Anda di halaman 1dari 5

5 ‫سكوله منعه كبعسأن راساو كرتيه ب‬

SMK RASAU KERTEH B5


24300 KERTEH, KEMAMAN
TERENGGANU
( SEMARAK V ) Pejabat Am : 09- 8204913
Fax : 09- 8202421
Kod Sekolah: TEA 2031

KEM KECEMERLANGAN AKADEMIK PT3


TAHUN 2016

PENGENALAN
Program ini melibatkan semua pelajar tingkatan tiga dengan tujuan untuk meningkatkan
dan memantapkan prestasi akademik mereka. Para pelajar tersebut akan mengikuti satu
modul terancang. Sepanjang program tersebut berjalan semua pelajar yang terlibat akan
dipantau dan dikawalselia oleh penyelaras projek akademik dan dibantu oleh guru
kaunseling untuk memastikan objektif dan matlamat akan tercapai.

MATLAMAT
Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang keputusan akademiknya dalam peperiksaan
PT3 2016.

RASIONAL
Program yang dirancangkan ini bertujuan untuk memberi pendedahan pembelajaran yang
berkesan. Di samping itu ia juga bertujuan untuk menjana minda serta memperkasakan
keyakinan diri di kalangan pelajar Tingkatan Tiga yang bakal menempuh Peperiksaan
Percubaan PT3 pada 28 hingga 30 Ogos 2016 nanti. Para pelajar yang telah diberi
bimbingan akan lebih bersedia dan mempunyai motivasi yang tinggi ke arah persediaan
menghadapi peperiksaan PT3 pada bulan Oktober nanti.

OBJEKTIF

1. Memberi pendedahan kemahiran menjawab soalan yang betul dan berkesan.


2. Persediaan akhir sebelum percubaan PT3 2016.
3. Menimbulkan rasa ”demam peperiksaan” kepada calon PT3 2016.

TARIKH
16 - 18 ogos 2016 (Selasa - Khamis)

TEMPAT
D Pengkalan Nature & Lodge, Rantau Abang

KUMPULAN SASARAN
58 orang pelajar tingkatan tiga.

AKTIVITI
Teknik Menjawab subjek peperiksaan.
JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : Tn. Hj. Muhamad bin Nawi
Pengerusi : En. Azahar bin Ali
Naib pengerusi 1 : En. Mohamad Raba’ai bin Abd. Rahman
Naib Pengerusi 2 : En. Mohd Syukri bin Husin
Penyelaras : Pn. Solihah binti Hashim
Setiausaha Projek : Pn. Siti Julia binti Jusoh

ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA JUMLAH ( RM )
Penginapan termasuk makan RM 65.00 x 58 3770.00
minum pelajar
Cenderahati Fasilitator RM 250.00 x 6 1500.00
Cenderahati Perasmi RM 50.00 x 1 50.00
Cenderahati Urusetia RM 15 x 10 150.00
Penginapan guru RM 130.00 x 4 520.00
Bahan edaran RM 400.00 400.00
Banner 80.00
JUMLAH KESELURUHAN 6470.00

PUNCA KEWANGAN
Yuran pelajar RM 3770.00
Peruntukan Dana Kecemerlangan PT3 RM 2700.00
JUMLAH RM 6470.00

HARAPAN
Program ini dapat melahirkan:
1. Pelajar yang berketrampilan dan mempunyai wawasan diri yang jelas.
2. Pelajar yang mempunyai daya juang yang tinggi.
3. Pelajar yang bercita-cita tinggi dan berusaha gigih.
4. Pelajar yang mahu mencipta kecemerlangan diri melalui akademik.

Dengan itu:
Tahun 2016 ini, mencipta rekod kecemerlangan pelajar melalui peningkatan
akademik yang lebih memberansangkan.
Disediakan oleh:

(SITI JULIA BINTI JUSOH)


Setiausaha,
Projek Kecemerlangan PT3

Disemak oleh:

( AZAHAR BIN ALI)


Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Rasau Kerteh B5

Disahkan oleh:

(MUHAMAD BIN NAWI)


Pengetua
SMK Rasau Kerteh B5
Lampiran 1

SELASA ( 16 OGOS 2016)


9.30 pagi : Pendaftaran
10.30 pagi : Slot 1 : Seminar Teknik Menjawab Matematik
12.30 tgh : Makan Tengahari dan Solat
2.30 ptg : LDK 1 : Matematik
4.30 ptg : Minum Petang dan Solat
5.00 ptg : Aktiviti Riadah
6.30 ptg : Makan Malam / Solat / Tazkirah
9.00 mlm : LDK 2 : Matematik
11.00 mlm : Minum Malam
11.30 mlm : Urus Diri

RABU ( 17 OGOS 2016 )


4.00 pg : Qiamullail
6.00 pg : Solat Subuh
7.00 pg : Senaman / Sarapan Pagi / Urus Diri
8.30 pg : Slot 2 : Seminar Teknik Menjawab Bahasa Inggeris
10.00 pg : Minum pagi
10.30 pg : LDK 3 : Bahasa Inggeris
12.30 tghri : Makan tengahari / solat zohor / urus diri
2.30 ptg : Slot 3 : Seminar Teknik Menjawab Sains
4.30 ptg : Minum Petang dan Solat
5.00 ptg : Aktiviti Riadah
6.30 ptg : Makan Malam / Solat / Tazkirah
9.00 mlm : LDK 4 : Sains
11.00 mlm : Minum Malam
11.30 mlm : Urus Diri

KHAMIS ( 18 OGOS 2016 )


6.00 pg : Solat Subuh
7.00 pg : Senaman / Sarapan Pagi / Urus Diri
8.30 pg : Slot 2 : Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu
10.00 pg : Minum pagi
10.30 pg : Majlis Penutup
12.00 tgh : Makan tengahari / solat zohor / urus diri
2.00 ptg : Dijangka Pulang
Lampiran 2
TRANSKRIPSI TUGAS AJK PROGRAM :

BIL AJK PELAKSANA BIDANG TUGAS


1 Penyelaras : Membuat perancangan dan agihan tugas untuk dilaksanakan oleh
Pn. Solihah bt. Hashim jawatankuasa lantikan.

Memantau dan memberi pandangan tentang pelaksanaan/perjalanan kem.

Mempastikan semua urusan perjalanan kem sebelum dan semasa berjalan


tanpa masalah.

Mempastikan semua urusan perjalanan kem berjalan lancar semasa program


berjalan.

2 Setiausaha Projek PT3 : Membantu Penyelaras merancang dan membuat agihan tugas kepada semua
Pn. Siti Julia bt. Jusoh ahli jawatankuasa.

Membantu Penyelaras untuk menyelesaikan tugas secara bersama sekiranya


diperlukan oleh ahli jawatankuasa yang lain.

Membantu merancang dan menyediakan kertas kerja kem.

Menguruskan urusan fail program untuk laporan dan pendokumentasian.

3 Urusetia Pendaftaran : Memastikan pendaftaran berjalan dalam keadaan yang teratur dan lancar.
Pn. Norhayati bt. Harun
Mengurus/menyediakan semua maklumat yang berkaitan untuk diedarkan
kepada para peserta sepanjang kem.

4 Urusetia Peralatan Kem : Membuat permohonan/mengambil semua peralatan kem yang tersenarai iaitu
Cik Nor Afshan kertas A4, kertas mahjong, marker pen, peti pertolongan cemas, air mineral.

5 Urusetia Back Drop / Banner : Menyediakan back drop untuk setiap slot.
En. Mohd Syukhairu
Menyediakan banner dan menggantungkannya sehari sebelum program.

7 Urusetia Sijil & Cenderahati : Mendapatkan butiran lengkap senarai nama ajk guru yang terlibat dan
Pn. Najilla bt. Abd Hamid fasilitator untuk ditaip dalam sijil penyertaan/penghargaan.

Menyediakan sijil penghargaan untuk disampaikan kepada fasilitator .


8 Kem Komanden : Menguruskan perjalan kem lancar dan teratur, dengan semua program yang
En. YM Raja Rosli b. Raja dirancang dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Muhammad
Menyediakan/memikirkan alternatif yang sesuai sekiranya sesuatu program
yang dirancang tidak dapat dilaksanakan.

Memberikan taklimat kem kepada peserta semasa sesi taklimat dijalankan.

9 Urusetia Dokumentasi : Mengambil gambar untuk setiap aktiviti untuk didokumentasikan.


Pn Solihah bt. Hashim
Pn. Siti Julia bt. Jusoh Membuat proses dokumentasikan dibuat sebagai rekod dalaman.

Anda mungkin juga menyukai