Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih tuan pengerusi majlis Cikgu Syahir..

Assalamualiakum, WBT

Yang berusaha, Guru Besar Sekolah Kebangsaaan Seri Kuala, Sir Mohamad Shahidi bin
Yahaya, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Halim bin Khalid, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum, Cikgu Sarizan bt Saad, guru-guru, staf sokongan dan rakan-rakan sekalian.

Saya Rozaidi bin Rosdi selaku ketua pengawas Sekolah Kebangsaan Seri Kuala bagi sesi
2019 ingin mengambil kesempatan di hari yang berbahagia ini untuk mengucapkan setinggi-
tinggipenghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah berusaha keras
mendidik dan membimbing kami agar kami menjadi insan yang berguna pada suatu hari
nanti. Harapan saya kepada rakan-rakan dan adik-adik sekalian, hormatilah dan dengarlah
nasihat nasihat daripada guru agar kita akan terus berjaya. Hargailah jasa dan sumbangan
guru kita dengan menghadiahkan keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik
danbergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum.

Sebelum meneruskan ucapan saya, dengarkan pantun ini

A-B-C dan alif ba ta


Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat

Pantun tersebut menggambarkan kegigihan guru-guru mengajar kami yang serba


kerkurangan di sini tanpa kenal penat dan lelah. Gurulah yang mengenalkan kami huruf A-Z
dan angka 1 hingga 100. Mengajar kami mengenal suku kata hinggalah dapat membaca dan
mengajar kami operasi-operasi matematik hingga kami dapat mengira.

Tanpa guru-guru mengajar kami, kami mungkin gagal dalam pelajaran, seterusnya dalam
hidup. Kami amat terharu akan jasa dan pengorbanan guru-guru. Komitmen guru-guru amat
tinggi dalam memastikan kecemerlangan kami hingga sanggup mengorbankan wang ringgit,
masa dan tenaga dengan mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan pelbagai program
untuk membimbing kami.

Selain dalam bidang pelajaran, guru juga berperanan membentuk peribadi mulia di kalangan
kami. Supaya apabila kami cemerlang dalam bidang pelajaran kami juga cemerlang dalam
akhlak kami.

Cuba fikirkan sejenak, adakah selama ini kita berbuat sesuatu untuk guru-guru kita? Adakah
kita sentiasa mendengar nasihat mereka? Oleh itu saya menyeru kepada rakan sekalian
sentiasa menghargai guru dan mengenang jasa mereka yang ibarat ibu bapa kita di sekolah.
Setidak-tidaknya jadilah manusia yang berguna kepada bangsa dan negara pada masa
hadapan sebagai tanda penghargaan kita kepada mereka.

Akhir sekali, sekali lagi saya merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran, saya berdoa agar SK
Sekolah Kebangsaaan Seri Kuala terus cemerlang dan lebih gagah menghadapi cabaran serta
mencapai matlamat menjadi sekolah terbaik bukan sahaja peringkat daerah, tetapi
peringkat negeri.

Semoga dengan keizinan Tuhan, guru-guru kita sentiasa diberkati, sihat dan sejahtera. 

Sebelum saya mengundur diri, ini ada sebuah pantun daripada saya.

Lima enam tujuh lapan


Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!

Anda mungkin juga menyukai