Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPAI

71600 KUALA KLAWANG JELEBU


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TEL : 06-6138696 / FAX : 06-6134026
____________________________________________________________________________________
Rujukan kami: JPNNS.PPDJJ.NBA0007.600-4/1 (01)
Tarikh : 20 Februari 2019

Kepada:
Pn. Noor Azua binti Zainal Abidin
Kg. Kampai, 71600 Kuala Klawang.

Puan,
PELAKSANAAN PROGRAM ZIARAH CAKNA TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Sukacitanya pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa rumah
puan telah terpilih bagi pelaksanaan Program Ziarah Cakna pada tahun ini.

2. Program Ziarah Cakna merupakan lawatan guru ke rumah murid untuk bertemu dengan ibu bapa bagi
memberi manfaat positif kepada perkembangan menyeluruh murid. Selain itu, melalui lawatan ini, guru dapat
mengumpul maklumat keluarga murid, memahami latar belakang murid berdasarkan tempat mereka dibesarkan
dan secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan silaturahim antara ibu bapa dan guru.

3. Pelaksanaan Program Ziarah Cakna ke rumah puan akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 27 Februari 2019


Hari : Rabu
Masa : 3.30 petang

Kerjasama dan perhatian yang puan berikan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

‘BERSIH. MUAFAKAT. SEJAHTERA’

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………
(SAHRIM BIN MOSTAPA)
Guru Besar
SK. Kampai

Anda mungkin juga menyukai