Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN PROGRAM KLINIK BOLA KERANJANG

SMK CHIO MIN TAHUN 2023

YBrs. Tuan Pengetua, SMK Chio Min

KERTAS CADANGAN PROGRAM KLINIK BOLA KERANJANG SMK CHIO MIN TAHUN 2023

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Kejohanan Bola Keranjang merupakan salah satu aktiviti kokurikulum yang dijalankan setiap
tahun. Tumpuan utama kejohanan bola keranjang adalah untuk mencungkil bakat para pelajar untuk
mewakili sekolah pada tahun 2023. Para pelajar yang terpilih akan mewakili sekolah untuk peringkat
Daerah Kulim Bandar Baharu (KBB), Negeri Kedah dan diikuti peringkat Majlis Sukan Sekolah-
sekolah Malaysia (MSSM). Di samping itu, kejohanan ini amat penting untuk para pelajar menerima
pendedahan sebenar dan mengaplikasikan kemahiran yang telah mereka pelajari dalam Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan.
Bagi menjayakan program sukan ini, pihak sekolah perlu merancang dengan teliti segala
aktiviti yang akan dijalankan. Antaranya adalah termasuk mengadakan Program Klinik Bola
Keranjang bagi memantapkan teknik dan cara bermain bola keranjang dengan betul disamping
latihan-latihan asas dan perancangan taktikal bagi persediaan menghadapi Kejohanan Sukan di
peringkat MSSN dan MSSM. Perancangan adalah amat penting agar segala aktiviti akan berjalan
dengan lancar dan mencapai matlamat yang ditetapkan.
Oleh yang demikian, Kelab Bola Keranjang SMK Chio Min bercadang mengadakan Program
Klinik Bola Keranjang dengan menjemput Penceramah/Jurulatih sebagai tetamu sepanjang 3 hari
Klinik tersebut diadakan bagi memberi tunjuk ajar kepada ahli kelab Bola Keranjang dan juga pelajar
yang terpilih.

3. OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Mencungkil bakat pelajar untuk menjadi pemain yang cemerlang bagi mewakili sekolah ke
peringkat negeri dan kebangsaan.
3.2 Sebagai usaha untuk pelajar mendapat latihan yang terbaik untuk meningkat kemahiran
mereka.
3.3 Memberi pendedahan kepada pelajar secara langsung atau pun tidak langsung berkaitan
dengan Teknik-teknik asas permainan Bola Keranjang.

4. KUMPULAN SASAR

- Ahli Kelab Bola Keranjang & Pelajar Yang Terpilih

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

5.1 Tarikh : 20.08.2023 hingga 22.08.2023


5.2 Tempat : Gelanggang Bola Keranjang
5.3 Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang – Seperti Jadual Latihan
5.4 Aktiviti : Program Klinik Bola keranjang
- Asas & Teori
- Kecergasan Fizikal
- Latihan Gelanggang
- Latihan Teknik & Taktikal
6. JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : En. Wong Kwang Chen (Pengetua)


Tim. Pengerusi : En. Lim Pin Kok (Penolong Kanan Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1 : En. Lim Poh Lee (Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Yen Yin Yin (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 3 : Pn. Yong Chew Yeong (Penolong Kanan Petang)
Setiausaha : En. Lim Ah Tong (Guru Penasihat Kelab Bola Keranjang)
Pen. Setiausaha : Pn. Norshafina bt. Che Said
Pn. Mohana Rani Supurmaniam

7. IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Sumber Kewangan


- Peruntukan Bantuan Kokurikulum Sekolah

7.2 Anggaran Perbelanjaan Keseluruhan Secara Terperinci


-

8. ULASAN JPN / PPD

- Tiada

9. PENUTUP

- Program Klinik Bola Keranjang merupakan salah satu program atau aktiviti kokurikulum
yang dapat mencungkil bakat yang terpendam dalam diri pelajar untuk mewakili sekolah serta
melahirkan atlit yang berpotensi untuk diketengahkan di peringkat sekolah, daerah KBB dan
MSSM.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

……………………….. ………………………….

(LIM AH TONG) (LIM PIN KOK)


Guru Penasihat Kelab Bola Keranjang Penolong Kanan kokurikulum
SMK Chio Min SMK Chio Min
Tarikh : Tarikh :
KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan kertas cadangan [KERTAS CADANGAN PROGRAM KLINIK


BOLA KERANJANG SMK CHIO MIN TAHUN 2023]

atau

Tidak meluluskan kertas cadangan [KERTAS CADANGAN PROGRAM KLINIK


BOLA KERANJANG SMK CHIO MIN TAHUN 2023]

Ulasan :
…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………….
(WONG KWANG CHEN)
Pengetua
SMK Chio Min
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai