Anda di halaman 1dari 14

CONTOH SOALAN

Dasar Pendidikan Negara digubal bagi


membantu mewujudkan perpaduan di
kalangan rakyat berbilang kaum di
Malaysia.

Bagaimanakah perpaduan rakyat ini


dapat dicapai melalui Dasar Pendidikan
Negara?
Jawapan
• Dasar Pendidikan Negara sebagaimana
dalan Akta Pelajaran 1961 menjadikan
perpaduan sebagai matlamat akhirnya. Ini
dapat dilakukan melalui kaedah-kaedah
berikut:-
1 Kurikulum yang sama
1.1 Kurikulum sekolah diubah supaya
berorientasikan Malaysia tanpa
mengira bahasa pengantarnya.
1.2 Semua sekolah rendah menggunakan
KBSR dan semua sekolah menengah
menggunakan KBSM
1.3 Pendidikan berunsurkan ketatanegaraan
dan cintakan Malaysia telah diserapkan
ke dalam semua matapelajaran.Dengan
cara ini semangat kebangsaan dan sifat
taat setia kepada negara dapat dipupuk.
1.4 Oleh sebab penekanan dibuat ke atas
keadaan hidup rakyat Malaysia yang
berbilang kaum dan budaya, maka sifat-
sifat toleransi, persefahaman dan tolak
ansur boleh dibentuk bagi melahirkan
sebuah masyarakat yang bersatupadu
2. Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar utama
2.1 Bahasa Melayu telah digunakan sebagai
bahasa pengantar utama di semua sekolah
dan pusat pengajian tinggi di Malaysia mulai
tahun 1970.
2.2 Matapelajaran Bahasa Melayu telah juga
diwajibkan di semua sekolah rendah
aliran bahasa cina dan tamil. Penggunaan
satu bahasa dapat mengeratkan lagi
perhubungan dan persefahaman antara
kaum di negara ini.
3. Kegiatan ko-kurikulum
3.1 Aktiviti ko-kurikulum dan sukan telah
digalakkan oleh kerajaan di sekolah-
sekolah dan institusi pengajian tinggi.
Kegiatan ini dibahagikan kepada tiga
kategori iaitu aktiviti berpersatuan,
unit beruniform dan sukan /olahraga.
Dengan cara ini usaha melahirkan
genarasi muda yang berdisiplin,
bersemangat kebangsaan dan
bersatu padu akan mudah dicapai.
4. Satu sistem peperiksaan yang
sama
4.1 Peperiksaan yang sama dan seragam
telah dimulakan oleh kerajaan seperti,
PMR,SPM,STPM dan UPSR. Dengan
cara adanya peperiksaan yang seragam dan
sama ini maka perasaan rendah diri dapat
dihindarkan dan satu identiti yang sama dan
sepadu dapat dibentuk.

Anda mungkin juga menyukai