Anda di halaman 1dari 7

Dasar Satu Murid Satu Sukan KPM

Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS). Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

Langkah lahir pelajar seimbang, galak gaya hidup sihat PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran semalam melancarkan Dasar 1Murid 1Sukan yang menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata dasar itu mewajibkan semua murid yang tidak mengalami masalah kesihatan memilih satu jenis sukan ditawarkan pihak sekolah atau dijalankan dengan persetujuan sekolah. Kementerian menggariskan beberapa perkara bagi memantapkan pelaksanaan dasar ini iaitu pihak sekolah perlu membuat perancangan sistematik, memaksimumkan penggunaan kemudahan, peralatan dan kepakaran sedia ada, mewujudkan kerjasama dengan agensi berkaitan sukan dan memastikan aktiviti sukan dijalankan sepanjang tahun. Antara lain, dasar ini berhasrat memupuk budaya bersukan di kalangan murid supaya menjadi anggota masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas, katanya pada sidang media pelancaran dasar berkenaan, di sini semalam yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan), Dr Zahri Aziz. Dasar 1Murid 1Sukan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mac lalu bertujuan memantapkan pembangunan sukan peringkat sekolah selaras program terdahulu iaitu Sukan Berprestasi Tinggi Sekolah (SPTS), khusus bagi membangunkan atlit sekolah cemerlang yang dilaksanakan sejak Julai 2008. Muhyiddin menggariskan enam strategi memantapkan sukan di sekolah ketika mengumumkan program SPTS dan berharap dasar terbabit akan mengembalikan kecemerlangan sukan sekolah di seluruh negara. Abdul Ghafar berkata, penyertaan menyeluruh semua murid dalam kegiatan sukan perlu bagi membangunkan modal insan cergas. Berita harian Online: 11 Jun 2011

Larian Satu Murid Satu Sukan cipta rekod

TAIPING: Seramai 4.1 juta pelajar daripada 9,980 buah sekolah menengah dan sekolah rendah seluruh negara menyertai larian serentak Satu Murid Satu Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan hari ini sekali gus mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori larian pelajar sekolah serentak terbesar. Larian sempena majlis pelancaran Dasar Satu Murid Satu Sukan itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Padang Dataran Perbandaran Taiping di sini pagi ini.

Selain penyertaan pelajar, guru dan ibu bapa, larian berkenaan turut berlangsung serentak di 28 buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan 15 buah Kolej Matrikulasi seluruh negara.

Pada majlis pelancaran di sini, Timbalan Perdana Menteri melepaskan 15,000 peserta daripada 30 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah dari sekitar Taiping. Larian tersebut bermula pada 7.45 pagi dan para peserta seluruh negara berlari sejauh 1.5 kilometer (km) manakala peserta di Taiping berlari pada jarak 1.85 km di sekitar Taman Tasik Taiping. Penyertaan 4,137,126 peserta itu dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori larian terbesar dan diisytiharkan sebagai rekod baru oleh Diana Paul dari MBR dalam kategori larian serentak. Larian serentak terbesar yang direkodkan MBR sebelum ini ialah larian anjuran Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2000 dengan penyertaan 2.3 juta peserta. Turut menyertai Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dalam larian pagi tadi ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud. Dalam ucapan semasa merasmikan program tersebut, Muhyiddin turut menekankan bahawa sukan adalah satu platform dalam pembentukan kemenjadian holistik dan sahsiah murid-murid selain membentuk integrasi nasional. "Sehubungan itu, bagi menjayakan matlamat dasar 1Murid 1Sukan, kesedaran serta komitmen yang jitu haruslah ditunjukkan oleh kepimpinan sekolah, setiap guru dan kakitangan sekolah," katanya. Larian berkenaan bertujuan memupuk budaya sukan dalam kalangan murid sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya penyertaan murid dalam aktiviti sukan. Kementerian sebelum itu mengumumkan hari larian berkenaan boleh dijadikan sebagai hari persekolahan oleh sekolah-sekolah yang mengambil bahagian, kerana selain acara larian itu, sekolah juga hendaklah mengadakan aktiviti pendidikan seperti hari persekolahan biasa. Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid, termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan, untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan yang ditawarkan oleh pihak sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah.

Ia berhasrat untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan menyeluruh murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan agar mereka menjadi ahli masyarakat yang meng amalkan gaya hidup sihat dan cergas. Dasar 1Murid 1Sukan yang menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dasar itu yang dilancarkan Mac lalu bertujuan memantapkan pembangunan sukan peringkat sekolah selaras program terdahulu iaitu Sukan Berprestasi Tinggi Sekolah (SPTS), khusus bagi membangunkan atlit sekolah cemerlang yang dilaksanakan sejak Julai 2008. Sementara itu, pelbagai acara lain turut diadakan sempena majlis itu, antaranya senamrobik, pertandingan sepak raga, futsal, bola jaring, tenis, bola tampar serta acara wall climbing. - BERNAMA

SUKAN SEBAGAI SATU INDUSTRI: 1 MURID 1 SUKAN (THE BUSINESS OF SPORT IN SCHOOL)
Ekoran ketidakupayaan skuad badminton Piala Thomas negara menyaingi ketangkasan jagoan China baru -baru ini, pelbagai andaian, idea dan kritikan telah dilontarkan oleh tokoh yang dianggap berwibawa. Profesor Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim (bekas pelajar tingkatan 6 di St Michael's Institution) meletakkan akar umbi kelemahan daya juang atlet Malaysia dengan sikap masyarakat yang terlalu mengutamakan perkara yang bukan -bukan. Masyarakat Malaysia kini sangat lemah dan lem bik, serta tidak mempunyai kekuatan minda berbanding dengan pemain negara lain (Kosmo! Ahad: 23 Mei 2010, 63). Pada dekad 1980-an, Malaysia sangat digeruni sebagai kuasa besar bola sepak, badminton dan hoki di benua Asia, dan memiliki ranking yang baik di peringkat dunia. Pasukan bola sepak dan hoki berjaya meloloskan diri ke temasya Olimpik tanpa banyak masalah. Kini, pasukan negara terkial-kial mencari rentak untuk menyaingi pasukan yang dahulunya hanya berstatus belasahan. Sebagai contoh, skuad bola sepak kita sudah jauh ketinggalan dengan Jepun dan Korea Selatan. Kita juga menghadapi masalah di peringkat Asia Tenggara, terutama Thailand dan Singapura. Kemungkinan tahap permainan kita tidak jatuh, cuma tahap permainan lawan meningkat lebih tinggi. Untuk berlaku adil, mutu sukan negara bukanlah teruk sangat. Malaysia memiliki pemain nombor satu dunia dalam sukan boling padang, tenpin boling, skuasy, dan perahu layar. Atlet lumba basikal dan menembak juga berjaya menyelitkan diri dalam kelompok elit dunia. Namun, acara sukan yang disenaraikan itu tidak memiliki kelompok penggemar yang banyak. Kalau diadakan pertandingan, waima di peringkat dunia sekalipun, bilangan penonton yang hadir boleh dikira dengan jari. Sedangkan acara bola sepak, walaupun negara disenaraikan dalam kelompok bawahan dunia, masih mampu menggamit jumlah penonton "pecah stadium". Cuba tanyakan mana-mana pelajar atau orang awam sama ada mereka mengenali pemain boling padang atau atlet perahu layar kebanggaan negara? Barangkali mereka lebih cepat menyebut nama pemain bola sepak negeri dalam Liga M. Apabila berlangsung Piala Dunia di Afrika Selatan mulai bulan Jun nanti, jangan harap masyarakat kita hendak melayan acara sukan yang lain.

Sukan sememangnya suatu industri berskala besar. Segala kemudahan, pakar dan peralatan sukan menelan biaya yang tidak sedikit jumlahnya. Kesan pengganda dan kesan rantaian aktiviti sukan demikian luas hingga mencetuskan pelbagai projek dan peluang perniagaan. Di kampung, kanak-kanak bebas bermain bola sepak di tanah lapang atau di tepi pantai. Keadaannya akan berlainan dengan di bandar yang dipenuhi pelbagai premis awam dan komersial pada setiap inci tanah yang ada. Maka, di bandar diwujudkan arena futsal yang dikenakan kadar sewaan tertentu. Tidak hairanlah bola sepak dianggap sebagai sukan awam kerana boleh dilangsungkan di mana -mana. Acara sukan lain memerlukan gelanggang yang khusus, peralatan yang mahal dan jersi yang perlu ditempah khas. Akhirnya, acara sukan selain bola sepak hanya disertai oleh kelompok masyarakat tertentu, terutama di kawasan bandar. Kemuncak prestasi seseorang atlet ialah dalam lingkungan usia 20 -an. Walaupun demikian, penyediaan seseorang atlet yang hebat perlu dimulai sewaktu usia awal kanak -kanak lagi. Maknanya, bakat-bakat sukan hendaklah dikenal pasti di peringkat sekolah rendah lagi. Langkah mewajibkan penyertaan murid dalam sukan wajar dialu alukan. Haji Mohd Sabri, presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat menganggap konsep 1 murid 1 sukan sebagai kena pada masanya supaya hasrat falsafah pendidikan kebangsaan yang dirujuk sebagai JERI (jasmani, emosi, rohani, inteleks) menerusi aktiviti sukan dapat menyerlahkan potensi insan yang menyeluruh dan seimbang. Namun, beliau turut mengingatkan supaya segala perancangan tentang kemudahan dan kepakaran dilaksanakan lebih awal. Perhatian terhadap murid yang kurang beruntung, kelainan upaya dan bermasalah kesihatan juga perlu diambil kira. Negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom memiliki universiti khusus dalam bidang sukan, di samping institut penyelidikan dan pembangunan sukan. Pusat sukan berprestasi tinggi turut mendapat sentuhan pakar pelbagai disiplin ilmu. Sukan dianggap sebagai satu bidang sains dan seni sekali gus. Australia misalnya bermegah dengan AIS (Australian Institute of Sports). Walaupun jumlah penduduk negara bertaraf benua itu lebih rendah berbanding dengan negara kita, atlet mereka dipusatkan supaya hal-hal kecergasan, pemakanan dan taktikal senantiasa diawasi. Sebab itu Australia memiliki banyak atlet yang setara pencapaiannya untuk dihantar menyertai sejumlah kejohanan secara serentak. Malaysia telah mengorak langkah menubuhkan sekolah sukan (Bukit

Jalil, Bandar Penawar), sekolah kluster kecemerlangan sukan, dan sekolah projek sukan negeri. UKM, UM dan UPM turut diberi peranan memajukan bidang sukan dengan sentuhan intelektual yang berteraskan penyelidikan. Ibarat menanam pokok, hasilnya hanya dapat dilihat dalam tempoh beberapa tahun lagi...
Posted by CIKGU AZHAR RODZI at 3:44 AM

Anda mungkin juga menyukai