Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN

SMK (LKTP) CHEMOMOI KALI KE-21


TAHUN 2013

1.0 PENGENALAN

            Baru-baru ini, Majlis Sukan  Sekolah SMK (LKTP) Chemomoi telah menganjurkan


Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-21. Seperti kebiasaan, sebanyak empat buah rumah sukan
yang mengambil bahangian dalam kesemua acara yang dipertandingkan. Terdapat pelbagai
acara balapan dan padang yang dijalankan termasuklah beberapa acara jemputan yang
melibatkan penyertaan pasukan sekolah yang dijemput, guru-guru serta ibu bapa yang hadir
pada hari tersebut. Sukaneka acara penjaga dan kanak-kanak juga diadakan bagi memeriahkan
lagi acara. Acara perbarisan juga dijalankan bagi mencungkil kreativiti pelajar.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat dan memberikan pelajar-pelajar peluang untuk menyertai acara sukan.
2.2  Menyahut seruan Menteri Pendidikan untuk memajukan sukan negara dari peringkat
sekolah lagi.
2.3 Mengeratkan persefahaman di kalangan peserta di dalam acara yang di ambil.
2.4  Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan peserta.
2.5  Memupuk semangat yakin diri dan kekentalan jiwa dalam mengharungi dugaan dan
cabaran.
2.6  Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar, penjaga serta guru-guru dalam
melaksanakan kejohanan tersebut.

3.0 RASIONAL

3.1  Dapat mengembangkan bakat baru yang ada pada murid.


3.2 Dapat mengembangkan kemahiran yang dipelajari di dalam Pendidikan Jasmani untuk
diserapkan dalam aktiviti luar.
3.3  Mengenalpasti potensi dan kelebihan diri murid-murid.
3.4  Menambah kemahiran guru dalam menguruskan murid-murid yang menyertai sesebuah
kejohanan dari awal hingga akhir.

4.0 BUTIRAN KEJOHANAN

Tarikh            : 6 Julai 2013


Masa              : 8.00 pagi hingga 1.00 Petang
Tempat          : Padang SMK (LKTP) Chemomoi.

5.0 SASARAN PESERTA

Kejohanan pada tahun ini bertujuan melibatkan penglibatan semua pelajar SMKC
sama ada dalam acara sukan, perbarisan mahupun pasukan sorak. Di samping itu, penglibatan
guru, ibu bapa, penjaga serta Persatuan Belia setempat juga memainkan peranan dalam
menjayakan kejohanan ini.
6.0 CATATAN / ULASAN

Kejohanan pada tahun ini boleh dianggap berjaya serta bertambah baik berbanding
penganjuran yang lalu. Hal ini berikutan penglibatan ibu bapa penjaga yang member
sokongan dan sumbangan yang memberangsangkan bagi menjayakan kejohanan ini. Semua
pihak telah menunjukkan penglibatan yang bersungguh-sungguh demi merealisasikan hasrat
pihak sekolah untuk mewujudkan jalinan di antara pihak sekolah dengan masyarakat
setempat. Namun, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki bagi memastikan
kelancaran kejohanan ini bagi masa depan.

Oleh itu saya mencadangkan pada tahun hadapan kita perlu melaksanakan kejohanan
ini lebih awal bagi mengelakkan pertindihan jadual dengan program-program lain. Selain itu
juga saya mencadangkan supaya diberikan galakan daripada pihak sekolah melalui ganjaran
tambahan kepada yang berjaya terutamanya olahragawan dan olahragawati. Ini secara tidak
langsung akan meningkatkan semangat mereka untuk bertanding dan bermain dengan
bersungguh-sungguh serta mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan pelajar.

Disediakan oleh:                

………………………………..                                                                                                   
MOHD FITRI BIN SALEH
Setiausaha
Majlis Sukan Sekolah
SMK (LKTP) Chemomoi.
     

Disemak oleh:

 ………..……………………… 

Disahkan oleh:

………..……………………… 

Anda mungkin juga menyukai