Anda di halaman 1dari 2

ULASAN GRAFIK

Berdasarkan Grafik peta minda yang telah saya hasilkan dapat saya huraikan beberapa
kepntingan peta minda dalam pembelajaran. Antaranya ialah mudah untuk difahami dan
mempunyai grafik yang menarik. Walaupun terdapat penerangan di dalamnya tetapi grafik
yang saya pilih iaitu grafik awan boleh menarik minat orang untuk membaca. Sememangnya
sangat sukar untuk kita menerangkan satu bab pembelajaran tetapi dengan menggunakan
penyusunan grafik maka. Peta minda merupakan salah satu medium yang boleh digunakan
oleh manusia untuk memproses sesuatu maklumat yang ingin disampaikan. Penyelidikan
menunjukkan bahawa manusia memproses maklumat melalui struktur gambaran. Dalam
peta minda maklumat yang penting ditulis dalam bentuk point sahaja supaya menghasilkan
struktur pola yan kreatif.Melalui penyusunan peta minda juga otak dapat membuat
hubungkait antara satu maklumat yang diterima dengan satu maklumat yang lain.

Di samping itu juga dengan menggunakan peta mida dapat menggabungkan otak kiri dan
otak kanan kerana adanya kemahiran gambaran dan juga kemahiran bahasa yang
digunakan.Idea lebih fleksibel, kreatif dan menarik, idea mudah dikembangkan dan
hubungan. Dengan menguasai penggunaan alat berfikir, pelajar dapat menggunakannya
bukan sahaja dalam pengajaran dan pembelajaran,malahan juga dalam situasi harian.
Sehubungan dengan perkara ini, guru perlulah mengaplikasikan kemahiran menggunakan
alat berfikir ini dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan dan situasi yang
sesuai. Seseorang juga dapat menggunakan peta minda sebagai suatu teknik memori atau
mengeluarkan idea yang kompleks.

Peta minda adalah satu teknik mengrafik yang sungguh berkuasa di mana ia mampu
membekalkan kunci universal ke atas membuka potensi pemikiran seseorang. Peta minda
merupakan kepelbagaian kemahiran dengan berkesan Selain itu, ia juga memberi
kebebasan kepada individu menjelajahi kemampuan otak yang tiada batasannya. Peta
minda boleh diaplikasikan dalamsemua aspek kehidupan di mana ia mampu meningkatkan
pembelajaran dan pemikiran seseorang individu, justeru menggalakkan perkembangan diri.

Setiap kali maklumat diimbas kembali dari ingatan, peta minda membenarkan idea yang
lintas pada fikiran dicatat dengan pantas dalam keadaan terurus. Catatan yang dilakukan
tidak perlu dalam bentuk ayat penuh. Peta minda berfungsi pantas dan berkesan dalam
aktiviti imbas kembali nota kuliah, kandungan bahan bacaan dan perkara yang telah
diulangkaji.
RUJUKAN

Kiong, T. T. (2010). KEPENTINGAN PETA MINDA SEBAGAI ALAT BERFIKIR. Jurnal

Pendidikan , 15.

Anda mungkin juga menyukai