Anda di halaman 1dari 6

TEKS MC KEM KEPIMPINAN PENGAWAS TAHUN 2022

PERMULAAN
BIL ATURCARA CATATAN
1. Murid berkumpul di dewan :

Ke pekan kuala membeli bingka


Sayang pesanan terlupa sudah
Majlis bermula tirau dibuka
Dengan alunan madan yang indah

Bismillahirrahmanirrahim…..assalamualaikum w.b.t dan salam


sejahtera.

Yang berusaha En. Mohd Isa bin Barum, Guru Besar SK. Rumbia

Yang dihormati barisan guru-guru penolong kanan

Yang dihormati barisan pihak setia energi, selaku fasilitator kem


kepimpinan pada kali ini

Para guru dan seterusnya

Barisan pengawas SK. Rumbia bagi tahun 2022 sekalian.

Bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah
rahmatNya dapat kita berkumpul di sini pada hari yang penuh
keberkatan bagi meraikan Majlis Perasmian Kem Kepimpinan
Pengawas SK. Rumbia bagi tahun 2022.

2. Bacaan doa :

Dari perlis puspa ku pohon


Puspa dipilis buat azimat
Tangan ditadah doa dipohon
Semoga majlis mendapat berkat

Untuk memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput Ustaz Mohd
Amin Alhime bin Mohd Shahar untuk mengetuai bacaan doa. Majlis
mempersilakan.

(bacaan doa)

Amin amin ya rabbal alamin. Majlis mengucapkan terima kasih


kepada Ustaz Mohd Amin atas kesudian memimpin bacaan doa itu
sebentar.

3. Ucapan perasmian :

Terbang di awan burung jentayu


Di atas papan batang jerami

1
Tampillah tuan kami merayu
Bersama ucapan kata perasmi

Kini, majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput Yang


berusaha En. Mohd Isa bin Barum, Guru Besar SK. Rumbia untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kem
Kepimpinan Pengawas bagi tahun 2022. Majlis dengan penuh
hormat dan takzimnya mempersilakan.

(ucapan perasmian)

Pihak majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih di atas kesudian tuan merasmikan majlis kita pada hari
ini.

4. Ucapan wakil pihak consultant :

Hadirin yang dihormati sekalian,

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis kini ingin menjemput En.


Ahmad Nazaruddin bin Omar, selaku wakil pihak setia energi untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

(ucapan wakil pihak consultant)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Ahmad


Nazaruddin atas ucapan yang disampaikan itu sebentar tadi.

5. Ice breaking :

Bagi meneruskan aktiviti pada hari ini, dijemput pihak setia energi
untuk mengendalikan majlis seterusnya. Dipersilakan.

2
PENUTUP MAJLIS
BIL ATURCARA CATATAN
1. Murid berkumpul di dewan :

Bismillahirrahmanirrahim….assalamualaikum w.b.t dan salam


sejahtera.

Yang berusaha En. Mohd Isa bin Barum, Guru Besar SK. Rumbia

Yang dihormati barisan guru-guru penolong kanan

Yang dihormati barisan pihak setia energi, selaku fasilitator kem


kepimpinan pada kali ini

Para guru dan seterusnya

Barisan pengawas SK. Rumbia bagi tahun 2022 sekalian.

Alhamdulillah sekali lagi kita diberi kesempatan untuk sama-sama


berkumpul di dalam dewan ini bagi menjayakan Majlis Penutup Kem
Kepimpinan Pengawas Sekolah, PSS, SPBT dan PRS untuk sesi 2022.

Syukur alhamdulillah, selama dua hari satu malam kem kepimpinan


pengawas ini telah berjaya diadakan seperti perancangan. Tahniah
dan syabas diucapkan kepada barisan pentadbir, penyelaras bagi
setiap unit pengawas, rakan guru, para fasilitator dan juga murid-
murid sekalian atas komitmen yang diberikan masing-masing
sepanjang kem ini berlangsung.

2. Bacaan doa :

Bagi memberkati majlis penutupan pada hari ini, majlis ingin


menjemput ____________________ untuk mengetuai bacaan doa.
Dipersilakan.

(bacaan)

Terima kasih diucapkan.

3. Ucapan penutup oleh GB :

Mudik di sungai mendayung sampan


Sampan di dayung ke laut dalam
Sudilah tuan beri ucapan
Kata penutup pemanis kalam

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis dengan ini ingin menjemput


Yang berusaha En. Mohd Isa bin Barum, Guru Besar SK. Rumbia
untuk menyampaikan ucapan penutupan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

3
(ucapan penutup)

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan yang


disampaikan itu sebentar tadi.

4 Penyampaian hadiah tokoh peserta terbaik lelaki dan perempuan :

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah tokoh peserta


terbaik bagi kategori lelaki dan perempuan kepada peserta yang
telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang kem, dijemput
Yang berusaha En. Mohd Isa bin Barum, Guru Besar SK. Rumbia
diiringi oleh Yang dihormati barisan guru-guru penolong kanan bagi
menyempurnakan majlis. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(rujuk senarai)

Penyampaian hamper bagi setiap kumpulan :

Majlis kini diteruskan lagi dengan aturcara penyampaian hamper


kepada semua kumpulan yang terlibat dalam aktiviti sepanjang kem
kepimpinan ini berlangsung. Dengan itu, dijemput ketua bagi
kumpulan _______________

(rujuk senarai)

Penyampaian sijil penghargaan kepada peserta :

Hadirin yang dihormati sekalian,

Seterusnya adalah penyampaian sijil penghargaan kepada peserta


kem kepimpinan bagi sesi 2022. Dengan itu dipersilakan :

Ketua pengawas disiplin sekolah

_______________________________________________________

Ketua pengawas pusat sumber sekolah

_______________________________________________________

Ketua pegawas SPBT sekolah

_______________________________________________________

Ketua pembimbing rakan sebaya

_______________________________________________________

4
Penyampaian sijil penghargaan kepada guru penyelaras :

Kini, bagi meneruskan acara penyampaian sijil penghargaan kepada


barisan guru penyelaras badan pengawas, dijemput :

Puan Fatihah binti Jamil selaku guru penyelaras unit pengawas


disiplin sekolah untuk menerima sijil penghargaan.

Puan Rusnita binti Said, guru penyelaras unit pengawas pusat


sumber sekolah

Puan Siti Wahidah binti M. Mubin, guru penyelaras pengawas SPBT


sekolah

Puan Normani binti Md Saad, guru penyelaras pembimbing rakan


sebaya sekolah

Penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada para


fasilitator :

Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih, majlis ingin


menjemput wakil pihak setia energi _______________________
untuk menerima cenderahati dan sijil penghargaan daripada pihak
sekolah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(penyampaian cenderahati dan sijil)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan pentadbir


atas kesudian menyempurnakan majlis penyampaian hadiah dan
cenderahati sebentar tadi.

5. Penutup :

Dengan itu, maka selesailah sudah Majlis Penutup Kem Kepimpinan


Pengawas bagi sesi 2022.

Bunga dedap di atas para


Anak dusun pasang pelita
Kalua tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta
Sebelum itu, semua hadirin dan para peserta kem kepimpinan
pengawas diminta tunggu sebentar untuk sesi bergambar.

Sekian sahaja daripada saya. Wabillahitaufik walhidayah


wassalamualaikum w.b.t

Sekian, terima kasih.

5
SENARAI NAMA FASILITATOR :

1. MUHAMMAD HISYAM BIN HASHIM


2. FIRDAUS BIN FADLOLLAH
3. AHMAD NAZARUDDIN BIN OMAR

Anda mungkin juga menyukai