Anda di halaman 1dari 5

UCAPAN WAKIL GURU DI MAJLIS PERPISAHAN TUAN PENGETUA, SM TEKNIK

TERENGGANU oleh En. Ahmad bin Embong GPK SM Teknik Terengganu

Terima kasih Puan Pengacara Majlis,

Yang Berusaha/Yang di raikan Tuan Hj. Hussin bin Yusof, Pengetua SM Teknik
Terengganu

Yang Berusaha Tn. Hj. Che Soh bin Muda Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala
Nerus

Pengetua- Pengetua Daerah Kuala Nerus, Penolong Penolong Kanan SM Teknik


Terengganu

Guru-Guru, Anggota Kumpulan Pelaksana serta para pelajar SM Teknik yang


dikasihi sekalian

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa


Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-
sama lagi pada hari yang penuh bermakna ini untuk meraikan majlis
perpisahan/persaraan Tn. Hj. Hussin bin Yusof, Pengetua yang kita kasihi di majlis
yang penuh bermakna pada pagi ini.

Terlebih dahulu ucapan terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan kerana
telah memberi kepercayaan kepada saya berucap mewakili rakan guru di majlis
yang penuh bermakna ini. Saya bagi pihak warga pendidik sekolah ini ingin
mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tn. Hj. Hussin bin
Yusof yang sudi meluangkan masa bersama-sama kita pada pagi ini.

Dalam salah satu tulisan karya agung Johann Paul Friedrich Richter, iaitu seorang
penulis masyhur dari Jerman ada menyatakan bahawa, Man feelings are always
purest and most glowing in the hour of meeting and farewell

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan
pasti amat menyedihkan dan menyakitkan. Apabila mengenang kembali saat-
saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang
tidak dapat dilupakan. Hari ini, kita semua akan merasa terharu kerana
perpisahan dengan Tuan Pengetua yang kita amat sayangi dan cintai. Pada saya,
Tn. Hj. Hussin bin Yusof ini bukan sahaja pengetua, tetapi pemimpin dalam
keluarga besar SM Teknik Terengganu.

Masa begitu pantas berlalu. Kadang-kadang kesibukan dengan tugas seharian


dan pelbagai komitmen menyebabkan kita tidak terasa dan adakalanya kita tidak
perasan bahawa waktu begitu pantas meninggalkan kita. Sepantas itu jugalah
tempoh perkhidmatan Tn. Hj. Hussin bin Yusof, sebagai pengetua di SMTeknik
Terengganu. Sesungguhnya, pemergian beliau memberi kesan kepada kita malah
menyedihkan kita kerana terpaksa berpisah dengan beliau. Berat mata
memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah yang kami rasai sekarang
ini. Berat sungguh bagi kami untuk melepaskan pergi Tuan Pengetua yang kita
kasihi ini.

Jasamu dikenang

Budimu tak terbilang

Semangatmu dijulang

Kepimpinanmu gemilang

Lembut, tenang dan berjiwa rakyat. Itulah butir-butir kata yang dapat
digambarkan mengenai peribadi yang kita raikan pada hari ini. Tn. Hj. Hussin bin
Yusof yang telah memegang jawatan sebagai Pengetua di SM Teknik Terengganu
selama mulai 2015 hingga 18 Mac 2017. Perwatakan beliau yang
sentiasa tenang, memuliakan tetamu dan sentiasa tersenyum amat sesuai
dengan kata orang tua-tua, Jika kita senyum selalu, mesti orangpun akan
senyum. Jika ada orang marah, kita pun tetap senyum, akhirnya mereka pun
akan senyum juga dan inilah yang menjadi perwatakan mithali beliau sepanjang
di SM Teknik Terengganu.

Sepanjang tempoh perkhidmatan Tuan pengetua kita ini di SM Teknik Terengganu,


beliau telah banyak menyumbangkan jasa terhadap kemajuan, perkembangan
dan pembangunan SM Teknik Terengganu samada dari segi akademik,
kokurikulum, keceriaan dan Bina Insan . Beliau bukan sahaja seorang yang
berjiwa rakyat, melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah
mementingkan kemajuan pendidikan di SM Teknik Terengganu melebihi dirinya
sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang berhati murni, malah
pengorbanan beliau tiada tolok bandingnya. Beliau sentiasa berusaha
membentuk elemen persekitaran ceria untuk membina keseronokan bekerja
untuk para guru kerana pepatah beliau happy teachers are productive teachers
dan sebaliknya productive teachers are happy teachers.

Semoga Allah mengganjari kebaikan ke atas usaha murni tersebut sebagaimana


sabda Rasulullah:

Barangsiapa menunjukkan seseorang kepada kebaikan, maka dia mendapat


ganjaran Sebagaimana ganjaran orang yang melakukannya.

(Riwayat Muslim)

Kepimpinan Tn. Hj. Hussin bin Yusof selama memimpin dan menerajui SM Teknik
Terengganu telah pun membuktikan bahawa beliau adalah tokoh yang berwibawa
dan kepimpinan beliau tiada tandingannya. Kami, sebagai warga SM Teknik
Terengganu amat berbangga sekali kerana sempat menerima pimpinan beliau.
Walaupun beliau terpaksa meninggalkan kita semua, namun dengan ketokohan,
kecermerlangan dan sikap dedikasi beliau telah memberikan satu suntikan
semangat dan azam yang berkobar-kobar kepada seluruh warga SM Teknik
Terengganu dalam meneruskan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Limau manis dimakan manis

Manis sekali rasa isinya

Dilihat manis dipandang manis

Manis sekali hati budinya

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the
things you never want to lose.

Itulah Tn. Hj. Hussin bin Yusof yang kita sama-sama raikan pada pagi ini. Beliau
sangat mesra dan mengambil berat tentang kebajikan semua pelajar. Sikap
beliau yang berdedikasi, passionate terhadap tugas dan tanggungjawab,
berpegang teguh pada prinsip dan pada masa yang sama memiliki homurous
sense. Malah juga dikenang sebagai pengetua yang begitu turun
PADAANGdown to earth

Sikap kendiri beliau yang boleh dibawa berbincang, easy-going, dan sentiasa
berusaha mempermudah urusan serta tidak menyusahkan orang yang
menghadapi masalah dan kesusahan adalah kualiti yang perlu dicontohi dan di
teladani oleh kita semua terutamanya oleh warga SM TEKNIK Terengganu. Sikap
beliau yang boleh dibawa berbincang, 'easy going' dan tidak lokek untuk
memberikan bantuan apabila diperlukan serta senantiasa berusaha
mempermudahkan sesuatu urusan adalah kualiti peribadi yang perlu dicontohi
dan diteladani oleh kita semua terutama warga SM Teknik Terengganu.

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Kini, SM Teknik Terengganu kehilangan seorang pengetua yang berwibawa,


berjasa, dan pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma. Kehilangan mereka
amat dirasai oleh semua kita warga SM TeknikTerengganu . Bak kata pepatah
Melayu, patah kan tumbuh, hilang kanberganti, namun yang hilang akan tetap
kekal abadi.

Pastinya selepas ini, kita semua akan merindui gelak tawa dan senyuman Tn. Hj.
Hussin bin Yusofi. Dengan hati yang berat, perpisahan dengan tuan pengetua
yang kita kasihi ini, kami relakan jua dan Insya Allah, persahabatan kita tidak
akan terhenti di sini dan akan terus berpanjangan. Memories last forever, never
do they die. Friends stay together, never say goodbye.. Semoga persahabatan
ini menjadikan kita golongan yang diberi perlindungan arasy Allah pada hari yang
tiada perlindungan melainkan Allah.

Dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu mereka kerana
Allah dan berpisah juga kerana Allah

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pada kesempatan ini, saya bagi pihak guru-guru SM Teknik Terengganu


merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Tn.
Hj. Hussin bin Yusof atas sumbangan dan komitmen beliau sepanjang tempoh
perkhidmatan di SM Teknik Terengganu . Kita berdoa, semoga Allah S.W.T akan
melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada Tn. Hj. Hussin bin Yusof/
dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu
pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara.

Sudah teradat si anak lelaki

Mati berjuang, berundur jangan

Berani kami menjunjung adat

Bukan memberi kata dan puji

Hanya budi dalam ingatan

Buat kenangan sepanjang hayat

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, izinkan saya mengungkapkan beberapa


rangkap pantun khusus untuk Tuan Pengetua yang kita kasihi, Tn. Hj. Hussin bin
Yusof

Raut wajah damai dan tenang,

Tiada terkalam kasih dijunjung,

Jasa baktimu tetap dikenang,

Budi baikmu tetap disanjung.


Asap api embun berderai,

Patah galah haluan perahu,

Niat hati tak mahu bercerai,

Kehendak Allah siapa tahu.

Salam kemaafan kami hulurkan,

Semoga kemesraan terus berpanjangan,

Ilmu diberi harap halalkan,

Semoga perjuangan mendapat keberkatan.

As One Chapter Ends

Another Begins For You

Enjoy All The Things

You've Been Looking Forward To

Kami ucapkan selamat maju jaya kepada Tn. Hj. Hussin bin Yusof.

Sekian, Terima Kasih.

Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

AHMAD BIN EMBONG

(Dibaca pada Majlis Perpisahan Tuan Pengetua, 15 Mac 2017)

Anda mungkin juga menyukai