Anda di halaman 1dari 2

Antara strategi Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah dengan menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.

Dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah, semua warga sekolah dari murid-murid hingga kepada guru-guru dapat memahami satu sama lain melaui interaksi yang terwujud daripada penggunaan bahasa yang sama. Dasar pendidikan kebangsaan juga mengadakan sistem kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah. Dengan adanya sistem kurikulum yang sama, para pelajar akan dapat belajar melaui intipati yang sama dan tidak bercanggah antara satu sama lain. Sebagai mana halnya dengan penggunaan bahasa pengantar yang sama, perpaduan dapat dipupuk melaui kesamaan pembelajaran. Kurikulum yang berorientasikan Malaysia juga dapat memupuk semangat cintakan Negara yang tidak berbelah bagi bagi semua kaum. Mewujudkan sistem perperiksaan yang sama bagi semua juga mempunyai faedah yang mampu mewujudkan individu yang mempunyai tahap kebolehan dan kemampuan yang sama. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan adalah strategi yang dapat memantapkan lagi sistem pengurusan pendidikan. melaui langkah ini, perpaduan kaum dapat dicapai dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Melaui strategi pendemokrasian pendidikan, pengagihan peruntukan dilakuakn secara adil bagi mewujudkan peluang pendidikan unruk semua tanpa mengira kaum dan status sosial. Dengan adanya peluang pendidikan yang bermutu untuk semua, maka hubungan antara kaum dapat dieratkan kerana tiada diskriminasi dalam pemberian peluang pendidikan yang bermutu. Dasar pendidikan Negara juga menyediakan peluang pendidikan rendah yang mengikut Kurikulum baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang

sesuai dan mempunyai moral dan nilai etika yang kukuh. Melaui matapelajaran yang diajar di sekolah, unsur-unsur perpaduan dapat diterapkan kepada para pelajar selain kepada fokus akademik semata-mata. Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik melaui penyusunan semula kurikulum sekolah vokasional pada tahun 1978. Mempelbagaikan dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat university terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin. Menjadikan bahasa kebangsaan dan bahasa inggeris sebagai matapelajaran wajib diajar di sekolah-sekolah dan member peluang yang sempurna bagipembelajaran bahasa-bahasa lain seperti bahasa cina dan bahasa tamil. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis,pengakap, puteri islam dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai