Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN KE-24 (SCHOOL ASSEMBLY REPORT) Terima kasih pengacara majlis Assalamualaikum dan salam

sejahtera Yang dihormati Tn Hj Md Razak bin Hamjar (Pengetua SMKS8 ) ,Yang berusaha Pn Suryani bt Ismail (PK 1) , Pn Aini Wardiah (PK HEM) , En Khairulnizam (PK KOKO ) , Ketua Bidang, Guru bertugas mingguan, rakan-rakan guru serta pelajar-pelajar yang dikasihi dan di Rahmati Allah selalu hendaknya. Di pagi yang indah ini , marilah kita memanjatkan kesyukuran kerana masih diberi keizinan dan diberi peluang oleh Nya untuk menghuni alam miliknya jua. Alhamdulilah Wa Syukurlilah. Berikut adalah coretan laporan mingguan pada minggu lepas. Pada minggu ke24 yang lalu, iatu antara tanggal 1 Julai hingga 5 Julai 2013, saya bersama Puan Intan Zuliana ialah guru bertugas mingguan. Secara amnya kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh seluruh warga SMKS8 telah menyumbang terhadap persekitaran pembelajaran yang baik, berkesan dan cemerlang. Tahniah kepada pelajar yang berjaya tiba awal di sekolah, iaitu sebelum pukul 7.20 pagi. Guru bertugas berpendapat bahawa pelajar boleh tiba awal ke sekolah sekiranya kemahiran generik tentang perancangan dan pengurusan kendiri pelajar dari segi prinsip kesegeraan dan mendahului masa dalam kebanyakan keadaan dapat dipertingkatkan. Terdapat segelintir ibu-bapa yang tidak mematuhi peraturan semasa menurunkan anak mereka dengan membuat pusingan U di hadapan pondok bas. Keadaan ini membahayakan pelajar yang melintas atau berjalan kaki. Diharapkan agar pelajar dapat mengingatkan ibu-bapa tentang perkara ini. Tentang isu kebisingan yang berpunca daripada tahap maskulin pelajar lelaki yang sengaja hendak menonjol diri barangkali, terutama menghampiri masa rehat. Keadaan yang berlaku mudah sahaja untuk ditangani, iaitu dengan memupuk sikap menghormati orang lain dan organisasi, atau dalam bahasa kaunseling dan psikologi, asertif, iaitu tegas diri. Sila gunakan kehebatan suara maskulin kalian pada kesempatan yang lebih sesuai, misalnya semasa aktiviti kawad kaki. Terdapat beberapa pelajar yang mengambil kesempatan dengan ponteng kelas untuk menyaksikan acara saringan, kawad kaki Pengakap dan raptai Kejohanan Olahraga. 7 Julai yang lalu bersamaan hari Ahad berlangsungnya Kejohanan Olahraga kali ke 13 di SK Seksyen 7. Kejohanan berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama semua pihak. Tahniah kepada rumah Sapphire di bawah pimpinan Pn Mastura selaku Ketua Rumah kerana telah berjaya mengungguli acara keseluruhan dan mengekalkan kejayaan pada tahun lepas. Semoga semua rumah sukan akan lebih berusaha lagi pada tahun hadapan. Seterusnya tentang kebersihan dan keceriaan. Organisasi kelas dan giliran bertugas hendaklah dipatuhi sepenuhnya. Berilah sokongan kepada program kebersihan dan keceriaan sekolah kerana pada akhirnya pulangan yang diperoleh ialah kecemerlangan dalam pengalaman dan pencapaian pembelajaran. Agak ironi bahawa masih ada bilik darjah yang dipunyai oleh pelajar yang bijaksana dan budiman menggambarkan keadaan yang sebaliknya.

Sekarang diumumkan, juara pertandingan kebersihan dan keceriaan pada minggu lalu. Sebelum itu, dijemput ........................................... bagi penyerahan bintang kepada kelas yang berjaya. Bagi kelas Menengah Rendah, 1. 2 Damar 2. 2 Mahogani 3. 1 Mahogani Bagi kelas Menengah Atas, 1. 3 Mahogani 2. 4 Mahogani 3. 4 Cengal Terima kasih, ................. Sekian sahaja coretan laporan cikgu pada kali ini , yang baik datang anuugerah dari Allah swt, jika disebaliknya itulah kelemahan yang ada pada cikgu yang cuba diperbaiki setiap masa .

Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat belajar dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai