Anda di halaman 1dari 3

SPSK PK21 - PENGURUSAN PROGRAM

LAPORAN KEJOHANAN BOLA JARING BAWAH 12 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH
PETALING PERDANA 2020

Tarikh Pelaksanaan : SELASA - RABU / 29 – 30 JANUARI 2020


Tempat : INTEC EDUCATION COLLEGE, SHAH ALAM.

1. PELAKSANAAN

1.1 Pelaksanaan Kejohanan : Dokumen bergambar

2. PEMANTAUAN DAN PENGUKURAN

2.1 Laporan Kejohanan :

i. Aktiviti berjalan lancar dengan kerjasama semua sekolah yang bertanding.


ii. Pasukan bola jaring Sk Pusat Bandar Puchong 2 hanya layak sampai pusingan kedua sahaja.
Telah tewas pusingan kedua dengan SK ……
iii. Sepanjang kejohanan ini berlangsung Sk Pusat Bandar Puchong 2 telah berjaya mengumpul 4
mata hasil daripada 4 perlawanan. Sk Pusat Bandar Puchong 2 tewas menentang Sk Sri Serdang
(6-1) , melawan (4-0) serta tewas 2 kali menentang SJKT Puchong ( 2-3 ) dan Sk Sek 1
Bandar Kinrara (1-4).

2.2 Pencapaian KPI : Tiada

3. KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM


SPSK PK21 - PENGURUSAN PROGRAM

3.1 Keberkesanan Program :

3.1.1 Kelemahan :

i. Kelemahan dari segi gerak kaki, halangan dekat, rempuhan dan ketangkasan menghantar
dan menyambut bola.
ii. Pasukan tidak didedahkan dengan perlawanan persahabatan sebelum kejohanan.
iii. Kekangan masa iaitu waktu kejohanan terlalu awal.
iv. Kelemahan mengawal emosi seperti perasaan gemuruh dan takut menghadapi pihak lawan.
v. Kekurangan dari segi peralatan seperti bola dan bib.

3.2.2 Kekuatan :

i. Semua guru dan murid yang terlibat memberikan komitmen yang baik sepanjang kejohanan
berlangsung.
ii. Murid-murid Sk Pusat Bandar Puchong 2 mempunyai semangat juang yang tinggi dalam
pertandingan ini.
iii. Pihak pengurusan bola jaring Sk Pusat Bandar puchong 2 telah melengkapkan segala
keperluan untuk pertandingan ini terutamanya dari segi borang pendaftaran, yuran
pendaftaran pertandingan, jersi pemain, makanan & minuman untuk pemain.

3.2.2 Impak ke atas kumpulan sasaran :


i. Murid-murid mendapat pendedahan tentang permainan bola jaring serta semangat
kesukanan di dalam kejohanan ini.
ii. Murid-murid mempelajari bagaimana kerjasama dalam satu pasukan boleh
memberikan hasil yang positif pada diri setiap individu.

4. LAPORAN PENAMBAHBAIKAN

i. Mengadakan Klinik Bola Jaring untuk murid-murid sebelum pertandingan.


ii. Memberikan pendedahan kepada murid tentang corak permainan yang menarik sama ada
melalui tayangan video bola jaring atau melantik jurulatih bola jaring dari luar.
iii. Perlu persediaan dan latihan pada peringkat lebih awal.

5. LAPORAN KEWANGAN

PERKARA JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN


Yuran Pendaftaran RM 150.00 RM 150.00
Makan Tengahari Murid Bolasepak Untuk 2
Hari :
RM 144.00 RM 144.00
12 org x RM 6.00 = RM 72.00 x 2 Hari =
RM 144.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 294.00

4. PENUTUP
SPSK PK21 - PENGURUSAN PROGRAM

Semoga pasukan bola jaring Sk Pusat Bandar Puchong 2 akan bangkit pada edisi kejohanan ini
pada tahun hadapan, segala kekurangan di dalam pasukan ini akan cuba diatasi oleh pihak
kejurulatihan dan pengurusan Sk Pusat Bandar Puchong 2. Saya mengaku dan mengesahkan bahawa
maklumat dan laporan yang diberikan adalah benar.

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………………………………………….
(NOORAISYAH BT MOHD RASDI)
Pengurus Pasukan
SK Pusat Bandar Puchong (2)

Disahkan oleh,

………………………………………………………………….
(EN. NORSAHIZAMZAMI BIN BAGAD)
PK PENTADBIRAN
SK Pusat Bandar Puchong (2)

Anda mungkin juga menyukai