Anda di halaman 1dari 13

Institut Perguruan Perlis

1.0

NAMA PROGRAM
Program Pendidikan Luar, Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Opsyen Pendidikan Jasmani KPM-OUM

2.0

PENGENALAN
Dalam menghadapi era globalisasi yang merupakan dunia tanpa
sempadan, dunia lebih mementingkan ilmu terutamanya sains dan teknologi.
Oleh itu pembelajaran seumur hidup adalah amat penting dalam era masa
kini. Ia mempunyai implikasi yang besar dalam aspek ekonomi, politik, sosial,
kebudayaan dan pendidikan. Maka adalah penting masyarakat dididik supaya
menjadi individu yang mampu menghadapi masalah dan cabaran. Untuk
mewujudkan masyarakat berpendidikan dan bermoral tinggi, pendidikan luar
memainkan peranan penting utnuk mencapai matlamat yang diingini itu. Ini
kerana pendidikan luar adalah aktiviti pendidikan yang digunakan untuk
belajar berdasarkan kepada pengalaman dan sekitaran sebenar. Pendidikan
luar dapat merangsang kognitif, psikomotor dan afektif peserta.

3.0

OBJEKTIF
Pada akhir program ini, pemain-pemain dapat :
3.1

Mendapat peluang menambah pengetahuan dalam bidang


pengurusan aktiviti perkhemahan, berkayak, kembara alam, aktiviti
bertali, memancing, snorkeling, ekosistem, flora dan fauna, seni
estetika dan reka cipta serta menambah ilmu pengetahuan dalam
aktiviti kembara minda.

3.2

Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti aktiviti yang


dirancangkan untuk mendalami ilmu serta memperkayakan
pengalaman dalam bidang-bidan yang dirancang

.
3.3
.

Memupuk semangat setia kawan dan bertolak ansur.

Institut Perguruan Perlis

4.0

3.4

Membina keyakinan diri untuk menghadapi cabaran ,


bertanggungjawab terhadap tugas dan berdaya kepimpinan.

3.5

Mengalakkan dan menanam sifat dan sikap sosial serta nilai murni.

3.6

Memupuk dan menerapkan amalan-amalan nilai murni serta


menghargai kepentingan dan kejadian alam semula jadi.

3.7

Mengekalkan daya tahap juang dan daya saing.

3.8

Menerapkan kurikulum dalam semua aktiviti Pendidikan Luar.

TEMA PROGRAM
Tema bagi program ini adalah Bersemangat Untuk Bersukan yang
membawa maksud kesungguhan, komitmen dan kerjasama. Nilai-nilai
tersebut dapat diterapkan melalui aktiviti sukan dan secara tidak langsung
dapat memperkasakan lagi mutu sukan serta mengeratkan lagi silaturahim
antara warga institut.

5.0

TEMPAT PERLAKSANAAN PROGRAM


Tempat yang dicadangkan bagi Program Pendidikan Luar, PISMP KPM-OUM
adalah Beringin Beach Resort, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman.

6.0

TARIKH PROGRAM
Tarikh

7.0

8 April Hingga 12 April 2007

PESERTA
Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan KPM-OUM seramai 20
peserta dengan urusetia seramai 3 orang dan pensyarah seramai .

Institut Perguruan Perlis

8.0

JAWATANKUASA INDUK
Penaung

Tn. Hj. Mohd Rusli Bin Ab. Rashid


(Pengarah IPGM Perlis)

Penasihat

Dr. Hj. Hamzah Bin Ihsan


(Timbalan Pengarah IPGM Perlis)

Pengerusi

En. Elias Bin Talib


(Setiausaha Unit Kokurikulum IPGM Perlis)

Setiausaha

En. Hanafi Bin Ghazali


(Pen. Setiausaha Unit Kokurikulum IPGM Perlis)

9.0

JAWATANKUASA KERJA
JAWATANKUASA KERJA
KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP IPGM PERLIS 2007
Penaung

Tn. Hj. Mohd Rusli Bin Ab. Rashid

Penasihat

En. Elias Bin Talib

Pengarah Program

Elangoh A/L Ganesan

Timbalan Pengarah

Mohamad Zaidi Bin Abu Bakar

Setiausaha

Ong Gim Huat

Bendahari

Mohd Nazer Bin Ayub

Mohd Fakrurrazi Bin Ismail

Jawatankuasa Peralatan
Pengerusi

Jawatankuasa Tugas-tugas Khas


Pengerusi

Gobbi Nathan A/L Jayaraman

Karen Chan Sze Chee

Jawatankuasa Kebajikan
Pengerusi

Jawatankuasa Pengangkutan
Pengerusi

Thinagaran A/L Thyegarajan

Institut Perguruan Perlis

Jawatankuasa Buku Program


Pengerusi

Karthik Raj a/l Arumugum

Jawatankuasa Keselamatan
Pengerusi

Mohd Yuharizain Bin Badeli

Noor Amirlia Bt Abdul Rahim

Jawatankuasa Makanan
Pengerusi

Jawatankuasa Kerohanian
Pengerusi

Azrol Hakimi Bin Zainol Abidin

Jawatankuasa Dokumentasi
Pengerusi

Shogi a/l Arumugam

Jawatankuasa Hadiah & Cenderamata


Pengerusi

1) Chin Ai Rene
2) Chong Oi Ling

Jawatankuasa Aktiviti
Pengerusi

1) Alias Bin Mohd Padil @ Mohd


Padzil
2) Mohd Jaafar Bin Hussin

Jawatankuasa Kebersihan
Pengerusi

Deepa a/p Magis Paran

Jawatankuasa Perhubungan Luar


Pengerusi

1) Jap Yiu Szin


2) Nik Musadiq Bin Nik Mat Yusoff

Institut Perguruan Perlis

10.0

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB


10.1

Pengarah Program

Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran, kewangan


dan akitiviti

Memastikan

arahan

daripada

penasihat

program

dapat

dijalankan

Memberikan arahan yang tepat dan jelas kepada jawatan kuasa


dalam melaksanakan tugas atau aktiviti

Menjadi orang tengah dalam mengemukan cadangan atau usul


ahli kepada pihak berkenaan

10.2

10.3

Timbalan Pengarah

Membantu pengarah dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti

Memangku tugas pengarah semasa ketiadaannya

Setiausaha

Bertanggungjawab kepada pengarah projek dalam bidang


pengurusan dan pentadbiran

Mengumpul semua maklumat seperti merekodkan semua failfail untuk rujukan

Bertanggungjawab

untuk

hadir

setiap

mesyuarat

dalam

pelaksanaan program

Menguruskan urusan surat-menyurat kepada pihak berkenaan

Memanggil ahli jawatan kuasa untuk bermesyuarat

Menyediakan dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan


surat pekeliling kepada yang berkenaan

Bersama pengarah projek menentukan tempat, masa dan


agenda mesyuarat

Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh program

Menyusun
mesyuarat

dan

menyediakan

tempat

dan

kemudahan

Institut Perguruan Perlis

10.4

Bendahari

Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang pengurusan


pentadbiran kewangan

Menyedia dan menyimpan buku akaun untuk program

Menyimpan semua resit-resit, baucer-baucer, buku rekod wang


keluar masuk dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan
kewangan

Menjaga dan menguruskan harta benda bagi program dengan


baik

Menyediakan laporan wang masuk dan keluar setiap kali


mesyuarat

Memberi

pandangan

dalam

usaha

untuk

menyelesaikan

masalah kewangan bagi pelaksanaan program


10.5

Jawatankuasa Peralatan

Menyimpan rekod alatan kumpulan seperti khemah, periuk,


parang, pisau dan sebagainya

Menyediakan

segala

keperluan

berkaitan

teknikal

bagi

melicinkan perlaksanaan program

Mengemas kini alatan dan mengawal pergerakan alatan


kumpulan

Bertanggungjawab terhadap alatan yang digunakan semasa


sesuatu aktiviti atau projek dilaksanakan

10.6

Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas

Mengenal pasti tugas-tugas atau kerja-kerja yang di luar


perancangan

Membantu jawatan kuasa lain membuat persediaan sekiranya


diperlukan

Sentiasa berada dikawasan aktiviti sepanjang sesuatu aktiviti


atau projek berlangsung


10.7

Institut Perguruan Perlis

Membuat laporan berkenaan tugas-tugas yang dilaksanakan

Jawatankuasa Kebajikan

Menyediakan kemudahan peralatan seperti peti bantuan


kecemasan.

10.8

Menjaga kebajikan peserta program sepanjang program

Jawatankuasa Pengangkutan

memastikan

keperluan

pengangkutan

sepanjang

sesuatu

program yang berlangsung telah mencukupi bagi keperluan


persiapan, urus setia, peserta dan sebagainya

membuat tempahan kenderaan sama ada bas atau van untuk


kegunaan sebelum, semasa dan selepas sesuatu aktiviti atau
projek berjalan

membuat perjadualan perjalanan bas untuk kegunaan serta


rujukan pegawai yang terlibat bagi kegunaan pemandu, urus
setia dan peserta

sentiasa mengingatkan pemandu tentang jadual dan keperluan


pengangkutan dengan mengambil kira rasional logik dan
kebajikan pemandu seperti kemampuan, masa rehat dan
kebajikan mereka

10.9

Jawatankuasa Buku Program

berkerjasama dengan jawatan kuasa lain menyusun jadual atau


atur cara majlis mengikut kesesuaian sepanjang sesuatu aktiviti
atau projek berlangsung

menyediakan atur cara bagi penyampaian hadiah

menjemput dan mendapatkan senarai VIP dan jemputan khas


yang sepatutnya hadir pada penyampaian hadiah

menyediakan acara sambutan kedatangan VIP, penyambut


tetamu dan segala persiapan untuk keperluan sambutan

bertanggungjawab mendapatkan Pengacara Majlis (MC) bagi


setiap kategori atau keseluruhan kategori dan menyediakan
draf teks MC

Institut Perguruan Perlis

mendapatkan senarai pemenang dan penyampai hadiah dari


jawatan

kuasa

berkenaan

untuk

kemudahan

MC

mengumumkan pemenang

menguruskan keseluruhan perlaksanaan atur cara dan program


kepada semua yang hadir sepanjang program berjalan

membantu semua jawatan kuasa mengemaskan persiapan,


peralatan dan sebagainya

membantu jawatan kuasa hadiah dan cenderahati dalam


menyediakan

keperluan-keperluan

berkaitan

penyampaian

hadiah
10.10 Jawatankuasa Keselamatan

memastikan keselamtan di dalam kawasan aktiviti terjamin

memastikan setiap aktiviti dijalankan dengan selamat dan


berjalan lancar

sentiasa bersedia jika terdapat kemalangan atau sesuatu yang


tidak diingini

merancangkan aktiviti kawalan malam

membawa beberapa unit kelengkapan perubatan seperti peti


kecemasan

10.11 Jawatankuasa Makanan

menyediakan bajet dan jenis makanan atau hidangan ringan


yang perlu disediakan bagi jawatan kuasa sepanjang program
berlangsung

mendapatkan katerer jika perlu yang boleh menawarkan harga


yang berpatutan untuk keperluan makanan dan minuman

menyediakan bajet bagi keperluan program peserta

memberi

nasihat

kepada

kumpulan

terhadap

hidangan

makanan

membuat penempahan dan memaklumkan jenis makanan serta


jumlahnya

Institut Perguruan Perlis

bertugas menyediakan hidangan jamuan makanan kepada


pihak-pihak yang berkaitan dan memastikan tiada petugas dan
AJK yang ketinggalan

melayan tetamu yang makan dan membahagikan makanan


dengan sebaik mungkin

memastikan kebersihan tempat makan

mengemaskan dan membersihkan tempat makan, makanan


yang berlebihan dan sebagainya

menyediakan bekas makanan dan minuman serta plastik


sampah

10.12 Jawatankuasa Kerohanian

merancang dan melaksana aktiviti kerohanian termasuk solat,


kuliah subuh dan kuliah maghrib

membuat giliran iman dan bilal bagi setiap solat

memastikan peserta bukan islam mengamalkan ajaran agama


masing-masing dan di beri kuliah moral

10.13 Jawatankuasa Dokumentasi

menggunakan kamera atau video-cam bagi merakam sesuatu


aktiviti atau projek

menjadi jurukamera sepanjang sesuatu program berlangsung

memaklumkan kepada wartawan tentang sesuatu origram yang


dilangsungkan

membuat rekod tentang aktiviti yang dijalankan

10.14 Jawatankuasa Hadiah dan Cenderahati

sentiasa berurusan dengan ahli jawatankuasa lain bagi


melicinkan perjalanan sesuatu projek atau aktiviti

merancang jenis hadiah atau cenderahati yang akan diberi


dalam sesuatu projek atau aktiviti serta bersesuaian dengan
sesuatu majlis atau acara

menguruskan penempahan hadiah kepada para peserta,


cenderahati kepada petugas atau jemputan

Institut Perguruan Perlis

menetapkan

atau

merancang

bajet

hadiah

mengikut

pengklasifikasikan sesuatu projek atau aktiviti

memastikan semua hadiah telah disediakan sebelum dibawa ke


tapak perkhemahan .

hadiah atau cenderahati hendaklah disiapkan selewat-lewatnya


dua minggu sebelum tarikh sesuatu projek atau aktiviti bermula

10.15 Jawatankuasa Aktiviti

memastikan aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar

membantu jawatankuasa peralatan dalam pengurusan alatan


semasa menjalankan aktiviti

mengira jumlah bilangan peserta sebelum, semasa dan selepas


aktiviti dijalankan

10.16 Jawatankuasa Kebersihan

memastikan tapak program sentiasa bersih serta selesa

menyediakan tempat pembuangan sampah kering dan basah

memastikan peserta tidak mengotori tapak aktiviti

memastikan

tapak

perkhemahan

dibersihkan

sebelum

meninggalkan tapak perkhemahan


10.17 Jawatankuasa Perhubungan Luar

menyediakan kain rentang bagi menghebahkan program ini

membuat memo kepada warga Institut tentang program ini

menguruskan makluman kepada berbagai pihak berkuasa


sebelum melaksanakan aktiviti

11.0

CADANGAN ATURCARA PROGRAM


Sila rujuk Lampiran 1

Institut Perguruan Perlis

12.0
1.
2.

3.
4.
4.

ANGGARAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan makan/minum selama 5 hari
i. RM 16.00 x 5 hari x 23 pelajar

= RM 1840.00

Kos Pengendalian bot keselamatan


i. Bot Penyelamat

= RM 200.00

Sewa tapak perkhemahan


- RM 8.00 x 5 hari x 23 orang

= RM 920.00

Jurupandu Treking Gunung Raya


- 1 orang x RM 200.00

= RM 200.00

Sewa Dewan

= RM 100.00

5.

Pengangkutan
i. Feri - RM 30.00 ( pergi dan balik) x 23 orang
= RM 690.00
ii. Van
(Jeti- Tapak Perkhemahan Jeti) RM 10.00 x 23 orang
= RM 230.00
iii. Van
( Tapak Perkhemahan ke Tapak trekking(Bukit Telaga Tujuh)
RM 30.00( pergi dan balik) x 23 orang
= RM 690.00
iv. Sewa bot laju ke Pulau Payar,Taman Laut Malaysia untuk
aktiviti snorkeling
= RM 90 ( pergi dan balik) x 23 orang
= RM 2070.00

5.

Ubat
=RM
JUMLAH BESAR

70.00

RM 7010.00

Institut Perguruan Perlis

13.0

PENUTUP
Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PJPK KPM-OUM
mengharapkan program yang dianjurkan ini dapat dilaksanakan
dengan lancar dan mendapat kerjasama semua pihak yang akan
menjayakannya. Dengan ada program sebegini diharapkan semua
pelajar PISMP PJPK KPM-OUM akan memperolehi pengalaman yang
berguna untuk dijadikan bekalan mendidik dan membentuk para
pelajar mereka setelah ditempatkan di sekolah masing-masing kelak.
Program seumpama ini juga diharapkan dapat menarik minat pelajar
kepada aktiviti rekreasi luar agar mereka dapat menggunakan masa
yang terluang dengan perkara-perkara yang berfaedah. Sekiranya
dilaksanakan dan dihayati dengan sebenarnya, program sebegini
dapat meningkatkan keyakinan rohani kita disamping mempelbagaikan
bentuk pendidikan di sekolah.

-12-

Institut Perguruan Perlis

Disediakan Oleh :

Disemak Oleh :

( ......... )

( ......... )

ONG GIM HUAT

ELANGOH A/L GANESAN

SETIAUSAHA PROGRAM

PENGARAH PROGRAM

Disahkan Oleh :

( ..........................................)
EN. ELIAS BIN TALIB
KETUA UNIT KOKURIKULUM

Diluluskan Oleh :

( ............... )
TN. HJ. MOHD RUSLI BIN AB. RASHID
PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS
Sk : i. Pengarah IPGM Perlis
ii. Timbalan Pengarah IPGM Perlis
iii. Setiausaha Unit Kokurikulum IPGM Perlis

-13-

Anda mungkin juga menyukai