Anda di halaman 1dari 2

SKRIP PENGACARA PERJUMPAAN WARIS

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Salam sejahtera dan, salam 1Malaysia.
 Yang berusaha EN AMINUDDIN BIN MUSTAFA,
Pengetua SMK DJH
 Yang berusaha EN AHMAD FAUZI B IBRAHIM,
Penolong Kanan HEM
 Yang berusaha PN RHUZAIMAH B RAMLI
Penolong Kanan Kokurikulum
 Yang dihormati,
Ketua-ketua Bidang, guru-guru tingkatan 5,
Tuan-tuan dan puan-puan para ibu bapa dan waris serta para pelajar tingkatan 5 SMK
DJH yang dikasihi sekalian

 Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul di dalam
Dewan SERI Jernih pada pagi yang penuh barakah ini untuk sama sama menjayakan
satu agenda dalam acara takwim sekolah iaitu penetapan target bagi pelajar-pelajar
yang bakal menduduki SPM pada tahun ini.

 Saya selaku wakil pihak majlis pada pagi ini, ingin sama merakamkan ucapan jutaan
terima kasih kepada seluruh hadirin warga dewan kerana telah sudi meluangkan
masa bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini.

 Justeru, menjadi harapan kami warga pendidik agar majlis ini menjadi tonggak bagi
memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi
mutu pencapaian anak-anak kita dalam bidang akademik..insyaAllah.

 Sebagai pembuka tirai acara, majlis menjemput Al-fadhil Ustaz Alias bin Khalib utk
memimpin bacaan doa, dipersilakan.
(DOA)
Amin amin yarabbal alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima
kasih kepada Al-fadhil Ustaz Alias bin Khalib atas pimpinan doa sebentar tadi.

 Warga dewan yang dimuliakan,


 Kini, tibalah masa untuk kita mendengar taklimat yang bakal disampaikan oleh
Yang Berusaha Encik Aminudin bin Mustafa selaku Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato’ Jaafar Hassan.
 Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Tuan Pengetua.
(UCAPAN)
 Begitulah berakhirnya taklimat yang begitu padat berinformasi buat renungan dan
panduan semua warga dewan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua
atas kesudian menyampaikan taklimat.

 Agenda seterusnya pada pagi ini, adalah sesi dialog ibu bapa dan penjaga bersama
para guru. Dalam sesi ini, tuan-tuan akan menerima keputusan peperiksaan akhir
tahun 2014. Selepas itu, tuan-tuan dan puan-puan boleh bertanya tentang prestasi
anak tuan-tuan kepada guru yang mengajar anak tuan-tuan. Sebarang cadangan dan
pandangan para waris penjaga amat dialu-alukan untuk kebaikan bersama, malahan
juga tidak lain tidak bukan bermotifkan strategi peningkatan pencapaian anak-anak
menjelang SPM pada tahun ini. InsyaAllah....

 Sebelum tuan-tuan ke sesi dialog,. Saya selaku wakil pihak majlis dengan takzimnya
menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang
khilaf tanpa sedar sepanjang saya mengendalikan rostrum pengacaraan pada hari ini.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T, yang kurang itu
datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.

Buah selasih buah kelubi


Di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang datanglah lagi.

Sekian, Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai