Anda di halaman 1dari 5

PERATURAN SEMASA KELAS TAMBAHAN

1)Semua pelajar diwajibkan menghadiri kelas tambahan mengikut waktu dan tempat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 2)Pelajar wajib hadir 5 minit lebih awal daripada waktu yang ditetapkan . 3)Ketua kelas bertanggungjawab mencatatkan kehadiran murid kelasnya di dalam buku yang disediakan. 4)Murid yang tidak hadir mestilah mengemukan surat pengesahan doctor (jika sakit) atau surat daripada ibu bapa (urusan penting / kecemasan). 5)Murid dilarang membuat bising ,merayau rayau serta mengganggu pelajar lain yang sedang mengulangkaji . 6)Murid dilarang pulang ke asrama dan pergi ke kantin semasa menghadiri kelas tambahan . 7)Pelajar yang tidak dapat hadir ke kelas tambahan hendaklah mendapat kebenaran guru asrama / guru berkenaan . 8)Pelajar hanya dibenarkan pulang setelah tamat waktu kelas tambahan yang telah ditetapkan oleh sekolah. 9)Pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan kelas yang digunakan untuk kelas tambahan . 10)Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan sebarang peralatan ,barang dan buku di dalam kelas atau di kawasan sekolah.

PERATURAN PEPERIKSAAN
1)Pelajar hendaklah hadir dan mengambil peperiksaan atau ujian prestasi .Pelajar yang tidak hadir kerana sebab sebab tertentu hendaklah mengemukakan surat daripada ibu bapa /penjaga ,doktor atau pihak berkenaan. 2)Pelajar tidak hadir semasa ujian / peperiksaan tidak dibenarkan mengulang kertas ujian /peperiksaan yang tidak dihadirinya kecuali pelajar yang mewakili sekolah dalam mana - mana pertandingan. 3)Pelajar yang mengambil peperiksaan dikehendaki hadir di tempat peperiksaan 10 minit lebih awal daripada waktu yang ditetapkan. 4)Peiajar hendaklah menyediakan alat tulis sendiri. 5)Pelajar tidak dibenarkan meminjam alat semasa peperiksaan sedang dijalankan kecuali dengan kebenaran pengawas yang bertugas. 6)Pen berdakwat merah dan pemadam cecair tidak boleh digunakan sama sekali . 7)Pelajar tidak dibenarkan membawa sebarang bahan bacaan /nota ke dalam dewan peperiksaan . 8)Pelajar dilarang meniru semasa peperiksaan atau ujian dijalankan .Jika didapati meniru ,kertas peperiksaan berkenaan akan dibatalkan dan dikenakan mata PSP. 9)Pelajar dikehendaki berithbat (pemantapan hafazan)setelah tamat setiap juzuk.

KEHADIRAN PELAJAR 1)Waktu Persekolahan Bil 1 Tingkatan Ting 1- 2 Masa 7.30 am 7.40 am 2.30 pm 7.40am- 12.00am 2.30 pm Perkara Masa akhir hadir ke sekolah Sesi Persekolahan (Isnin- Khamis) Sesi Persekolahan (Jumaat ) Solat Zohor Berjemaah

1.1 Pelajar hendaklah hadir ke sekolah sekurang kurang nya 10 minit sebelum waktu pengajaran & pembelajaran . 1.2 Pelajar hendaklah mengikuti sesi persekolahan pada pukul 7.40 am hingga 2.10 pm (Isnin Khamis ) . 1.3 Sesi persekolahan pada hari Jumaat dari 7.40 am hingga 12.00 am . 1.4 Semua pelajar tingkatan 1-2 hendaklah solat zohor berjemaah pada 2.10 pm hingga 2.30 pm. 2)Hari Persekolahan 2.1 Pelajar hendaklah hadir ke sekolah pada hari persekolahan ,kelas tambahan dan kelas intensif . 2.2 Pelajar hendaklah datang awal setiap hari dan berada di sekolah sekurang-kurangnya 10 minit sebelum sesi P&P (mata pelajaran pertama ) dimulakan . 2.3 Pada waktu persekolahan ,pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah .Murid yang ada urusan penting atau kecemasan wajib meminta kebenaran daripada PK Kanan Hal Ehwal Murid atau guru bertugas harian dengan mengisi borang khas (borang Kebenaran Keluar pada Waktu Persekolahan )di pejabat. 2.4 Pelajar yang ada urusan penting atau kecemasan mestilah dijemput oleh ibu bapa atau penjaga setelah mengisi borang kebenaran dan mendapat tandatangan daripada PK HEM / guru bertugas harian. 2.5 Pelajar tidak dibenarkan keluar kelas pada waktu P&P ,kecuali pada waktu rehat.

2.6 Pelajar yang keluar kelas mestilah mendapat kebenaran daripada guru yang sedang mengajar. 2.7 Pelajar yang tidak hadir ke sekolah atas sebab sebab tertentu mestilah mengemukakan surat akaun daripada ibu bapa / penjaga /doctor kepada guru tingkatan berkaitan . 2.8 Pelajar yang tidak memaklumkan kepada pihak sekolah tentang ketidakhadirannya boleh dikenakan tindakan mengikut peraturan . 3)Peraturan semasa perhimpunan 3.1 Pelajar hendaklah menghadiri perhimpunan sekolah seperti yang ditetapkan . 3.2 Pelajar dikehendaki segera berbaris dengan lurus, teratur dan tidak bising .Pelajar lelaki di sebelah kanan ,perempuan di sebelah kiri (mengikut kesesuaian tempat perhimpunan ) . 3.3 Pelajar mestilah berjalan mengikut barisan kelas dengan arahan pengawas setelah perhimpunan selesai . 3.4 Pelajar tidak dibenarkan berucap semasa perhimpunan umum ,kecuali dikehendaki berbuat demikian oleh guru. 3.5 Aturcara perhimpunan : a) Semua guru mengambil tempat . b)Bacaan Al-Fatihah /Asma Al- Husna / Surah surah Al-Quran /Lagu Negeri Selangor . c) Ucapan Guru Bertugas . d)Ucapan Pengetua / Penolong Kanan e) Pengumuman

PERATURAN PADA WAKTU REHAT

Anda mungkin juga menyukai