Anda di halaman 1dari 1

Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG),

Sekolah Kebangsaan Laneh,


Lubok Merbau,
33010 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan.
Telefon : 05-7584998

Ruj Tuan
Ruj Kami
Tarikh

:
: (21) dlm SU/PIBG/SKL/05-07
: 16 Januari 2006

YB Dato Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Dato Abdul Aziz.
Ahli Parlimen Padang Rengas,
Yang Berhormat Dato Seri,
Memohon Sumbangan Sebuah Mesin Fotosat
Dengan segala hormatnya , saya ingin merujuk kepada permohonan yang telah dibuat oleh Persatuan
Ibubapa dan Guru (PIBG),Sekolah Kebangsaan Laneh pada 15 April 2005 yang lalu tentang
permohonan mendapatkan sebuah mesin fotostat seperti dalam surat permohonan Bil (30) dlm PIBG
SKL.08/04/2005.
2.
Untuk makluman, kelulusan secara lisan telah dibuat oleh Dato Seri dalam majlis perasmian
Mesyuarat Agung Kali ke 26 pada 15 April 2005 yang lalu di Dewan Sekolah Kebangsaan Laneh untuk
meluluskan permohonan kami itu.
3.
Kami berharap agar permohonan ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya
dari pihak Dato Seri demi mempertingkatkan taraf pendidikan dan kemudahan sekolah ini.Atas
segala kerjasama dan tindakan pihak DatoSeri,kami dahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.Semoga YB Dato Seri sentiasa dirahmati Allah s.w.t.
Sekian,terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang menjalankan tugas,

.
(MOHD NOOH BIN AHMAD)
Setiausaha
Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG)
Sekolah Kerbangsaan Laneh
33010 Kuala Kangsar

s.k i Penasihat PIBG,SK Laneh

Disahkan oleh,

(MEOR SAMSUDIN BIN ABU HASSAN PPN.,PPT.)


Yang Di Pertua
Persatuan Ibubapa& Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Laneh

33010 Kuala Kangsar

Anda mungkin juga menyukai