Anda di halaman 1dari 12

KARNIVAL KOKURIKULUM

SECARA DALAM TALIAN


PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2020

‟e- Mansang Anak Sarawak (eMAS)”

KERTAS KONSEP
KARNIVAL eMAS 2020

1
KARNIVAL KOKURIKULUM SECARA DALAM TALIAN
PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2020

‟e- Mansang Anak Sarawak (eMAS)”

1. PENDAHULUAN
1.1 Bagi tahun 2020, berikutan penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP), semua aktiviti pertandingan Kokurikulum disatukan di dalam
satu karnival yang diberi nama Karnival Kokurikulum Secara Dalam Talian Peringkat
Negeri Sarawak, “Karnival e-Mansang Anak Sarawak (eMAS)”. Selain untuk
menyesuaikan aktiviti Kokurikulum semasa Pandemik ini, Karnival ini juga diadakan untuk
mempersiapkan pasukan Kokurikulum Negeri Sarawak ke pertandingan peringkat
kebangsaan yang dijangka bermula seawal Ogos 2020.
1.2 Karnival eMAS merupakan satu program yang dirancang untuk menghimpunkan semua
pertandingan yang melibatkan program Kokurikulum Koakademik, Sains, Teknologi,
Kejuruteraan, Matematik (STEM), Kesenian dan Kebudayaan dan Badan Beruniform di
dalam sebuah karnival.
1.3 Kertas konsep ini akan memperincikan penganjuran Karnival eMAS 2020.

2. TUJUAN

2.1 Kertas ini bertujuan menjelaskan perancangan program Karnival eMAS 2020 dan
mendapatkan kelulusan pelaksanaan daripada Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak.

3. RASIONAL

3.1 Memperkembangkan bakat murid secara holistik dengan meningkatkan pelibatan dan
penyertaan murid dalam aktiviti pembangunan bakat murid di samping membuka ruang
dan peluang kepada murid untuk mendapat markah yang lebih tinggi dalam PAJSK.

3.2 Menanam kesedaran dan kepentingan inovasi, kemahiran sainfitik, pemikiran kreatif dan
kritis dalam kalangan murid.

3.3 Memenuhi keperluan aktiviti Kokurikulum murid di dalam tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan dan memudahkan pelaksanaan di peringkat daerah dan sekolah.

3.4 Menambah nilai melalui kegiatan Kokurikulum merangkumi Koakademik, STEM, Kesenian
dan Kebudayaan dan Badan Beruniform.

3.5 Mengoptimumkan perbelanjaan peruntukan kerajaan untuk murid-murid sekali gus


menangani isu kekangan peruntukan di peringkat Jabatan, PPD dan sekolah.

2
4. OBJEKTIF

4.1 Membina keyakinan murid sebagai individu dan pemimpin yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.

4.2 Memberi kesedaran dan peluang untuk memahami diri sendiri serta orang lain ke arah
membentuk perkembangan diri yang positif.

4.3 Memberi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan aktiviti seharian
yang seimbang bagi mencapai kecemerlangan diri dari aspek intelek, rohani, emosi,
jasmani dan sosial.

4.4 Membina konsep kendiri yang positif dan penghargaan diri yang tinggi supaya mempunyai
perasaan hormat diri yang baik, realistik, mempunyai kebolehan memajukan diri serta
menjadi lebih yakin, berkebolehan menghadapi sebarang masalah serta mampu
mengendalikannya.

4.5 Mewujudkan kesedaran murid-murid kepada tanggungjawab sebagai individu yang


mampu memberi sumbangan bermakna kepada keluarga, agama, masyarakat dan
negara.

4.6 Memupuk nilai perpaduan secara berterusan dan natural melalui pelaksanaan aktiviti
kokurikulum dengan mengambil kira pelibatan murid daripada pelbagai latar belakang
sosioekonomi, kaum, etnik, jantina, budaya, bahasa dan agama.

5. SASARAN (KPI)

5.1 Karnival ini membuka peluang penyertaan kepada 14,300 orang murid sekolah
rendah dan 21,710 orang murid sekolah menengah di Sarawak. (Sasaran 650 murid
sekolah rendah dan 835 murid sekolah menengah bagi setiap pertandingan).

5.2 Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah menyasarkan KPI 60% penyertaan murid
(8580) orang murid sekolah rendah dan 13,026 murid sekolah menengah di dalam
Perancangan Strategik bagi mencapai Anjakan 1 PPPM: Menyediakan
Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa.
Justeru, setiap Pejabat Pendidikan Daerah hendaklah sekurang-kurangnya
menghantar penyertaan seramai 286 murid sekolah rendah dan 434 orang murid
sekolah menengah dan mewakili kontinjen daerah masing-masing (60% penyertaan).

5.3 Seramai 880 orang guru dari semua juga akan terlibat sebagai petugas jawatankuasa
termasuk hakim-hakim pertandingan.

3
6. KONSEP KARNIVAL

Karnival ini menghimpunkan semua aktiviti pertandingan seperti STEM, Koakademik,


Kesenian dan Kesenian dan Unit Beruniform. Pelaksanaan Karnival Kokurikulum ini akan
melibatkan pertandingan seperti di bawah.

6.1 Pertandingan STEM


6.1.1 I-think Science Concept (SR)
6.1.2 Digital Poster (SR)
6.1.3 Junior Olimpiad Mathematics (SR)
6.1.4 Bercerita STEM (SR)
6.1.5 Reka Cipta Face Shield Design (SR)
6.1.6 Digital Video (SM)
6.1.7 Junior Olimpiad Fizik (SM)
6.1.8 STEM Show (SM)
6.1.9 Science Craft (SM)
6.1.10 Science Infographic (SM)

6.2 Pertandingan Koakademik


6.2.1 Bercerita Tahap 1 (SR)
6.2.2 Bercerita Tahap 2 (SR)
6.2.3 Pidato (SR&SM)
6.2.4 Menulis Esei (SR, MR, MA)
6.2.5 Menulis Sajak (SR, MR, MA)
6.2.6 Story Telling (SR)
6.2.7 Public Speaking (SR&SM)
6.2.8 Poetry Recitation (SR&SM)
6.2.9 Poetry Writing (SR, MR, MA)
6.2.10 Essay Writing (SR, MR, MA)
6.2.11 Deklamasi Sajak Bahasa Cina (SM)
6.2.12 Penulisan Kreatif Bahasa Cina (SM)

6.3 Kebudayaan dan Kesenian


6.3.1 Tarian Etnik Sarawak (SR&SM)
6.3.2 Tarian Zapin Malaysia (SR&SM)
6.3.3 Nyanyian Solo (SR&SM)
6.3.4 Muzik Solo Tradisional (SR&SM)
6.3.5 Poster (SR&SM)
6.3.6 Monolog (SM)

6.4 Pertubuhan Badan Beruniform


6.4.1 Reka Cipta Gajet (SR&SM)
6.4.2 Buku Skrap Khidmat Masyarakat di Rumah (SR&SM)

7. TARIKH - 19 Jun hingga 30 September 2020

4
8. TEMPAT - 4 Zon

8.1 Zon Selatan (Kuching, Bau, Lundu, Padawan, Samarahan, Serian, Simunjan)
8.2 Zon Tengah I (Sri Aman, Lubok Antu, Sarikei, Julau, Meradong, Betong, Saratok)
8.3 Zon Tengah II (Sibu, Selangau, Kanowit, Kapit, Song, Mukah, Dalat, Daro)
8.4 Zon Utara (Miri, Baram, Subis, Limbang, Lawas, Belaga, Bintulu, Tatau/Sebauh)

9. PELAKSANAAN

9.1 Penyertaan murid secara individu dan tanpa bersemuka.


9.2 Penyertaan murid adalah secara peringkat NEGERI.
9.3 Projek/karya dihasilkan di rumah dengan bantuan ahli keluarga atau guru secara tidak
langsung.
9.4 Setiap Pejabat Pendidikan Daerah akan menghantar bilangan penyertaan mengikuti
kuota yang telah ditetapkan berdasarkan enrolmen murid daerah masing-masing.
9.5 Setiap sekolah perlu membuat saringan penyertaan sebelum menghantar penyertaan
kepada Pejabat Pendidikan Daerah.
9.6 Pertandingan akan dijalankan secara serentak di empat (4) zon.
9.7 Pendaftaran/penghantaran projek/karya dalam talian menggunakan media sosial.
9.8 Hebahan pertandingan adalah melalui pautan yang disediakan oleh jabatan.
9.9 Hakim akan dilantik dalam kalangan guru.
9.10 Hakim akan diberi tempoh selama tiga (3) hingga empat (4) minggu untuk menjalankan
proses penghakiman.
9.11 Setiap zon akan mempunyai para pemenang (Johan/ Naib Johan/ Ketiga/ Sagu hati)
yang akan mendapat pencapaian/ pelibatan peringkat negeri. Hal ini membuka lebih
banyak peluang kepada murid untuk mendapat markah pencapaian dalam PAJSK.
9.12 Jabatan akan memilih satu (1) calon terbaik daripada para pemenang dari keempat-
empat zon untuk mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan.

10. TETAMU KEHORMAT MAJLIS PELANCARAN DALAM TALIAN

- Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

11. JAWATANKUASA INDUK

5
Pengerusi : Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Timbalan Pengerusi : Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah
Pembangunan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Bakat Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Pen. Setiausaha : Penolong Pengarah ,
Pembangunan Bakat Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Ahli Jawatankuasa : Pegawai Pendidikan Daerah Kuching
Pegawai Pendidikan Daerah Padawan
Pegawai Pendidikan Daerah Lundu
Pegawai Pendidikan Daerah Bau
Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan
Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan
Pegawai Pendidikan Daerah Serian
Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman
Pegawai Pendidikan Daerah Lubok Antu
Pegawai Pendidikan Daerah Betong
Pegawai Pendidikan Daerah Sarikei
Pegawai Pendidikan Daerah Saratok
Pegawai Pendidikan Daerah Julau
Pegawai Pendidikan Daerah Meradong
Pegawai Pendidikan Daerah Sibu
Pegawai Pendidikan Daerah Kanowit
Pegawai Pendidikan Daerah Kapit
Pegawai Pendidikan Daerah Song
Pegawai Pendidikan Daerah Belaga
Pegawai Pendidikan Daerah Selangau
Pegawai Pendidikan Daerah Mukah
Pegawai Pendidikan Daerah Dalat

6
Pegawai Pendidikan Daerah Daro
Pegawai Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh
Pegawai Pendidikan Daerah Miri
Pegawai Pendidikan Daerah Subis
Pegawai Pendidikan Daerah Baram
Pegawai Pendidikan Daerah Limbang
Pegawai Pendidikan Daerah Lawas

12. JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN

Penasihat Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Pengerusi Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Timbalan Pengerusi Pegawai Pendidikan Daerah (mengikut Zon)
Setiausaha Penolong Pengarah,
Pembangunan Bakat Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Penolong Setiausaha Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah (Mengikut Zon)
Bendahari : Pegawai Kewangan, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Pegawai Kewangan, Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu
Urus Setia : Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum,) JPN Sarawak
Urus Setia Pejabat Pendidikan Daerah (Mengikut Zon)
JK Pendaftaran : Dilantik oleh PPD
JK Teknikal STEM : Penolong Pengarah,
Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Dilantik oleh PPD

JK Teknikal : Penolong Pengarah,


Koakademik
Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)

7
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Dilantik oleh PPD


JK Teknikal Kesenian : Penolong Pengarah,
Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Dilantik oleh PPD


JK Data, Pelaporan : Penolong Pengarah,
dan Dokumentasi
Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Dilantik oleh PPD


JK Cenderamata, : Dilantik oleh PPD
Hadiah dan Sijil
JK Siaraya dan : Dilantik oleh PPD
Publisiti

13. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

13.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia yang bersekolah di
Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Bantuan Kerajaan,
Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Manakala, Sekolah
Swasta yang berdaftar dengan KPM dibenarkan menyertai tetapi penyertaan sehingga
peringkat negeri sahaja. Penyertaan berbilang kaum amat digalakkan.

13.2 Bilangan penyertaan hendaklah mengikut pecahan seperti di Lampiran 1.

13.3 Murid yang menyertai pertandingan hendaklah mendapat kebenaran ibu bapa/
penjaga dengan mengisi nama dan nombor telefon ibu bapa/ penjaga di dalam
“Google Form” semasa pendaftaran.

13.4 Pertandingan dijalankan secara DALAM TALIAN dan hanya melibatkan penyertaan
individu (solo) serta tidak melibatkan pertandingan secara berpasukan.

14. PENDAFTARAN PESERTA

8
14.1 Semua peserta dikehendaki melengkapkan borang pendaftaran peserta melalui
“Google Form” mengikut pertandingan yang disertai.

15. PAKAIAN PESERTA

15.1 Peserta pertandingan hendaklah memakai pakaian seragam sekolah atau pakaian
yang telah ditetapkan di dalam syarat pertandingan.

16. PENUGASAN SEKOLAH

16.1 Pihak sekolah akan membuat pemilihan murid dengan mengadakan saringan.
16.2 Pihak sekolah perlu melengkapkan Borang Rumusan Penyertaan (Excel Form) yang
disediakan oleh PPD dan membuat pengesahan.
16.3 Pihak sekolah kemudian menghantar borang tersebut ke PPD sebelum mendaftar
penyertaan dan menghantar projek/ karya murid.
16.4 Pihak sekolah perlu memantau pendaftaran dan penghantaran projek/ karya murid.

17. KESELAMATAN / KECEMASAN

17.1 Semua peserta hendaklah MENGUTAMAKAN KESELAMATAN dengan kawalan dan


seliaan daripada ibu bapa atau penjaga di rumah.

18. JADUAL PERTANDINGAN

18.1 Jadual pertandingan (Timeline) adalah di bawah penyelarasan Unit Pembangunan


Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan daerah pengelola di setiap zon.

18.2 Peserta perlu mematuhi masa dan tarikh pertandingan yang ditetapkan. Kegagalan
untuk menghantar bahan penyertaan mengikut masa yang ditetapkan boleh
menyebabkan penyertaan peserta TIDAK DITERIMA.

19. KERTAS KONSEP PERTANDINGAN

19.1 Kertas konsep pertandingan aktiviti STEM, Koakademik, Kebudayaan dan Kesenian
serta Badan Beruniform adalah mengikut keputusan dan format yang telah ditetapkan
oleh Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, KPM dan Sektor Pembangunan Murid JPN
Sarawak. Sekiranya berlaku kekeliruan dan perlu pengubahsuaian, semua aspek
berkaitan hendaklah dibentangkan oleh pihak PPD Pengelola kepada Pegawai Unit
Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), JPN untuk diteliti sebelum diluluskan.

19.2 Sistem Penghakiman bagi pertandingan adalah di bawah penyelarasan Unit


Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan daerah
pengelola.

9
20. BORANG

20.1 Setiap peserta akan mengisi dan menghantar borang secara dalam talian dengan
menggunakan “Google Form” di bawah bimbingan ibu bapa, guru pembimbing dan
sekolah.

20.2 Penyertaan tersebut dimuat naik bersama hasil karya atau projek (video, esei dan
sebagainya) melalui ruangan muat naik di dalam “Google Form” atau sekiranya saiz
dokumen terlalu besar (1G), boleh disertakan “pautan” sahaja.

20.3 Urus setia akan membuat analisa penyertaan dan mengumpul segala maklumat
penting setiap murid bagi kegunaan pegawai teknikal pertandingan.

21. PERUNTUKAN

21.1 Pelaksanaan Karnival kali ini akan menggunakan Peruntukan Kokurikulum seperti
berikut:

Bil Perkara Jumlah (RM)


1. Hadiah 171,480.00
2. Sagu Hati Hakim/ Pegawai Teknikal 103,500.00
3. Perbelanjaan Pengurusan 62,100.00
4. Sijil 76,354.00
Jumlah 413,434.00

Bil Sumber Peruntukan Jumlah (RM)


1. MBMMBI 62,000.00
2. Inisiatif #49 Pengukuhan Pendidikan STEM 25,000.00
3. DSA 326,434.00
Jumlah 413,434.00

22. MAJLIS PELANCARAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH

22.1 Majlis Pelancaran Karnival eMAS 2020 akan dijalankan di alam maya bertempat di
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak oleh Pengarah Pendidikan Sarawak.
22.2 Penyampaian hadiah akan diuruskan mengikut zon masing-masing tanpa bersemuka.
22.3 Hadiah dan sijil akan dipos kepada pemenang melalui pengelola.

10
KERTAS KONSEP INI DISEDIAKAN OLEH:

LEONG CHIN CHIN


Penolong Pengarah
Unit Pembangunan Bakat Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Tarikh :

KERTAS KONSEP INI TELAH DISEMAK OLEH :

ALTA ABANG ANAK KATUM


Ketua Penolong Pengarah
Unit Pembangunan Bakat Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Tarikh :

11
KERTAS KONSEP INI DISOKONG:

MORTADZA BIN SAT


Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Tarikh :

KERTAS KONSEP INI DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN UNTUK DILAKSANAKAN :

HAJI ABANG MAT ALI BIN ABANG MASAGUS


Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Tarikh :

12

Anda mungkin juga menyukai