Anda di halaman 1dari 6

PETA MINDA KELEBIHAN SUKAN KEPADA REMAJA Kesihatan Mengisi masa lapang Memartabatkan Negara Mengeratkan hubungan Menghilangkan

tekanan kesihatan Sukan merupakan aktiviti riadah untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan fizikal dan mental. Dewasa ini, masyarakat berhadapan dengan pelbagai penyakit moden' seperti kolesterol, darah tinggi dan sebagainya akibat tabiat pemakanan dan kurang bersenam. 'otak yang baik terletak di badan yang sihat'. Jika badan dan otak sihat maka selesalah melakukan apa juga pekerjaan dan kegiatan. Kerja yang dihasilkan juga akan lebih berkualiti dan mantap. memartabatkan negara Para remaja yang mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa dapat mengangkat imej dan martabat negara. Penglibatan remaja dalam sukan amat membanggakan sehingga kini wujud ramai atlet dalam kalangan remaja, misalnya Hafiz Hashim, Shalin Zulkifli, Nicole Ann David. Remaja perlulah menyeimbangkan antara sukan dan pelajaran supaya cemerlang kedua-duanya. menghilangkan tekanan Sebagai remaja, mereka dapat menghilangkan tekanan yang dihadapi sama ada di sekolah mahupun di rumah Bersukan mampu menghindarkan remaja dari tekanan di samping berupaya memberikan ketenangan jiwa khususnya kepada remaja. Remaja boleh melakukan aktiviti sukan lasak mahupun aktiviti padang, berbasikal,berenang untuk mengisi minda dengan perkara-perkara yang positif. mengisi masa lapang Memanfaatkan waktu terluang dengan aktiviti yang berfaedah. Melakukan aktiviti sukan atau riadah seperti berjoging,bermain badminton,tenis, dan lain-lain. Remaja tidak akan terdedah untuk melakukan perkara-perkara negatif. eratkan hubungan Dengan bersukan remaja mampu berinteraksi dengan orang lain. Penglibatan dalam sukan dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain tanpa mengira bangsa ,agama, mahupun keturunan. Remaja mudah bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain,meluahkan segala masalah apabila bersama-sama rakan-rakan sambil melakukan aktiviti sukan Latihan Hasilkan sebuah karangan berdasarkan tajuk yang telah Diberikan iaitu kelebihan Sukan Kepada RemajaKarangan anda mestilah tidak kurang 350 patah perkataan. Karangan yang lengkap perlu ditulis dalam MS Word dan tugasan dihantar melalui e-mel.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/385-info-ringkas/10461-dasar-1murid1sekolah.html

DASAR 1MURID 1SUKAN


Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurangkurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi

Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk: 1. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. 2. Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut: 1. Meningkatkan kecergasan jasmani. 2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni. 3. Memupuk perpaduan di antara kaum. 4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid. 5. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal. 6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. 7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Konsep Dasar 1 M 1S diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat: 1. Memberi akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. 2. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. 3. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut: 1. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. 2. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah;. 3. Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M 1S. 4. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti su kan.

5. Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani, Jasmani, dan Emosi murid. 6. Ibu bapa dan agensi luar rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah. 7. Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid. Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M 1S, setiap sekolah mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan 1M 1 S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut: 1. Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. 2. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah. 3. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm asrama, kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan MSSD/MSSN/MSSM serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M1S. Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan: 1.Kehadiran; 2.JawatanSertaSumbangan; 3.Penglibatan;dan 4. Pencapaian. Perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa untuk murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 1 mulai tahun 2012. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA Sumber: Kementerian Pelajaran

http://www.sabah.gov.my/press/docs/2007000999.htm

Pada hari ini, sukan bukan sahaja mampu mempertingkatkan tahap kesihatan tetapi telah menjadi wadah untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan dan silaturahim. Dengan persefahaman dan kerjasama yang dipupuk melalui penyertaan dalam sukan yang tidak mengira latar belakang bangsa dan agama, telah berjaya membentuk kita menjadi satu bangsa Malaysia yang progresif dan meningkatkan lagi perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. Dalam konteks Negeri Sabah, saya turut berasa gembira disebabkan kebanyakan acara sukan yang dahulunya didominasi oleh satu-satu kaum sahaja telahpun mempunyai ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai etnik yang terdapat di negeri ini. Keadaan ini membuktikan bahawa usaha kerajaan untuk memupuk kesedaran perpaduan di kalangan rakyat melalui aktiviti sukan telah mencapai matlamatnya. Melalui sukan juga, kita dapat membentuk nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi dalam diri setiap daripada kita. Contoh terbaik yang boleh kita saksikan pada hari ini ialah penganjuran kejohanan-kejohanan golf amal yang seringkali diadakan untuk mengumpul dana bagi tujuan membantu golongan-golongan yang tidak bernasib baik. Di samping itu, aktiviti sukan khususnya sukan bola sepak turut memainkan peranan yang sangat penting dalam mengukuhkan nilai kemanusiaan. Umpamanya, Kejohanan Piala Asia yang diadakan barubaru ini dimana pasukan Iraq telah dinobatkan selaku juara. Seperti yang kita maklumi, Negara Iraq ketika ini masih mengalami pergolakan dalam negara yang tidak menentu, namun pasukan bola sepaknya telah mencipta sejarah bola sepak Asia selaku juara baru kejohanan tersebut. Dengan kejayaan yang dikecapi oleh pasukan Iraq ini, Presiden FIFA telah menganggapnya sebagai satu kemenangan terhadap isu kemanusiaan sejagat. Sebenarnya banyak lagi faedah yang boleh kita peroleh dengan penglibatan dalam bidang sukan, antaranya sukan itu sendiri boleh membentuk jati diri yang tinggi, sukan sebagai satu pilihan kerjaya, sukan berupaya menjadi alat integrasi nasional dan sekaligus membantu meningkatkan imej negeri dan negara amnya. Justeru, marilah kita sama-sama berganding bahu dan meneruskan kerjasama yang kukuh dalam menjana kemajuan pembangunan sukan di negeri ini. Saya berharap agar kegemilangan yang dikecapi hari ini tidak berkubur begitu sahaja. Pegawai dan atlet perlulah mempertingkatkan lagi prestasi dan kemampuan mereka untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

http://nidapink90.blogspot.com/2010/11/konsep-definisi-dan-kepentingan-sukan.html Konsep, definisi dan kepentingan sukan rekreasi

Konsep sukan rekreasi. Sukan rekreasi yang lasak dan mempunyai cabarannya yang tersendiri sememangnya digemari oleh para remaja dan dewasa yang aktif. Pelbagai aktiviti yang menarik yang berasaskan aktiviti air, darat, dan dalaman.

Konsep utama sukan rekreasi ini adalah untuk mendapat kepuasan kendiri (personal fulfillment). Orang ramai yang gemar berrekreasi ini biasanya melakukan aktivi yang digemari mereka untuk mendapatkan kepuasan kendiri. Dalam sukan rekreasi ini mempunyai konsep sosialisasi iaitu yang berkaitan dengan perawakan seseorang. Konsep ini memberi peluang kepada pelajar untuk lebih banyak bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Dengan ini para pelajar akan dapat meluaskan pergaulan mereka dan mempunyai hubungan yang baik diantara mereka. Sosialisasi ini juga dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk memupuk dan mengamalkan nilainilai murni deperti kerjasama, bertolak ansur, toleransi, dan sebagainya. Konsep sukan rekreasi ini dapat membantu dalam pembentukan diri individu, pembangunan insan, pembangunan negara, kepimpinan, gaya hidup sihat, kecerdasan, pendidikan sepanjang hayat,dan dinamik kumpulan.

Definisi. Menurut Ford (1981), rekreasi merupakan program yang melibatkan penggunaan persekitaran yang semula jadi yang bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu, dan sikap. Hammerman Etal (1985) pula mengatakan bahawa sukan rekreasi itu merupakan landasan untuk mengenal pasti pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Rekreasi itu merupakan aktiviti yang dirancang dimasa lapang untuk tujuan keseronokan, ketenangan minda, dan merehatkan badan. Kesenggangan pula memebawa maksud masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan member kepuasa dalam diri individu.

Kepentingan rekreasi dalam kurikulum sekolah. Dalam kurikulum di sekolah, aktiviti rekreasi juga dititikberatkan kepada murid. Oleh sebab itu setiap tahun, kebanyakan sekolah akan menganjurkan pelbagai aktiviti rekreasi untuk pelajar-pelajar. Sukan rekreasi diselaraskan di sekolah bagi merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Sekiranya para pelajar atau murid sentasa mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi, ia dapat mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial yang sihat. Sekiranya murid sentiasa mengikuti aktiviti rekreasi yang dianjurkan di sekolah, dengan itu murid akan dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak bermanfaat dan gejala sosial bersama rakan sebaya.

Apabila seseorang murid sentiasa aktif dalam sukan rekreasi, murid tersebut akan dapat mengawal emosinya dengan lebih baik. Ini kerana murid dapat berfikir dengan tenang dan menyelesaikan masalah dengan baik. Maka dengan itu murid tersebut tidak akan banyak menimbulkan masalah di sekolah. Selain itu, mereka juga dapat mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan para guru dan rakan-rakan mereka di sekolah dengan lebih baik lagi. Dengan ini murid dapat mengamalkan sikap perpaduan dan muhibah bersama rakan-rakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya apabila mereka saling bekerjasam dan bertoleransi dalam aktiviti rekreasi.

Anda mungkin juga menyukai