Anda di halaman 1dari 6

HASIL KERJA KURSUS 2

1.0 PENGENALAN

Apakah yang dimaksudkan dengan alat berfikir? Alat berfikir ialah kepelbagaian teknik
yang diperkenalkan untuk membantu seseorang mengembangkan kemahiran berfikir
serta meningkatkan penggunaan minda dengan lebih bijak dan efisien.Penggunaan alat
berfikir dalam pembelajaran akan menjadikan pemikiran murid lebih tersusun, meluas dan
tidak terburu-buru dalam melakukan tindakan.Menurut Arfah (2013), mengatakan bahawa
kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan apabila menggunakan alat berfikir yang sesuai
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, alat berfikir juga mampu menajamkan pemikiran dan melatih individu
berfikiran dengan baik dan kritis (Sulaiman Aziz & Mok,2011).Terdapat beberapa alat
berfikir yang lazim digunakan dalam Sistem Pendidikan Malaysia iaitu,pengurusan
grafik,peta minda,pemetaan i-Think,teknik menyoal aras tinggi dan alat-alat CoRT I dan
CoRT IV.Namun begitu,setiap alat berfikir mempunyai fungsi dan kegunaannya
tersendiri.Dalam penulisan ini,saya akan membincangkan dua jenis alat berfikir yang
mana dapat meningkatkan kemahiran belajar saya.

2.0 PETA MINDA


2.1 KONSEP DAN CIRI-CIRI PETA MINDA
Peta Minda ialah alat berfikir yang berkuasa dicipta dan diasaskan oleh Tony Buzan
pada tahun 90-an (Paul,2010).Alat ini digunakan oleh semua golongan tidak mengira
umur seperti pelajar,pendidik dan jurutera di seluruh dunia termasuklah Malaysia,China
dan lain-lain lagi.Peta Minda juga dikatakan sebagai satu alat yang sangat berkesan
dalam mencatat nota ringkas.Menurut Wong & Sharaai (2012), peta minda sangat
berkesan dalam fungsi mengambil nota daripada buku rujukan,teks,sesi kuliah,nota
kursus,bahan kajian dan bacaan sendiri.
Peta minda kebiasaanya dibina dan dihasilkan daripada idea individu itu
sendiri.Secara umumnya,peta minda dibina dengan meletakkan tajuk atau isi utama di
tengah-tengah sehelai kertas dan mengembangkan isi utama dengan idea-idea yang
berkaitan menggunakan anak panah dan garisan.Seterusnya,menggunakan
imej,simbol,kod mahupun warna yang pelbagai untuk kelihatan menarik dan mudah
dikesan dalam sesi mengimbas semula apa yang sudah dipelajari.Warna yang pelbagai
mampu memupuk minat dan amalan suka belajar dalam kalangan pelajar.

1
Peta minda juga hanya menggunakan kata kunci yang mudah dan senang untuk
diingati dengan menggunakan saiz huruf yang berbeza bagi perkataan yang
tertentu.Kesannya,memudahkan pelajar membanding bezakan subtopik dan topik
utama.Selain melakar peta minda menggunakan alat tulis seperti pen,pensil,warna dan
kertas terdapat juga pelbagai software yang boleh digunakan dalam menghasilkan peta
minda digital secara menarik seperti XMind,FreeMind dan lain-lain lagi.Penggunaan peta
minda dalam menghasilkan nota merupakan salah satu cara yang dapat memupuk
keberkesanan kemahiran belajar lebih-lebih lagi kepada pelajar gaya visual yang gemar
memendekkan maklumat dalam bentuk grafik seperti simbol dan kepelbagaian warna
dalam nota.

Rajah 1
2.2 KEISTIMEWAAN PENGGUNAAN PETA MINDA

Pada pandangan saya, antara keistimewaan atau kekuatan yang ada pada peta minda
ialah menjadi satu pendekatan kepada pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dengan
berkesan dan pantas sebagai persediaan dalam menghadapi peperiksaan.Hal ini kerana
melalui peta minda, idea adalah ringkas dan padat malah penuh bermakna dengan
adanya isi tersirat dan tersurat diletakkan pada satu muka surat helaian kertas
sahaja.Selain itu,susunan kronologi bagi sesuatu isu yang berkaitan yang menggunakan
peta minda boleh mengurangkan isi-isi penting tertinggal.Oleh sebab itu,peta minda
dikatakan mampu menyusun hasil pembelajaran dengan sistematik.Penggunaan kata
kunci dalam peta minda juga membolehkan pelajar membaca,memahami dan mengingat
isi penting dalam masa yang singkat sebelum menduduki peperiksaan.

2
Seterusnya,meningkatkan daya ingatan pelajar untuk jangka masa yang panjang.Peta
minda yang dibina lebih bercirikan visualis yang mana memudahkan proses scanning dan
skimming semasa mengimbas kembali dan membaca nota berbanding nota berciri
linear.Merujuk nota peta minda secara berulang kali boleh mengukuhkan daya ingatan
pelajar untuk mengingati banyak fakta.Tambahan, dengan nota peta minda yang dihiasi
dengan pelbagai warna mengikut kreativiti masing-masing membantu dalam
membanding beza isi-isi yang tertentu agar tidak tersilap fakta.Nota peta minda lebih
berkesan apabila akronim yang sesuai digunakan dalam mengingati pembelajaran yang
sudah dipelajari.

3.0 PETA I-THINK


3.1 KONSEP DAN CIRI-CIRI PETA I-THINK
i-Think merupakan singkatan kepada innovative Thinking yang bermaksud pemikiran
inovatif.Program i-Think telah mula diperkenalkan oleh kerajaan melalui Agensi Inovasi
Malaysia (AIM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan bagi
meningkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi melahirkan individu kreatif.Aplikasi pemetaan i-Think di sekolah
rendah mahupun menengah adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Malaysia
(PPM) 2013-2025,iaitu penekanan 6 ciri utama yang perlu ada pada setiap murid seperti
meningkatkan kemahiran berfikir bagi membolehkan murid bersaing di peringkat global
bagi memantapkan sistem pendidikan sedia ada merupakan perkara yang perlu
ditiikberatkan.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012), turut menjelaskan bahawa pemetaan i-Think
sebagai satu cabang alat berfikir dalam proses pembelajaran mempunyai proses
pemikiran tertentu.Oleh sebab itu,terdapat lapan jenis peta pemikiran dalam bentuk visual
dicadangkan berdasarkan pemikiran yang berbeza seperti yang ditunjukkan dalam
bahagian lampiran belakang.Alat ini sangat berkesan dan berguna terutama sekali dalam
subjek Matematik dimana para pelajar sukar memahami konsep dan mengingati formula
dengan mudah.
3.2 KEISTIMEWAAN PENGGUNAAN PETA I-THINK

Pada pandangan saya keistimewaan yang ada pada pemetaan i-Think ialah
memudahkan pelajar dalam memahami konsep,menganalisis masalah dan mencari jalan
penyelesaian.Alat yang baru diperkenalkan beberapa tahun yang lepas ini telah
mengubah cara lama iaitu mentalaah muka surat buku satu persatu semasa
mengulangkaji.Peta i-Think boleh membantu individu yang lemah dalam memahami
konsep terutama dalam subjek matematik.Melalui kepelbagaian bentuk yang ada pada
peta i-Think masing-masing mempunyai peranan tersendiri.Contohnya peta buih sesuai

3
digunakan untuk mencatat formula-formula yang penting dalam
pengiraan.Kesannya,dapat menghidupkan suasana pembelajaran matematik yang
bermakna memandangkan banyak isu pendidikan dalam bidang matematik timbul pada
hari ini.

Seterusnya,melalui peta i-Think mampu mewujudkan pembelajaran berpusatkan


murid yang mana relevan dengan pembelajaran abad ke-21 yang diperkenalkan oleh
kerajaan.Pembelajaran abad ke-21 menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan
guru sebagai pemudah bicara sahaja.Pembelajaran ini sesuai dijadikan sebagai aktiviti
berkumpulan dalam bilik darjah supaya dapat mengembangkan idea pelajar dengan lebih
meluas dan berpandangan jauh.Pelaksanaan aktiviti seperti ini menggalakkan kolaboratif
dalam kalangan murid selain daripada guru.Kesannya,pelajar dapat meningkatkan
kemahiran belajar memandangkan setiap pelajar mempunyai gaya belajar yang
tersendiri.Pembelajaran seperti ini sesuai dengan gaya belajar visual,grafik dan
auditori.Selain membina peta i-Think pelajar dapat mendengar penjelasan daripada
kawan yang membentang.Kesannya,dapat melahirkan memenuhi keperluan gaya belajar
pelajar masing-masing.

4.0 PENUTUP
Kesimpulannya,setiap alat berfikir yang diperkenalkan mempunyai kelebihannya
tersendiri.Penggunaan alat berfikir bagi meningkatkan kemahiran pelajar mengikut
kesesuaian gaya belajar pelajar itu sendiri.Alat berfikir diperkenalkan sebagai satu inovasi
bagi melahirkan rakyat yang mampu memberi sumbangan terhadap negara dan menjadi
pendorong ke arah mencapai kecemerlangan pendidikan seiring dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek,rohani,
emosi, sosial dan jasmani.Oleh itu,generasi muda perlu mengaplikasikannya dalam
kehidupan seharian supaya dapat bersaing di peringkat global dan menandingi negara
besar seperti China,Finland dan lain-lain lagi.

4
5.0 RUJUKAN

Arafah Ahamad, Fadzilah Amzah & Rohizani Yaakub. (2018). Aplikasi Peta Pemikiran i-
Think dalam Menganalisis Pantun Dua Kerat. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis
Dekan Pendidikan Universiti Awam, 1(1), 572-577.

Dr. Azlina Mohd Kosnin, Dr. Zakiah Mohammad Ashari & Nik Rosnizasuzila Nik Hassan.
(2015). Keperluan modul I-think dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru.
Eng P.C., Muniroh Hamat, Hasfazilah Ahmat & Siti Nurleena Abu Mansor. (2017). Tinjauan
Literatur Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran Matematik. International
Academic Research Journal of Social Science, 3(1), 208-213.
Kiong T. T, Muhammad Nasri Madmor, Mohamed Nor Azhari Azman, Ridzwan Che Rus,
Zaliza Hanapi, Jailani Md Yunos, Heong M.Y. & Mimi Norhaffya Mohamad. (2016).
Modul Peta Minda Buzan dan Pencapaian Pelajar Pendidikan Asas Vokasional di
Malaysia: Satu Kajian Keberkesanan. Malaysian Journal of Society and Space
,12(3), 139-144.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2019). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Retrieved from
https://www.moe.gov.my/index.php/dasarmenu/falsafah-pendidikan-kebangsaan.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). 11 Anjakan Utama Untuk Mentransformasikan
Sistem Pendidikan Negara, 21-43. Laporan Awal- Ringkasan Eksekutif Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohamed Yusoff Bin Mohd. Nor, Roslinda Binti Rosli & Nurhafizah Binti Zaidi. (2010).
Aplikasi Peta Pemikiran I-Think Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Matematik. Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.
Paul K. (2010). Study smarter, not harder. Selangor: Advantage Quest Publication.
Sang S. M., Dr.Rosnanaini Sulaiman & Maimun Aziz. (2011). Kemahiran Berfikir. Selangor:
Cipta Printing & Publishing (M) Sdn Bhd.
Sulaiman R., Aziz M., Mok SS. (2011). Kemahiran berfikir. Selangor: Penerbitan Multimedia.
Wong LS,. Sharaai Ah. (2012). Penggunaan Peta Minda untuk Meningkatkan Daya
Mengingat dan Minat Mengulang Kaji bagi Pelajar Tahun 4 dalam Topik Pembiakan
Tumbuhan. Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012,
Pendidikan Sains, 22-29.
Wah, W. K., Norlia Mat Esa, Tan Ai Lee & Ridza Ahmad Nizam Abd. Raof. (2013).
Kemahiran Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

5
6.0 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai