Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih pengacara majlis.

Yang diraikan,
Puan Roshida Binti Puteh,
Puan Faridah Binti Musa dan
Puan Ku Mahani Binti Ku Mat Desa.

Yang dihormati,

Tuan Haji Poedjo Witjaksono


Yang Dipertua PIBG
SMK Alam Damai

Puan Maznah binti Muslim


Penolong Kanan Pentadbiran

Tuan Hj Mohd Nazri bin Siweng,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Rosli bin Omar,


Penolong Kanan Pendidikan Khas

Guru-guru Kanan,
Seterusnya barisan guru, AKP serta murid-murid SMK Alam Damai.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, dan Salam Sejahtera.

1. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, saya diberi ruang
dan peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh
bermakna ini. Terima kasih semua yang hadir dalam majlis yang diadakan khusus
untuk meraikan persaraan tiga orang guru SMK Alam Damai iaitu Puan Roshida Binti
Puteh, Puan Faridah Binti Musa dan Puan Ku Mahani Binti Ku Mat Desa.

Hadirin yang dihormati sekalian,


2. Sesungguhnya seluruh warga sekolah amat menghargai segala jasa dan bakti yang
dicurahkan oleh ketiga-tiga orang guru ini selama keberadaan mereka di SMK Alam
1
Damai. Perkhidmatan, pengorbanan dan sumbangan mereka yang tidak pernah
mengenal erti penat lelah telah membawa SMK Alam Damai ke satu tahap yang lebih
baik dan membanggakan pada hari ini.

3. Kita amat terhutang budi terhadap perkhidmatan, pengorbanan dan kejayaan yang
telah disumbangkan oleh mereka sepanjang berkhidmat di sini. Setiap kebaikan yang
ditinggalkan pastinya akan menjadi ikutan dan pendorong semangat kepada kita
semua.

4. Sudah menjadi lumrah kehidupan, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Patah
tumbuh hilang berganti namun yang datang takkan sama dengan yang hilang. Dengan
hati yang berat, perpisahan ini kami relakan jua dan insya Allah hubungan puan-puan
dengan sekolah tidak akan terhenti di sini dan akan terus berpanjangan.

Hadirin sekalian,

5. Saya mewakili semua pentadbir, guru-guru, AKP dan murid-murid SMK Alam Damai
sekali lagi saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan
Roshida Binti Puteh, Puan Faridah Binti Musa dan Puan Ku Mahani Binti Ku Mat
Desa kerana sikap yang penuh dedikasi, komitmen dan kerja keras mereka sepanjang
tempoh perkhidmatan sebagai pendidik dan sepanjang berkhidmat di sekolah ini.

6. Marilah sama-sama kita berdoa, semoga Allah SWT melimpahkan rahmat kepada buat
Puan Roshida Binti Puteh, Puan Faridah Binti Musa dan Puan Ku Mahani Binti Ku
Mat Desa seisi keluarga serta dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan
ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat kepada agama dan bangsa. Sebelum saya
mengakhiri ucapan ini, izinkan saya mengungkapkan beberapa rangkap pantun khusus
untuk yang diraikan :

Tuai padi di hujung bendang,


Padi masak diintai tiak,

2
Belai budi disanjung datang,
Sisi baik dikongsi bijak.

Pandai terbilang putera perkasa,


Tengok puteri akar dicari,
Andai ada ruang dan masa,
Jenguklah kami bugarkan memori.

Sekian,
wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh….

Anda mungkin juga menyukai