Anda di halaman 1dari 11

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH

BIL ATUR CARA TEKS TINDAKAN

1 Ketibaan jemputan Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


khas, ibu bapa dan
guru
Para tetamu, guru dan murid diminta untuk
dipersilakan  mengambil tempat duduk  masing-
masing kerana majlis akan dimulakan sebentar
lagi.

Mohon kerjasama para hadirin dan murid-murid


agar dapat berdiri apabila diumumkan  ketibaan 
tetamu kehormat dan sama-sama menyanyikan
lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku. Dan lagu
Sekolah.

2 Perarakan masuk Mengumumkan ketibaan Cikgu Winnie dan CIkgu


guru yang diraikan. Sijah Ajis. Diiringi oleh Tuan Guru Besar Sk
Paginatan En. Jhoster bin Yulong, YDP dan
barisan pentadbir.

3 Nyanyian lagu Majlis kita dimulakan dengan nyanyian 2 buah


Negaraku dan lagu.
Sabah Tanah Airku Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku dengan
iringan muzik. Para hadirin dijemput berdiri tegak
untuk bersama-sama menyanyikan lagu ni.

Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi melayu turun menurun,
Pantun ditutur pembuka bicara

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahhirohmanirohim….
Assalamualikum warahmatullahiwabarokatu
dan , salam sejahtera, dan salam Ranau Hebat.
Salam Paginatan hebat. Mari bekerja di luar
kebiasaan.

1. Yang Berusaha En Jhoster B. Yulong Guru


Besar Sk Paginatan Ranau.
2. Yang dihormati En. Sonny Jaimin Yang
Dipertua PIBG
3. Yang dihormati En William Wong
Penolong Kanan Pentadbiran Sk
Paginatan
4. Yang dihormati Pn Sussana Gabriel
Penolong kanan Hem SK Paginatan
5. Yang dihormati Ust. Jafri Rudih Penolong
kanan Kokurikulum
6. En Sonny Jaimin YDP Sk Paginatan
7. Barisan guru-guru
8. Ahli Jawatankuasa Tertinggi PIBG , ibu
bapa
9. Serta anak-anak didik yang dikasihi
sekalian.
Bersyukur kita kepada tuhan kerana dengan
limpah kurniaannya dapat kita bersama-sama
berkumpul di dewan pada pagi yang ceria ini.

Tuan-tuan dan puan-puan, Selamat datang ke


majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih sekolah
kebangsaan Paginatan.

Untuk makluman hadiri sekalian, majlis ini adalah


bertujuan untuk memanifestasikan penghargaan
kami warga sekolah atas sumbangan dan jasa
bakti yang telah dicurahkan oleh Cikgu Winnie
sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Ini juga
aalah majlis perpisahan bersama cikgu Winnie
yang telah berpindah ke Sk Togudon Baru Ranau.

Selain itu, majlis ini juga adalah untuk


menyambut kehadiran seorang keluarga baharu
kita yang akan bersama-sama kita di sekolah ini.

4 Bacaan doa sarung ketupat berisi inti


dibawa budak sambil berlari
kehadiran yang dirai sangat dihargai
moga majlis bertambah seri
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati.

Bagi meneruskan acara kita pada pagi ini, majlis


mempersilakan

Ustaz Muhd Nur Munir B Mohd Noor

Untuk membacakan doa.

Amin..amin…ya rabbalalamin. Terima kasih ustaz


atas kesudian membacakan doa. Semoga majlis
kita lebih diberkati oleh yang Maha Esa.
5 Ucapan wakil Hadirin sekalian,
murid
Meneruskan tertib acara kita pada pagi ini, majlis
dengan sukacitanya mempersilakan ketua pelajar
adik Ashreen dari tahun 6 untuk menyampaikan
sepatah dua kata. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik Ashreen


atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

6 Ucapan guru besar


Hadirin yang dihormati sekalian,

Meneruskan acara pada hari ini, majlis dengan


sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha En
Jhoster B Yulong , Guru Besar Sk Paginatan untuk
menyampaikan ucapan.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.


Terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Guru
Besar atas ucapan itu tadi.

7 Ucapan YDP Hadirin yang dihormati sekalian,

Meneruskan acara pada hari ini, majlis dengan


sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha En
Sonny Jaimin , YDP PIBG Sk Paginatan untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan
hormatnya mempersilakan.

Terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan YDP


atas ucapan itu tadi.

8 Ucapan PPD Hadirin yang dihormati sekalian,

Meneruskan acara pada hari ini, majlis dengan


sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha
_________________ , untuk menyampaikan
ucapan. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.

Terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan atas


ucapan itu tadi.

9 Bacaan biodata Tuan-tuan dan puan-puan, sekolah kita amat


Cikgu Sijah Ajis bertuah kerana telah menerima seorang guru
baharu yang mana beliau merupakan seorang
anak jati kampung kita kampung Paginatan.

Tak kenal maka tak cinta. Sudah kenal tidak


semestinya kita bercinta. Untuk itu izikan saya
untuk membaca sedikit latar belakang beliau.

Nama : Sijah Bt Ajis


Tarikh Lahir : 4.4.1981
Asal : Kg Paginatan
 Sudah berkahwin dan mempunyai 3
orang anak
 Sekolah rendah di Sk Paginatan
 Sekolah menengah di SMK Lohan
 Diploma Pendidikan di Institut Pendidikan
Guru kampus Kent
 Ijazah di Institut Pendidikan Guru Kampus
Tawau
 Opsyen Sains

Sejarah perkhidmatan : Sk Melangkap Kota


Marudu(2004) / Sk Lotong Kudat 17 Tahun
( 2005-2022)
Tarikh bertugas d sk Paginatan : 3.1.2023

10 Ucapan Pn SIjah Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Ajis CIkgu Sijah Ajis untuk menyampaikan ucapan..
majlis mempersilakan.

Terima kasih atas ucapan daripada Cikgu Sijah


sebentar tadi.

Burung kelicap dari permatang,


Terbang berlima berteman merpati,
Salam diucap selamat datang,
Kami terima seikhlas hati.

11 Bacaan Biodata Tuan-tuan dan puan-puan,


cikgu Winnie Kini tibalah masanya kita meraikan seorang guru
Stanius kita yang telah berpindah ke sekolah baru.
Perasaan kita bercampur –baur.

Perasaan sedih kerana kita terpaksa melepaskan


seorang guru yang telah lama berkhidmat dan
mendidik anak-anak kita di sekolah ini.

Namun begitu, kita juga turut bergembira kerana


akhirnya beliau dapat meneruskan khidmatnya di
kampung halaman beliau sendiri dan lebih dekat
dengan keluarganya.

Dengan itu izinkan saya untuk membaca sedikit


latar belakang beliau :

Nama: Winnie Stanis Laus Puyuseh


Tarikh Lahir: 05.05.1978
Asal: Kg. Bundu Tuhan
Sudah berkahwin dan 5 anak
Sekolah Rendah
-SRK.Don Bosco
Sekolah Menengah
-Smk. Bundu tuhan
-Smk. Kundasang
-Smk. Mat Salleh
-Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan
Kampus Sandakan dalam opsyen Sains/ Kajian
Tempatan
-Ijazah di UMS-Opy. Sains
- Sejarah Perkhidmatan :Sk. Paginatan 2005-
2023(17 tahun)

12 Tayangan Slaid Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Sebelum kita memberikan masa dan ruang ini
kepada cikgu Winnie, Marilah kita bersama-sama
menyaksikan tayangan slaid tentang perjalanan
cikgu Winnie sepanjang bertugas di SK Paginatan.
Mari sama-sama kita saksikan.
13 Ucapan Puan Begitulah tadi tayangan video tentang cikgu
Winnie Stanis Winnie sepanjang berada di SK Paginatan.
Sememangnya banyak kenangan telah tercipta
sepanjang 17 tahun Cikgu Winnie berada di
sekolah ini.

untuk itu majlis penuh syahduhnya


mempersilakan Cikgu Winnnie untuk
menyampaikan ucapan beliau. Majlis
mempersilakan

Terima kasih CIkgu. Kami semua di sini sentiasa


mendoakan cikgu supaya sentiasa sehat dan
terus suksess di tempat baharu.

Malam hari berlagu unggas


Memecah kesunyian di dalam hutan
Walaupun terpisah tempat dan tugas
Budi cikgu dalam ingatan

Bukan senang menampi selasih


Selasih sudah bercampur arang
Bukan mudah bercerai kasih
Kerana kasih bercampur sayang

Indah awan di langit biru,


Angina menerpa ke pohon lemuni,
Pergilah puan ke tempa baru,
Janganlah lupa kami disini.

Terima kasih cikgu Winnie atas kesudian


menyampaikan ucapan tadi. Banyak ingatan,
banyak kenangan, banyak pengalaman yang
dikongsi bersama. Bukan mudah menerima
perpisahan tapi adat pertemuan selalu
berpasangan dengan perpisahan.
Kami disini hanya hilang rakan sekerja tetapi
kami tidak kehilangan sahabat, dan seorang
kakak.

15 Persembahan Hadirin sekalian, bagi meneruskan acara marilah


sama-sama kita saksikan persembahan daripada
gabungan suara murid-murid dari tahun 1 hingga
6, khas untuk cikgu Winnie.

Sama-sama kita saksikan.

Begitulh persembahan yang penuh beremosi


daripada murid-murid sk Paginatan.

16 Penyampaian sijil Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian


dan cenderamata cenderamata. untuk itu majlis mempersilakan
guru besar diiringi YDP dan barisan penolong
kanan untuk naik keatas pentas bagi
menyampaikan cenderamata kepada penerima.

majlis mempersilakan.

1. Dipersilakan Cikgu Sijah untuk naik ke


atas pentas bagi menerima cenderamata
daripada pihak sekolah.

2. Dipersilakan Cikgu Winnie untuk naik ke


atas pentas bagi menerima cenderamata
daripada pihak sekolah.

Seterusnya dijemput mana-mana guru untuk


menyampaikan hadiah kepada cikgu Winnie..

Seterusnya dijemput wakil PIBG untuk


menyampaikan hadiah kepada cikgu Winnie..

Seterusnya dipersilakan murid-murid yang dan


membawa dan ingin memberikan hadiah
kenangan buat cikgu Winnie.

Seterusnya Ibu bapa jika ada yang ingin


memberikan hadiah kenangan kepada cikgu
Winnie.

Sesi bergambar Untuk itu kita teruskan majlis kita dengan sesi
bergambar dan bersalaman dengan cikgu
Winnie.

1. Dijemput semua staf Sk paginatan untuk


naik ke pentas bagi sesi bergambar
bersama Cikgu Winnie.
2. Seterusnya murid pra sekolah
3. Murid tahun 1 untuk naik ke atas pentas.
4. Murid tahun 2
5. Murid tahun 3
6. Murid tahun 4
7. Murid tahun 5
8. Murid tahun 6
9. Ahli jawatankuasa Tertinggi PIBG

17 Lambaian kasih
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Sebelum mengundur diri, renungkan kata2 ini,


Persahabatan itu ibarat tangan dan mata,
Tatkala mata menangis, tanganlah yang
menyekat air mata
Ketika tangan terluka, mata akan menangis….
Begitulah akrabnya persahabatan kita

Mudik ke hilir berperahu layang


Singgah sebentar di Indera Giri
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri

Cabutan Bertuah

18 Akhir
Dengan itu maka berakhirlah sudah majlis
sanjungan budi lambaian kasih kita pada hari ini.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua hadirin yang sama-sama hadir pada hari
ini.

Kami juga mendoakan cikgu Winnie sentiasa


suksess di tempat baharu dan tidak akan
melupakan kami disini..

Tidak lupa juga kepada cikgu Sijah selamat


datang ke Sk Paginatan. Semoga dengan
kehadiran cikgu Sijah dapat membantu
meningkatkan pencapaian sekolah. Marilah kita
membina dan meningkatkan semangt kerja
berpasukan

Merdu bertingkah alunan suara

Kadang tak sedar tersilap kata

Andai terlanjur patah bicara

Serendah hati kemaafan dipinta

Mewakili pihak jawatankuasa, majlis ingin


merakamkan jutaan terima kasih kepada semua
atas kerjasama yang diberikan.

Segala kelemahan yang berlaku semasa majlis


ini berlangsung kami memohon ampun dan maaf.

Sekian Assalamualaikum W.B.T dan salam


Sejahtera.

19 Tamat Di jemput para hadirin untuk bersama-sama


menjamu selera di tempat yang telah disediakan.

Dijemput VVIP, AJK Tertinggi PIBG, diiringi Guru


Besar dan rakan-rakan pentadbir untuk menjamu
selera.

Anda mungkin juga menyukai