Anda di halaman 1dari 3

LAMPIRAN 1

SUKAN LASAK

Remaja sekarang memang tahan lasak. Mereka lebih gemar menceburi aktiviti yang lasak
dan mencabar. Oleh itu, sekiranya kelasakan mereka tidak dijuruskan ke arah aktiviti yang
berfaedah, maka mereka akan melibatkan diri dalam pelbagai gejala negatif yang tidak
menguntungkan sesiapa pun. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, maka sukan lasak seperti
kembara, mendaki gunung, berkayak, dan lumba basikal banyak dianjurkan oleh pelbagai
pihak dan sambutannya amat menggalakkan. Oleh itu, aktiviti ini perlu diperluas di
peringkat sekolah dengan harapan dapat membentuk individu yang mempunyai ketahanan
diri dan berani menghadapi cabaran. Hal ini telah ditegaskan oleh Menteri Belia dan Sukan,
Datuk Azalina Othman Said supaya belia di Malaysia menceburi bidang sukan lasak sama
ada semasa mereka masih bersekolah atau selepas berhenti sekolah. Malah, Kementerian
Belia dan Sukan menyediakan pelbagai kemudahan kepada belia untuk menceburi bidang
sukan ini. Dengan itu, saya bersetuju dengan pandangan supaya sukan lasak perlu
diperkenalkan di peringkat sekolah.

Salah satu faedah memperkenalkan sukan lasak seperti kembara, mendaki gunung,
berkayak, dan lumba basikal di peringkat sekolah ialah kita dapat membentuk individu yang
mempunyai ketahanan diri dan berani menghadapi cabaran. Hal ini demikian kerana
sehingga sekarang remaja dan belia kita tidak mempunyai ketahanan diri dan tidak tahan
menghadapi cabaran apabila berada di dunia luar. Dengan itu, kebanyakan mereka terlibat
dengan penyalahgunaan dadah dan ditempatkan di pusat serenti. Oleh itu, mulai tahun
2004, program Latihan Khidmat Negara diperkenalkan dan pelajar lepasan SPM diwajibkan
menyertai program ini secara berperingkat- peringkat. Dalam fasa pertama, mereka
didedahkan dengan aktiviti luar yang memerlukan tenaga fizikal untuk membentuk mereka
menjadi warganegara yang berketahanan tinggi dan sanggup mengharungi cabaran kelak.
Oleh itu, saya mencadangkan sukan lasak perlu diperkenalkan di sekolah sebagai usaha
untuk membina ketahanan diri dan berdaya juang.

Selain itu, sekiranya sukan ini diperkenalkan di peringkat sekolah, maka kita menyediakan
atlet dalam bidang sukan lasak yang boleh mewakili negara ini diperingkat antarabangsa
kelak. Hal ini demikian kerana bidang sukan ini perlu diperkenalkan di peringkat awal lagi
atau diperingkat sekolah seperti kata peribahasa “ kalau hendak melentur buluh, biarlah dari
rebungnya “. Untuk berjaya dalam pelbagai sukan lasak, bukanlah satu usaha mudah yang
dapat dilatih dalam masa setahun dua sahaja, tetapi mengambil masa yang lama. Jadi,
sekiranya sukan lasak ini diperkenalkan di peringkat sekolah, maka pelajar yang berminat
dalam bidang ini dapat mengasah bakat mereka melalui latihan yang terbimbing semasa di
bangku sekolah. Oleh itu, apabila mereka meninggalkan sekolah, mereka masih boleh
meneruskan latihan intensif agar boleh mewakili negara dalam acara yang dipilih mereka.
Buktinya ialah buat pertama kali Malaysia menampilkan barisan tiga pelumba muda untuk
menggalas cabaran dalam dua acara lebuh raya Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) ke – 24 di
Bandar Raya Yokaichi di Jepun pada 9 – 16 April 2004. Mereka ialah Sayuti Mohd. Zahit
dan Jasmin Ruslan, iaiti pelumba Projek Gemilang 2006 dan Wam Mohd. Najmee Wan
Mohamad, iaitu pelumba muda dari Kuaka Lumpur. Penghantaran itu ialah sebahagian
dariapda rancangan jangka panjang untuk menggilap pelumba muda bagi memikul lebih
banyak tugas besar di peringkat antarabangsa pada masa akan datang. Oleh itu, sukan lasak
perlu diperkenalkan di peringkat sekolah supaya kita mencungkil bakat muda untuk digilap
dan disinarkan untuk mewakili negara kelak.

Sukan lasak seperti berenang merentasi sungai atau laut wajar diperkenalkan di peringkat
sekolah. Buktinya ialah seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Salman Ali Shariat Abdul
Halim mencipta rekod sukan renang negara apabila Berjaya menyeberangi Sungai Dinding
sejauh satu kilometer pada 30 Mac 2004. Salman adalah antara 31 orang peserta yang
kebanyakannya orang dewasa yang berjaya menamatkan renangan dalam program cabaran
merentasi Sungai Dinding 2004 anjuran Universiti Teknologi Mara (UITM) Cawangan
Perak. Perenang berbakat itu turut ditemani oleh dua orang kakaknya, Zahara Mansourah
berumur 11 tahun dan Zahara Ma’saunah berusia 12 tahun. Sekiranya kanak-kanak berusia
enam tahun dapat melibatkan diri dalam sukan lasak seperti ini, maka tidak mustahil jikalau
pelajar didedahkan dengan sukan lasak apabila mereka berada di bangku sekolah. Hal ini
dapat dilihat dengan kemampuan Datuk Malik merenangi Selat Inggeris dan beliau menjadi
orang Asia yang pertama berjaya berbuat demikian. Oleh itu, sukan dan permainan yang
sudah diperkenalkan diteruskan, tetapi sukan lasak seperti kembara, berenang di laut, dan
mendaki gunung diperkenalkan di sekolah. Dengan berbuat demikian, maka pada suatu
masa kelak, mereka akan sanggup melakukan aktiviti yang mencabar demi menaikkan nama
Malaysia di persada dunia.

Akhirnya, dengan menceburi sukan lasak, maka para remaja dan pelajar dapat dijauhkan
daripada terbabit dalam kegiatan negatif seperti buli, lepak, dan gangsterisme. Pelajar
sekarang tidak berminat dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, dan olahraga
yang diadakan di sekolah kerana aktiviti ini tidak mencabar minda dan fizikal mereka.
Mereka mahu melakukan aktiviti yang lebih lasak dan mencabar supaya mereka dapat
memperagakan diri dan kebolehan mereka di khalayak ramai. Bermain bola sepak, bola
jaring, dan sepak takraw dianggap oleh mereka tidak sesuai lagi pada zaman ini. Oleh itu,
terdapat ramai remaja yang menceburi permainan boling, memanah, lumba motosikal. Dan
sebagainyadi luar waktu persekolahan. Apabila menyentuh hal ini, maka Menteri Besar
Selangor, Datuk Seri Dr. mohamad Khir Toyo ketika berucap kepada pemberita selepas
merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah
Kebangsaan Rantau Panjang, Kapar mengatakan bahawa guru masih ingin pelajar bermain
bola dan olahraga, tetapi pelajar pada hari ini lebih berminat kepada sukan ekstrem atau
sukan lasak yang tiada di sekolah. Beliau berkata, ”dikatakan sukan ini melahirkan generasi
tidak sopan sedangkan jika ada di sekolah, maka sukan ini dapat memenuhi kehendak
mereka dan sekali gus membolehkan mereka mengisi masa lapang dengan kegiatan yang
diminati dan menjauhkan mereka daripada terbabit dengan aktiviti lain yang tidak sihat.”
Jadi, usaha untuk memperkenalkan sukan lasak di sekolah perlu dimulakan dari sekarang.

Tuntasnya, sukan ekstrem atau sukan lasak yang digemari oleh pelajar dan tidak
membahayakan diri mereka wajar diperkenalkan di sekolah kerana kita mahu generasi
muda kita membabitkan diri dalam bidang sukan ini. Malah, sukan lasak perlu
dipertandingkan di peringkat daerah dan kebangsaaan supaya kita dapat mengenal pasti
bakat generasi muda dan mengasah bakat itu. Dengan itu, kita mempunyai barisan pelapis
untuk mewakili negara dalam pelbagai sukan lasak di peringkat antarabangsa. Akhirnya,
saya menegaskan bahawa sukan lasak perlu diperkenalkan di peringkat sekolah kerana
peribahasa mengatakan “Melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.

NUR AZIZAH ARRYANIE BINTI MORSHIDI


Posted by Hasnah Mat Adnan at 10:32 PM 3 comments: Links to this post
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
PENGURUSAN GRAFIK KWLH

W( ingin tahu) L(dipelajari) H(cara


mendapatkan
maklumat lain)

Anda mungkin juga menyukai