Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha, Encik Ariffin bin Hj Aban,
guru besar Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Bharu, Pn. Hasanah bt Ali,
Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Rizwatul Azlina bt Mohammed Zahri,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Mohd Yusmady bin Yusof, Penolong
Kanan Kokurikulum, yang diraikan, Pn Khairun Nadiah Tey bt Abdullah, yang
dikasihi, barisan guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Terlebih
dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak majlis
kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan ucapan
bagi mewakili murid-murid SK Ulu Yam Bharu.

Hadirin sekalian,

Sebagaimana yang kita maklum, majlis ini merupakan majlis bagi meraikan
Pn Khairun Nadiah, seorang guru yang amat berpengalaman di sekolah ini.
Cikgu Khairun Nadiah ialah seorang guru yang amat berdedikasi, ketika
mengajar anak-anak didik di tahap 1. Dengan bersaranya beliau, hilanglah
seorang guru yang kita sanjungi di sekolah ini.

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya, setiap


perpisahan pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-
saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis
yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa sedih kerana kehilangan
seorang guru yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami, guru ini bukan
sekadar guru, tetapi ibarat ibu kami dalam sebuah keluarga besar yang
sentiasa memimpin kami menjadi insan yang berguna.
Hadirin-hadirat yang dihormati,

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid-murid Sekolah Kebangsaan


Ulu Yam Bharu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Cikgu Khairun Nadiah yang tidak pernah mengenal jemu mendidik
dan mengorbankan waktu demi kami, anak-anak muridmu. Kami berdoa,
semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat-Nya kepada cikgu
sekeluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan
ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan
negara.

Akhir sekali, saya bagi mewakil rakan-rakan saya yang lain ingin memohon
ampun dan maaf seandainya ada tingkah laku dan perbuatan kami yang
menyinggung hati dan perasaan cikgu samada disedari ataupun tidak.
Halalkanlah segala ilmu yang telah cikgu beri kepada kami selama ini.

Dari mana hendak ke mana,

Tinggi rumput dari perigi,

Hari yang mana bulan yang mana,

Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai