Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2019


22 OGOS 2018 (KHAMIS)
PENGACARA MAJLIS:
MELDA ADYANA BT SAMSUDDIN
DAING ZAREEN NAMEERA BT ZAKI YAMANI

ACARA PERKARA CATATAN/PIC

Acara 1 Mengumumkan ketibaan


Ketibaan VIP Yang Berbahagia, Tn Hj Farizal Bin Ismail
(Semua Pegawai Daerah Kota Tinggi diiringi oleh Barisan Zareen
Barisan Pentadbir, Yang Dipertua PIBG serta tetamu kehormat.
Pentadbir) Hadirin mohon berdiri.

Acara 2 Biji selasih boleh dimakan


Ucapan Menjadi perisa sedap terperi
pengacara Selamat datang kami ucapkan (Melda )
Semoga majlis tambah berseri
majlis

‫ والصالة والسالم على سيدنا محمد وعلى‬،‫الحمد هلل رب العلمين‬...‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬
.‫آله وصحبه أجمعين‬
Yang Berbahagia Tn Hj Farizal Bin Ismail,
Pegawai Daerah Kota Tinggi merangkap Ikon Kemerdekaan,

Yang Berusaha, En Rosman bin Kadri,


Penolong PPD Bahagian Sains Kemasyarakatan,

Yang Berusaha, Puan Samsiah binti Hussein,


Guru Besar,SK Taman Kota Jaya,

Yang Berusaha, En Norazman bin Alimi,


YPD PIBG, SK Taman Kota Jaya,

Pn Salmah binti Polani,


Penolong Kanan Pentadbiran

Pn Hamidah binti A. Hamid


Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

En Ramli bin Ismail,


Penolong Kanan Kokurikulum

Pn Fadhilah binti Raja Mohd,


Penolong Kanan Petang

1
Seterusnya
Barisan guru, pelajar-pelajar, hadirin dan hadirat yang
diRahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Alhamdulillah, Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana di
pagi yang berbahagia dan ceria ini/ kita dapat bersama-
sama berkumpul bagi memeriahkan satu lagi program
bersempena Bulan Kemerdekaan yang ke 62 tahun.

Selamat datang ke majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan


(Zareen)
Peringkat SK Taman Kota Jaya tahun 2019. Semoga
penyatuan tekad dan semangat ini /senantiasa diiringi
dengan kedamaian /dan keamanan yang berpanjangan.

Begitu pantas detik masa berlalu,/kita bakal menyambut


kemerdekaan Malaysia dalam tempoh seminggu saja lagi
dengan penuh kedamaian. Ini jelas /membuktikan betapa
beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia, hidup di bumi
bertuah ini.

Dengan tema "Sayangi Malaysiaku; Malaysia Bersih", secara


rasminya/ menunjukkan/ Malaysia akan meraikan ulangtahun
yang ke-62 , sekaligus menjadi lambang kematangan negara
di bawah kepimpinan yang mantap,/ berinovasi /serta
berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan,
kecemerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara
berterusan.

Acara 3 Hadirin yang dihormati sekalian,


Bacaan doa
(Ust Zakhran) Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan Al-Fadhil (Melda )
Ustaz Nor Zakhran bin Ibrahim untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

*** bacaan doa

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil


Ustaz Nor Zakhran bin Ibrahim atas bacaan doa itu tadi.

2
Acara 4 Hadirin sekalian, Zareen
Nyanyian lagu
Negaraku Sebagai pembuka acara, /majlis menjemput semua tetamu
kehormat dan hadirin sekalian untuk berdiri /dan
(Guru seterusnya menyanyikan lagu kebangsaan ‘Negaraku’,
Bertugas) ***nyanyian lagu

Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu tadi.


Hadirin dipersilakan duduk.

Acara 5 Warga Dewan yang dimuliakan,


Sebagai pembuka tirai majlis pada hari ini, marilah kita
Persembahan hayati/ persembahan deklamasi sajak yang akan
pelajar disampaikan oleh Puan Kamarilah binti Abu Bakar dan Melda
Fathiah Insyirah bt Khidir dengan Sajaknya yang bertajuk
(Deklamasi “31 Ogos Tiba Lagi”. Dipersilakan.
Sajak)
***persembahan deklamasi sajak

Terima kasih kepada Pn Kamarilah dan Fathiah atas


persembahan itu tadi

Seterusnya,
Acara 6 Kita akan menyaksikan persembahan dari model model Cilik
dari murid pra sekolah yang akan mengadakan “Merdeka
Persembahan Kids Catwalk” serta menyanyikan lagu Tanggal 31.Berikan
pelajar tepukan yang gemuruh Zareen

(Persembahan ***persembahan Merdeka Kids Catwalk


Pra Sekolah)
Terima kasih kepada murid- murid Pra Sekolah atas
persembahan itu tadi.

Acara 7 Hadirin yang dihormati,


Ucapan Guru
Besar Bagi meneruskan majlis sambutan pelancaran kemerdekaan
pada pagi ini, dengan sukacitanya dijemput/ Yang Berusaha
(Cg. Samsiah) Puan Samsiah binti Hussein, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Melda
Taman Kota Jaya, untuk menyampaikan ucapan. Dengan
segala hormatnya /dipersilakan.

***ucapan

3
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Samsiah atas
ucapan itu tadi.

Acara 8 Seterusnya,

Ucapan Wakil Majlis menjemput dan mempersilakan En Rosman bin Kadri, Zareen
PPD Penolong Pegawai Pendididikan Daerah Bahagian Sains
Kemasyarakatan merangkap wakil Rasmi PPD untuk
(En. Rosman menyampaikan ucapan.
bin Kadri)
*** ucapan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Rosman bin


Kadri atas ucapan itu tadi.

Acara 9
Ucapan Keris melayu lambang pusaka,
perasmian Tapak sirih lambang sejahtera,
Negara sudah aman merdeka,
(Perasmi: Tn Hidup rakyat bergaul mesra.
Hj Farizal bin Melda
Ismail) Ayam jantan lawan berlaga,
Bebas merdeka dari sengsara,
Maruah kita hendaklah dijaga,
Benteng kuat pertahankan Negara

Hadirin yang dimuliakan,

Tanpa membuang masa,/ majlis dengan penuh takzim,


menjemput dan mempersilakan,
Yang Berbahagia, Tn Hj Farizal bin Ismail
Pegawai Daerah Kota Tinggi merangkap Ikon Kemerdekaan
untuk menyampaikan ucapan, sekaligus merasmikan
Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan
Peringkat SK Taman Kota Jaya tahun 2019. Dipersilakan.

***ucapan

Terima kasih diucapkan kepada


Yang Berbahagia, Tn Hj Farizal bin Ismail atas kesudian
/menyampaikan ucapan dan merasmikan /majlis sebentar
tadi.

4
Hadirin sekalian,
Acara 10
Gimik Majlis pelancaran bulan kemerdekaan pada hari ini, tidak
lengkap tanpa ada gimik perasmian.Dipersilakan.
merdeka

***gimik
**Mohon semua hadirin berdiri semasa Nyayian lagu Zareen
Negaraku

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada


Yang Berbahagia, Tn Hj Farizal bin Ismail
atas kesudian menyempurnakan acara gimik sebentar tadi.

Acara 11 Hadirin Sekelian,


Seterusnya, majlis akan diteruskan dengan persembahan
Persembahan dari Pasukan Aerodance SEKOJA di bawah pimpinan En
pelajar Mohd Munzir bin Mustafa, Pn Choi Yishan, Puan Nurul Aida Melda
Ma’dee dan Cik Sharmila.
(Aerodance) Pasukan Aerodance SEKOJA ini merupakan Johan
Peetandingan Peringkta Negeri Sukan Senam Aerabik
Berprestasi Tinggi dan akan mewakili Negeri Johor di
Peringkat Kebangsaan
Di Universiti Malaya nnt.

***persembahan Aerodance

Terima kasih kepada Pasukan Aerodance SEKOJA atas


persembahan itu tadi

Acara 12 Hadirin yang dihormati sekalian,


Nyanyian lagu
patriorik Bagi menghangatkan lagi majis pada hari ini, marilah sama-
sama kita berdiri untuk menyanyikan beberapa buah lagu
patriotik. Dimulai dengan lagu Jalur Gemilang, seterusnya
diikuti dengan lagu Tema Kemerdekaan 2019,
“Malaysia Bersih” Zareen

***nyanyian

Terima kasih kepada semua atas nyanyian lagu patriotik. Kita


sebenarnya terhutang budi kepada tokoh-tokoh
kemerdekaan yg telah menempuh pahit getir untuk

5
membebaskan negara daripada belenggu penjajah.
Kemerdekaan yang dikecapi ini, haruslah kita pelihara dan
pertahankan walau ke titisan darah yang terakhir.

Acara 13 Hadirin yang dimuliakan,


Penyampaian
Cenderamata Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata.

Majlis menjemput Pn Salmah binti Polani,


Penolong Kanan Pentadbiran mengiringi Melda
Pn Samsiah bt Hussein bagi menyempurnakan penyampaian
cenderamata.

Majlis menjemput dan mempersilakan,


Yang Berbahagia, Tn Hj Farizal bin Ismail bagi menerima
cenderamata dari pihak sekolah.

Seterusnya, majlis menjemput, En. Rosman bin Kadri untuk


menerima cenderamata dari pihak sekolah.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan guru


Besar atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar
tadi.

Acara 14 Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata sebentar


Penutup tadi, /maka majlis kita sudah sampai dipenghujungnya. Saya/
mewakili jawatankuasa penganjur memohon kemaafan /atas Zareen
segala kekurangan dan kesilapan / sepanjang majlis ini
dijalankan.

Sama-sama kita berdoa/ agar kita terus merasai nikmat


kesejahteraan /dan keselamatan yang berterusan,
terhindar dari segala keburukan,/ kemungkaran mahupun
kemaksiatan/ agar kita terus dapat berbakti kepada agama,
bangsa dan negara tercinta ini.

Marilah, dengan penuh semangat, kita laungkan kalimah Melda

keramat MERDEKA sebanyak 7 kali

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA,


MERDEKA, MERDEKA.

6
Terima kasih.

Sekian sahaja majlis kita pada hari ini, semoga berjumpa


lagi pada tahun hadapan.

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.


WASSALAMUALAIKUM WBT…

Dijemput semua tetamu untuk menikmati hidangan yang disediakan.

Anda mungkin juga menyukai