Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPAI, 71600 KUALA KLAWANG, NEGERI SEMBILAN.

TEL: 06-6138696 FAKS: 06-6134026 E-MEL: nba0007@moe.edu.my

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami :
Tarikh : 29 April 2019

Kepada:

Pengurus KFC Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

PERMOHONAN SUMBANGAN MAKANAN (KFC) PROGRAM MAJLIS HARI LAHIR


MURID SK KAMPAI 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Mesyuarat Jawatan Kuasa Hal Ehwal Murid SK. Kampai telah memutuskan akan
mengadakan Program Majlis Hari Lahir Murid SK Kampai 2019 pada,

Tarikh : 14 Jun 2019 (Jumaat)


Tempat : Dataran Perhimpunan SK. Kampai

3. Sehubungan itu, pihak kami memohon jasa baik pihak KFC Kuala Klawang dapat
membekalkan makanan (KFC) untuk menjayakan program ini.

4. Sumbangan pihak KFC akan dihargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan
terima kasih yang tidak terhingga.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

____________________
(SAHRIM BIN MOSTAPA)
Guru Besar SK. Kampai

Anda mungkin juga menyukai