Anda di halaman 1dari 3

Teks MC Hari Sarana Ibu bapa dan RPI

Solutasi Bismillahirrahmanirrahim

Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang Berusaha, Pn. Mardziyyah binti Haji Hassim,


Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin
Baki.

Yang Dihormati, Cik Hjh Patimah binti Umar,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Pn. Hjh Rozaimah bt. Mohamed, Guru Penolong


Kanan Pendidikan Khas

barisan Guru PPKI, tuan-tuan dan puan-puan yang


dikasihi sekalian.

Kata alu- Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan


aluan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu,
digerakkan minda dan deria rasa, dikurniakan
kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama
berkumpul di Dewan ini  ini bagi MESYUARAT
SARANA IBU BAPA DAN MENANDATANGANI
BORANG RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU
(RPI) bagi tahun ini.

Bacaan Doa Hadirin Yang Dimuliakan,

Sepakat manusia kerana muafakat,


Tiada beza pangkat dan darjat,
Membaca doa tangan diangkat,
Semoga dikabul segala hajat.
Bagi memohon keberkatan daripada Allah
Subhanawa Taala, moga-moga perjalanan majlis
berjalan lancar, dan semua yang hadir pada hari ini
sentiasa dibawah redha dan rahmatNya.

Dengan itu, marilah sama-sama kita menadah tangan


mengaminkan doa yang akan dibaca oleh Cikgu
Lukman Hakim bin Idris

Dengan segala hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN
DOA*******************
Amin, amin, amin Ya Rabbal alamin.....

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Cikgu Lokman Hakim bin Idris  atas pimpinan doa itu
tadi. Mudah-mudahan majlis yang berlangsung akan
terus terpancar keberkatan dari Ilahi.

Ucapan
Pengetua Warga dewan yang dimuliakan,

Meneruskan kelangsungan acara, majlis seterusnya


menjemput Yang Berusaha Pn. Mardziyyah binti
Haji Hassim, Pengetua SMK Aminuddin Baki untuk
menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya, dipersilakan.

**************UCAPAN PENGETUA*************
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Puan Pengetua  atas ucapan sebentar tadi.

Pembentangan Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari


program oleh ini, majlis menjemput dan mempersilakan Yang
PK Pendidikan Berusaha PN.Hjh Rozaimah binti Mohamed PK
Khas Pendidikan Khas untuk membentangkan aktiviti
Pendidikan Khas sesi 2022-2023.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan.
**UCAPAN PK PENDIDIKAN KHAS*******
Terima kasih diucapkan kepada atas  ucapan
sebentar tadi.

Dengan berakhirnya ucapan Pn.Rozaimah sebentar


tadi, selepas ini ibu bpa boleh berjumpa dengan guru
RPI masing-masing bagi membincangkan tentang hala
tuju anak-anak bersama dengan guru RPI masing-
masing. Terima kasih

Pesanan
Ibu bapa boleh mengambil makanan di meja belakang
sebelum pulang.
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai