Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN

PROGRAM KECEMERLANGAN SUKAN


MAJLIS SUKAN SEKOLAH NEGERI SEMBILAN

KEJOHANAN SIRKIT OLAHRAGA


MSSNS 2019/2020

DISEDIAKAN OLEH :

Unit Sukan
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
No..Tel : 06-763 2239, Faks : 06-764 6055
1.0 TAJUK
Permohonan Peruntukan untuk melaksanakan Program Kecemerlangan Sukan Majlis
Sukan Sekolah Negeri Sembilan - Kejohanan Sirkit Olahraga MSSNS 2019/2020

2.0 DIKEMUKAKAN OLEH :


Unit Sukan, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan
Negeri Sembilan.

3.0 TUJUAN :
Kertas ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa
Akaun Amanah Majlis Sukan Sekolah Malaysia untuk perbelanjaan bagi :

3.1 Program Kecemerlangan Sukan Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan -


Kejohanan Sirkit Olahraga MSSNS 2019/2020

4.0 LATAR BELAKANG :


4.1 Pasukan Olahraga MSS Negeri Sembilan akan menyertai Kejohanan Olahraga
MSSM 2020 pada bulan April 2020.

4.2 Kedudukan ke-11 keseluruhan MSS Negeri Sembilan pada Kejohanan


MSSM 2019 dilihat memberi isyarat bahawa program pembangunan dan
kecemerlangan olahraga perlu diperkemaskan.

4.3 Justeru itu, semua MSSD telah menyediakan pasukan olahraga dan bagi
memastikan momentum ini berterusan, maka 3 siri sirkit olahraga peringkat
negeri telah dirancang sebagai persediaan MSSNS ke MSSM 2020.

5.0 OBJEKTIF :
5.1 Menyediakan pertandingan yang tersusun dan kompetitif untuk atlet-atlet
MSSNS pada peringkat domestik.

5.2 Membiasakan atlet MSSNS dengan venue sebenar Kejohanan MSSM 2020
yang bakal diadakan di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi.

6.0 RASIONAL :
6.1 Program kecemerlangan ini amat penting untuk memantau prestasi atlet dan
mempastikan puncak prestasi atlet dapat diterjemahkan semasa Kejohanan
MSSM pada bulan April 2020.

7.0 HASIL PROGRAM / OUTCOMES :


7.1 Prestasi atlet dapat dipantau secara dekat dan maklumbalas penambahbaikan
segera dari team jurulatih.

7.2 Semua atlet MSSNS dapat menunjukkan semangat juang dengan prestasi dan
catatan terbaik pada level MSSM.
7.3 Atlet yang biasa dengan vanue ini akan menunjukkan sikap positif dengan
persekitaran dalam pembentukan ABC (Atlet yang Baik lagi Cemerlang)

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DIPOHON :


8.1 Anggaran perbelanjaan kewangan yang dipohon untuk melaksanakan Program
Kecemerlangan Sukan Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan - Kejohanan
Sirkit Olahraga MSSNS 2019/2020 ialah RM30,420.00

8.2 Perincian perbelanjaan adalah seperti berikut :

BIL. PERKARA JUMLAH CATATAN


(RM)
PERKARA 14.1
Perbelanjaan Makanan/Minum
Atlet/Pegawai/Guru
murid dan pegawai/Guru
1. Seremban 1 - 30
Pengiring terlibat
2. Seremban 2 - 30
3. Jempol/Jelebu - 30
RM15 x 6 hari x 145 orang
4. Kuala Pilah - 30
RM 20 x 6 hari x 145 orang
1. RM 30,450.00 5. Port Dickson - 30
6. Tampin - 30
Siri 1 - 290 orang (Ogos 2019)
7. Rembau - 30
Siri 2 - 290 orang (Okt. 2019)
8. Pegawai - 40
Siri 3 - 290 orang (Nov. 2019)
9. Guru Pengiring - 40

JUMLAH 290 ORANG

Pembelian Medal Kejohanan


Sirkit Olahraga MSSNS
PERKARA 14.6
2019/2020
2. RM 4,320.00
540 unit x RM 8.00
Siri 1 – 180 medal
Siri 2 – 180 medal
Siri 3 – 180 medal

KESELURUHAN RM34, 770.00

9.0 KELULUSAN DIPOHON :


9.1 Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan memohon pertimbangan
dan kelulusan Jawatankuasa Akaun Amanah MSSM untuk mendapatkan
peruntukan sebanyak RM34,770.00

9.2 Permohonan ini berdasarkan Arahan Akaun Amanah, perkara 14.1 dan
14.6 bagi mendapatkan peruntukan untuk melaksanakan program latihan.

--- TAMAT ---

Anda mungkin juga menyukai