Anda di halaman 1dari 13

SMK BELAWAI,

KG. JERIJEH BARU,96150

TG. MANIS,SARAWAK

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR TERBUKA
2023

Anjuran :

Lembaga Pengawas Sekolah

Dengan Kerjasama Panitia PJPK SMK Belawai

Tarikh :

15 – 16 November 2023

Tempat :

Gelanggang Bola Tampar, SMK Belawai


KERTAS KERJA PENGELOLAAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR TERBUKA

1.0 PENGENALAN

Bola Tampar merupakan suatu permainan yang berpotensi untuk


dibangunkan sebagai sukan teras Negara. Namun, agak ketandusan bakat muda
bagi sukan ini. Menyedari hakikat ini, Lembaga Pengawas Sekolah dengan
kerjasama panitia PJPK SMK Belawai telah mengambil inisiatif untuk mencungkil
bakat-bakat muda dengan menganjurkan pertandingan Bola Tampar terbuka bagi
pelajar SMK Belawai.Pertandingan Bola Tampar ini telah dirangka khas untuk para
pelajar sebagai salah satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi aspek
Jasmani, Rohani, Emosi, Intelek dan Sosial (JERIS).

2.0 RASIONAL

Pertandingan bola tampar menitikberatkan penglibatan semua pelajar SMK


Belawai dari tingkatan 1 hingga 5.Pertandingan ini adalah atas rasional kegiatan
sukan yang menjadi sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat
pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga diberikan
kepada keperluan asas yang lain seperti akademik dan kegiatan kokurikulum supaya
dapat melahirkan guru pelatih yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan
jasmani.
Pertandingan bola tampar ini menyumbang kepada penggalakan
pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan
meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberikan satu landasan yang betul
dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu
padu serta memupuk semangat cinta akan negara.

3.0 MATLAMAT
Matlamat utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-
bakat baru dan melahirkan modal insan yang sihat dan cergas melalui penyertaan
yang menyeluruh. Membentuk dan mempunyai pasukan yang berjaya. Membantu
mengatasi masalah disiplin dan mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan
guru pelatih.
Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh serta
memupuk budaya bersukan. Memenangi mana-mana kejohanan yang disertai
melalui kecerdasan dan ketepatan melakukan kemahiran-kemahiran dalam
permainan bola tampar serta menanam minat pelajar terhadap permainan ini.

4.0 OBJEKTIF

1. Mewujudkan suasana gaya hidup sihat di kalangan guru dan pelajar.


2. Melahirkan warga sekolah yang berkebolehan dan seimbang dalam bidang
akademik dan sukan.
3. Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan warga pelajar.

5.0 KUMPULAN SASARAN


Pelajar tingkatan 1 hingga 5.

6.0 TARIKH DAN HARI


15 hingga 16 November 2023 (Rabu dan Khamis)

7.0 TEMPAT
Gelanggang Bola Tampar, SMK Belawai.

8.0 JAWATANKUASA PENGELOLA


Penasihat:
En. Shariff bin Umar (Pengetua SMK Belawai)

Pengerusi:
Pn. Norhayati binti Julaihi (PK HEM)

Tim. Pengerusi I:
En. Termizi Tarzan (PKP)

Tim. Pengerusi II:


En. Muliadi bin Hud (PK Ko)

Penyelaras:
En. Muhd. Nabilfikri Fathullah bin Abdul Razak (Penyelaras Lembaga Pengawas)

Setiausaha:
Pn. Rejoice Rut Machang

AJK Pelaksana
AJK Peralatan : Biro Kerohanian dan Biro Media dan Publisiti
AJK Pendaftaran : Bendahari & Timbalan Bendahari LP
AJK Hadiah : Biro Kebersihan dan Keceriaan

AJK Tugas-tugas Khas : i. Biro Perhimpunan dan Majlis Khas


ii. Biro Disiplin
iii. Biro Kerohanian

AJK Persiapan Tempat : Biro Disiplin dan Biro Media dan Publisiti

AJK Dokumentasi : Setiausaha & Timbalan Setiausaha LP

AJK Pertandingan : Biro Aktiviti dan Dokumentasi


AJK Makanan : Biro Akademik
9.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

9.1 Pengerusi/Penyelaras
 Mempengerusikan mesyuarat.
 Merancang dan mengkoordinasi aktiviti persatuan.
 Mengawasi perjalanan undian untuk pemilihan jawatankuasa.
 Menjalankan tugas yang diarah oleh pensyarah penasihat.

9.2 Setiausaha
 Mencatat minit mesyuarat dan kehadiran ahli jawatankuasa.
 Menguruskan semua hal surat-menyurat.
 Mengemas kini fail dan rekod persatuan.
 Mengurus dan mengawal keahlian persatuan.
 Menyediakan laporan tahunan persatuan.

9.3 Penolong Setiausaha


 Membantu tugas-tugas setiausaha.

9.4 Bendahari
 Mengemas kini urusan kewangan persatuan.
 Memungut yuran persatuan.
 Menguruskan pembelian/pembayaran berdasarkan bil.
 Menyediakan bajet persatuan.
 Menyediakan penyata dan laporan kewangan persatuan.
9.5 Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Jawatankuasa Peralatan
 Menyediakan alatan dan membantu jawatan kuasa pertandingan
 memeriksa alatan dan memastikan mengikut spesifikasi.
 Menyediakan segala keperluan berkaitan teknikal bagi
melicinkan perlaksanaan program.
 Mengemas kini alatan dan mengawal pergerakan alatan.
 Bertanggungjawab terhadap peralatan yang digunakan semasa sesuatu aktiviti
atau projek dilaksanakan.

Jawatankuasa Pendaftaran
 Menyediakan borang pendaftaran peserta.
 Mengumpulkan wang yuran penyertaan.
 Memastikan peserta yang bertanding adalah peserta yang didaftarkan dalam
borang.

Jawatankuasa Tugas-tugas Khas


 Menyediakan dan mengedarkan poster, banner dan borang penyertaan
pasukan.
 Membuat hebahan dan pengiklanan berkenaan dengan pertandingan
 Membantu jawatankuasa yang lain sekiranya perlu.
 Mengendali pertandingan atau majlis sekiranya ada penyampaian
hadiah/sebagainya

Jawatankuasa Persiapan tempat


 Menyediakan tempat pertandingan padang dan gelanggang.
 Menempah tempat pertandingan.
 Memastikan tempat pertandingan dalam keadaan bersih sebelum dan selepas
pertandingan dijalankan.
Jawatankuasa Makanan
 Memastikan menu makanan yang akan disediakan
 Menyediakan air mineral kepada para pengadil, pihak penganjur dan peserta

Jawatankuasa Dokumentasi
 Mengambil gambar-gambar penting dan serahkannya kepada s/usaha
kejohanan untuk didokumentasikan.
 Menyediakan laporan apabila kejohanan selesai.

Jawatankuasa Pertandingan-

 Memastikan perlawanan berlangsung mengikut jadual


 Memastikan perlawanan berlangsung tanpa sebarang masalah yang boleh
dipertikai
 Membuat satu jadual tugasan pengadil di setiap perlawanan
 Memastikan para pengadil mencukupi dan bersedia di setiap perlawanan
 Menerima borang pendaftaran yang lengkap diisi.
 Menyemak senarai nama dan kad matrik pemain semasa pendaftaran.

 Mengasingkan borang mengikut kategori dan kumpulan masing-masing.


10.0. PENAJA UTAMA

 Lembaga Pengawas Sekolah

11.0 KEWANGAN
 Lembaga Pengawas Sekolah

12.0 PENUTUP
Pihak penganjur mengharapkan agar pihak pengurusan SMK Belawai
meluluskan kertas kerja ini agar segala yang dirancang dapat diteruskan bagi
memberi manfaat kepada semua warga SMK Belawai. Pihak kami juga
menyokong dan bantuan daripada semua pihak supaya program ini dapat
dijalankan dengan sempurna dan mencapai objektif yang disasarkan.

Disediakan oleh:

.........................................

(Muhd Nabilfikri Fathullah bin Abdul Razak)


Penyelaras Lembaga Pengawas
SMK Belawai

Disemak oleh:

.........................................

(Norhayati binti Julaihi)


Penolong Kanan HEM
SMK Belawai

Disahkan oleh:

.........................................

(Shariff bin Umar)


Pengetua
SMK Belawai
LAMPIRAN
PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN BOLA TAMPAR TERBUKA

SMK BELAWAI

1.0. NAMA PERTANDINGAN


Pertandingan Bola Tampar Terbuka SMK Belawai

2.0. PENGANJUR
 Lembaga Pengawas SMK Belawai

3.0. JENIS PERTANDINGAN


 Sistem pertandingan akan dijalankan secara Vollethon dan Separa
Liga

4.0. PERATURAN PERTANDINGAN


 Pertandingan ini dijalankan mengikut Peraturan Persatuan Bola
Tampar Antarabangsa (FIVB) mengikut kehendak pihak pengelola
kejohanan.
 Borang Pendaftaran mesti dihantar selewat-lewatnya 3 hari sebelum
kejohanan bermula kepada Penyelaras/Setiausaha Lembaga
Pengawas SMK Belawai.
 Hanya pemain-pemain yang berdaftar dalam Borang Pendaftaran
sahaja dibenarkan bermain dalam pertandingan ini.
 Setiap pasukan dibenarkan mempunyai ”LIBERO” (1 orang) semasa
pertandingan dijalankan.
 Semua keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa Teknikal dan
Pertandingan adalah muktamad.
 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh jawatankuasa
Teknikal dan pertandingan.
4.1. ACARA PERTANDINGAN

 Bola Tampar ( Lelaki & Wanita)

4.2. PENDAFTARAN PESERTA

 Bilangan penyertaan pemain bagi setiap pasukan adalah


6 orang pemain.
 Setiap pemain perlu didaftar mengikut nombor jersi (sekiranya ada)
bagi mengelakkan sebarang kekeliruan semasa pendaftaran.
 Pendaftaran Pemain hendaklah menggunakan borang khas iaitu
Borang Penyertaan Kejohanan Bola Tampar yang disertakan.
 Semua pelajar yang terlibat hendaklah membawa kad pengenalan ,dan
ia hendaklah diserahkan kepada jawatankuasa pendaftaran
pertandingan sebelum pertandingan dimulakan.
 Pihak jawatankuasa pengelola pertandingan berhak membatalkan
mana-mana pasukan yang melanggar atau tidak mematuhi syarat-
syarat di atas.

4.3. PENGESAHAN PESERTA-PESERTA

 Terbuka kepada semua pelajar SMK Belawai

4.4. PENARIKAN DIRI SEMASA PERTANDINGAN DIJALANKAN

 Setiap pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari sebarang


perlawanan. Jika iainya berlaku, pasukan berkenaan adalah dianggap
menarik diri dari keseluruhan pertandingan dan tidak dibenarkan
menyertai pertandingan seterusnya.
5.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Sila rujuk bahagian lampiran.

6.0 PAKAIAN
 Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian seragam iaitu baju jersi
dan seluar sukan.
 Setiap pasukan perlu menyediakan 2 set jersi yang berlainan warna
dan mempunyai nombor dibahagian depan dan belakang yang sesuai
untuk pertandingan bola tampar. Saiz pada nombor adalah berbeza.
Nombor di belakang hendaklah berukuran 20sm dan lebar 2sm
manakala di hadapan 15sm x 2sm lebar.
 Pasukan yang tidak memakai pakaian sukan tidak dibenarkan
menyertai pertandingan ini.

7.0 PERALATAN PESERTA


 Bagi peralatan setiap pasukan perlu menyediakan 2 biji bola Mikasa
untuk pertandingan (Tournament Ball) Biru/Kuning.

8.0 PENGADIL

 Pengadil akan disediakan oleh pihak jawatankuasa pertandingan


Setiap pasukan perlu menyediakan 2 orang penjaga garisan di
kalangan pemain

9.0 SISTEM PERTANDINGAN

 Volleython dan Separa Liga


10.0 BANTAHAN

 Sebarang bantahan hendaklah dibuat 30 minit selepas perlawanan


berkenaan tamat dengan wang cagaran sebanyak RM300.00 secara
bertulis.
 Wang cagaran akan dipulangkan semula sekiranya bantahan
berjaya.
 Panel bantahan akan di diwakili oleh jawatankuasa penganjur dan tiga
(3)orang wakil berkecuali yang akan ditentukan sendiri oleh pihak
penganjur.
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai