Anda di halaman 1dari 3

~CONTOH UCAPAN WAKIL MURID UNTUK MAJLIS PERSARAAN~

Assalammualaikum wbkth dan Salam Sejahtera.

Yang berusaha Tuan Pegawai PPD, Encik


________________________________________, Guru Besar SK Hosba yang
diraikan, Tuan Hj Ismail b. Jaafar dan Pn. Siti Mariam bt. Hamzah,  YDP PIBG
En Abdul Ghafar b. Yahya, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru serta rakan-
rakan yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak
majlis kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan ucapan
bagi mewakili murid-murid SK.Hosba.

Untuk itu, izinkan saya untuk melafazkan beberapa rangkap pantun :

Terbang serindit ke pohon meranti,


Hinggap sebentar membuat sarang,
Majlis indah lagi diberkati,
Bagi meraikan Tn Hj Ismail dan Pn Siti tersayang.

Tiada kata seindah bicara,


Dapat dilafazkan seiring jasa,
Tiba ketika Tn Hj Ismail dan Pn. Siti bersara,
Bakti dicurah di ingatan sentiasa.

Bibir merah tergigit lada,


Lada dicampur bersama laksa,
Walau di mana Tn Hj Ismail dan PN Siti berada,
Ingatlah kami anak didik tercinta.

Berkilau-kilau cincin permata,


Begitu indah cantiknya rupa,
Biarpun kelak jauh di mata,
Namun di hati tidak kan lupa,

Petang hari menuju ke pekan,


Ingin membeli popia dan samosa,
Doa ikhlas kami hulurkan,
Semoga Tn Hj Ismail dan Pn Siti sihat sentiasa.

Salam kemaafan kami hulurkan,


Semoga kemesraan terus berpanjangan,
Ilmu diberi harap dihalalkan,
Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Bagi mengakhiri ucapan saya ini, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima
kasih kepada Tn. Hj Ismail b. Jaafar dan Pn Siti Mariam Bt. Hamzah kerana
telah banyak menabur bakti dan mencurahkan ilmu yang berguna untuk kami
semua di SK Hosba. Segala jasa baik dan tunjuk ajar Cikgu berdua tidak dapat
kami balas hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala-gala-Nya. Terima
kasih juga kepada Cikgu berdua kerana tidak pernah jemu mendidik kami ke
arah pembentukan sahsiah yang baik serta kecemerlangan akademik yang
berterusan.

Akhirnya, saya bagi mewakili rakan-rakan saya yang lain ingin memohon
ampun dan maaf seandainya ada tingkah laku dan perbuatan kami yang
menyinggung hati dan perasaan Cikgu berdua samada disedari mahupun tidak
disedari. Halalkan segala ilmu yang telah Cikgu berdua berikan kepada kami
selama ini. Terima kasih di atas segala-galanya. Terima kasih cikgu.

Anda mungkin juga menyukai