Anda di halaman 1dari 1

Rujukan kami: JEA1068/02/02(1)

Tarikh: 1 Julai 2017


Kepada,
Balai bomba dan penyelamat Johor Jaya,
Jalan Rosmerah 4/1,
Taman Johor Jaya,
81100 Johor Bahru

Tuan,
MEMOHON MENGADAKAN LATIHAN/DEMONSTRASI MEMADAMKAN KEBAKARAN
DAN CERAMAH KEBAKARAN

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berbesar hati memohon jasa baik pihak tuan agar
dapat meluangkan masa membantu kami menjayakan latihan pengusiran bangunan dan ceramah
kebakaran di sekolah kami.

3. Usaha ini penting untuk memastikan guru-guru, staf dan pelajar-pelajar sekolah sentiasa
dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran di sekolah.

4. Berikut adalah butiran lanjut tentang latihan kebakaran tersebut:

Tarikh ceramah : 17 Julai 2017


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang Sekolah SMK Taman Mount Austin

5. Kerjasama pihak tuan mempertimbangkan permohonan ini didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih. Maklum balas segera daripada pihak tuan amat kami nantikan. Maklumat lanjut sila
hubungi En Md. Halbi bin Kaab di talian 07-3582972 atau 014-6177878.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah

_______________________________
(PANIRSELVAM A/L KARUMBAN)
Pengetua SMK Taman Mount Austin

Anda mungkin juga menyukai