Anda di halaman 1dari 11

TEKS UCAPAN PERASMIAN

EN MOHD ZAKI BIN ZARUDDIN


KETUA PENOLONG PENGARAH
BAHAGIAN PEMBANGUNAN
KURIKULUM

1
MAJLIS PERASMIAN
KEJOHANAN SUKAN
OLAHRAGA
SMK RAJA ALI

25 OGOS 2023 (JUMAAT)


8.00 PAGI
2
Bismillah Hirrahman Nirrahim

Assalamu’alaikum WBT

Terima kasih Pengacara Majlis

Yang Berusaha En Awang bin Dollah,


Pengetua SMK Raja Ali

Pn Rosnah bt Samlee
Penolong Kanan Pentadbiran

3
Pn Noraihan Bt Mohamad
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Barisan Guru Kanan,

Guru-guru dan seterusnya…

Para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama mengucapkan kesyukuran ke hadrat


Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya jua, kita dapat berhimpun pada pagi ini
dalam Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Olahraga, SMK Raja Ali, bagi tahun
2023.

4
Saya merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah
yang menjemput saya untuk bersama-sama dalam temasya sukan ini.
Semestinya penganjuran kejohanan ini menuntut komitmen padu dan
pengorbanan semua pihak bagi memastikan kelancaran. Tahniah dan syabas
kepada Pengetua dan pihak sekolah.

Hadirin dan anak-anak yang dikasihi sekalian

5
Kejohanan ini merupakan wadah untuk memupuk budaya bersukan dalam
kalangan murid-murid. Pendedahan ini perlu berterusan dan dilaksanakan
secara sistematik supaya impaknya nanti dapat dikecapi seterusnya melahirkan
para atlet yang hebat suatu hari nanti.

Analoginya, anak-anak yang berada di hadapan saya pada hari ini merupakan
permata yang perlu digilap sehingga menyinari persada sukan negara dan
antarabangsa. Negara kita hari ini, ketandusan atlet yang mampu membawa
nama negara ke pelosok dunia.

Selain itu, kejohanan ini juga merupakan wahana dalam mencari dan menggilap
bakat para atlet di samping mengeratkan ukhuwah dalam kalangan guru-guru
dan murid-murid. Saya percaya kejohanan ini mampu melahirkan bakat-bakat
6
besar dalam bidang sukan suatu hari nanti. Malah kegiatan sukan ini sewajarnya
menjadi budaya rakyat Malaysia ke arah meningkatkan kesihatan dan kualiti
kehidupan.

Sesungguhnya, akal yang sihat hadir daripada badan yang cergas, kata-kata ini
membuktikan bahawa betapa pentingnya aturan hidup ini disulami dengan
aktiviti sukan yang akhirnya akan mengharmonikan setiap perjalanan hidup
kita.

Rebutlah peluang ini kerana kejohanan sebegini dapat memupuk nilai-nilai


positif serta meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan diri kita seterusnya
membentuk modal insan yang berkualiti. Di samping itu, kejohanan ini juga
akan mempamerkan semangat kesukanan dan daya juang yang tinggi. Gunakan
7
kesempatan yang ada untuk mengukur keupayaan diri masingmasing.
Percayalah anak-anak semua mempunyai potensi yang tersendiri selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kemenjadian anak-anak semua bukan sahaja diukur daripada segi akademik
semata-mata tetapi ia juga turut meliputi semua aspek sahsiah diri. Pengukuran
yang holistik pastinya melahirkan insan yang terdidik dan mampu bersaing di
persada global kerana dunia hari ini menuntut modal insan yang berjiwa kental
dalam menyusuri dunia tanpa sempadan.

Hadirin dan anak-anak yang dikasihi sekalian

8
Tidak dapat dinafikan, kemenangan memanglah penting dalam setiap
pertandingan tetapi yang lebih utama ialah mengambil bahagian dan
mengutamakan semangat kesukanan.

Kepada yang menang, sekalung ucapan tahniah dirakamkan dan kepada yang
kalah jangan cepat berputus asa, tidak mengapa kerana sesungguhnya jadikan
kekalahan hari ini sebagai satu titik permulaan ke arah kejayaan yang lebih
gemilang pada masa hadapan.

Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi


merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada anak-anak
sekalian. Setiap murid di mata dan di hati seorang guru ialah permata bersinar
yang mempunyai keistimewaan dan kebolehan tersendiri. “Ketahuilah bahawa

9
pendidikan anak-anak murid ini merupakan pelaburan jangka panjang dalam
konteks pembangunan sesebuah negara.”

Akhir bicara, saya mengucapkan terima kasih kepada semua warga kerja SMK
Raja Ali kerana telah berjaya mengelolakan majlis ini dengan penuh tertib dan
tersusun. Marilah kita sama-sama memanjatkan syukur dan doa mudah-
mudahan Allah SWT akan terus melimpahkan rahmat perlindungan dan
peliharaan-Nya kepada kita dan negara Malaysia dengan naungan keselamatan,
keamanan, dan kemajuan.

Saya dengan ini menyempurnakan Perasmian


Kejohanan Sukan Olahraga, SMK Raja Ali, edisi ke 47, Bagi Tahun 2023.

10
Sekian, terima kasih.

11

Anda mungkin juga menyukai