Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN METHODIST

(ACS),
31900 KAMPAR, PERAK.
Tel ;05-4651330
e-mail : aee9004@moe.edu.my
Fax :05-4660564

Ruj. Kami : SMKM(ACS) Kpr 03/05/003(2)


Tarikh : 22 Oktober 2019

Kepada:-
Ibu bapa / Penjaga pelajar,
SMK Methodist (ACS) Kampar.

Tuan,

CUTI BERGILIR SEMPENA PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan memberikan pelepasan kepada kelas-
kelas berikut sepanjang peperiksaan SPM dijalankan ;

BILANGAN HARI
KELAS TARIKH BERCUTI
CUTI
TINGKATAN : 05.11.2019 (SELASA), 07.11.2019 (KHAMIS),
4 HARI
1A/1B/1C/1D 14.11.2019 (KHAMIS) DAN 19.11.2019 (SELASA).
TINGKATAN : 06.11.2019 (RABU), 13.11.2019 (RABU),
4 HARI
2A/2B/2C/2D 18.11.2019 (ISNIN) DAN 21.11.2019 (KHAMIS).
TINGKATAN : 05.11.2019 (SELASA), 06.11.2019 (RABU),
3A/3B/3C3D 07.11.2019 (KHAMIS), 13.11.2019 (RABU),
8 HARI
14.11.2019 (KHAMIS), 18.11.2019 (ISNIN),
19.11.2019 (SELASA) DAN 21.11.2019 (KHAMIS).

3. Kelas yang tidak terlibat dengan cuti pada tarikh yang ditetapkan dikehendaki hadir ke
sekolah seperti biasa. Kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( HARDEU SINGH A/L TANAH SINGH )


Penolong Kanan Pentadbiran,
SMK Methodist (ACS) Kampar.
s.k. Fail Sekolah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN METHODIST


(ACS),
31900 KAMPAR, PERAK.
Tel ;05-4651330
e-mail : aee9004@moe.edu.my
Fax :05-4660564

Ruj. Kami : SMKM(ACS) Kpr 04/01/002( )


Tarikh : 04 Februari 2020

Ibu bapa / Penjaga pelajar,


SMK Methodist (ACS) Kampar.

Tuan,

LANGKAH PEMANTAPAN DISIPLIN DALAM KALANGAN PELAJAR

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah mengadakan Mesyuarat Agong PIBG
2020 pada 30 Januari 2020. Dalam mesyuarat tersebut dua usul pemantapan disiplin dalam
kalangan pelajar telah dibincangkan dan telah diluluskan sebulat suara oleh ibu bapa yang
hadir untuk dilaksanakan di sekolah.

Dua usul yang telah diluluskan adalah seperti berikut :

1. Semua pelajar dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah. Jika ada pelajar yang masih
ingkar arahan ini, maka telefon bimbit tersebut akan dirampas dan disimpan di sekolah untuk
tempoh sekurang – kurangnya enam (6) bulan. Sebarang rayuan untuk mendapatkan
semula telefon bimbit tersebut tidak akan dilayan. Sewa untuk menyimpan telefon tersebut di
bilik Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) adalah sebanyak RM 20.00 (Ringgit
Malaysia: Dua Puluh Sahaja), perlu dijelaskan semasa mengambil balik telefon bimbit
tersebut.

2. Pelajar – pelajar lelaki yang datang ke sekolah dalam keadaan berambut panjang dan
berfesyen berulang kali walaupun telah diberi kaunseling dan amaran, akan ditahan dan
rambut mereka akan dipotong oleh pihak sekolah. Bayaran pemotongan rambut akan di
tanggung oleh pelajar tersebut.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Encik Jasvinder Singh a/l Pritam Singh,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) melalui talian 016 – 563 3201.

Kerjasama dan sokongan tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,


( HARDEU SINGH A/L TANAH SINGH )
Pengetua,
SMK Methodist (ACS) Kampar.
s.k. Fail Sekolah

Anda mungkin juga menyukai