Anda di halaman 1dari 2

BAB V

KESIMPULAN

Kajian fauna riang-riang di Taman Negara Endau Rompin bagi sektor Lubuk Tapah
telah berjaya memberikan maklumat terkini melalui analisis data yang dilakukan.
Sejumlah 355 spesimen riang-riang yang diwakili oleh 28 spesies dalam 13 genus di
bawah 2 famili iaitu Cicadidae dan Tibicinidae telah berjaya dicamkan. Bagi famili
Cicadidae, ianya diwakili oleh 24 spesies dalam 13 genus manakala bagi famili
Tibicinidae pula ianya diwakili oleh 3 spesies dalam 3 genus

Kajian ini yang merupakan kajian perintis telah berjaya merekodkan


keseluruhan spesimen iaitu 28 spesies dalam 13 genus sebagai rekod baru bagi Taman
Negara Endau Rompin dan sekaligus merupakan rekod baru bagi Semenanjung
Malaysia. Kajian ini turut berjaya memperihalkan 2 spesies baru iaitu Chremistica
malayensis Salmah & Zaidi dan Puranoides sp..

Kekayaan spesies dan peratus perwakilan spesies riang-riang Semenanjung


Malaysia bagi Taman Negara Endau Rompin adalah sederhana jika dibandingkan
dengan kajian lepas oleh Chiu Lee Chee (2002) di Rezab Hidupan Liar Krau. Faktor
utama menyebabkan keadaan ini adalah kerana masa pensampelan yang terlalu
singkat dan cepat. Selain itu, faktor iklim seperti hujan turut mempengaruhi masa
pensampelan.

Secara keseluruhannya bagi manifestasi kekayaan riang-riang, bulan Mei


mencatatkan bulan yang paling tinggi memperolehi bilangan spesies (24 spesies) dan
bilangan individu (158 individu). Manakala bulan September mencatatkan bulan yang
30

paling rendah memperolehi bilangan spesies dan individu dengan 7 spesies (17
individu). Dari segi kepelbagaian dan kekayaan genus pula, genus Chremistica
mencatatkan genus yang memperolehi spesies paling banyak dengan 5 spesies.

Kelimpahan spesies bagi Taman Negara Endau Rompin telah merekodkan


Purana nebulilinea sebagai spesies yang paling melimpah serta merupakan spesies
yang paling umum. Manakala 3 spesies (Purana tigrina, Pomponia imperatoria dan
Maua quadrituberculata) adalah spesies paling langka dengan masing-masing hanya
diwakili oleh satu individu sahaja.

Dari segi kelimpahan seks, riang-riang betina didapati lebih melimpah


berbanding riang-riang jantan dengan nisbah 250:104. Chremistica pontianaka
mempunyai bilangan betina yang paling tinggi manakala bilangan individu jantan
yang paling tinggi adalah Purana nebulilinea.

Oleh yang demikian, umumnya kajian riang-riang Taman Negara Endau


Rompin dapat menambah koleksi riang-riang Taman Negara Endau Rompin di Pusat
Sisitematik Serangga Universiti Kebangsaan Malaysia. Seterusnya, bagi memperoleh
hasil yang lebih baik, adalah dicadangkan agar pensampelan yang lebih kerap
dilakukan di kawasan kajian dan pensampelan yang dijalankan haruslah lebih
bersistematik serta teratur. Selain itu, masa pensampelan dijalankan haruslah sesuai
dari segi tempoh masa ketika melakukan sesuatu pensampelan dan pensampelan
haruslah dilakukan pada masa bulan yang sesuai. Manakala kaedah tangkapann juga
haruslan dipelbagaikan agar individu jantan dan betina adalah sekata. Diharapkan
dengan terhasilnya, senarai Taman Negara Endau Rompin dapat memberi maklumat
terkini kepada penyelidik-penyelidik akan datang dalam usaha menjalankan inventori,
penyemakan dan pemerihalan fauna riang-riang di kawasan yang berpotensi dalam
pembangunan, ekonomi dan ekopelancongan Malaysia ini.

Anda mungkin juga menyukai