Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS DIALOG PRESTASI SPM (04/10/2019)

TIME CUE ANNOUNCE

09.30 SALUTASI - Dijemput para tetamu untuk mengambil tempat


pagi ‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬
‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬
- Sama – sama kita buka masjlis hari ini dengan Ummul kitab
Al-Fatihah..
‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وصحبه أجمين‬
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam
Sejahtera.
‫ قد أفلح‬، ‫ (( بسم هللا الرحمن الرحيم‬: ‫قال هللا تعالى في الكتاب العظيم‬
‫ والذين هم عن اللغو‬، ‫ الذين هم في صالتهم خاشعون‬، ‫المؤمنون‬
)) ‫ والذين هم لفروجهم حافظون‬، ‫ والذين هم للزكاة فاعلون‬، ‫معرضون‬
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
(yaitu) orang-orang yang khusyu` dalam shalatnya, dan orang-
orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan)
yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat,
dan orang-orang yang menjaga kehormatannya.

(1) Yang Berbahagia En. Mohd Abd Latif bin Harun ,


Pengetua Maahad Ar-Ridhwan.

(2) Yang Berusaha Penolong Kanan Pentadbiran Tuan Haji


Hamzah bin Awang @ Mahmud

(3) Yang Berusaha Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid En. Nazri


b Ghazali

(4) Yang Berbahagia Penolong Kanan Ko-Kurikulum Puan


Hajah Mahani binti Ajis

(5) Yang Berbahagia lagi dihormati


 Ibu-ibu dan ayah-ayah & para penjaga yang sudi
hadir pada hari ini
 Barisan guru-guru SPM, guru-guru SABK Maahad Ar-
Ridhwan

(6) para pelajar SPM

(7) hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.

12.30
tghari Pertama dan selamanya marilah kita sama-sama mengucapkan
1
TEKS PENGACARA MAJLIS DIALOG PRESTASI SPM (04/10/2019)

kesyukuran kepada Allah kerana masih lagi memberi kita


peluang dan untuk sama-sama kita berkumpul di Surau yang
ALU-ALUAN MC penuh Barokah ini bersempena Program Dialog prestasi bagi
pelajar SPM.
‫أهال وسهال ومرحبا بكم‬

Majlis berbesar hati mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan


puan-puan sekalian dan jutaan tahniah dan terima kasih
diucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama
pada hari ini.

12.35 Ayah-ayah dan ibu-ibu serta hadirin sekalian,


tgahari
Bagi menjunjung keberkatan majlis, majlis dengan penuh
BACAAN DOA takzimnya mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Bukhari Aqili bin Che
Wil Al-Kelantani untuk memimpin bacaan doa. Majlis menjemput
dan mempersilakan.

-selesai doa-

Amin-amin ya rabbal ‘alamin. Semoga majlis kita dirahmati dan


diberkati Allah swt.

MATLAMAT Para hadirin sekalian,


PROGRAM Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan,

Program dialog prestasi yang diadakan pada pagi ini adalah


bertujuan untuk saling berkongsi maklumat dan buah fikiran
berkaitan tentang prestasi akademik anak-anak yang bakal
menempuh ujian SPM yang bakal tiba nanti selain mengeratkan
lagi silaturrahim antara ibubapa dan guru.

Moga-moga majlis pada hari ini memberi satu impak yang besar
di dalam peningkatan prestasi anak-anak yang bakal
menempuhi ujian nanti.

12.40 Hadirin sekalian,


tghari

2
TEKS PENGACARA MAJLIS DIALOG PRESTASI SPM (04/10/2019)

UCAPAN Bagi meneruskan majlis kita pada hari ini, majlis mempersilakan
PENGETUA
SMARD Yang Berbahagia
En Mohd Abd Latif b Harun
Pengetua Maahad Ar-Ridhwan

Untuk menyampaikan ucapan.


Dengan segala hormatnya, majlis menjemput dan
mempersilakan.

-selesai ucapan-

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih diatas ucapan itu tadi.

Hadirin yang dihormati,

Majlis akan diteruskan dengan menjemput

Puan Ruhilah Bt Khalid, Penyelaras Tingkatan 5


PEMBENTANGAN dan
ANALISIS SPM Puan Erma Farida bt Abu Hasan, setiausaha SPM

Untuk membentangkan analisis-analisis peperiksaan tingkatan 5.


Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Ruhilah Bt Khalid & Puan


Erma Farida bt Abu Hasan atas pembentangan analisis yang
cukup lengkap dan jelas dipaparkan itu tadi.

Hadirin yang dihormati,

Majlis akan diteruskan lagi dengan menjemput

En. Arif bin Shamsuddin, Kaunselor SABK Maahad Ar Ridhwan


PEMBENTANGAN
PROGRAM- untuk membentangkan program-program yang telah
PROGRAM dilaksanakan kepada para pelajar sepanjang tahun ini.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Arif bin Shamsuddin atas


pembentangan program-program yang cukup lengkap dan
jelas dinyatakan tadi.

Selesailah sudah penyampaian taklimat dan pembentangan


keputusan peperiksaan serta program-program sekolah yang
telah dilaksanakan oleh barisan pentadbir sekolah ini.

3
TEKS PENGACARA MAJLIS DIALOG PRESTASI SPM (04/10/2019)

maka sampai lah kita ke acara Dialog Prestasi bersama ibubapa


DIALOG PRESTASI
dan guru. Jika ada persoalan yang ingin diajukan, silalah ajukan
soalan kepada barisan pentadbir dan guru-guru yang ada di
hadapan ini.

Dipersilakan.
Ayah-ayah ibu-ibu boleh gunakan mic yang disediakan.

IKRAR PELAJAR Para hadirin muslimin muslimat sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Ikrar pelajar yang akan


diketuai oleh pelajar _____________________. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan ikrar itu tadi.

Alhamdulillah...
PENUTUP
Dengan ini maka berakhirlah majlis Dialog Prestasi pada hari ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak atas


komitmen dan kerjasama yang diberikan secara langsung dan
tidak langsung sepanjang program ini dijalankan.

Syabas ibubapa/penjaga atas kesabaran dan perhatian yang


diberikan sepanjang slot Dialog Prestasi kali ini. Mudah-mudahan
ada sesuatu yang telahpun kita perolehi/kongsikan bersama
pada majlis hari ini .

Semoga majlis ini akan dapat memberi manfaat dan input yang
berguna kepada semua pihak yang terlibat.

Akhir kata, saya ingin memohon maaf jika terdapat sebarang


kekurangan sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu
datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya
daripada diri saya sendiri.

Saya sudahi majlis ini dengan sekian, terima kasih.

Pengumuman

Untuk makluman para Ibu Bapa, selepas ini tuan-tuan dan puan-
puan dijemput untuk bergerak ke kaunter diluar untuk
AMBIL SLIP
mengambil laporan prestasi peperiksaan percubaan SPM.
Harap maklum.

Anda mungkin juga menyukai