Anda di halaman 1dari 17

1 MURID 1 SUKAN

1. Apa Itu Dasar 1Murid 1Sukan?


Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya
satu aktiviti sukan di sekolah.Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan
menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.
2.

Kenapa Dasar 1M 1S Ini Diwujudkan?

3.

Apakah Objektif Dasar 1M 1S Ini?

4.

Dasar 1M 1S diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk


mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang
kurang atau tidak aktif;
Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam
sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah
Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap
ke tahap yang lebih tinggi.

Meningkatkan kecergasan jasmani;


Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin atau nilai murni;
Memupuk perpaduan di antara kaum;
Membentuk budaya sukan di kalangan murid;
Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal;
Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal
Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan

Apakah Perkara-perkara Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Melaksanakan Dasar


1M 1S Ini?
Sebelum pelaksanaan Dasar 1M 1S ini, ia hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut:

Setiap murid termasuk murid bekerpeluan khas yang tidak mengalami masalah
kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu
jenis sukan;
Murid boleh menyertai lebih dari 1 sukan mengikut kemampuan dan sukan yang
ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan serta persetujuan
pihak sekolah;
Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang
melibatkan pergerakan fizikal.

5.

Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti


rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan olahraga sekolah yang didahului oleh
kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.
Asas kepada Dasar 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan (PJK) yang berkualiti di sekolah. Segala sumber mata pelajaran PJK
hendaklah diguna sama bagi pelaksanaan dasar ini;
Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti
sukan
Ibu bapa dan agensi luar/ rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada
pembangunan sukan sekolah
Setiap sekolah yang sudah mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan
hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan
aktif setiap murid.

Siapakah Yang Harus Terlibat Di Dalam Pelaksanaan Dasar 1M 1S Ini?

Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah


dan Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah.
Manakala murid Prasekolah hingga Tahun 3, digalakkan menyertai program ini
berdasarkan kemampuan sekolah.
Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah
sukan, dorm asrama dan kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan
Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)/Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)/Majlis
Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta peringkat antarabangsa adalah merupakan
aktiviti 1M 1S

Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu
aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan
menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar
Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan
di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk
Kecemerlangan.
Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina
kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan,
prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program
Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu
ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan
adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas,
dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam
mendokong semangat 1 Malaysia.

Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk:


a) Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan
murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.
b) Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat
yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut:
i. Meningkatkan kecergasan jasmani.
ii. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
iii. Memupuk perpaduan di antara kaum.
iv. Membentuk budaya sukan di kalangan murid.
v. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.
vi. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
vii. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Konsep Dasar 1
M 1S diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat:
a) Memberi akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam
sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.
b) Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam
sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.
c) Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke
tahap yang lebih tinggi.

Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut:


1. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah
kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis
sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah
rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau
bagaimanapun murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai
program ini berdasarkan kemampuan sekolah.
2. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang
ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan
pihak sekolah;.
3. Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan
jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M 1S.
4. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti
sukan.

5. Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani, Jasmani,
dan Emosi murid.
6. Ibu bapa dan agensi luar rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada
pembangunan sukan sekolah.
7. Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan
sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi
penyertaan aktif setiap murid.
Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M 1S, setiap sekolah mempunyai pendekatan
dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan itu,
pelaksanaan 1M 1 S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut:
a) Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam
latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di
bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.
b) Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti
rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang didahului
oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.
c) Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah,
dorm asrama, kelab sukan sekolah.
Penyertaan murid dalam kejohanan MSSD/MSSN/MSSM serta peringkat antarabangsa
adalah merupakan aktiviti 1M1S.
Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan:
1. Kehadiran;
2. Jawatan Serta Sumbangan;
3. Penglibatan
4. Pencapaian.
I THINK ( INOVATIF THINGKING) 2011

Apakah yang dimaksudkan dengan Program i-Think?

Program i-Think merupakan program yang bertujuan mempertingkat dan


membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan
murid berinovatif.
Dapatan melalui kajian keperluan (needs analysis) menunjukkan bahawa kemahiran
berfikir aras tingg (higher order thinking skill HOTS) dalam kalangan guru dan
murid di Malaysia amat rendah.

Bagaimana Program i-Think dilaksanakan?

Kursus i-Think kepada Pemandu Sekolah dan Guru.

Pelaksanaan Rintis Program i-Think (6 SR dan 4 SM) dibandar dan luar bandar pada
tahun 2012.

Pelaksanaan Penuh Program i-Think di semua sekolah secara berperingkat-peringkat


pada tahun 2013.

Antara alat berfikir yang akan diperkenalkan termasuklah


a) thinking maps
b) habits of mind
c) thinking hats
d) Q-matrix charts.

Apakah yang diharapkan dari Program i-Think?

Dengan menggunakan alat berfikir (thinking tools), murid lebih fokus,


berkeyakinan dan aktif di dalam kelas.

Aktiviti banyak berpusatkan murid.

Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam pembelajaran dan
pengajaran.

Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan
sebagai fasilitator.

SENARAI MENTERI PENDIDIKAN


Tahun 2015 - 2016

Menteri Pendidikan : YB DATO SERI MAHDZIR BIN KHALID

timbalan 1 - YB DATO' P. KAMALANATHAN a/l P. PANCHANATHAN

timbalan 2 - YB SENATOR TUAN CHONG SIN WOON

Tahun 2013- 2015

Menteri Pendidikan :Y.A.B Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin

timbalan - YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh

Tahun 2004 -2009

Menteri Pendidikan : Y.B. Dato' Sri Hishamuddin bin Tun Hussein

PERBEZAAN BIDANG KEGURUAN DAN PROFESION PERGURUAN

Definisi dan Konsep keguruan

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang
penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan
merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada
individu dan masyarakat. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa
dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya
dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri
Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9.
Mengikut Kamus Dewan, profesion ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan
pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina,
perubatan, perakaunan dan lain-lain. keguruan pula membawa maksud tugas dan
tanggungjawab ( kerjaya) sebagai guru.
Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion perguruan sama ada
tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi
gurunya dalam pembinaan negara bangsa itu sendiri.
Perguruan: pengajaran kepada guru pelatih/bakal guru, murid atau lain-lain
keguruan: pula adalah perkara yang berkaitan dengan peranan, tugas guru dan seumpanya.
Profesion: merujuk kepada pengkhususan kepada sesuatu perbidanan
Profesion Perguruan: membawa erti pekerjaan pengajaran yang memerlukan pendidikan
yang tinggi dan latihan khas
Profesion Keguruan: suatu pekerjaan yang membawa bersama tanggungjawab integriti dan
akauntabiliti terhadap masyarakat.

SEKOLAH WAWASAN

Konsep sekolah wawasan

sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan


yang sama tanpa mengira kaum atau agama.

dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan
yang sama.

Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu
sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way).

Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan


1.

Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa


dan latar belakang

2.

Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran

3.

Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang
tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu

4.

Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui
perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah

Pada masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi dengan
jayanya iaitu :

Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak

Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah

Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang

Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor

Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak

Pelaksanaan Sekolah Wawasan

Sekolah integrasi ini berpegang kepada konsep belajar bersama-sama di bawah satu
bumbung atau satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama.
Konsep ini bermaksud dua atau tiga buah sekolah yang berlainan aliran dan pentadbiran
dibina dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan-kemudahan asas seperti
padang permainan, dewan, pusat sumber, bilik komputer, kantin dan sebagainya.
Perkongsian kawasan dan kemudahan sekolah ini memungkinkan usaha-usaha penerapan
nilai-nilai masyarakat majmuk serta memupuk semangat persefahaman dan toleransi
antara kaum, khususnya di kalangan murid-murid sekolah sejak di peringkat rendah lagi.
Matlamat
- Mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa, latar
belakang dan fahaman agama.
- Memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran.
- Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi
demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.
- Menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui
perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah.
Ciri-Ciri Dan Pelaksanaan Sekolah Wawasan
Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan
a. Sekolah Wawasan mempunyai dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran
(SK/SJK/SJKT) yang terletak dalam satu kawasan dan menggunakan bahasa pengantar
masing-masing.
b. Tiap-tiap sekolah mempunyai nama sekolah yang tersendiri termasuk lencana sekolah,
lagu sekolah, logo sekolah dan peperiksaan sekolah masing-masing. Bagi SekolahSekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan (Tamil), lembaga pengelola yang sedia ada akan
terus kekal seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996.
c. Sekolah Wawasan mempunyai pentadbiran secara berasingan (Peruntukan Kewangan,
Anggaran Belanja Mengurus dan Pembangunan, Guru Besar dan personel yang lain-lain)
bagi aliran masing-masing seperti yang dipraktikkan oleh sekolah kerajaan.
d. Pelaksanaan Sekolah Wawasan akan mengekalkan identiti asal sekolah-sekolah
berkenaan.
e. Warga Sekolah Wawasan digalak menggunakan sebahagian kemudahan sekolah secara
bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang.

f. Satu Jawatankuasa Penyelaras yang terdiri daripada Guru Besar dan dua orang guru
dari setiap sekolah diwujudkan untuk menyelaras hal-hal pengurusan mengenai
kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah.
Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh salah seorang daripada Guru Besar dari
Sekolah Wawasan berkenaan secara bergilir-gilir mengikut kesesuaian sama ada satu atau
dua tahun sekali. Jawatankuasa Penyelaras tidak akan menggantikan fungsi Lembaga
Pengelola SJKK (Cina) dan SJK (Tamil).
g. Kantin sekolah akan dikendalikan bersama-sama oleh sekolah-sekolah berkenaan.
Dalam urusan ini, sensitiviti semua kaum akan diambil kira dan bayaran sewa akan
diagihkan kepada sekolah -sekolah berdasarkan nisbah murid.
Makanan yang disediakan adalah makanan yang halal dan juga mengambil kira sensitiviti
pelbagai kaum.
Kurikulum dan Bahasa Pengantar
a. Sekolah Wawasan menggunakan Kurikulum Kebangsaan dengan bahasa pengantar di
Sekolah Kebangsaan ialah Bahasa Malaysia manakala SJK(C) menggunakan Bahasa Cina
dan SJK(T) menggunakan Bahasa Tamil.
b. Mata pelajaran yang diajar di sekolah adalah mengikut Kursus-Kursus Pengajian bagi
jenis aliran sekolah.
c. Pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Wawasan juga adalah mengikut jenis aliran
sekolah dan jumlah tenaga pengajarnya adalah mengikut norma perjawatan yang telah
ditetapkan.
Kokurikulum
a. Selain daripada aktiviti kokurikulum yang sedia ada di setiap sekolah, warga Sekolah
Wawasan digalak menjalankan aktiviti kokurikulum tambahan secara bersama.
Bahasa pengantar masing-masing juga boleh digunakan semasa aktiviti kokurikulum
dijalankan oleh sekolah masing-masing.
b. Dalam sebarang bentuk pertandingan sama ada aktiviti kurikulum atau aktiviti
kokurikulum, sekolah-sekolah berkenaan akan menghantar wakil terbaik dari sekolah
masing-masing.
Di samping itu, sekolah berkenaan boleh menghantar wakil sebagai satu pasukan sekolah
wawasan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang melibatkan pasukan yang
mempunyai ramai penyertaan.
c. Untuk mengeratkan perpaduan antara kaum, Sekolah-Sekolah Wawasan adalah
digalakkan mengadakan Temasya Sukan Tahunan, Hari Guru, Hari Kebangsaan, Hari
Kantin secara bersama. Namun demikian, sekolah masing-masing boleh mengadakan
acara-acara tersebut secara berasingan.

d. Perhimpunan bulanan hendaklah dijalankan secara bersama dengan menggunakan


bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi perhimpunan. Bagaimanapun, bahasa Cina dan
bahasa Tamil juga boleh digunakan untuk memperjelaskan jika ada isu-isu yang perlu
diperjelaskan.
Sekolah-sekolah berkenaan boleh menjalankan perhimpunan mingguan dan
perhimpunan-perhimpunan lain dengan menggunakan bahasa pengantar masing-masing.
SEKOLAH PENYAYANG

mempunyai hubungan yang cukup erat dengan cabaran ketujuh dalam Wawasan
2020, iaitu masyarakat penyayang dan budaya penyayang.

Konsep Sekolah Penyayang adalah konsep yang mampu menyumbang ke arah


melahirkan masyarakat penyayang.

menjana generasi pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan
mempunyai disiplin diri yang tinggi.

Gejala vandalisme dan ponteng dapat ditangani apabila wujudnya sekolah


penyayang.

Kementerian menyarankan agar pihak sekolah menangani ponteng sekolah dengan


merealisasikan Sekolah Penyayang supaya para pelajar dapat dibimbing dengan
penuh kasih sayang.

Apabila wujud suasana kasih sayang dan bimbingan ini, murid akan terpikat,
terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah

Dalam Hierarki Keperluan Maslow pula, kasih sayang merupakan salah satu
keperluan asas yang perlu dipenuhi dan sesuatu yang penting dalam proses
perkembangan dan kehidupannya. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi maka
proses perkembangan seterusnya akan terbantut.

Sekolah Penyayang dirasakan adalah elemen penting dalam melahirkan warga


negara Malaysia yang mempunyai minda kelas pertama. Apabila sekolah
menyediakan suasana yang kondusif dan baik, akan menarik minat para pelajar untuk
ke sekolah.

MATLAMAT

untuk membendung masalah sosial murid dan menangani gejala ponteng sekolah.

untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi akademik dan mampu
memenuhi kehendak pasaran kerjaya semasa

melahirkan individu yang baik dari segi amalan, sahsiah dan tingkah laku.

OBJEKTIF

Mewujudkan pengurusan, persekitaran sekolah, guru dan kakitangan sekolah, murid,


ibu bapa serta komuniti yang saling bekerjsama ke arah mewujudkan sekolah dan
masyarakat penyayang.

Menerapkan nilai-nilai positif dalam kalangan murid, guru dan seluruh warga sekolah

Membantu menangani pelbagai masalah sosial dalam kalangan murid.

Meningkatkan perasaan kasih sayang dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah
terhadap murid-murid di sekolah.

Mewujudkan perpaduan dalam kalangan seluruh warga sekolah.

KONSEP

Mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang.

Mampu menjana generasi yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan
berdisiplin tinggi.

Mampu melahirkan para guru dan warga sekolah yang caring terhadap anak didik di
sekolah dalam segala aspek.

Mampu meningkatkan jati diri dan amalan kepimpinan dalam kalangan guru dan
kakitangan sekolah.

Mampu membina jati diri murid serta dapat mencungkil bakat kepimpinan dalam
kalangan mereka.

Mampu melahirkan guru-guru yang first in, last out di sekolah-sekolah.

PELAKSANAAN
Sekolah Penyayang akan dilaksanakan berdasarkan 5 elemen utama iaitu

persekitaran,

pengurusan,

guru dan staf (kakitangan sekolah)

murid serta ibubapa (PIBG)

komuniti setempat.

Persekitaran
a. Program : Happy School Campus
Mewujudkan Persekitaran sekolah yang ceria, selamat dan kondusif. Selaras dengan
konsep Sekolah Selamat dan Sekolah Penyayang yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Happy School Campus bermatlamat untuk
menarik minat murid untuk hadir ke sekolah setiap hari dan mengurangkan gejala
ponteng sekolah. Selain itu, persekitaran sekolah yang kondusif juga dapat membantu
murid mengikuti pembelajaran dengan baik dan lancar.
Objektif

Memupuk dan menarik minat murid untuk hadir ke sekolah setiap hari.

Menerapkan kesepaduan dan kasih sayang sesama warga sekolah.

Menyemai sikap prihatin dan tanggungjawab dalam kalangan warga sekolah


terhadap persekitaran sekolah.

Menanam rasa sayang dan bangga terhadap sekolah menjurus kepada konsep
8S.

Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang kondusif untuk menarik minat


belajar murid.

b. Program : Satu Untuk Semua


Mewujudkan kemesraan dan kasih sayang antara murid, guru dan staf sekolah.
Program bermatlamat mengurangkan jurang perbezaan dan mengeratkan hubungan
antara guru ,staf dan murid.
Objektif

Mewujudkan rasa selamat dan selesa dalam kalangan murid ketika menjamu
selera bersama guru bertugas mingguan.

Menyemai rasa keterbukaan di antara guru dan murid.

Menerapkan nilai-nilai 8S kepada guru dan murid.

c. Program : Indahnya Sekolahku


Mewujudkan Persekitaran sekolah yang cantik dan indah.Indahnya sekolahku
bermatlamat untuk menarik minat murid hadir ke sekolah setiap hari dan
mengurangkan gejala ponteng sekolah. Selain itu, konsep ini dapat menyemai
kesedaran dan rasa tanggungjawab murid menjaga dan mengekalkan keindahan
persekitaran sekolah. Ekosistem sekolah yang aman dan sejahtera menyokong
perkembangan sahsiah murid.
Objektif

Menanam budaya amalan bersih dalam kalangan warga sekolah.

Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang cantik, ceria dan indah.

Suasana bilik darjah yang dapat merangsang perkembangan minda murid.

d. Program : Kem Lestarikan Kehijauan Alamku


Murid-murid perlu ditanam nilai aspek kebersihan dan menyemai kesedaran serta rasa
tanggungjawab murid menjaga dan mengekalkan keindahan persekitaran alam
semulajadi
Objektif

Memberi pendedahan awal kepada murid tentang kepentingan menjaga alam


sekitar.

Menimbulkan rasa cinta kepada keindahan alam sekitar dan diaplikasikan di


kawasan persekitaran sekolah sendiri.

Pengurusan

Pengurusan sekolah mempunyai pengaruh kuat untuk mencorak budaya sekolah dan budaya
sekolah yang positif akan meningkatkan keberkesanan sekolah (Sergiovani,
2000: Sharifah Md. Nor, 2000: Deal & Peters
a. Program MAYANG (MASIH ADA YANG SAYANG)
Mengubah tingkahlaku murid bermasalah
OBJEKTIF

Memberi perhatian dan kasih sayang kepada mu

Menimbulkan kesedaran di kalangan murid bahawa mereka sangat disayangi


dan dihargai

Mendampingi dan mengenalpasti masalah murid

Menyedarkan bahawa masih ada orang yang mengambil berat,menyayangi


dan membimbing mereka.(Caring)

b. TITIAN KASIH
Mendapatkan maklumat secara tepat berkenaan punca masalah murid
Objektif

Merapatkan hubungan sekolah dengan waris

Murid dan waris menyedari keprihatinan pihak sekolah

Menerapkan sikap ambil tahu dalam kalangan warga sekolah.

Guru dan Staf (kakitangan sekolah)

a. Salam Sayang.
Melahirkan warga sekolah yang penyayang
Objektif

Memupuk adab sopan dan mengeratkan ukhwah sesama rakan sekerja.

Menanam perasaan kasih sayang dan mengeratkan hubungan antara


kakitangan sekolah.

Meningkatkan sensitiviti dan menghilangkan prasangka.

Menjadi model yang sempurna kepada murid-murid.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Visi : Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi

Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

bahagian pendidikan khas en shazali bin ahmad

ketua setiausaha - YBHG. TAN SRI DR. MADINAH BT MOHAMAD

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia - Dato' Sri Dr Khair bin Mohamad Yusof

RASIONAL
Seperti lurusnya huruf Alif, penggunaan huruf 'I' melambangkan INSAN, ILMU dan IMAN.
3 'l' ini adalah teras konsep logo ini. Pendekatan menggunakan huruf atau typography adalah
berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang
lurus sebagaimana huruf I itu. Kegunaan huruf 'I' umpama lurusnya 'Alif' melambangkan
insan dan iman, juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang
yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni
duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga ditakrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada
kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.
Logo ini menggunakan dua P dan dua I melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu
Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup P yang bertingkat ke arah 'I'
melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat
melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi
warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning
keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang
bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berakhlak mulia.

RINGKASAN SEJARAH MALAYSIA

Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar
tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian
besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan
yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik iaitu titik pertemuan antara Asia Timur
dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan
utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai
agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya
sendiri telah memeluk agama tersebut.
Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula dari tahun inilah Tanah
Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda
pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui
Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British
telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh
Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini
telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan. Beberapa
individu bangkit menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifat
perseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British. Antara
tokoh yang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman,
Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.
Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan,
sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, muncul golongan
berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka menggunakan
media seperti akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam
kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan
Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk
kerajaan sendiri. Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk menamatkan penjajahan,
mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada penghujung tahun 1941 yang menandakan
bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Jepun telah menduduki Tanah Melayu
sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.
Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk
menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan
harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat
di Tanah Melayu (1948-1960). Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan
British kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba
memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan
menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah
menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan
ke arah berkerajaan sendiri.

Tanggal 31 Ogos 1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya

Kemerdekaan Tanah Melayu


Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan
penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula
membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri
negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah
menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956
telah memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Setelah
kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang
menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura.
Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan
Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang
dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.

Anda mungkin juga menyukai