Anda di halaman 1dari 1

ANUGERAH KHAS MURID MITHALI

SK ABANG AING 2018

Benarlah kata punjangga , “benih yang baik jatuh ke laut menjadi sebuah pulau,
jatuh ke tanah menjadi pohon nan rendang”.

Murid ini memiliki kejayaan akademik yang sentiasa konsisten sejak awal
persekolahannya bermula dari Tahun 1 hingga tahun 6 ini, juga salah seorang
calon harapan 6A serta mendapat 8A dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)
tahun 2017. Menyimpan impian yang besar bila dewasa nanti iaitu ingin menjadi
seorang doktor yang sedia membantu merawat insan-insan yang memerlukan.

Murid Mithali ini juga menggalas beberapa jawatan penting di sekolah.


Mempunyai daya kepimpinan yang istimewa selain menjadi pengawas sekolah juga
dilantik menjadi pengerusi Kelab Doktor Muda. Seorang yang bertangungjawab
dan sentiasa mematuhi peraturan sekolah.

Dia juga menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang dalam bidang Ko


kurikulum, murid ini telah mewakili sekolah ke peringkat Daerah dalam
pertandingan bola jaring. Beliau juga mendapat tempat ke tiga Pertandingan
Hafazan Majlis Tadarus Al Quran peringkat Bahagian Sri Aman dan aktif dalam
membuat persembahan di dalam majlis majlis yang dianjurkan diperingkat
sekolah.

Kesantunan, kepatuhan kepada suruhan Allah dan kewibawaan murid ini serta
sikap menghormati guru dan rakan-rakan memberi impak yang sangat besar
untuk ditabalkan sebagai Murid Mithali peringkat sekolah SK Abang Aing bagi
tahun 2018.

Kini terlerai sudah maklumat diri,


Serlah kehebatan pelbagai persada;
Anugerah Mithali motivasi diri,
Demi masa depan penuh dinamika.

Maka dengan ini dinobatkan puteri kepada pasangan Encik Mohd Morsalin bin
Adnan dan Puan Jamayah binti Ariffin iaitu

Amy Zulaikha Binti Mohamad Morsalin


sebagai Penerima Khas Anugerah Murid Mithali 2018.
Tahniah kami ucapkan

Semoga dengan pengiktirafan ini, ianya akan menjadi pemangkin dan perangsang
kepada murid-murid lain untuk terus berlumba-lumba dan bersaing di dalam
akademik, kokurikulum, dan kecemerlangan sahsiah.

Anda mungkin juga menyukai