Anda di halaman 1dari 9

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN

SARAWAK KAMPUS MUKAH

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN BOLA JARING 3 PENJURU

PADA

16 DISEMBER 2023

TEMPAT

DEWAN KOMPLEKS SUKAN KOMUNITI (KSK)


MUKAH
1.0 TAJUK
Pertandingan Bola Jaring 3 Penjuru Di Antara UiTM Mukah, Politeknik Mukah dan
CENTEX Mukah.

2.0 TUJUAN

Sukan bola jaring merupakan satu bentuk aktiviti yang boleh


mengeratkan hubungan sesama pelajar. Selain itu, bola jaring dapat
mencetuskan semangat kesukanan dan pertandingan yang sihat dalam
kalangan pelajar. Melalui bola jaring juga dapat mendidik pelajar-pelajar
untuk membina keyakinan diri, membina keterampilan diri, meningkatkan
kecergasan dan kesihatan yang tinggi dalam kalangan pelajar. Malah, bola
jaring juga dapat mencungkil bakat diri dengan meningkatkan kemampuan
diri serta menanam sifat keberanian dan kepercayaan dalam diri sendiri.
Dengan penglibatan dan pengalaman yang diperoleh, diharapkan para
pelajar dapat memupuk nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama,
sikap toleransi dan mampu memupuk ikatan tali silaturrahim antara pelajar
UiTM , Politeknik dan CENTEX.

Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan
kelulusan dari Yang Berbahagia Penolong Rektor terhadap cadangan
permohonan untuk menjalankan Pertandingan Bola Jaring 3 Penjuru di
Dewan Kem Belia Mukah.

3.0 PENDAHULUAN

● Program ini merupakan satu aktiviti sukan yang dianjurkan oleh Kelab
Bola Jaring (HSK226) yang akan dilaksanakan di Dewan Kem Belia
Mukah. Program ini bakal disertai oleh pelajar dari tiga pusat pengajian
iaitu UiTM, Politeknik dan CENTEX Mukah. Selain itu, pertandingan
yang dianjurkan ini selaras dengan kehendak Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang
dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Aktiviti yang diadakan
dalam program ini dapat menonjolkan sifat kerjasama dalam setiap
peserta dan dapat diaplikasi dalam menempuh segala cabaran yang
mendatang. Kesan negatif yang akan berlaku sekiranya program ini
tidak dapat dijalankan adalah menggurangkan hubungan sosial secara
aktif dan kurang kesedaran kepada gaya hidup yang sihat dalam
kalangan pelajar. Oleh itu, program ini amat penting kerana melalui
sukan bola jaring pelajar dapat menjalinkan hubungan yang baik dan
menjamin kesihatan diri seseorang individu selain menggalakkan
kepada pengamalan gaya hidup yang sihat.
4.0 OBJEKTIF

● Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang bola jaring


secara lebih menyeluruh.
● Dapat mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, dan sosial yang sihat.
● Mengekalkan hubungan baik dan menjalinkan hubungan silaturahim
dalam kalangan peserta.
● Memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pengalaman baru
dan keseronokkan dalam bermain bola jaring.

5.0 KUMPULAN SASARAN

I. Pelajar UiTM Mukah : 20 orang


II. Pelajar Politeknik Mukah : 20 orang
III. Pelajar CENTEX Mukah : 20 orang

6.0 TENTATIF PROGRAM

● Berikut adalah butiran tentatif program:

Tarikh : 16 DISEMBER 2023 (Sabtu)


Masa : 8:00 a.m. - 5:00 p.m.

Tempat : Dewan Kompleks Sukan Komuniti Mukah


Kumpulan Sasaran : Pelajar UiTM Mukah, Politeknik Mukah dan CENTEX Mukah
7.0 ATURCARA PROGRAM

● Mengikut perancangan pihak penganjur, pertandingan ini akan dijangka


diadakan selamasehari:

Sabtu 16 Disember 2023

MASA AKTIVITI
8:00 am – 8:15 am Pendaftaran pelajar
8.15 am – 8:30 am Sarapan
8:30 am – 9:00 am Berkumpul mengikut pusat pengajian

9:00 am - 12:00 pm Permainan bermula bagi sesi A


12:00 pm - 2:00 pm Makan tengahari/rehat
2:00 pm - 4:00 pm Permainan peringkat akhir
4:00 pm - 5;00 pm Penyampaian hadiah / sesi fotografi
5:00 pm Bersurai
8.0 KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI / IMPAK KEPADA
PELAJAR DANUNIVERSITI

Kaedah Pelaksanaan:
⚫ Dewan Kompleks Sukan Komuniti Mukah

Impak Kepada Pelajar:


1. Membantu mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar UiTM,
Politeknik dan CENTEX.
2. Memupuk semangat kesukanan dan semangat kerjasama antara ahli
pasukan.

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Penasihat : Puan Widyawati


Ketua Projek : Tayap Anak Jai
Penolong Ketua Projek : Marcnyvia Tinjau Anak Michael
Setiausaha : Sherina Phia Anak Hereyson
Bendahari : Cathalya Lidai Anak Lanyau
Penolong Bendahari : Nadia Ettau Anak Anthony
Pengadil : - Puan Widyawati
- Puan Alwiyah Talip
- Cik Viny Lau

Pengerusi Majlis : - Fadzreen Binti Mustapha

AJK Pendaftaran : - Nadia Ettau Anak Anthony


- Marcnyvia Tinjau anak Michael

AJK Teknikal & Peralatan/ : - Hilda Anak Hilbert


Persiapan Tempat - Esther Rynna Anak Desian
- Cathalya Lidai Anak Lanyau
- Sherina Phia Anak Hereyson
AJK Foto/Multimedia : - Dayang Khairunnisa Adilah Binti Abang Kiprawi

AJK Jamuan/Makanan : - Tayap Anak Jai


- Wan Farah Nuraina Binti Wan Ahmadi
AJK Kecemasan : - Sherfrinny Enthia Anak Benedict Saran
- Dayang Khairina Binti Awang Halmi
- Nur Maskrisna Binti Ja’ani

AJK Hadiah : - Sharifah Nur Afiqah Binti Wan Morshidi


- Intan Irmiza Binti Kipli

AJK Kebersihan : - Monica Annisha Anak Deris


- Rachel Argel Anak Ryand

Total AJK : - 17 orang


DEKRIPSI TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM

Ketua Projek : 1.Menyediakan kertas kerja.


2.Membuat perancangan program.
3. Memastikan semua kerja yang dilakukan setiap ahli
jawatankuasa berjalan dengan lancar.
Penolong Ketua Projek : 1. Menyediakan Borang C HEP.
2. Membantu Ketua Projek.
Setiausaha : 1. Menyediakan laporan aktiviti.
2. Memanggil ahli jawatankuasa untuk mesyuarat.
3. Menguruskan urusan surat-menyurat kepada pihak
yang berkenaan.
Bendahari : 1. Menyimpan segala kutipan wang dan resit yang
berkenaan.
2. Menyediakan laporan wang masuk dan keluar
setiap kali mesyuarat.
3. Menyimpan semua butiran dokumen keluar masuk
wang dan lain-lain yang berkaitan dengan
pengurusan kewangan.
Penolong Bendahari : 1. Membantu bendahari menyediakan
laporan wang keluar dan masuk.
2. Menjaga dan menguruskan harta bagi
kejohanan dengan baik.

Pengadil : 1. Membuat keputusan mengikut peraturan dan


undang-undang yang telah ditetapkan.
2. Membuat keputusan dengan adil dan neutral.
Pengerusi Majlis : 1. Bertindak sebagai pengacara majlis sepanjang
program.
2. Menyediakan skrip pengacara majlis mengikut
aturcara program.
AJK Pendaftaran : 1.Menyediakan link pendaftaran untuk peserta.
2.Mendapatkan maklumat peserta.
AJK Logistik & Peralatan/ : 1. Menempah tempat untuk program.
Persiapan Tempat 2.Menempah dan menyediakan peralatan untuk
kegunaan program :
➢ Peralatan sukan seperti bola jaring, dan
sebagainya
➢ Kerusi
➢ Meja
3.Memastikan tempat acara/ pertandingan
berada dalam keadaan baik dan selamat.
AJK Foto/Multimedia : 1. Mengambil gambar dan video sepanjang program
berlangsung.
2. Menyediakan Poster dan ayat hebahan.
AJK Jamuan/Makanan : 1.Mencari katerer dan menempah makanan.
2.Menyediakan senarai menu yang bersesuaian.
3.Menyediakan jadual masa penyediaan makanan
kepada katerer.
4. Memastikan makanan tersedia mengikut masa
yang telah ditetapkan.
5. Memastikan semua peserta dan jemputan
mendapat makanan secukupnya.
AJK Kecemasan : 1. Menguruskan dan memberi bantuan awal kepada
peserta yang cedera sepanjang program.
2. Menyediakan alat rawatan kecemasan.
3. Menguruskan hal-hal keselamatan dan kecemasan.
AJK Hadiah : 1.Menyediakan hadiah untuk kumpulan peserta.
2.Membantu sewaktu majlis penutupan dan
penyampaian hadiah.

10.0 IMPLIKASI KEWANGAN

IMPLIKASI KEWANGAN/ MAKLUMAT PERBELANJAAN

BIL PERBELANJAAN BUTIRAN JUMLAH


PERBELANJAAN (RM)
1. Jamuan dan Elaun Makan (Peserta/
Jurulatih/ Petugas)
• Minum pagi RM 4.00 X 40 X 1 hari RM 160.00
RM 6.50 X 40 X 1 hari RM 260.00
• Makan Tengahari RM 4.00 X 40 X 1 hari RM 160.00
• Minum petang
2. Pengadil RM 25.00 X 3 X 9jam RM 675.00
3. Hadiah program (Medal/Wang Tunai)
• Johan RM 12.00 X 10 + RM 300.00 RM 420.00
RM 12.00 X 10 + RM 200.00 RM 320.00
• Naib Johan RM 12.00 X 10 + RM 100.00 RM 220.00
• Ketiga
Cenderamata
• Centex RM 50.00
RM50.00
• Politeknik
4. Peralatan/ Keperluan
• Sewa Dewan KSK RM 10.00 X 9jam RM 90.00

5. JUMLAH RM 2,405.00
11.0 PENUTUP

Akhir sekali, besar harapan kami agar semua pihak yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dapat memberikan Kerjasama dan komitmen dalam menjayakan
Program Pertandingan Bola Jaring Tiga Penjuru ini. Semoga dengan adanya anjuran
program seperti ini mampu memberi impak yang positif terhadap semua peserta serta
mencapai objektif dan matlamat program dengan jayanya. Kami dari pihak penganjur juga
berharap agar program ini akan mendapat kelulusan daripada pihak tuan/puan.

Sekian, Terima Kasih.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Diluluskan oleh:

TAYAP ANAK JAI Pn. WIDYAWATI PROF. MADYA DR.


ABDUL RAZAK ABDUL
KADIR
Ketua Projek Pertandingan Penasihat Kelab Bola Penolong Rektor UiTM
Bola Jaring 3 Penjuru Jaring Cawangan Sarawak Kampus
Mukah
Tarikh: Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai