Anda di halaman 1dari 5

Peta minda,juga dikenali sebagai peta konsep, diasaskan oleh Tony Buzan pada tahun

1984. Peta minda merupakan salah satu kaedah yang berkesan dalam membuat nota.

Kaedah ini menyambung dan mengaitkan antara satu konsep dengan konsep yang lain
berpusatkan dengan satu tajuk besar di tengah. Kaedah ini melibatkan kepelbagaian warna
dan saiz untuk merangsang otak pengguna ketika pengguna membaca nota mereka.

Disamping itu, unsur media dan grafik merupakan salah satu elemen yang signifikan dalam
peta minda. Menurut Fontana(1988) media perlu dilihat sebagai sesuatu yang dinamik yang
dapat meransang tindakbalas luaran atau dalaman yang kadang-kadang mempengaruhi
psikologi seseorang. Sebagai media pengajaran yang menghampiri konkrit (Dale, 1985)
media yang digunakan secara sistematik dapat merangsang daya imaginasi dan
perbincangan. Ia dapat menjamin proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar di
samping meningkatkan kefahaman dan menghindar salah tanggapan dan pentafsiran
Penggunaan kata yang ringkas juga menjadi salah satu faktor yang menggalakkan
penggunaan peta minda dalam proses pembelajaran.

Pengaplikasian peta minda ke dalam proses pembelajaran mampu mendatangkan impak


dan implikasi yang positif. Antaranya ialah memudahkan individu untuk mengingat.
Penggunaan kata dan frasa yang mudah dan ringkas serta kepelbagaian warna
memudahkan individu membezakan satu jaluran konsep dengan jaluran konsep yang lain
sekaligus memudahkan proses menghubungkan antara satu konsep dengan konsep
seterusnya.

Rajah 1

Berdasarkan Rajah 1, kita dapat lihat penggunaan warna pada setiap cabang dalam peta
minda menunjukkan perbezaan jaluran konsep. Penggunaan kata yang ringkas juga
memudahkan pemahaman dan perhubungan dalam satu jaluran konsep. Sebagai contoh,
berdasarkan Rajah 1, antara tranformasi wanita melayu merentas zaman ialah dari aspek
pendidikan, yang mana terbahagi kepada dua skop masa, sebelum kemerdekaan dan
selepas kemerdekaan. Kedua-dua skop masa mempunyai idea-idea yang tersendiri yang
ditulis dalam ayat ringkas.

Selain itu, penggunaan peta minda juga dapat menghubungkan fungsi otak kiri dan otak
kanan. Hal ini kerana, sebelum seseorang itu individu menggunakan sesebuah peta minda,
individu tersebut perlu terlebih dahulu membina peta minda tersebut. Seseorang individu
tidak boleh menggunakan peta minda sedia ada yang ada di internet ataupun peta minda
yang disediakan oleh orang lain. Setiap individu mempunyai corak pemikiran yang berbeza.
Oleh itu kaedah individu dalam menghubung kaitkan konsep juga berbeza. Kelainan dalam
setiap peta minda adalah normal, walaupun topiknya adalah sama.

Dalam proses pembinaan peta minda,minda akan terlatih dengan sendirinya untuk
mengolah idea akademik kedalam bentuk peta minda mengikut corak dan gaya pemikiran
tersendiri menggunakan kepelbagian warna dan unsur grafik,sekaligus memupuk kreativiti
dalam diri individu.

Proses membina peta minda semasa mendengar kuliah dapat merangsang otak individu
untuk berfungsi dengan lebih aktif. Hal ini kerana ia mengaktifkan deria pendengaran serta
deria kinaestatik. Hal ini juga dapat mengelakkan rasa mengantuk ketika kuliah serta
meningkatkan daya fokus individu. Dengan ini, individu dapat menerima maklumat dengan
lebih optimum. Hal ini selaras dengan kata-kata yang pernah dimadahkan oleh Kung Fu
Tze, seorang pujangga dan ahli falsafah cina;

‘…kalau saya dengar, saya lupa; kalau saya lihat saya ingat; dan kalau saya buat saya
tahu…’

Maryam Jailani, pelajar terbaik Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan dari Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2005 bersetuju akan keberkesanan peta minda
dalam pembelajaran. Beliau telah berkongsi teknik pembelajaran beliau yang memudahkan
beliau untuk cemerlang dalam pelajaran beliau.

Kata beliau, beliau akan melakar peta minda mengikut pemahaman sendiri sewaktu
pensyarah sedang mengajar di dalam kelas dalam setiap subjek. Rakan-rakan beliau hanya
mengambil nota biasa, berbeza dengan cara beliau yang terus memasukkan intipati
pembelajaran ke dalam peta minda. Peta minda itulah yang akan digunakan beliau sebagai
rujukan sehinggalah peperiksaan akhir.

Seterusnya, penggunaan peta minda dalam pembelajaran juga menjimatkan kos


pembelajaran. Kebiasaan peta minda, satu topik peta minda hanya melibatkan satu muka
surat kertas putih sahaja. Penggunaan kata yang ringkas serta kepelbagaian unsur grafik
dalam peta minda dapat memudahkan pembinaan peta minda dan memuatkan satu topik
hanya dalam satu muka surat. Dengan ini, individu tidak perlu menghabiskan berhelai-helai
muka surat dalam buku nota untuk mencatat nota.

Dengan menggunakan nota yang telah dimuatkan dalam satu muka surat melalui bentuk
peta minda, seseorang dapat menggunakan kaedah luncuran dalam proses mengulangkaji.

Kaedah luncuran merupakan salah satu teknik pembacaan cepat. Kaedah luncuran
memfokuskan untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyuluruh berkenaan topik.
Jika dilihata dari kaca mata yang berlainan, kaedah ini membantu memberi gambaran umum
mengenai teks atau topik yang dibaca kepada individu.

Individu boleh menggunakan peta minda untuk mendapatkan gambaran awal akan subjek
atau topik yang akan dipelajari dengan menggunakan peta minda yang telah disediakan dari
pelbagai sumber. Hal ini akan lebih membantu individu dalam memahami aliran dan konsep
dasar dalam sesuatu topik sebelum diajar. Pada hujung pembelajaran atau sewaktu proses
pembelajaran, individu hendaklah membina peta minda sendiri yang sesuai dengan gaya
individu itu sendiri.

Dengan ini, individu dapat menjimatkan masa untuk mengulangkaji. Hal ini sangat
membantu untuk pelajar yang kesuntukan masa atau hanya mahu mengulangkaji dari
permukaan. Namun, berdasarkan peta minda, segala perincian telah tertulis disitu
berdasarkan cara individu mengaitkan antara idea dengan idea. Maka peta minda telah
memberi gambaran hampir menyeluruh berkenaan topik, walaupun hanya membacanya
menggunakan kaedah luncuran. Dengan ini, pelajar dapat belajar dengan lebih efektif dan
produktif.

Sesetengah individu hanya mampu fokus dalam tempoh masa yang singkat.Bagi golongan
individu ini, penggunaan peta minda memainkan peranan penting dalam proses ulang kaji
mereka. Mereka dapat menggunakan tempoh masa fokus dengan optimum hanya dengan
membaca menggunakan kaedah luncuran pada peta minda.

Cunningham(2005) telah mengendalikan kajian pengguna yang mana 80% daripada pelajar
berpendapat “peta minda telah membantu mereka memahami konsep dan idea saintifik”.
Kajian lain juga turut melaporkan kesan positif daripada penggunaan peta minda. Farrand,
Hussain dan Hennessy(2002) mendapati bahawa rajah spider(kaedah yang mirip dengan
peta minda) amat terhad, tetapi signifikan dan menyebabkan impak ke atas ‘memory recall’
dalam kalangan siswazah, meningkat sebanyak 10% dalam konteks teks 600 patah
perkataan.
Satu kajian tentang peta minda mengatakan bahawa kaedah ini lebih efektif berbanding
membaca teks, menghadiri kuliah dan perbincangan berkumpulan. Kajian tersebut
menyimpulkan penggunaan peta minda lebih memanfaatkan pelajar lemah berbanding
pelajar yang lebih baik.

Secara keseluruhannya, peta minda telah mendatangkan kesan yang amat signifikan dalam
proses pembelajaran individu. Peta minda membantu individu agar lebih mudah mengingat,
dapat menggalakkan otak agar berfungsi dengan lebih aktif, menjimatkan masa serta
menjimatkan kos.

Penggunaan peta minda dalam proses pembelajaran diharapkan dapat diterapkan dalam
proses pembelajaran dari setiap tahap pengajian dari sekolah rendah hinggalah ke tahap
universiti. Semoga peningkatan yang signifikan dapat dilihat dengan penerepan kaedah ini
dalam amalan belajar setiap pelajar.
RUJUKAN

1. Mind Map. (2017, August 27). https://en.wikipedia.org/wiki/Mind_map


2. Kebaikan Peta Minda. (2007, November 16).
http://petaminda.blogspot.my/2007/11/kebaikan-peta-minda.html
3. Nor Azura binti Mohd Zaki. (2008,Julai 10). Menerangkan konsep istilah penting
dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan tingkatan 6 dengan inovasi “My Aura
Map”. http://ilmu.edublogs.org/2008/07/10/my-aura-map-menerangkan-konsep-
istilah-penting-dalam-mp-pengajian-perniagaan/

4. Lim Kui Lik. (2009). Penggunaan Peta Minda Dalam Meningkatkan Kefahaman dan
Ingatan Murid Tahun 4 Dalam Subjek Sains.

Anda mungkin juga menyukai