Anda di halaman 1dari 5

1

TEKS PENGACARA
Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Hoki dan Boling Tenpin Peringkat
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Sabah 2016
BIL.
1.

CUE

PENGACARA MAJLIS

Ketibaan Tetamu

Mengumumkan ketibaan Yang berusaha Tn Hj Umin Bin Sadi Pegawai


Pendidikan Daerah Kota Kinabalu

Nyanyian Lagu

Hadirin yang dihormati,


Sebagai pembuka majlis, kita akan menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu
Sabah Tanah Airku dan Lagu Satu Murid Satu Sukan
Untuk itu, hadirin dimohon berdiri.

ADAM AKMAL

.
Assalamualaikum...WBT
Salam Sejahtera
Salam Satu Malaysia
Dan Salam muhibbah
Protokol

Kata alu-aluan
Pengerusi Majlis

1. Yang berusaha, Tn Hj Umin Bin Sadi Pegawai Pendidikan Daerah Kota


Kinabalu merangkap Pengerusi Pengelola Kejohanan MSS Sabah 2016
2. Yang Mulia, Ir Datu Jumigul Bin Datu Haji Salin,Ketua Sektor, Sektor
Pembangunan Kemanusiaan, JPN Sabah
3

..

4. Para Pengetua dan Para Guru Besar Sekolah


5. Pegawai-pegawai dan Pengadil-pengadil kejohanan
6. Barisan guru-guru pengurus pasukan,
7. Guru-guru dan para pelajar
8. Seterusnya Tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dikasihi sekalian.

Selamat datang
Ahlan wasahlan
ke Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Hoki dan Boling Tenpin
Peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Sabah 2016
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat ilahi
kerana dengan limpah kurniaNya, maka kita diberikan kecergasan fizikal
dan mental untuk sama-sama berkumpul di .
ini untuk memeriahkan Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Hoki
dan Boling Tenpin Peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri
Sabah 2016.
Terbang di awan burung jentayu
Di atas papan batang jerami
Tampillah tuan kami merayu
Bersama ucapan kata perasmi
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Tanpa melengahkan masa, majlis dengan dengan segala hormatnya
menjemput Yang berusaha, Tn Hj Umin Bin Sadi Pegawai Pendidikan
Daerah Kota Kinabalu untuk menyampaiakn ucapan dan seterusnya
merasmikan Penutupan Kejohanan Hoki dan Boling Tenpin Peringkat
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Sabah 2016.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.


Majlis merakamkan sepenuh penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih
kepada Yang Berbahagia, Tn Hj Umin Bin Sadi Pegawai Pendidikan Daerah
Kota Kinabalu atas ucapan dan perasmian penutupan yang telah
disampaikan.

HADIAH
Hadirin dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Keputusan sudah di tangan, kita sampai ke acara yang dinanti-nantikan


iaitu acara penyampaian hadiah.

[a]
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia
______________________________________ ________untuk mengiringi
Yang
Berbahagia_______________________________________________
untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang


berbahagia.________________________________

[b
Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia
_________________________________________ untuk mengiringi Yang
Berbahagia _______________________________bagi menyampaikan
hadiah kepada para pemenang.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia


_______________________________
.........................................

[c]
Bagi meneruskan acara, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang
Berbahagia, ____________________________________untuk mengiringi

Yang Berbahagia ______________________________________ bagi


menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia


___________________________________________________.

Tahniah

CENDERAMATA
4

4.

PENUTUP

Hadirin yang budiman,


Setiap permulaan pasti ada pengakhiran, Majlis Perasmian Penutupan
Kejohanan Hoki dan Boling Tenpin Peringkat Majlis Sukan SekolahSekolah Negeri Sabah 2016 sampai di penghujungnya.
Selaku peneraju majlis pada pagi ini, saya mewakili jawatankuasa kerja
pengelola majlis ini merakamkan ucapan terima kasihh kepada Tn Hj Umin
Bin Sadi Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu dan tetamu-tetamu
jemputan kerana sudi meluangkan masa bagi memeriahkan majlis ini.
Sejuta kalungan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas
kerjasama padu, dan sumbagan tenaga dalam memastikan acara pada
pagi ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.
Pihak majlis juga memohon jutaan kemaafan sekiranya tersilap bicara dan
terdapat kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung. Sehingga kita
berjumpa lagi di masa akan datang. Majulah Sukan Untuk Negara
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz mulia, wabillahitaufiq wal hidayah
assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Jumpa lagi.

Anda mungkin juga menyukai