Anda di halaman 1dari 15

KERTAS KERJA

PROGRAM PEMBANGUNAN DAN KEJOHANAN KEMAHIRAN SUKAN BOLA


KERANJANG
SHOOTING & LAY-UP
SECARA ATAS TALIAN
MSSNS
TAHUN 2021
Tarikh :

( 22 OKTOBER – 29 OKTOBER 2021)

Tempat :

KEDIAMAN / TEMPAT TINGGAL MURID

PENGELOLA :

SMK TUNKU SYED IDRUS TAMPIN


DISEDIAKAN OLEH

Jawatankuasa Pengelola SMK Tunku Syed Idrus


dan
Jawatankuasa PTPS Bola Keranjang MSS Negeri Sembilan
KERTAS KERJA PROGRAM PEMBANGUNAN DAN KEJOHANAN KEMAHIRAN SUKAN BOLA KERANJANG SHOOTING & LAY-UP SECARA ATAS
TALIAN
MSS NEGERI SEMBILAN TAHUN 2021

1.0 Abstrak

Jawatankuasa teknikal bola keranjang MSS Negeri Sembilan telah merangka 4


program utama bagi memastikan murid terus prokatif dalam permainan bola keranjang.
Antara yang menjadi keutamaan ialah membekalkan jadual latihan atau dos latihan
kepada para pemain yang berpotensi untuk tahun 2021 mengekalkan kecergasan dan
kemahiran mereka di rumah. Kedua menggalakkan penyertaan semua murid di MSS
Negeri Sembilan untuk menambah nilai ilmu dalam permainan bola keranjang, dan
seterusnya menggalakkan penyertaan mereka dalam peringkat Negeri Sembilan.
Ketiga pula, Jawatankuasa teknikal bola keranjang MSS Negeri Sembilan akan
menganjurkan pertandingan bola keranjang secara dalam talian bagi menguji
keupayaan psikomotor, kognitif dan afektif semua murid. Berperang dengan musuh
yang tidak nampak, Covid-19 telah merubah norma baharu kehidupan semua warga
pendidikan, terutamanya penganjuran sukan di kalangan murid. Bertindak atas rasa
tanggungjawab kepada keterujaan murid yang masih dalam proses PdPr,
Jawatankuasa teknikal bola keranjang MSS Negeri Sembilan mengambil langkah ke
hadapan dalam melaksanakan 3 program utama ini Kumpulan sasaran sudah
semestinya golongan murid yang berbakat dan berminat dalam permainan bola
keranjang. 4 program ini bakal menguji keupayaan psikomotor, kognitif dan afektif para
murid dalam menambahnilai ilmu di samping mengekalkan tahap kecergasan yang
tinggi walaupun murid berada di rumah. Kemahiran menguasai dan menggunakan
pelbagai medium dalam talian akan menjadi nilai tambah kepada keupayaan murid
untuk berjaya dalam pertandingan ini.

2.0 Rasional

Program ini adalah merupakan langkah ke arah memberikan murid peluang menambah
markah PAJSK yang tinggi, disamping memperlihatkan kemahiran dan kreativiti mereka
bertanding secara dalam talian, berdisplin mengekalkan kecergasan serta
meningkatkan kemahiran murid dalam permainan bola keranjang.

3.0 Objektif

3.1 Memberi pilihan kepada murid yang berbakat untuk mengikuti jadual latihan
mengekalkan kecergasan dan meningkatkan kemairan mereka
3.2 Memberi ruang kepada semua murid meraih markah PAJSK yang tinggi dalam
norma baharu dengan menyertai sesi ceramah berkaitan dengan bola keranjang.
3.3 Memastikan semua murid kekal produktif, kreatif dan berinovatif dalam
memperlihatkan kemahiran mereka secara psikomotor, kognitif dan afektif
dengan menggunakan medium media sosial di atas talian.
4.0 Matlamat

Dapat melahirkan murid yang berdaya saing, dan memupuk semangat bersukan yang
tinggi secara berterusan.

5.0 Penglibatan

Bilangan Peserta dan Pegawai 150

Bilangan Petugas

Pengerusi Teknikal Negeri 1


Pengerusi Teknikal Daerah 8
Jawatankuasa Teknikal Negeri 2
Urusetia 2
Bilangan Pegawai UPBM (SUKAN) 5

Jumlah Keseluruhan 150

6.0 Tarikh / Tempat

6.1 Tarikh : 22 Oktober hingga 29 Oktober 2021


6.2 Masa : Mengikut kesusaian peserta
(tidak melanggar waktu PdPr)
6.3 Tempat : Kediaman Peserta

7.0 Penganjur

Unit Pembangunan Bakat Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pengelola SMK
Tunku Syed Idrus Tampin dan Jawatankuasa Teknikal Bola keranjang MSSNS
8.0 Senarai Jawatankuasa

Sila Rujuk Lampiran A

9.0 Kewangan

Sila Rujuk Lampiran B

10.0 Syarat dan Peraturan

Sila Rujuk Lampiran C


11.0 Prosedur Standard Operasi

Sila Rujuk Lampiran D

12.0 PENUTUP

Adalah amat diharapkan agar kejohanan yang dijalankan ini akan mendapat sokongan dari
semua pihak dalam mencapai matlamat yang telah digariskan. Segala kerjasama yang
diberikan oleh semua pihak sama ada secara langsung ataupun tidak, didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

______________________
(CHIN KEE SIENG)
Pengerusi Teknik
Bola Keranjang
MSS Negeri Sembilan
LAMPIRAN A

JAWATANKUASA PROGRAM PEMBANGUNAN DAN KEJOHANAN KEMAHIRAN SUKAN


BOLA KERANJANG 3 POINT SHOOTING & LAY-UP SECARA ATAS TALIAN
MSSNS TAHUN 2021

Pengerusi : Tuan Haji Misri bin Mistama


Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

Timbalan Pengerusi : En Abdul Razak bin Haji Idris


Ketua Penolong Pengarah UPBM JPNS

Naib Pengerusi : Tuan Hj Mohamd Isa bin Wahab


Pengetua SMK Tunku Syed Idrus

Setiausaha : En Mohd Nizar bin Hartoyo


Penyelaras Sukan UPBM JPNS

Pen. Setiausaha 1 : En Mohamad Shahir bin Ismail


Pen. Pengarah UPBM JPNS ( Pengurus Program )

Pen. Setiausaha 2 : Puan Roziah binti Sharif


GPK Kokurikulum SMK Tunku Syed Idrus

Bendahari : Puan Norazlina binti Rahmad


Pembantu Tadbir UPBM JPNS

Penolong Bendahari : En Md Suhaimi bin Zakaria


Pembantu Tadbir Kewangan
SMK Tunku Syed Idrus

Jawatankuasa Pembimbing:

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tampin

Jawatankuasa Teknikal

Penyelaras Sukan Bola Keranjang En Mohamad Shahir bin Ismail


(Ketua Juri) Penolong Pengarah UPBM JPNS
Penyelaras Pertandingan En Chin Kee Sieng
(Pen. Ketua Juri) PTPS Bola Keranjang Negeri Sembilan

Pen. Penyelaras Pertandingan En Chong Soon Yoong


PTPS Bola Keranjang Daerah Tampin

Panel Penilai
(Kategori bawah 18 Tahun)

Panel Penilai
(Kategori bawah 12 Tahun)

Ahli Jawatankuasa Kerja :

JK Hadiah/Cenderamata /Sijil
Puan Panimalar a/p Palanisamy
Puan Ngan Ying Yee
Puan Murida binti Mohd Yin
- Mencetak sijil-sijil pertandingan.
- Menyediakan sijil-sijil dan hadiah-hadiah untuk sekolah-sekolah yang mengambil
bahagian.

JK Buletin/ Dokumentasi/Laporan
Puan Hjh Norhayati binti Yaakub
Puan Salwa binti Suradin
- Menyediakan laporan pertandingan untuk dihantar ke PPD / JPN selepas
pertandingan tamat.
- Mengambil gambar (jika perlu).
JAWATANKUASA TEKNIKAL PROGRAM PEMBANGUNAN DAN
KEJOHANAN KEMAHIRAN SUKAN BOLA KERANJANG 3 POINT
SHOOTING & LAY-UP SECARA ATAS TALIAN
MSSNS TAHUN 2021

PENGERUSI TEKNIK : EN CHIN KEE SIENG


(PTPS Bola Keranjang Negeri Sembilan)
SETIAUSAHA : EN. CHONG SOON YOONG
(Pengerusi Teknik Bola Keranjang MSSD Tampin)
AJK : EN. POW KAK WEI
(Pengerusi Teknik Bola Keranjang MSSD Port Dickson)
EN. TOW CHOON SHAN
(Pengerusi Teknik Bola Keranjang MSSD Seremban 2)
EN. GOH TUAN TEAN
(Pengerusi Teknik Bola Keranjang MSSD Jempol)
EN. LU POH HANG
(Pengerusi Teknik Bola Keranjang MSSD Seremban 1)
EN. CHIAK CHIN SOON
(Pengerusi Teknik Bola Keranjang MSSD Rembau)
EN. LAU CHING KOU
(Pengerusi Teknik Bola Keranjang MSSD Jempol)
EN. WONG KWAI LONG
(Pengerusi Teknik Bola Keranjang MSSD Kuala Pilah)
EN. WONG KUEK YOON
(Penyelaras Bola Keranjang Matrix)
URUS SETIA : PN. ONG SUAN SIM
(SJKC San Min Seremban)
EN. JIMMY HII YII SIONG
(SMK Taman Indah Tampin)

LAMPIRAN B

KEWANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN DAN KEJOHANAN KEMAHIRAN SUKAN


BOLA KERANJANG SHOOTING & LAY-UP SECARA ATAS TALIAN
MSSNS TAHUN 2021
Sumber Kewangan : 1. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan RM 4200.00

Nama Aktiviti / Program BOLA KERANJANG DALAM TALIAN MSSNS 2021


Sekolah Pengelola SMK TUNKU SYED IDRUS
Tahu
2021
n  
BIL PERKARA UNIT KOS (RM) BIL AMAUN
1 ELAUN JAWATANKUASA
1.1 Jawatankuasa Teknikal 12 RM30.00 1 360.00 RM360.00
1.2 Jawatankuasa Hakim & Kepengadilan 12 RM30.00 2 360.00 RM360.00
1.3 0.00 RM0.00
1.4         0.00 RM0.00
1.5         0.00 RM0.00
  RM720.00
2 HADIAH
2.1 Johan 12 RM80.00 1 960.00 RM960.00
2.2 Naib Johan 12 RM70.00 1 840.00 RM840.00
2.3 Ketiga 12 RM60.00 1 720.00 RM720.00
2.4 Keempat 12 RM60.00 1 720.00 RM720.00
  RM3240.00
3 SIJIL KEJOHANAN
3.1 Johan 12 RM1.50 1 15.00 RM18.00
3.2 Naib Johan 12 RM1.50 1 15.00 RM18.00
3.3 Ketiga 12 RM1.50 1 15.00 RM18.00
3.4 Keempat 12 RM1.50 1 15.00 RM18.00
3.5 Penyertaan 80 RM1.50 1 120.00 RM120.00
3.6 Penghargaan 32 RM1.50 1 48.00 RM48.00
3.7
  RM240.00
4 PENGURUSAN DAN PERALATAN
4.1 0.00 RM0.00
4.2 0.00 RM0.00
4.3 0.00 RM0.00
4.4 0.00 RM0.00
4.5   0.00 RM0.00
4.5         0.00 RM0.00
  RM0.00
JUMLAH BESAR (KEJOHANAN DALAM TALIAN ) RM4,200.00
LAMPIRAN C
SYARAT DAN PERATURAN PROGRAM PEMBANGUNAN DAN KEJOHANAN
KEMAHIRAN SUKAN BOLA KERANJANG SHOOTING & LAY-UP SECARA ATAS
TALIAN MSSNS TAHUN 2021

1. NAMA PROGRAM

1.1 Kejohanan Kemahiran Sukan Bola Keranjang Shoot & Lay-up Secara Dalam
Talian MSSNS Tahun 2021

2. NAMA PERTANDINGAN

2.1 Shooting Bawah 12 Tahun


2.2 Lay-up Bawah Bawah 18 Tahun

3. CADANGAN TARIKH / TEMPAT

3.1 22 Oktober hingga 29 Oktober 2021


3.2 Di gelanggang yang sesuai untuk dewasa (adult)
3.3 Tarikh tutup penghantaran video adalah pada 29 Oktober 2021
3.4 Tarikh taklimat pertandingan pada 20 Oktober 2021

4. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

4.1 Pertandingan ini adalah tertakluk kepada peraturan MSSM mengikut perubahan
yang dipersetujui ( Modified Sports) dan peraturan mengikut peraturan FIBA (3
point & lay-up)

4.2 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan akan diputuskan
seperti berikut:

4.2.1 Sebarang kejadian akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola yang


sedang berkuatkuasa.

4.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
adalah MUKTAMAD.

4.4 Penyertaan perlu mendapat kelulusan ibubapa atau penjaga untuk menyertai
pertandingan ini.
4.5 Penyertaan pelajar adalah dengan tidak mengganggu waktu PdPR yang sedang
berjalan.

4.6 Sentiasa mematuhi SOP semasa Covid-19

4.7 Tiada paksaan daripada mana-mana pihak.

5. JENIS PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan secara berpasukan di antara daerah Negeri Sembilan.

5.2 Kategori yang dipertandingkan :

5.2.1 Shooting Lelaki Berpasukan Bawah 11 Tahun


5.2.2 Shooting Perempuan Berpasukan Bawah 11 Tahun
5.2.3 Lay-up Lelaki Berpasukan Bawah 16 Tahun
5.2.4 Lay-up Perempuan Berpasukan Bawah 16 Tahun

6. PENDAFTARAN PASUKAN

6.1 Pertandingan ini adalah tertakluk kepada peraturan MSSM


mengikut perubahan yang dipersetujui ( Modified Sports).

6.2 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan akan diputuskan
oleh oleh Jawatankuasa Teknikal..

6.3 Sebarang kejadian akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola yang sedang
berkuatkuasa.

6.4 Pemain

6.4.1 Tiap-tiap sekolah akan mendaftar dan menghantar 3 orang pemain bagi
setiap ketegori berpasukan bagi mewakili daerah masing-masing.

6.4.2 Tiap-tiap pemain diwajibkan bermain dalam peringkat umurnya sahaja.

6.4.3 Pendaftaran pemain akan dibuat melalui Google Form.

6.4.4 Hanya pemain yang berdaftar sahaja layak menyertai kejohanan ini.
6.4.5 Penyertaan murid hendaklah secara sukarela dan mendapat kebenaran
bertulis daripada ibu bapa bagi menyertai pertandingan.

6.5 Pegawai Pasukan

6.5.1 Bilangan Pegawai hendaklah terdiri daripada :

i) 1 Pengerusi Teknik Daerah


ii) 4 orang Pengurus pasukan

7. KELAYAKAN PEMAIN

7.1 Taraf kelayakan pemain adalah tertakluk kepada Peraturan 3 (Kelayakan dalam
Peraturan AM MSSM Lampiran B)

8. SISTEM PERTANDINGAN DAN CARA MENENTUKAN KEMENANGAN

8.1 Kesemua daerah perlu memuat naik (upload) video individu pemain melakukan
kemahiran yang dinyatakan dan menghantar kepada pengelola.

8.2 Video lakuan aktiviti perlu direkodkan secara berterusan tanpa sebarang
suntingan.

8.3 Kemenangan PASUKAN akan ditentukan berdasarkan jumlah jaringan yang


sah(berdasarkan peraturan FIBA) dan catatan masa terpantas yang dihantar
oleh pasukan daerah masing-masing.

9. PAKAIAN

9.1 Pemain

9.1.1 Pemain-pemain perlu memakai pakaian sukan yang sesuai dan

berkasut sukan.
10. GELANGGANG/ALATAN

10.1 Gelanggang yang digunakan mesti gelanggang dewasa standard(adult


standard).

10.2 Pertandingan ini adalah tertakluk kepada peraturan MSSM mengikut perubahan
yang dipersetujui ( Modified Sports).

10.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan akan diputuskan
oleh Jawatankuasa Teknikal.

10.4 Sebarang kejadian akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola yang sedang
berkuatkuasa.

10.5 Saiz bola untuk L18 (saiz 7), P18 (saiz 6) dan L12/P12 (saiz 5).

11. PENGADILAN

11.1 Semua pasukan akan diadili oleh Jawatankuasa yang dilantik olehJawatankuasa
Pengelola.

11.2 Keputusan juri adalah muktamad.

12. PEMBATALAN PENYERTAAN

12.1 Penyertaan Pemain adalah terbatal jika:

12.1.1 Berlaku perlanggaran peraturan pertandingan.

12.1.2 Rakaman video yang diedit dan tidak mematuhi garis panduan membuat
rakaman.

13. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

13.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan ini, akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya adalah
MUKTAMAD.
14. RAKAMAN

14.1 Rakaman mesti menampakkan keseluruhan peserta dan pergerakan bola


sepanjang masa. (Rujuk Contoh Video yang diberi)

14.2 Rakaman mesti jelas(berdefinisi tinggi HD). Jawatankuasa Pengadilan tidak akan
bertanggungjawab ke atas pertikaian yang disebabkan oleh rakaman yang tidak
jelas.

14.3 Setiap rakaman semasa melaksanakan kemahiran mestilah berterusan. (Tidak


boleh edit)

14.4 Format video – MP4

14.5 Tarikh tutup penghantaran video: 29 Oktober 2021

14.6 Video akan dihantar via Google Form Urusetia.


15. KEMAHIRAN YANG DIPERTANDINGKAN

Shooting

1. Pemain dikehendaki membuat satu garisan(garisan A). Garisan A mesti mempunyai jarak 2 meter
dari gelang jaring.
2. Pemain hanya boleh membuat lontaran sahaja di belakang garisan A dan pemain tidak boleh
memijak garisan A semasa membuat lontaran.
3. Pemain mesti mengambil bola sendiri tanpa bantuan selepas membuat lontaran.
4. Pemain kena membuat jaringan lay-up dengan sebanyak mungkin dalam masa 3 minit.
5. Pasukan yang mendapat jaringan yang tertinggi dengan masa yang tersingkat adalah pemenang.
Lay-up

1. Pemain mesti bermula dari START A1(tangan kanan) atau A2(tangan kiri). Jika bermula di A1,
pemain kena membuat jaringan lay-up mengikut arah anti jam. Jika bermula di A2, pemain kena
membuat jaringan lay-up mengikut arah jam.
2. Pemain mesti bermula dengan dribble (membawa bola) dan tidak boleh menghantar bola ke
hadapan semasa bermula.
3. Pemain kena membuat jaringan lay-up dengan sebanyak mungkin dalam masa 3 minit.
4. Pasukan yang mendapat bilangan jaringan yang tertinggi dengan masa yang tersingkat adalah
pemenang.

Anda mungkin juga menyukai