agama mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan ajaran. Dengan kepercayaan
kepada agama, manusia sanggup berkorban untuk mempertahankan agama mereka.
Kesemua agama pada amnya menyampaikan ajaran yang baik seperti disiplin diri,
keamanan serta kebaikan. Terdapat jenis kepercayaan iaitu agama yang berunsurkan
kepercayaan ketuhanan dan agama kebudayaan yang berkembang daripada falsafah bangsa-
bangsa yang menganutinya.
.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN BINA KEHARMONIAN BERAGAMA

Prinsip pertama Rukun Negera ialah Kepercayaan Kepada Tuhan. Ia menjadi nadi pembinaan
jati diri masyakat Malaysia dan sewajarnya menjadi panduan dan pedoman hidup
bermasyarakat oleh seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Pada dasarnya, prinsip ini mengungkapkan bahawa rakyat Malaysia berpegang teguh kepada
kepercayaan kepada Tuhan. Ini bermakna Malaysia adalah negara yang menolak sebarang
ideologi yang tidak mempercayai wujudnya Tuhan (atheisme).

Kepercayaan kepada Tuhan mampu menjadikan masyarakat berpegang teguh kepada nilai-
nilai murni yang diajarkan oleh agama. Jika masyarakat berpegang teguh kepada ajaran
agama masing-masing secara postif maka ia dapat membentuk kehidupan yang harmoni dan
sejahtera.

Melalui ikatan keagamaan, manusia akan bertindak sebagai seorang yang bertanggungjawab
dan sentiasa menjaga keamanan dan keharmonian negara. Rakyat juga akan sentiasa berasa
bersyukur dalam kehidupannya.

Islam agama rasmi

Prinsip pertama Rukun Negara ini sebenarnya mendukung kebebasan dan pengamalan agama
seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan meletakkan
Islam sebagai agama Persekutuan bagi Malaysia.

Perkara ini jelas dimaktubkan dalam Perlembagaan di bawah Perkara 3 (1) yang menyatakan
bahawa: Ugama Islam ialah ugama bagi persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Kebebasan beragama yang diamalkan di negara ini menuntut setiap orang menghormati
agama yang dianuti oleh orang lain serta hak untuk mengamalkan. Walaupun Islam
diletakkan sebagai agama rasami tetapi ajaran Islam tidak memaksa mana-mana individu
untuk memeluk Islam.

Hakikatnya, Malaysia mengamalkan kebebasan beragama dan ia seharusnya dapat membetuk


masyarakat kita saling menghormati kepercayaan dan amalan ibadat setiap agama.
Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat mengembangkan perbuatan yang luhur, yang
mencerminkan sikap dan suasana interaksi masyarakat secara harmoni dan sekali gus dapat
mengembangkan sikap adil terhadap sesama insan.

Prinsip universal yang harus dipegang oleh semua penganut agama di negara ini ialah
berpegang teguh kepada agama dan kepercayaan masing-masing secara beradab agar dapat
membina kerukunan hidup secara harmoni. Ia seharusnya dapat mengembangkan sikap
hormat menghormati dan bekerjasama antara penganut pelbagai agama.

Sikap hormat menghormati

Walaupun agama dan kepercayaan terhadap Tuhan adalah masalah yang menyangkut
hubungan peribadi manusia dengan Tuhan yang dipercayainya, namun nilai-nilai mulia yang
diajarkan agama itu seharusnya dapat mengembangkan sikap saling menghormati serta
kebebasan melaksanakan ibadah sesuai dengan agama dan kepercayaannya masing-masing.

Namun, kita berasa bimbang terhadad trend penghinaan terhadap kesucian agama Islam
seperti kes Alvin dan Vivian yang mempersendakan amalan puasa umat Islam. Perbuatannya
itu mendapat kecaman bukan sahaja dari masyarakat Islam, malah masyarakat bukan Islam
juga. Ini mebuktikan bahawa masyarakat bukan Islam di negara ini juga tidak merestui
sebarang sikap ekstrem yang cenderong menghina ibadat atau amalan agama orang lain.

Kes Alvin dan Vivian adalah satu contoh kejahilan terhadap sensitiviti penganut agama
Islam. Kita berasa bimbang dengan trend tidak sihat ini yang boleh mengeruhkan
perhubungan antara kaum dan agama di negara ini. Beberapa kes penghinaan terhadap agama
Islam sejak akhir-akhir ini jelas menujukkan wujudnya segelintir rakyat di negara ini yang
tidak menunjukkan sikap dan rasa sensitif terhadap perasaan penganut agama lain.

Justeru, sudah sampai masanya Malaysia mencontohi Pakistan yang telah mewujudkan
undang-undang mengiha agama pada 2010. Kita yakin dengan adanya undang-undang seperti
itu maka maruah dan kesucian Islam akan dapat dilindungi dan dibela. Mereka yang
sewanang-wenangnya secara sedar menghina apa jua berkaitan dengan akidah dan amal
ibadah umat Islam mesti didakwa mengikut undang-undang terbabit. - BH 25 Julai 2013
________________________________________________________________
Penulis ialah Penganalisis Media di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan,
kementerian Komunikasi dan Multimedia

Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference 2016 22 & 23 November 2016 124
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN:SATU SOROTAN DALAM KEPELBAGAIAN
AGAMA DI MALAYSIA Ayu Nor Azilah binti Mohamad Jabatan Kenegaraan dan
Pengajian Ketamadunan, Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor Tel: 013-6641980, Email: ayunorazilah@kuis.edu.my Abstrak Maqasid syariah
menuntut agar manusia mengatur hubungan manusia dengan Penciptanya, hubungan manusia
sesama manusia dan hubungan dengan alam untuk mencapai kesejahteraan, keamanan dan
kedamaian di dunia bagi menjamin kebahagiaan kehidupan yang abadi di akhirat kelak.
Dengan lebih ringkas, lima perkara pokok yang perlu dipelihara dalam maksud syariah itu
sendiri yakni; agama, diri, akal, keturunan dan harta. Artikel ini membincangkan tentang
prinsip Kepercayaan kepada Tuhan. Prinsip ini antara lima prinsip yang terdapat dalam
Rukun Negara yang menjadi salah satu ideologi negara. Prinsip ini juga dibentuk mengikut
acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Prinsip ini mengingatkan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam agar lebih
bertanggungjawab kerana kepercayaan kepada Tuhan lazimnya dikaitkan kepada adanya
alam akhirat atau Hari Pembalasan. Jika diteliti, tuntutan syariah yang berkaitan dengan
agama ini juga terdapat dalam agama selain daripada agama Islam. Cuma yang
membezakannya adalah cara pengamalan, corak pemikiran dan pemeliharaannya. Perbezaan
ini akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam perbincangan seterusnya selepas dibuat analisis
melalui kaedah resensi kepustakaan. Namun yang jelas, prinsip Kepercayaan kepada Tuhan
ini amat bersesuaian dengan masyarakat majmuk dengan kepelbagaian agama di Malaysia.
Hal ini kerana bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada
Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai
satu bangsa serta negara yang berdaulat demi kelangsungan keharmonian antara etnik di
Malaysia. Kata kunci: Kepercayaan, Tuhan, Agama, Rukun Negara, ideologi 1. Pendahuluan
Masyarakat Malaysia terdiri daripada tiga komuniti etnik yang utama iaitu
Melayu/Bumiputera, Cina dan India. Mengikut laporan The Star, jumlah rakyat Malaysia
bagi kelompok Bumiputera mencatat peratusan 67.4 peratus daripada keseluruhan rakyat
diikuti Cina sejumlah 24.6 peratus, India sebanyak 7.3 peratus dan lain-lain bersamaan 0.7
peratus. Orang Melayu dan masyarakat peribumi yang lain dikelaskan sebagai bumiputera
yang menikmati keistimewaan tertentu berkaitan Perkara 153 seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan Malaysia. Orang Cina dan orang India pula dikelaskan sebagai bukan
bumiputera. Tiada satu pun daripada mana-mana kumpulan ini bersifat homogen iaitu setiap
kumpulan dibezakan lagi oleh identiti subetnik mereka berdasarkan bahasa dan agama yang
berbeza. Majoriti orang Melayu ialah orang Islam yang bertutur bahasa Melayu, manakala
masyarakat bumiputera lain terutamanya di ke dua-dua negeri Borneo, iaitu Sabah dan
Sarawak mengamalkan agama yang berbeza dan mempunyai bahasa etnik mereka sendiri.
Orang India kebanyakannya penganut Hindu yang bertutur bahasa Tamil. Sementara itu, latar
belakang agama dan bahasa masyarakat Cina pula juga jelas berbeza. Semua faktor ini
menjadikan perbezaan agama dan bahasa di Malaysia berlaku dalam lingkungan etnik dan
juga antara kumpulan etnik. (Mohamed Mustafa Ishak 2014;3-4) Agama merupakan
fenomena penting dalam kehidupan manusia. Agama bukan sahaja membantu manusia untuk
mengenal Tuhan tetapi juga kesejahteraan hidup. Di Malaysia, agama dan etnik telah menjadi
identiti kelompok yang saling melengkapi sehinggakan kelompok etnik disamakan dengan
kelompok agama. Orang Melayu dianggap sebagai orang Muzakarah Fiqh & International
Fiqh Conference 2016 22 & 23 November 2016 125 Islam, orang India sebagai orang Hindu,
orang Cina dan Siam sebagai orang Buddha serta masyarakat orang Asli dan suku kaum
bumiputera di pedalaman Sabah dan Sarawak sebagai penganut anismisme. Mereka yang
bertukar agama dianggap telah keluar daripada kelompok etnik (Shamsul Amri Baharuddin
2012:145) 2. Kepercayaan Kepada Tuhan Dalam Rukun Negara Rukun Negara adalah salah
satu ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai
kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan, kebudayaan, ekonomi,
politik dan perundangan. Rukun Negara digubal akibat daripada peristiwa 13 Mei 1969 iaitu
rusuhan kaum yang menggugat keamanan dan keutuhan negara ketika itu (Anuar Rafie 2007:
1-3). Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di bawah pimpinan MAGERAN dan
badan yang bertanggungjawab di atas penggubalannya ialah Majlis Perundingan Negara
(MPN). Kata sepakat untuk mencipta satu ideologi negara ini dicetuskan semasa mesyuarat
pertama MPN iaitu pada 27 Januari 1970. Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang
lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia
dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Ini digambarkan
dengan jelas melalui lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara iaitu Kepercayaan
kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan
Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. Akan tetapi perbincangan ini akan hanya
memfokus kepada Kepercayaan kepada Tuhan. a) Kepercayaan kepada Tuhan; Agama
ialah ciri penting dalam kehidupan manusia kerana ketiadaan agama boleh meruntuhkan
keperibadian seseorang serta bangsa dan negara. Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas
kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan
menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Kaum-
kaum di Malaysia menganut pelbagai agama seperti Islam, Buddhisme, Taoisme,
Konfucianisme, Hinduisme, Kristian dan sebagainya. Pegangan agama juga dapat
membimbing tindakan seseorang untuk berbuat baik dan menghindari perbuatan jahat serta
mengenali pahala dan dosa (Mardiana Nordin & Hasnah Husiin 2014:339). Prinsip ini
mengingatkan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam agar lebih bertanggungjawab
kerana kepercayaan kepada Tuhan lazimnya dikaitkan kepada adanya alam akhirat atau Hari
Pembalasan. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi
Persekutuan tetapi agama-agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan
aman dan tenteram di mana-mana bahagian dalam Persekutuan. Fenomena ini membolehkan
setiap individu berpegang kepada kepercayaan yang diyakininya dan patuh kepada ajaran
tersebut. Tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama
adalah dilarang sama sekali. Walaupun apa agama yang dianuti, percaya akan kewujudan
Tuhan merupakan rukun sebagai anak Malaysia. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara
menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan
manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang, sesuatu bangsa serta
negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap
ajaran agama masing-masing, prinsip inilah telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam
Rukun Negara (Ayu Nor Azilah 2013:383) Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference
2016 22 & 23 November 2016 126 3. Kepercayaan Kepada Tuhan Dalam Agama-Agama
Di Malaysia Kebanyakan pengkaji sejarah agama berpendapat bahawa agama ialah keperluan
asas setiap manusia. Oleh sebab itu tiada sebuah masyarakat pun di dunia ini yang tidak
mempunyai agama. Kepercayaan kepada agama merupakan sifat sejagat bagi seluruh
manusia sama ada manusia moden ataupun primitif. Pemikiran tentang agama sudah wujud
dalam diri manusia sejak dilahirkan lagi. Bukti penemuan arkeologi menunjukkan kehidupan
manusia terawal sudah dipengaruhi oleh agama. Selain naluri semula jadi, manusia
mengamalkan agama kerana warisan kebudayaan, faktor keselamatan, kesejahteraan,
mengukuhkan ikatan persaudaraan dan mencari jawapan kepada persoalan yang sukar
dijawab. Warisan kebudayaan merupakan faktor utama menentukan agama seseorang
manusia. Kebiasaannya individu akan menganut agama yang dianuti oleh keluarga, suku
kaum atau etnik yang diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi berikutnya.
Contohnya, ratarata etnik Melayu menganut agama Islam kerana keluarga dan nenek moyang
mereka beragama Islam. Faktor keselamatan juga memainkan peranan kerana apabila
memeluk sesuatu agama, seseorang berasa selamat dan percaya bahawa kuasa agama yang
dipercayainya akan menjaga keselamatannya. Kuasa agung juga menjadi tempat mengadu hal
serta mendapatkan pertolongan dan perlindungan. Faktor keselamatan di akhirat juga adalah
penting kerana kebanyaka agama menjanjikan kesejahteraan di akhirat kepada penganut yang
patuh kepada ajaran agama masing-masing. Faktor lain adalah kerana agama merupakan
jawapan kepada persoalan kehidupan yang sukar dijawab. Persoalan mengenai manusia dan
hakikat diri, alam sekitar dan pengalaman ghaib yang tidak dapat dijangkau oleh akal fikiran
yang kesemuanya boleh dijawab oleh agama. Tegasnya, agama akan memberi jawapan
kepada pertanyaan yang sukar dijawab oleh akal. Akhirnya, agama diminati kerana agama
merupakan elemen pengukuhan ikatan persaudaraan. Kepercayaan dan amalan yang sama
dalam sesuatu agama akan menyatukan semua anggota yang menganutinya dalam satu
komuniti bermoral. (Shamsul Amri 2012:146- 147) a) Agama Islam Agama Islam adalah
berkonsepkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu. Ajaran ini sememangnya berbeza
dengan pegangan masyarakat Tanah Melayu pada abad ke-7 hingga abad ke-13 yang sebelum
ini menganut agama Hindu dengan konsep banyak Tuhan. Dalam agama Islam, al-Quran
dijadikan sebagai asas dan sumber hukum yang utama bersama-sama dengan panduan
daripada amalan Nabi Muhammad SAW seperti hadis. Dua lagi sumber yang turut menjadi
rujukan untuk memahami agama Islam ialah Ijmak Ulama dan Qiyas. Asas utama dalam
ajaran Islam ialah Rukun Islam dan Rukun Iman. Islam ialah agama yang paling meluas
dianuti di Malaysia dengan memperlihat peningkatan perkadaran daripada 58% pada tahun
1991 kepada 60.4% pada tahun 2000 dan terus meningkat pada tahun 2010 pada kadar
61.3%. Secara keseluruhan, ajaran Islam bermatlamat; (i) Melahirkan manusia yang
mempunyai konsep kepercayaan yang betul iaitu hanya percaya kepada kekuasaan Allah
S.W.T semata-mata. (ii) Melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan
bersistematik dalam setiap situasi kehidupan. (iii) Melahirkan manusia yang
bertanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dan sekaligus melahirkan
manusia yang mengenali diri dan mempunyai hala tuju Muzakarah Fiqh & International Fiqh
Conference 2016 22 & 23 November 2016 127 hidup. (Mardiana Nordin & Hasnah Hussin
2014:305-306). Islam ialah suatu pakej panduan atau manual kehidupan. Islam merupakan
ad-Din yang mempunyai welstencahung atau tasawwur yang tersendiri lagi maha lengkap.
Islam dalam perlembagaan bukan sahaja hanya terkandung dalam Perkara 3 tetapi juga harus
dibaca bersama-sama dengan Perkara 8, 11, 12, 121, 150 dan kedudukan Yang di-Pertuan
Agong dalam hal ehwal agama Islam. Menurut Prof. Ahmad Ibrahim, oleh kerana perkataan
Islam dan bukan agama Islam yang digunakan di Perkara 3 bolehlah dihujahkan bahawa
apa yang dimaksud ialah Islam sebagai cara hidup mengikut Islam iaitu Islam sebagai ad-Din.
Perkara ini menunjukkan bahawa Islam dalam perlembagaan mempunyai keistimewaan
namun agama-agama lain tetap diberi perlindungan. Islam dalam perlembagaan ialah satu isu
yang penting kerana isu ini berkait rapat dengan kepercayaan dan pegangan majoriti rakyat
Malaysia. Apabila disebut agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di
mana-mana bahagian Persekutuan, orang-orang bukan Islam mendakwa bukan sahaja
mereka diberi kebebasan mengamalkan kepercayaan dan upacara-upacara agama mereka
akan tetapi cara hidup mereka (Ramawan Ab. Rahman 2011: 126). Isu ini juga merupakan isu
yang sensitif kerana etnik Melayu merasakan bahawa agama tidak boleh dipisahkan daripada
kehidupan seharian mereka. Walaupun soal kepercayaan dan keimanan ialah urusan
seseorang, namun dalam konteks Malaysia, perkara ini boleh memberi kesan kepada
ketenteraman awam khususnya yang melibatkan ketegangan antara kaum seperti dalam kes
Natrah pada tahun 1950 dan Nur Aisyah pada tahun 1998 (Shamsul Amri 2012:104) Aspek
kepercayaan dalam agama Islam merupakan perkara asas yang wajib diimani dan diyakini
oleh setiap individu muslim. Keimanan dan kepercayaan ini adalah diasaskan kepada
kebenaran yang mutlak dan bukannya kepada kesesatan atau kebatilan. Terdapat enam aspek
kepercayaan yang tertera dalam Rukun Iman seperti yang dijelaskan oleh al-Quran dan
Sunnah iaitu; (i) Beriman kepada Allah S.W.T. Ini merupakan asas atau intipati kepercayaan
dalam ajaran Islam. Beriman kepada Allah S.W.T. membawa maksud bahawa sesungguhnya
Allah S.W.T. adalah Tuhan yang selayaknya disembah dan lagi Maha Esa. Kepercayaan ini
juga termasuklah mempercayai bahawa Allah S.W.T. itu sebagai pencipta, pemilik dan
pentadbir seluruh alam. Begitu juga wajib mempercayai bahawa Allah S.W.T. itu bukan
makhluk dan bersifat dengan sifat Maha Sempurna, Maha Hebat dan Maha Menentukan
segalanya. (ii) Beriman kepada Malaikat Beriman kepada Malaikat ialah percaya akan
wujudnya ciptaan Allah S.W.T. yang tidak pernah menyalahi sesuatu perintah Allah S.W.T.
dan melaksanakan apa yang diperintahkan kepada mereka. Mereka ditugaskan untuk
melaksanakan perintah Allah S.W.T. ke atas manusia dan alam. Ada antara mereka yang
tidak pernah berpisah daripada manusia kerana memberikan kesaksian atas segala gerak-geri
manusia sama ada baik ataupun sebaliknya. (iii) Beriman kepada Rasul Mempercayai akan
wujudnya daripada kalangan manusia ini yang diangkat oleh Allah S.W.T. sebagai utusan-
Nya. Mereka ini diberi tugas untuk menyampaikan dan menjelaskan kepada manusia apa
yang diperintah dan dilarang oleh Allah S.W.T. dalam segala aspek kehidupan bagi tujuan
mendapatkan kebaikan di dunia dan di akhirat. Muzakarah Fiqh & International Fiqh
Conference 2016 22 & 23 November 2016 128 (iv) Beriman kepada Kitab Mempercayai
bahawa al-Quran adalah kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T. untuk menjadi panduan
kepada kehidupan manusia. Kitab ini mengandungi peraturan, ilmu pengetahuan dan
sebagainya yang lengkap lagi sempurna serta sesuai sepanjang zaman. (v) Beriman kepada
hari Akhirat Menyakini kehidupan di dunia bersifat sementara akan musnah apabila
berlakunya kiamat. Oleh itu, manusia tidak boleh lalai daripada melaksanakan
tanggungjawab mereka di dunia ini kerana mereka akan dipersoal kelak. (vi) Beriman kepada
Qadak dan Qadar Mempercayai bahawa apa yang berlaku ke atas diri makhluk sama ada baik
atau buruk adalah ketentuan Allah S.W.T.. Walau bagaimanapun manusia diberi keupayaan
untuk membuat pilihan ke atas tindak-tanduknya ketika hidup di dunia. Manakala lima
perkara yang terkandung dalam Rukun Islam pula ialah: (i) Mengucap dua kalimah syahadah
yang bermaksud: aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan
Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. (ii) Menunaikan
sembahyang lima waktu sehari semalam. (iii) Menunaikan zakat. (iv) Menunaikan puasa di
bulan Ramadan. (v) Menunaikan haji kepada yang mampu dari segi kewangan dan kesihatan.
(Shamsul Amri 2007:148) Akidah dalam Islam merupakan kepercayaan atau keimanan
kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan kukuh dalam jiwa setiap orang Islam. Ini
merupakan satu perjanjian yang diikat antara makhluk dengan penciptanya iaitu Allah S.W.T.
Pegangan akidah yang kuat dan kukuh akan dapat membebaskan diri manusia daripada
tunduk dan patuh kepada sesuatu yang bersifat makhluk, sama ada dalam bentuk jirim atau
roh. Seperti yang dinyatakan oleh Hassan al-Banna (m.1949) bahawa akidah adalah hal-hal
yang berhubung dengan kepercayaan dan keyakinan di dalam hati dan jiwa itu menjadi
tenteram, tidak ragu-ragu dan bimbang, bersih dan murni daripada segala syak wasangka.
(Osman Bakar 2015: 41-42) b) Agama Hindu Agama Hindu yang terdapat di Malaysia
sekarang ialah agama yang berasal dari India, terutama dari India Selatan. Inilah agama yang
dianuti oleh sebahagian besar masyarkat India iaitu 80% daripada jumlah penduduk kaum
India di Malaysia. Konsep Tuhan menurut kitabkitab suci agama Hindu berasaskan dua
mazhab utama agama Hindu iaitu Saivisme dan Vainavisme. Hanya dua mazhab ini yang
akan dibincangkan kerana di Malaysia, kedua-dua mazhab inilah yang diamalkan secara
berleluasa. Walaupun wujud kepercayaan mengenai mazhab-mazhab lain tetapi lebih bersifat
kepercayaan dalam lingkungan keluarga dan bukan sebaliknya. Menurut teks agama Hindu,
Tuhan ialah suatu kuasa yang abstrak. Tuhan tidak mempunyai bentuk tertentu. Konsep
ketuhanan ini ditandakan dengan istilah Brahman. Perkataan Brahman ini boleh disamakan
dengan istilah Tuhan dalam bahasa Melayu dan God dalam bahasa Inggeris. Brahman di sini
dikenali sebagai Nirquna Brahman bererti konsep ketuhanan yang abstrak yang juga disebut
Nirkara Brahman. Konsep ketuhanan abstrak ini Muzakarah Fiqh & International Fiqh
Conference 2016 22 & 23 November 2016 129 adalah di luar persepti manusia biasa. Oleh
itu, untuk membawa kesedaran dan penghayatan tentang kebesaran tuhan, maka konsep
abstrak tersebut perlu dipersepsikan. Untuk itu Tuhan diberikan nama, rupa dan sifat. Dengan
ini Tuhan yang sukar dipersepsikan oleh manusia kini mudah dipersepsikan. Dalam tahap ini
Brahman dikenali sebagai Sakuna Brahman yang juga disebut Sakara Brahman. Sifat-sifat
unggul seperti Yang Maha Kuasa, yang Maha Tahu, yang Maha Besar, yang Maha Kasih dan
sebagainya adalah antara sifat-sifat yang diberikan kepada Sakuna Brahman. Terdapat
banyak symbol bagi menerangkan konsep ketuhanan dalam tradisi agama Hindu. Ini
termasuklah patung suci, gambar dan lakaran dewa-dewi, simbol binatang, tumbuhan,
senjata, struktur kuil dan sebagainya (Singaravelu Sachithnantham 2006:44) Penganut Hindu
mempercayai banyak tuhan. Bagi mereka setiap kekuatan alam semula jadi sama ada
mendatangkan faedah atau membahayakan adalah tuhan yang diharapkan pertolongan. Ketika
dilanda kesusahan, penganut Hindu menyeru tuhan-tuhan ini supaya memberkati keturunan,
harta benda dan menolong mereka untuk menentang musuh. Sebenarnya penyembahan
kepada kekuatan tabii ini tidak dijalankan secara sekali gus tetapi berperingkat-peringkat.
Pada mulanya bentuk-bentuk alam yang indah dan menarik perhatian menimbulkan
kesedaran beragama pada mereka. Mereka kagum pada bentuk-bentuk ini dan terus
menikmatinya. Selepas itu mereka bersyukur dan senang dengannya, mereka memujimuji,
kemudian menyangka bahawa bentuk-bentuk ini mempunyai roh. Roh-roh ini dianggap
mempunyai kekuatan yang tersembunyi di sebalik bentuk yang kelihatan lalu mendekatinya
melalui perbuatan ibadat. Mereka menghadiahkan korban-korban dan menganggapnya
sebagai tuhan-tuhan yang diseur ketika ada hajat. Oleh sebab itulah bilangan tuhan bertambah
banyak dalam kalangan mereka. Apabila mereka menyembah salah satu daripada tuhan
mereka, upacara korban akan dilakukan. Dalam kalangan tuhan penganut Hindu ada yang
memerintah dan diperintah, ada ketua dan sebahagiannya diketuai. Ketua dan yang
memerintah menjadi tuhan segala tuhan dan dewa segala dewa. Semua makhluk dan tuhan ini
berada di bawah perintahnya. Mereka menamakan tuhan ini sebagai Brahma, Vishnu dan
Siva atau juga dipanggil tiga dalam satu dan satu dalam tiga. Lima prinsip utama dalam
agama Hindu iaitu kewujudan tuhan yang tunggal, manusia itu suci, perpaduan melalui
percintaan, harmoni agama dan pengetahuan tentang sungai yang suci,kitab yang suci dan
mantera yang suci. Terdapat juga sepuluh disiplin yang bersifat sejagat iaitu kejujuran
(satya), kesederhanaan (ahimsa), tidak berzina (brahmacharya), tidak merompak (shaucha),
kepuasan (santosh), mengaji kitab (swadhyaya), penjimatan (tapas) dan doa (pooja) (Osman
Bakar et.al. 2015:86). Dalam agama Hindu, terdapat sistem kasta yang terbahagi kepada
empat golongan iaitu Brahman, Kshatriya, Vaisya dan Shudra. Dalam Peraturan Manu,
diterangkan tugas tiap-tiap golongan ini iaitu Brahman menjadi ketua agama, Kshatriya
menjadi perajurit, Vaishya pula bertani dan berniaga serta Shudra memberi khidmat kepada
ketiga-tiga golongan yang dianggap mulia. Seseorang Brahmin menerima penghormatan
daripada semua tuhan disebabkan keturunannya. Dia berhak memiliki harta benda Shudra.
Seseorang Brahmin tidak dikotori dosa sekalipun dia membunuh ketiga-tiga golongan itu.
Raja pula diangkat daripada golongan Kshatriya. Raja mesti dihormati walaupun masih
kanak-kanak kerana dipercayai bahawa sifat ketuhanan itu meresap ke dalam tubuh Raja
yang berupa manusia. Shudra pula tidak boleh mengumpulkan harta melebihi golongan
Brahmin. Perbuatan ini dipercayai dapat menyakiti golongan Brahmin akibat kekotorannya.
Kesan kehadiran awal agama Hindu di Malaysia dapat dibuktikan dengan penemuan kesan
binaan Hindu lama di Lembah Bujang, Kedah. Kesan ini merujuk kepada pengaruh agama
Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference 2016 22 & 23 November 2016 130 Hindu
sejak kurun ke-7 Masihi. Agama Hindu telah meninggalkan kesan kepada masyarakat
Melayu di Malaysia. Senkritisme agama dapat dilihat dengan jelas dalam adat resam
masyarakat Melayu seperti dalam upacara perkahwinan, membabitkan persandingan,
pemakaian inai dan upacara menepung tawar. Institusi agama dan pusat ibadat agama Hindu
yang terkenal di Malaysia ialah Kuil Murugan di Batu Caves. Kuil itu merupakan pusat
ibadat yang paling besar dan terkenal bagi penganut Hindu di Malaysia. Di hadapan pintu
masuk kuil itu terdapat patung tuhan Murugan yang besar. Ritual keagamaan di kuil diketuai
oleh ketua agama yang dikenali sebagai Sami. Tanda warna yang dipakai pada dahi penganut
Hindu ialah pottu yang terdiri daripada pelbagai warna. Pottu dipakai secara berbeza oleh
lelaki dan wanita yang belum berkahwin serta wanita yang sidah berkahwin. Sementara itu
susu dan bunga juga merupakan simbol suci yang banyak digunakan dalam upacara
penyembahan dewa bagi agama Hindu. Untuk itu, kebanyakan kawasan di sekitar kuil
terdapat penjual bunga yang menyediakan kemudahan kepada penganut Hindu untuk
bersembahyang. Ganga Snanam ialah upacara mandi minyak dengan cara sejenis minyak
disapukan ke seluruh badan pada awal pagi Hari Deepavali. Upacara ini dipercayai dapat
menghapuskan dosa penganutnya. Penganut Hindu meraikan Deepavali yang biasanya
disambut pada akhir Oktober atau awal November setiap tahun. Deepavali merupakan
perayaan utama penganut Hindu di Malaysia. Perayaan ini bertemakan penghapusan
kejahilan daripada seseorang penganutnya sesuai dengan maknanya iaitu deretan lampu. Satu
lagi perayaan Hindu ialah Thaipusam apabila penganutnya menunaikan pelbagai nazar
kepada Dewa Murugan (Shamsul Amri Baharuddin 2012: 160-161). c) Agama Buddha
Kemunculan agama Buddha merupakan suatu reaksi terhadap kekerasan dan penindasan oleh
golongan Brahman yang memyebabkan golongan lain bangkit menentang terutama golongan
Kshatriya yang terdiri daripada anak-anak raja dan perajurit. Agama ini diasaskan oleh
Siddharta Gautama yang selalu memikirkan punca penderitaan dan kemelaratan. Dalam usia
29 tahun, dia meninggalkan istana dan memulakan kehidupan zuhud serta bercita-cita untuk
sampai ke peringkat mengetahui rahsia alam. Dia meninggalkan segala kemewahan dan
berpuas hati dengan pakaian yang koyak -rabak atau daun pokok untuk menutupi badannya.
Dia berbaring di tempat-tempat berduri dan berbatu, tidak menjamah makanan dan minuman.
Kadang-kadang dia makan hanya sebiji nasi sehari. Akhirnya, dia berteduh di bawah sepohon
pokok di dalam hutan Urvela iaitu tempat dia mendapat petunjuk. Kemudian, dia diberi
gelaran Buddha, seorang arif yang bercahaya atau Gautama yang bermaksud pendeta. Agama
Buddha mengenepikan perbincangan tentang ketuhanan. Agama Buddha mengelak perkara
yang berhubung dengan perbahasan ketuhanan dan metafizik kerana berpendapat bahawa
manusia bergantung kepada diri sendiri bukannya tuhan. Buddha tidak menyentuh tentang
keimanan kepada tuhan sedangkan desakan jiwa pengikutnya kuat memikirkan tentang tuhan.
Malah, ada yang menganggap Buddha bukanlah manusia semata-mata tetapi roh tuhan telah
meresap ke dalamnya. Mengikut penganut Buddha, peribadinya ialah ketuhanan dan
kemanusiaan kerana peribadi ketuhanan masuk meresap ke dalam peribadi kemanusiaan.
Penganutnya berpendapat Buddha tidak bercakap tentang tuhan kerana dia sendiri adalah
tuhan (Ibid;158) Ajaran Buddha tidak mengajarkan hal-hal tentang ketuhanan dan metafizik
tetapi sebaliknya ajaran ini merupakan ajaran psikologi dan etika yang berkaitan dengan
kehidupan. Tahap pertama untuk membebaskan diri daripada pusingan kelahiran adalah
dengan mengamalkan sila ataupun moral yang tinggi seperti mengawal nafsu, mengelakkan
dosa besar dan Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference 2016 22 & 23 November
2016 131 pergorbanan berdarah. Ini perlu diikuti dengan renungan (samadhi), kesedaran
(prajna), mencapai sambodhi iaitu mengetahui kebenaran sepenuhnya dan akhirnya mencapai
nirvana, iaitu terlepas daripada pusingan kelahiran. Ahimsa beerti menolak penyeksaan
(himsa) serta pembunuhan kerana apa sahaja makhluk tidak boleh dibunuh. Konsep ini
menjadi suatu konsep yang penting dalam agama Hindu. Pengikut-pengikut Buddha juga
menggunakan istilah Tri-Ratna bagi merujuk kepada Buddha, Buddha Dhamma dan Sangha.
Dhamma ialah ajaran-ajaran dasar Buddha. Intisari ajaran Dhamma dirangkumkan dalam
empat kebenaran yang mulia iaitu Dukka, Samudaya, Nirodha dan Marga. Dukka ialah
penderitaan, kesengsaraan ataupun perasaan duka. Kehidupan ini disifatkan sebagai suatu
penderitaan. Kelahiran, usia tua, mendapat penyakit, kematian dan kelahiran semula
merupakan penderitaan. Samudaya pula merupakan punca atau penyebab pembawa kepada
penderitaan. Contohnya api keinginan, cinta, nafsu, gila kekayaan dan sebagainya. Nirodha
ialah penghapusan atau pemadaman nafsu. Manakala Marga ialah jalan atau pun cara untuk
memadamka nafsu. Proses mengawal nafsu boleh dicapai dengan mengamalkan lapan prinsip
berikut; (i) Kepercayaan yang benar (ii) Tujuan yang benar (iii) Pertuturan yang benar (iv)
Perbuatan yang benar (v) Hidup yang benar (vi) Usaha yang benar (vii) Fikiran yang benar
(viii) Renungan yang benar Kelapan-lapan prinsip hidup ini boleh dirangkumkan dalam tiga
bahagian utama; Pertama, kepercayaan kepada Buddha Dhamma bagi mencapai nirvana.
Kedua, berkelakuan seperti yang ditentukan oleh Sangha. Ketiga, melakukan renugan yang
baik menurut Dhamma untuk mencapai nirvana. Menurut Hukum Karma, perbuatan baik
akan membawa kesan baik, manakala perbuatan jahat akan membawa padah (Ahmad Zaki
Abd Latiff 2012;111-112). Ketenangan rohani dan kasih saying terhadap semua yang
bernyawa itu yang diajarkan oleh Buddha. Antara prinsip yang terpenting diseru oleh Buddha
ialah pembasmian kasta. Di Malaysia, bukan semua etnik Cina menganut agama Buddha
kerana sebahagian daripada mereka juga berpegang kepada ajaran Taoisme, Konfusianisme,
Kristian dan Islam. Malah, terdapat dalam kalangan mereka yang mengamalkan dua atau
lebih ajaran Konfusianisme, Buddha dan Taoisme dalam masa yang sama. (d) Agama
Kristian Agama Kristian asalnya merupakan mazhab daripada kepercayaan Yahudi yang
menerima Jesus daripada Nazaret sebagai messiah atau kristus. Sesetengah penganut Kristian
menggelar Jesus sebagai penyelamat orang Yahudi seperti yang dijanjikan dalam Kitab
Perjanjian Lama. Penganut Kristian sama ada gereja Roman Katolik, Ortodok Timur ataupun
Gereja Protestan menerima Doktrin Triniti atau Tritunggal sebagai ajaran utama agama
Kristian. Penganut Kristian percaya bahawa selepas berakhirnya kehidupan Jesus Christ di
dunia wujud tuhan kekal di dunia dalam bentuk Roh Suci atau Roh Kudus yang terdiri
daripada tiga makhluk iaitu Bapa, Anak dan Roh Suci. Orang Kristian menganggap Jesus
sebagai jelmaan tuhan iaitu tuhan yang mengambil rupa manusia yang mempunyai sifat-sifat
manusia. Bagi orang Kristian, Jesus meninggal dunia untuk menyelamatkan manusia
daripada dosa. Tegasnya, kematian Jesus adalah untuk menyelamatkan manusia daripada
dosa. Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference 2016 22 & 23 November 2016 132
Agama Kristian mengajar bahawa tuhan menurunkan anaknya, Jesus ke dunia sebagai hamba
pilihannya yang dinamakan al-Masih. Ini bertujuan untuk menolong manusia melakukan
tugas keagamaan mereka. Kitab suci Kristian iaitu Bible mengandungi Kitab Perjanjian Lama
atau Bible Ibrani dan Perjanjian Baru. Kitab Perjanjian Lama (Bible) memimpin manusia ke
arah kehidupan yang bermoral iaitu menjauhi segala perkara yg negatif untuk menyelamatkan
manusia daripada dosa. Mengandungi 10 ajaran dan perintah dari Tuhan yang dikenali
sebagai The Ten Commandments (sepuluh rukun) Tuhan itu hanyalah satu, pencipta segala
makhluk. Penganut Kristian hendaklah mematuhi perintah-perintah Tuhan dan ajaran yang
disampaikan. Penganut Kristian digalakkan ke gereja pada hari Ahad kerana dianggap hari
kesucian (The Sabbath Day). Penganut Kristian hendaklah percaya kepada kehidupan semula
selepas mati dan mereka harus percaya kepada Jesus Christ akan dilahirkan semula untuk
memimpin mereka. Apabila timbul kelahiran semula ini, segala kejahatan akan berakhir dan
kehidupan akan dilimpahi dengan rahmat yang suci. Seterusnya, penganut Kristian dituntut
agar menghormati ibubapa dengan memberikan sepenuh kasih sayang kepada mereka dan
melarang penganutnya daripada melakukan sebarang kejahatan seperti membunuh, mencuri,
minum arak dan melakukan zina. Penganut hendaklah berkasih sayang sesama manusia dan
menggalakkan hubungan mesra dengan masyarakat terutamanya jiran tetangga. Perjanjian
Baru berdasarkan kepada Perjanjian Lama. Asas ajaran agama Kristian ialah yang
mempunyai hubungan nilai murni kasih sayang kepada tuhan, rakan, keluarga, saudara-mara,
jiran dan malah musuh. Penganut yang mempunyai kejujuran iaitu orang yang bercakap
benar dan jujur akan bersama-sama Tuhan di akhirat. Penganut Kristian hendaklah selalu
bersyukur dan berpuas hati terhadap apa yang dipunyai dan jangan mementingkan keduniaan.
Ajaran Kristian juga melarang penganutnya berdendam dan haruslah memaafkan orang lain.
Juga hendaklah berlaku adil dalam membuat keputusan atau menilai sesuatu,
bertanggungjawab terhadap tugas, pekerja bawahan, dan tidak harus membandingkan
tindakan mereka dengan orang lain. Seterusnya, seseorang itu harus cekap dalam
menjalankan tugas, jangan membuang masa, rajin dan tekun menjalankan tanggungjawab
dengan sepenuh hati dan berdedikasi, bersemangat dan berinisiatif serta patut melakukan
tugas hariannya dengan tujuan untuk mendapatkan balasan baik. Agama Kristian
menekankan aspek-aspek keberanian, kekayaan dan optimistik
(http://drabdshatar.blogspot.my/2012/08/agama-kristian.html) Kitab-kitab tersebut juga
mencatatkan riwayat hidup dan ajaran Jesus, perkembangan gereja pada peringkat awal dan
menerangkan pengertian kepercayaan mengikut Jesus. Dua amalan penting dalam Kristian
ialah pembaptisan dan Eukaris yang kedua-duanya berlangsung dalam gereja. Pembaptisan
ialah upacara untuk meraikan kemasukan seseorang dalam Kristian. Sementara Eukaris atau
Perhimpunan Suci atau Makan Malam Terakhir pula ialah majlis makan roti dan wine
sebagai tanda perpaduan antara penganut Kristian dan Jesus. Pemimpin gereja yang paling
berkuasa ialah bishop Rom yang dinamakan Paus di Barat dan Patriach di Constantinople di
Timur. Antara perayaan suci dalam Kristian ialah Krismas, Easter dan Good Friday.
Penganut Kristian digalakkan berkumpul di gereja untuk beribadat dan menjalani kehidupan
yang lurus mengikut peraturan moral tuhan (Shamsul Amri Baharuddin 2012: 160-161).
Selain Bible atau kitab Injil, salib juga merupakan ikon suci bagi penganut Kristian. Salib
ialah tanda palang yang menjadi symbol bagi agama Kristian. Simbol ini biasa dilihat di
bumbung atau di dinding gereja selain dipakai sebagai rantai leher oleh penganutnya. Mereka
mempercayai bahawa pemakaiannya dapat melindungi daripada bahaya (Zaid Ahmad et.al.
2010: 176) Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference 2016 22 & 23 November 2016
133 (e) Agama Sikh Sikh merupakan kelompok agama minoriti di Malaysia. Agama Sikh
dianuti oleh sebahagian besar etnik India berketurunan Punjabi di negara ini. Penganut Sikh
lebih mudah dikenali dengan identifikasi pemakaian serban dan berjanggut panjang untuk
lelaki. Bagi lelaki biasanya menggunakan nama akhir Singh yang bermaksud singa
manakala wanita menggunakan Kaur yang bermaksud puteri. Pengasas agama Sikh ialah
Guru Nanak pada tahun 1469M. Ajaran agama ini diteruskan dan dikembangkan oleh
sembilan orang guru lain. Penganut agama Sikh mempercayai satu Tuhan. Kitab suci agama
ini dikenali sebagai Sri Guru Granth Sahib Ji yang menjadi sumber rujukan utama dalam
kehidupan penganut Sikh. Kitab setebal 1,430 muka surat itu ditulis dan disempurnakan oleh
Guru Sikh serta terdapat di setiap gurdwara iaitu pusat ibadat dan kediaman orang Sikh. Isi
kandungannya mengandungi ajaran agama Sikh dan mazmur bagi tujuan keagamaan
termasuk nasihat untuk panduan kehidupan. Granthi Sahib membaca kitab suci dan
menyanyikan kirtan (mazmur) serta menyampaikan katha (syarahan) tentang ajaran agama
Sikh dalam bahasa Punjabi. Upacara keagamaan ini diakhiri dengan bacaan ardas (doa)
dengan cara penganut Sikh berdiri sambil merapatkan kedua-dua belah tapak tangan yang
bertujuan memanjatkan kesyukuran, meminta maaf, berterima kasih atau pun meminta
sesuatu hajat daripada Waheguru dengan penuh keikhlasan. Guru ka langgar iaitu makanan
berupa sayuran dimasak oleh orang Sikh di gurdwara yang disediakan kepada pengunjung
tanpa mengira agama. Penganut Sikh mementingkan seva (kerja amal) kepada umat manusia
tanpa mengira agama. Seterusnya, kesh atau berambut panjang menjadi simbol keimanan.
Penganut Sikh tidak dibenarkan memotong atau mencukur rambut dan bulu di mana-mana
bahagian badan. Jika berbuat demikian bererti melanggar perintah tuhan. Kangha atau sikat
mempunyai kaitan dengan rambut agar sentiasa bersih. Kara atau gelang besi yang dipakai di
tangan kanan bertujuan untuk mengingatkan agar mengelakkan kejahatan dan melambangkan
ikatan serta kepatuhan yang teguh kepada agamanya. Kirpan atau pedang kecil menunjukkan
bahawa seseorang yang memakainya setia dan teguh pegangan agamanya di samping
mempunyai iltizam yang tinggi terhadap agamanya. Kacha atau seluar khas melambangkan
kesediaan setiap waktu dan ketangkasan pergerakan dalam proses melakukan sesuatu. Ini
semua bertujuan agar penganut Sikh menjaga diri dan tidak melakukan perbuatan yang tidak
bermoral seperti berzina. Vaisakhi merupakan perayaan terpenting bagi penganut Sikh.
Perayaan ini disambut pada bulan April setiap tahun. Pada hari tersebut, penganut Sikh
mengunjungi gurdwara bersama keluarga dan sanak saudara. Mereka menuju ke darbar sahib
(dewan sembahyang) tempat letaknya kitab suci. Sanggat perlu menghormati kitab suci
sepanjang masa terutama ketika berada di gurdwara. Aktiviti keagamaan yang utama
dijalankan semasa sambutan perayaan Vaisakhi ialah amrit sanskar iaitu upacara
pembaptisan. Upacara suci ini menandakan kesediaan penganut Sikh memohon amrit iaitu air
suci bagi mendekatkan diri kepada Waheguru. Penganut Sikh tidak kira lelaki atau
perempuan boleh menjalani upacara tersebut pada bila-bila masa tanpa sekatan umur. Namun
persediaan diri terutama mental dan spiritual amat penting. ((Shamsul Amri Baharuddin
2012: 163-164) (f) Animisme Animisme ialah istilah untuk mana-mana kepercayaan yang
melibatkan pemujaan roh dan semangat alam semulajadi. Kepercayaan animism menganggap
bahawa segala sesuatu di Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference 2016 22 & 23
November 2016 134 dalam alam ini termasuk benda alam yang mati mempunyai jiwa dan
dapat berfikir serta berkeperibadian seperti manusia. Semangat dan kuasa luar biasa ini
disifatkan sebagai tuhan. Penganutnya menyembah dan memuja batu, pokok, sungai, gunung,
pokok, patung dan juga benda hasil buatan mereka sendiri seperti keris dan tombak. Secara
ringkasnya, animisme percaya bahawa: (i) semua objek di dalam dunia ini memiliki jiwa dan
hidup; (ii) adanya makhluk halus seperti hantu dan jin di gunung, sungai dan tempat keramat;
dan (iii) bintang, matahari dan bulan memiliki jiwa. Roh-roh ini terdiri daripada roh mereka
yang sudah meninggal dan membawa kepada pemujaan nenek moyang atau mungkin ada roh
yang umum, yang tidak dihubungkan dengan seseorang yang mirip dengan mana daripada
kepercayaan orang di kepulauan Pasifik atau manito daripada kepercayaan orang Indian
Amerika. Roh-roh ini harus dijaga agar tidak boleh dipermainkan. Dukun, orang keramat, dan
ahli sihir merupakan orang penting yang menghubungkan manusia dengan makhluk halus
atau roh-roh ini. Dalam masyarakat Melayu, animisme dikaitkan dengan kewujudan
semangat, roh, penunggu, puaka, dan makhluk alam ghaib yang lain. Bagi orang Melayu,
semangat dipercayai hidup di merata tempat sama ada di kawasan pertanian iaitu sawah dan
kebun, lautan, pantai, hutan rimba, rumah atau dalam diri manusia itu sendiri. Orang Melayu
tradisional percaya bahawa semua makhluk ghaib boleh dihubungi, diseur dan dipujuk.
Malahan makhluk ini dipercayai boleh dan dapat menunaikan segala permohonan para
pemohon dan pemujanya. Semangat ini dipercayai dapat mempengaruhi sesuatu hasil
pertanian. Hasil tuaian padi dikaitkan dengan adanya semangat padi yang sentiasa mengawal
padi ini. Semangat padi hendaklah dijaga supaya tidak merajuk atau marah sehingga boleh
mengurangkan mutu atau hasil padi. Di Semenanjung Malaysia misalnya, semangat padi
dipercayai boleh membantu mengeluarkan hasil yang banyak dengan syarat semua peraturan
upacara, pantang-larang, dan cara melaksanakannya diikuti. Pawang yang banyak melibatkan
upacara yang dilakukan seluruh penduduk seperti upacara memanggil semangat padi (Esa
Khalid 2004:183) 4. Kesimpulan Prinsip kebebasan beragama juga diraikan dan
diperuntukkan tempat yang wajar dalam Islam. Penganut pelbagai agama bebas
mengamalkan agama pegangan masing-masing dengan aman tanpa merasa takut dan
terancam. Berasaskan prinsip ini, rumah-rumah ibadat dibenarkan untuk didirikan. Islam
menganggap semua agama berhak untuk diamalkan oleh penganut agama masing-masing.
Ciri-ciri yang ada dalam Islam sangat berguna untuk menjaga kebajian manusia sejagat.
Namun, untuk melaksanakan peraturan-peraturan yang ditetapkan, Islam menganjurkan
supaya dibuat dengan niat yang jujur atas dasar tanggungjawab secara langsung pada Allah.
Untuk itu, setiap perbuatan yang dilakukan akan dinilai dari segi kejujuran niat. Kejujuran
dan amanah dalam menunaikan tanggungjawab sama ada terhadap individu atau masyarakat
mampu memberi impak dalam kehidupan manusia. Dalam kepelbagaian etnik, agama dan
budaya di Malaysia, masyarakatnya mampu hidup sebelah menyebelah denga harmoni.
Pemahaman tentang institusi agama, pusat ibadat, perayaan, ritual dan simbol suci bagi
agama yang dianuti oleh keseluruhan masyarakat Malaysia berupaya memperkukuh
hubungan antara penganut agama yang pelbagai. Perselisihan dan salah faham antara agama
yang berbeza dapat dibendung daripada terus Muzakarah Fiqh & International Fiqh
Conference 2016 22 & 23 November 2016 135 merebak. Prasyarat kepada pengukuhan
hubungan antara agama yang lebih bermakna ialah setiap penganut agama yang berbeza
mestilah mempunyai sikap toleransi yang tinggi terhadap agama lain dan pendekatan harus
dipupuk ke arah yang lebih positif. Peningkatan tahap toleransi antara agama dan etnik
mampu ditingkatkan dengan kesediaan semua kelompok agama memahami dan menerima
perbezaan serta meraikan kepelbagaian. Dengan pengukuhan hubungan antara penganut
agama yang berbeza pasti dapat menyumbang ke arah keharmonian hubungan antara etnik
serta kesejahteraan pembangunan negara bangsa. Sumber Rujukan Ahmad Zaki Abd. Latif,
Azam Hamzah & Azhar Mad Aros. 2012. Buku Teks Tamadun Islam dan Tamadun Asia
(TITAS). Selangor:Oxford Fajar Sdn. Bhd. Ahmad Zaki Abd. Latif, Azam Hamzah & Azhar
Mad Aros. 2015. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Edisi Ketiga. Selangor:Oxford
Fajar Sdn. Bhd. Anuar Rafie, Salehah Abdull Hak. 2007. Rukun Negara. Kuala Lumpur:
Jabatan Penerangan Malaysia. Ayu Nor Azilah Mohamad, Rohaini Amin, Nor Azlina Endut.
2013. Rukun Negara:Peranan, Penghayatan dan Cabaran dalam Perpaduan di Malaysia
dalam Mohd Azani Jabar (peny.) 2013. Membina Bangsa Malaysia. Jabatan Perdana
Menteri:Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Esa Khalid & Mohd. Azhar Abd.
Hamid. 2004. Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China dan Jepun. Johor:Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia. http://drabdshatar.blogspot.my/2012/08/agama-kristian.html.
04 November 2016. http://paksuamir.wordpress.com/2009/07/05/kepercayaan-kepada-tuhan/.
23 Mac 2010. http://www.malaysiaharmoni.com/index.php/pandangan/pandangan-
category/4-krisis-perakdaripada-perspektif-rukun-negara. 23 Mac 2010. Mardiana Nordin &
Hasnah Husiin. 2014. Pengajian Malaysia Edisi Kelima. Selangor:Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mohamed Mustafa Ishak. 2014. Politik Bangsa Malaysia:Pembinaan Bangsa dalam
Masyarakat Pelbagai Etnik. Kuala Lumpur:ITBM & UUM Press. Osman Bakar, Azizan
Baharuddin & Zaid Ahmad. 2015. Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
Kuala Lumpur:Universiti Malaya. Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik.
Shah Alam:Universiti Teknologi MARA. Shamsul Amri Baharuddin. 2012. Modul
Hubungan Etnik Edisi Kedua. Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia. Muzakarah Fiqh &
International Fiqh Conference 2016 22 & 23 November 2016 136 Ramawan Ab. Rahman.
2011. Pengantar Tamadun dan Sejarah Pemikiran Islam. Penerbit Alambaca Sdn. Bhd.
Singaravelu Sachithanantham (editor). 2006. Pengajian India:Bicara Pelbagai Perspektif.
Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Malaya. Zaid Ahmad (editor) et.al. 2010. Buku Teks
Hubungan Etnik di Malaysia Edisi Kedua. Selangor:Oxford Fajar Sdn. Bhd.

..

Ekoran dari rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969, lantas Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN) ditubuhkan untuk memastikan keamanan negara terus terpelihara. MAGERAN
kemudiannya telah mewujudkan Majlis Perundingan Negara bagi membincangkan Strategi
Perpaduan Nasional. Pada tarikh kemerdekaan negara 31 Ogos 1970 maka ideologi negara
iaitu Rukun Negara mula diperkenalkan.

Matlamat utamanya adalah untuk mengukuhkan perpaduan, memelihara corak hidup demokratik,
mencipta sebuah masyarakat yang adil, menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang
pelbagai dan membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi. Rukun
Negara merupakan satu manifestasi kecintaan kepada negara yang telah berjaya memupuk
semangat perpaduan antara kaum di Malaysia. Ia adalah sesuatu yang sentiasa relevan dalam
konteks negara kita.

Anda mungkin juga menyukai