Anda di halaman 1dari 2

Ladindry Bin Lumbis,

Ketua Biro Sukan dan Rekreasi,


Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang,
Jalan Kolej,
93200 Kuching,
Sarawak. 16 Januari 2015

_________________________________________________________________________

Pengetua,
Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak,
JAKIM Cawangan Sarawak,
Jalan Telaga air,
93050 Kuching Sarawak.

Tuan ,
Jemputan Perlawanan Persahabatan di IPG Kampus Batu Lintang

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Sukan dan Rekreasi Jawatankuasa Perwakilan


Pelajar (JPP) IPG Kampus Batu Lintang ingin mengadakan perlawanan persahabatan antara
pasukan Bola Sepak dan Bola Jaring Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS)
dengan pasukan Bola Sepak dan Bola Jaring IPGK Batu Lintang.

3. Sehubungan itu, pihak kami dengan berbesar hati menjemput pasukan IKMAS hadir
ke perlawanan tersebut. Butir- butir berkaitan program adalah seperti berikut:

Tarikh : 22 Januari 2015


Masa : 4.30 – 6.30 ptg
Tempat : Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Batu
Lintang (IPGKBL)

Rujukan : Ladindry Bin Lumbis


(0135760473)
: Mohd Firdaus Bin Ismail
(01119351995 / 01112036431)
4. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan
jutaan terima kasih.

Sekian.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

( LADINDRY BIN LUMBIS )


Ketua Biro Sukan dan Rekreasi,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
IPGK Batu Lintang.

Anda mungkin juga menyukai